UNTUK YANG TAKSUB SANGAT DENGAN MIMPI USTAZ PASAL MH370
Aku bukan nak mempertikaikan apa atau siapa tapi aku tengok ketaksuban manusia pada sesuatu tu semakin hari semakin menjadi jadi pulak. Nak2 lagi kalau datangnya dari orang yang ada title ustaz atau ustazah atau mana2 orang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agamanya. Sejak isu kehilangan pesawat MH370.. bukan setakat spekulasi yang menjadi ketaksuban manusia tapi jugak mimpi2 yang di kongsi oleh seorang yang bergelar ustaz.Sejak dua menjak ni cerita mimpi seorang ustaz berkaitan Mh370 menjadi popular pula kat laman sosial. Macam biasa.. aku baca apa jer berkaitan dengan MH370 tak kira la spekulasi atau berita2 dari sumber rasmi atau tak rasmi termasuk kisah mimpi seorang ustaz juga pengasas sebuah pusat rawatan Islam.
Mula2 beliau share mimpi beliau berkaitan MH370.. yang katanya dalam mimpi tu mengambarkan pesawat di hijack kemudian semua sistem dalam kapal terbang tu di kawal oleh pihak lain dari jauh.. di lencongkan ke laut kemudian terhempas di lautan. Dalam mimpi tu seakan mengambarkan semua terkorban. Tu mimpi beliau yang pertama pernah aku baca. Mimpi yang kedua yang sedang rancak di sebarkan di laman sosial sekarang adalah mimpi yang katanya apa yang dia nampak dalam mimpi tu pesawat di hijack kemudian di sembunyikan di satu lokasi rahsia & semua krew & penumpang di tawan. Dalam mimpi tu apa yang aku paham semua mangsa masih dalam keadaan selamat & di kurung di satu lokasi rahsia.
Gambar carian google
Kita jangan jadi orang yang taksuh & jahil sangat.. Takut tersesat tanpa di sesatkan pulak. Ustaz tu pun share mimpi dia tak kata pulak itulah pentunjuk dari Allah tentang apa yang berlaku tapi orang yang share tu pulak melebih2 kaitKan mimpi ustaz tu dengan apa yang berlaku sekarang. Aku pun boleh cipta spekulasi kemudian labelkan dia sebagai mimpi.. create story yang nampak real sikit perjalanan cerita tu kemudian share.. tapi tu la, aku takde title ostazah atau title orang2 yang alim bagai.. Insan jahil macam aku sapa nak heran sangat kalau betul pun Allah bagi petunjuk dalam mimpi aku sebab aku bukan sesapa yang boleh orang percaya betul tak.
Aku bukan menolak semua spekulasi even aku memilih tak mahu jadi salah seorang penyebar.. Dan aku bukan jugak percaya semua spekulasi. Tapi aku membaca semua.. Ada yang anggap spesis macam aku yang menolak spekulasi orang yang bodoh, rugi & tunggu orang suap jer.. aku tak kisah. Lantaklah.. dari aku dok copy paste semua cerita sahih tak sahih sumbat dalam blog semata2 nak kejar rating dari isu yang sedang hangat di perkatakan. Aku pun sentiasa update pasal tu.. Tapi bukan semua aku sumbat.
Kita baca, kita nilai & ambil masa untuk fikir. Bukan kita baca tanpa fikir kita sebar & kita buat orang lain pula percaya pada benda yang kita sendiri tak pasti sejauh mana kebenarannya. Biar aku di pandang bodoh asalkan aku tak rasa diri aku pandai.
Apapun teruskan berdoa yang terbaik buat mereka. Doa adalah yang terbaik sekarang ni. Kita yang takde kepakaran apa2.. Pertolongan yang mampu kita hulur cuma doa. Semoga Allah membuka kebenaran yang selama ni di tutup untuk menguji manusia2 yang semakin lupa padaNya.
P/S : Aku ada terbaca katanya ustaz ni dah tutup account FB dia sebab tak tahan di kritik pasal mimpi dia. Sebenarnya dia cuma share apa yang dia mimpi orang yang sebarkan tu yang taksub lebih2 sampai cuba kaitkan apa yang berlaku tu konon seperti apa yang di mimpi ustaz tu padahal takde sapapun tahu apa yang berlaku.
Memandangkan ramai yang mula salah faham & menuduh aku cuba memburukkan reputasi Ustaz tu kat sini aku nak jelaskan aku tak tuduh ustaz tu menipu tapi yang aku tulis pasal ketaksuban manusia terhadap mimpi ustaz tu sedangkan ustaz tu sendiri tak kata mimpi dia tu petunjuk terhadap apa yang sedang berlaku. Dia sendiri tak berani nak confirmkan benda tu, tapi orang yang baca & share pulak melebih2 taksub sedangkan takde siapa tahu apa yang sedang berlaku di sebalik kehilangan MH370. Kita boleh ambil sebagai peringatan tapi bukan kepercayaan. Yang lebih mengetahui segalanya hanya Allah.. Jadi jangan nak tuduh aku bukan2 kalau baca tak habis atau tak faham.