Showing posts with label meow. Show all posts

FAKTA TENTANG KUCING YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA

FAKTA TENTANG KUCING YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA. Walaupun dah 10 tahun aku tak hidup berkongsi rumah dengan kucing.. Selepas aku berhijrah ke kota metropolitan katanya. Tapi 10 tahun sebelum ni memang hidup aku berkongsi dengan haiwan yang bernama kucing. Siang malam pagi petang dengan kucing. Tidur pun dengan kucing. Sampai malas nak tutup pintu bilik.. sebab masa tu ada sekor nama senawe tapi nampak pendek dia awe jer suka la balik tengah2 malam.. pukul dua tiga pagi kejut bangun sebab dia nak makan. Ya Allah rindu sungguh nak tidur berhimpit dengan kucing. Almaklum la aku rumah aku kat kampung tu bukan bela sekor dua kucing..


Tapi dah duduk rumah di atas kayangan.. dapat pulak jiran yang suka cari silap je nak buat report. Almaklum la aku tak geng dengan dia.. Bukan di kalangan ahli2 anyam ketupat dia, maka dia suka sangat la dok menganiaya aku cara tikam belakang. Depan2 tak berani dia nak cakap. Jadi aku malas nak jadi masalah dengan dia & badan pengurusan bangunan.. Aku tak bela la kucing. Main2 & bagi makan kat bawah jer...

Bagi yang tak suka haiwan terutama kucing.. Maka mereka tak kisah sangat la pasal kucing. Bagi kita yang ada connection tiap kali tengok kucing ni memang kita agak berminat nak tahu tentang kucing. Ada beberapa fakta yang aku baca tentang kucing ni aku rasa menarik. Nak2 lagi sesuatu yang aku tak pernah tahu sebelum ni.. contohnya..

1. Kucing hanya mengiau (meow) pada manusia bukan sesama kucing.. Erkk betul ke? Serius selama aku hidup dengan kucing ni aku tak pernah tahu pun. Aku nampak macam depa pun berinteraksi sesama spesis dengan bunyi meow jugak.

2. Kalau kucing naikkan ekor & tunjuk bontot dia tu tak bermakna dia nak pancut korang dengan kencing je tau. Yelah.. kadang2 cuak jugak nak2 kucing jantan yang abang bomba ni. Tapi sebenarnya perlakuan tu untuk menunjukkan mereka suka & selesa dengan kita.

3. Buah pinggang kucing ni sangat cekap sehingga badan mereka boleh di hidrasi semula dengan meminum air laut

4. Cara kucing bersalam salaman sesama mereka adalah dengan cara menyentuh hidung antara satu sama lain.

5. Tengok pandangan mata kucing.. kalau dia macam slow montion je kerdip mata tu bermakna dia sangat mempercayai anda.

6. Jangan ingat kucing tidur tak bermimpi ok. Kucing jugak bermimpi macam manusia selepas seminggu di lahirkan. Patut la kucing2 aku dulu kadang2 tidur tetiba berbunyi. Ni bukan takat mimpi siap mengigau ok!

7. Kucing makanan makanan yang ber suhu bilik. Tak panas & tak sejuk. Tu aku akui.. dari pengalaman sendiri bela kucing.

8. Kalau bela lebih dari seekor kucing adalah lebih baik bela yang berlainan jantina.. selain berkawan yang baik, senang depa nak berkahwin jugak.

9. Kucing tak boleh merasa benda manis dalam makanan mereka. Erkk betul ke? Macam tak percaya pulak.

10. Kucing mempunya 5 jari kaki depan & 4 jari kaki belakang.

11. 1/3 waktu kucing ketika berjaga adalah membersihkan bulunya.

12. Manusia berbeza cap jari tapi kucing perbezaan di kesan melalui cap hidung. hehehe

13. Kucing boleh mengesan nada suara manusia. Adalah lebih baik bercakap dengan nada yang lembut sebab benda tu akan memberi kesan besar kepada kucing.

14. Setiap bahagian muka kucing mempunyai 12 helai misai.

15. Pada zaman firaun kalau kucing anda terbunuh maka anda akan di bunuh.

16. Purata kucing tidur adalah 16 jam sehari. Ni kuncing2 gendut memang  tidur 16 jam sehari.

17. Kucing makan rumput sebab perkara tu membantu membuang bulu2 yang mereka tertelan & dapat membantu sistem pencernaan.

18. Misai kucing berfungsi sebagai navigasi.. mengukur jarak langkah & menunjukkan emosi. Sebab tu orang dulu2 kalau nak buang kucing suka sangat potong misai, konon kucing2 tu takkan boleh balik kerumah lagi.

Mesti banyak perkara yang anda tidak tahu fakta tentang kucing ni, kan? Sama la macam aku. Tak semestinya berpuluh tahun kita bela kucing kita tahu semua tentang kucing. benda ni pun salah satu cabang ilmu yang perlu kita belajar.. apapun kalau nak bela kucing kena bela kerana sayang bukan hobi yer. Jangan nanti bila dah kau menyampah kau buang macam sampah. Kalau rasa tak mampu untuk jaga banyak kucing maka mandulkan untuk mengawal pembiakkan. Itu adalah lebih baik dari kucing beranak pinak korang buang kat jalanan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com