KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA
KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA. Kalau dah nama kawasan perkuburan ni tak kira perkuburan apa bangsa & agama pun mesti terselit jugak kisah2 seram,misteri & mistik. Memang sinonim.. kubur je ada hantu. Bukan point kat satu bangsa jer... semua bangsa & warganegara ada kepercayaan macam tu. Sebab kalau dalam filem2 seram tempatan atau luar negara memang ada yang mengaitkan kawasan perkuburan dengan kejadian mistik yang melibatkan makhluk halus atau orang melayu gelar hantu.Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Kadang2 terhibur jugak baca kisah2 seram yang berlaku kat kawasan tanah perkuburan ni. Bukan la kata baca tu sebab taksub sampai lebih takut pada jin & syaitan melebihi Allah.. Cuma aku memang suka baca & tonton cerita seram. Dah jadi satu hiburan bagi aku. Nak buat macam mana taste aku ter arah kepada perkara seram. Nasib baik dah kawen gamaknya kalau bujang ntah2 join team seekers ka hapa tak tau la... Amboi macam berani sangat kau lekatlekit. Setakat layan dvd filem seram je kau tu...
Terbaca kat satu forum ni bebudak kat situ dok share pengalaman seram depa kat jirat cina.. ada yang saja cari penyakit dok buat aktiviti paranormal ada yang tak sengaja terserempak dengan makhluk2 tu.. antara kisah yang di kongsi pelayar forum tu adalah...
Kisah pasal sekumpulan 5 budak lelaki yang terlebih berani katanya. Konon nak uji keberanian la. Pergi kat satu jirat cina yang terkenal dengan kisah2 orang di sakat makhluk halus kat situ. Nama je makhluk halus tapi yang menjelma tak halus sangat la.. Tak tau la kenapa orang panggil makhluk halus. nanti la aku kaji balik... ok ok.. berbalik kisah budak 5 orang tadi. Depa pergi dengan satu kereta. 4 dalam kereta sorang kena duduk dalam bonet. Yang duduk dalam bonet konon paling berani la jadi volunteer nak duduk dalam bonet. Dia tak tau azab bakal dia tanggung lagi. Maka bergerak la budak2 takde kerja berfaedah nak buat ke jirat cina tersebut. Sesampai di sana.. jam lebih kurang 1 pagi. Kalau pukul 1 tengahari pergi jirat cina berhantu macam tu tak mencabar la kan. Kereta di pandu perlahan lahan melalui kawasan jirat cina tu. Memang suasana agak seram sebab jalan kat situ gelap giler.. Kalau cerah benderang tak feel la seram. Bila sampai je kat tengah2 kawasan jirat cina tu, semua stanby. Pintu tingkap kunci rapat & enjin kereta di matikan. Maka depa lepak2 dalam kereta sambil buka cerita seram. Lebih kurang setengah jam macam tu dok borak.. Yang memandu tu reverse kereta lebih kurang 1 meter dari batu di jirat cina tersebut. Kemudian Dia buka bonet belakang. Salah seorang yang duduk dalam bonet tadi slow buka bonet tu.. Dia pun sebenarnya tak tahu pun dia kat mana. Lepas buka bonet tu tetiba dia jerit suruh kawan2 dia blah cepat. Katanya dah tak tahan. Tak tau la tak tahan nak berak ke nak kencing ke atau tak tahan tengok something yang menyeramkan. Yang dalam kereta mula cuak.. apa lagi kelam kabut la start kereta nak berambus dari situ. Tapi malangnya kereta pulak tak boleh gerak lepas start.Dah sudah.. Jin apa pulak yang landing atas kereta sampai tak boleh gerak katanya. Kalau setakat Jin Tan Manis.. rasanya hembus jer terbang la dia. Ni mungkin JinTabota ke hapa tak tau la.. Tapi pasal jin tu cuma spekulasi jer.. Yang drive tu suruh la kawan2 dia turun tengok apa yang buat kereta dorang tak boleh gerak. Kawan dia bagitau katanya tayar tenggelam dalam tanah. Dah tayar pulak tenggelam pulak.. dia suruh kawan2 dia keluar tolak kereta tapi sorang pun tak berani. Masa nak datang konon nak uji keberanian tapi belum keluar Jin mata toncet dah semua pancit dalam kereta sebab takut. hahahaha... Jadi solution yang ada semua keluar tolak kereta. Jenuh jugak nak menolak kereta macam tak logik je berat yang di tanggung tu. Tiba2 salah seorang tu rasa macam ada something tolak dia dari belakang bila dia toleh terus terpandang tokong cina dalam satu kedai yang seolah olah memandang tepat pada dia. Apa lagi berdesup dia masuk kereta.. Yang lain2 tengok dia masuk kereta, apa lagi mendesup jugak la masuk walau tak tahu apa apa. Lepas kereta yang boleh jalan mereka pun bergerak la meninggalkan jirat cina tersebut. Lepas dah jauh sikit dari jirat cina tu.. dari luar pagar yang drive tu tengok balik kat tempat tayar kereta depa tenggelam tadi. Akak ponti elok je lepak atas batu kat sini.. Patut la berat semacam rupanya ada makhluk halus yang tak berapa halus. Apa lagi..maka di pecut selaju mungkin agar segera sampai kerumah. Bila sampai je kat rumah dia pun tanya la kawan yang duduk dalam bonet tadi kenapa jerit suruh blah lepas buka bonet... menurut cerita penghuni bonet kereta tu dia nampak lutut pontinak berpakaian serba putih lepas dia buka bonet kereta. Tu baru nampak lutut kalau nampak dia senyum gamaknya koma dalam bonet kereta. hehehe
Begitulah kisah 5 budak nakal yang konon nak menguji keberanian akhirnya kecundang dengan akak pontianak. Baru akak ponti sakat2 manja belum akak ponti beramah mesra dah macam lipas kudung memasing.
Moral of the story kalau dia tak cari kita.. tak payah la acah acah berani cari dia. Biar dia dengan dunia dia kita dengan dunia kita.