Showing posts with label kritikan nitezen. Show all posts

SALAH FAZURA KALAU LAGU ESTRANGED, HANCUR TAK MASUK FINAL MUZIK MUZIK 31

SALAH FAZURA KALAU LAGU ESTRANGED, HANCUR TAK MASUK FINAL MUZIK MUZIK 31. Aku tak selalu sangat layan rancangan muzik muzik ni tak kira la tiap2 minggu ke, semi final ke, final ke.. Tapi semalam secara tak sengaja terlayan jugak satu dua persembahan semifinal muzik muzik 31 kat  tv3 ni. Macam saja je nak bagi bahan aku mengkritik kan.. Antara satu dua persembahan tu.. Lagu Kumpulan Estranged duet dengan Fazura bertajuk hancur tu pulak aku tertonton.

Sebelum ni aku tak tau lagu tu nyanyian estrange & fauzra. Dok dengar jadi soundtrack drama2 kat tv. Ikut halwa telinga aku ni lagu tu sedap la. Menusuk juga ke lubang telinga seterusnya tertembus ke hati. Vokal vokalis estrange ni sapa pertikai aku cucuk dengan garfu. Sebab memang sedap hingga menjilat jari. Kemantapan vokal dia aku sendiri tabik spring. Tapi yang aku pelik kenapa lagu tu depa pilih fazura sebagai rakan duet. Kenapa??? Adakah mereka sengaja nak menghancurkan lagu tu dengan suara fazura yang kalau menyanyi live memang sama hancur dengan tajuk lagu.

Korang dengar sendiri suara fazura dari video rakaman persembahan semifinal muzik muzik 31

Sebab suara fazura ni bagi aku bukan level penyanyi.. Jangankan profesional tahap nyanyi kat karaoke pun tak sedap jugak ni.  Pendek kata dia memang tak ada talent jadi penyanyi & suara dia memang tak sedap langsung. Kang peminat fauzra marah pulak cakap tak sedap langsung.. ok ok bagi komen jaga hati bukan suara dia tak sedap cuma dia memang tak di kurniakan suara yang lunak untuk jadi penyanyi. hehehehe. Kalau lagu estranged & fazura tak masuk final muzik muzik 31 memang salah tu 100% sebab suara fazura yang totally hancur berkecai. Sebab kalau ikutkan lagu tu dah cukup mantap & suara vokalis estranged dah cukup power.. Tak ada sebab dia tak boleh ke final. Tapi kalau terpilih ke final jugak pun bukan sebab fazura la.. Tapi tetap kerana kemantapan lagu & suara vokalis estranged.

Tolonglah retis muka cantik jangan over confident sangat kalau korang takde suara & bakat dalam nyanyian. Dah berlakon tu berlakon je la.. Jangan la buat orang morning sickness dengar suara hang tu. Tolong la simpati sikit kat orang yang mendengar ni. Simpati pulak aku dengan kumpulan estranged. Mesti dorang pun hilang keyakinan untuk ke final lepas persembahan semifinal tu.

Moral of the story.. Bakat seni suara ni adalah bakat semulajadi.. Memang ada orang tak di kurniakan suara lunak merdu untuk menyanyi. Kau belajar vokal macam mana pun suara kau tak sedap takkan sedap sebab benda ni bukan semua orang ada.. So pada yang rasa tak berbakat menyanyi tu pergi la buat benda lain yang korang ada talent. Minat tanpa bakat kalau dalam seni suara memang susah.Last2 kau terpaksa jadi penyanyi 'suara mesin' je la.. kena miming setiap masa sebab nyanyi live memang.. 'hancur.. hancur.. suaramu'.. hehehe

P/S : kalau ketagih nak menyanyi.. fazura boleh cuba nasib kat smule. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com