LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA
LETAK ANJING DALAM TROLI TESCO BUKAN SALAH CINA. Mula kecoh pasal isu satu gambar seorang individu berbangsa cina bawak anjing pergi tesco kemudian letakkan dia dalam troli. Kecoh la satu alam maya pasal tu sebab troli tu mungkin di guna oleh pengunjung yang beragama Islam. Tapi takpe semua troli kat tesco tu telah di sertu oleh sekumpulan individu beragama Islam yang prihatin. Alhamdulillah.Masalahnya bila berlaku kes yang melibatkan satu individu dari sesatu bangsa mesti wujud isu perkauman. Padahal isu letak anjing dalam troli bukan masalah kaum tapi masalah individu yang tak sensitif dengan orang lain. Nama je duduk kat Malaysia. Ada berbilang kaum & majoriti penduduk adalah beragama Islam takkan tak tau isu anjing sangat sensitif. Nak hentam... hentam je individu tu kenapa mesti hentam bangsa.
Macam tu juga bila berlaku sesuatu yang melibatkan bangsa melayu beragama Islam.. Orang melayu paling kuat menghentam bangsa sendiri. Kenapa bangsa kena jadi mangsa di sebabkan hanya individu yang melakukannya. Bagi aku memang tak adil tak kira untuk apa bangsa & agama sekalipun. Sebab tu dalam entri aku pun kalau aku nak menghentam individu aku takkan sebut mak,bapak,family atau sedara mara dia apatah lagi bangsa & agama mereka. Aku akan bercakap tentang orang yang aku nak cakap je.
Kita boleh lantang bersuara sebab Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tapi kebebasan tu tetap ada limit. Jangan kerana seorang individu berbangsa cina buat perangai tak semegah letak anjing dalam troli pasaraya yang di gunakan berbilang kaum & agama kita terus keluarkan statement yang berunsur provokasi yang mungkin mencetuskan pergaduhan antara kaum. Kau nak hentam amoi tu sampai lunyai pun silakan tapi jangan melibatkan kaum & agama sebab hanya dia je yang buat bukan orang lain.
Moral of the story..Jadi keyboard warrior ni ada fungsinya tapi Belajar menjadi keyboard warrior yang adil tidak menghukum orang yang tak bersalah hanya kerana seorang individu.