Showing posts with label mimpi. Show all posts

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA? Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib @ bunian ni bukan cerita yang pelik. Macam macam kisah.. Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana. Tak tau la dia dapat warga alam bunian atau PR je. Nak kata betul pun aku tak tahu nak kata bohong pun aku tak berani. Benda benda mistikus ni kadang kadang di kuar kotan parcel pemikiran kita. Hanya orang yang melalui pengalaman tu dan Allah saja yang tahu. Tanya aku.. Aku tak tahu.

Tapi ni pengalaman aku semalam. Gila berdebar wei.. Tiba tiba aku ada di satu tempat yang kau tak familiar langsung. Nak balik ke pangkal jalan kau tak tau jalan mana harus kau pilih. 

Cerita dia macam ni.. Aku tengah jalan jalan tiba tiba aku sampai satu kawasan perumahan. Kawasan yang biasa kita tengok. Taman taman perumahan yang ada blok blok kedai, premis perniagaan gitu la. Cuma tempat tu aku tak pernah sampai dan aku sendiri tak tau kat mana. Aku berlegar legar sambil on gps tapi gps macam tak dapat kesan lokasi aku tu. Aku tengok ada satu jalan raya tapi kosong tak ada kenderaan. Semakin jauh pandangan semakin gelap kearah jalan tu. Ada lagi satu jalan kecil kiri kanan hutan. Dua dua jalan tu aku tak tau menuju kemana. Signboard apapun tarak. Sapalah YB kawasan tu. Next pru jangan undi dia. 

Lepas tu aku nampak dua orang remaja perempuan. Aku tanya la apa nama tempat ni.. Sebab aku nak search guna gps nak cari jalan balik rumah aku. Aku tak tau nak balik dah ni. Sesat. Budak cuma bagitau tempat tu nama kencana ke gencana ke gitulah. Rasanya kencana tak silap aku. Aku macam lupa lupa dah. Aku try search guna gps.. Tak dapat kesan lokasi tu. Ah.. Sudah. Aku nak balik macam mana pun tak tau. 

Aku mula tak sedap hati. Tempat tu totally pandangan mata kasar nampak macam penempatan manusia biasa cuma sunyi sangat. Tak ada orang kecuali dua orang remaja perempuan tu je aku jumpa. Nama tempat tu pun macam pelik. Ada bunyi bunyi klasik. Ya Allah.. Aku tersesat di alam sebalik mata dah ni wei. Aku masuk alam bunian ke? 

Tetiba aku nampak dua tiga orang yang aku kenal sedang berjalan guna jalan yang kiri kanan hutan.. Sambil sembang sembang. Aku jerit panggil depa sorang pun tak toleh. Aku kejar dari belakang sambil panggil pangil.. Sampai la dengar suara suami aku tanya.. Kenapa? Aku buka mata. La.. Mimpi rupanya. Sah sah aku mengigau suami aku dengar terus kejutkan aku. 

Pagi ni bangun aku terfikir dalam mimpi tu sebenarnya aku nak ikut jalan raya yang kosong yang mana bila semakin jauh semakin gelap tu. Sebab tu jalan raya jadi aku rasa mungkin jalan tu boleh jumpa jalan keluar. Tapi sebab aku nampak orang aku kenal berjalan jalan guna jalan yang kiri kanan hutan tu aku lari ikut depa. Kalaulah aku pilih jalan raya.. Kat mana pulak aku sampai dalam mimpi tu yer. 

Ni sah sah la sebab semalam aku dok cari cari kisah kisah seram nak share dalam blog sampai terbawa bawa dalam mimpi. Apa kita fikir tak mustahil akan bersambung dalam tidur kan. Ada mimpi benar ada mimpi sekadar mainan tidur. Macam mimpi aku ni dah sah sah di pengaruhi apa yang aku fikir sebelum tidur. Tapi kan.. Ada ke kawasan penempatan bunian yang namanya kenchana? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.... 

Moral of the story sesiapa yang ada pengalaman seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB

AMARAN SERAM STALKER DARI ALAM GHAIB. Pepagi dah taip cerita seram.. Almaklum la kena tulis sementara masih ingat. kang lewat2 draft entri masuk petang dah lupa. Lagipun I kan blogger aktif & rajin.. Mesti ada daily update. Semalam pun 4 entri berjaya di update. Macam tu la kehidupan seorang blogger.. Alasan idea tak ada tak boleh kerap2 sangat dok jadikan alasan.. sebab bila kau pilih jadi blogger & nak dapat manafaat dari blog memang kau kena sentiasa cari idea & kreatif bila menulis di blog. Kalau tak mampu buat dua perkara tu.. better pergi cari benda lain la buat. Memang berblog tak sesuai buat golongan yang sentiasa kekeringan idea & kurang kreativiti.


Dari zaman bujang aku tinggal kat rumah ni. Sebab aku menyewa sorang sorang jadi bila kawen tak payah nak susah2 cari rumah. Sewa rumah pun masih rendah berbanding tempat lain. Buat apa nak bayar sewa rumah mahal2.. 10 tahun pun tetap rumah orang. Lain la sewa beli kan..

Rumah aku ni sejak aku tinggal dengan adik & sepupu aku lagi memang dah ada gangguan bunyi. Lepas depa dah pindah tinggal aku sorang gangguan bunyi tu masih ada. Tapi sebab aku ni sangat positif.. aku ingat bunyi tu datang dari rumah jiran atas. Walaupun minat cerita seram tapi aku tak obses sangat dengan benda2 mistik so aku memang tak terfikir selama ni bunyi tu something wrong somewhere. Yelah.. bunyi jer takde dengar mengilai ke hapa. Bunyi guli jatuh.. Bunyi perabot kayu di seret.. kadang2 bunyi tapak kaki orang berjalan cuma pernah sekali aku dengar suara misteri di tengah malam cuma tak jelas apa yang di cakap.. Sebab mula2 memang tak terfikir bunyi tu bukan bunyi yang manusia buat. Selepas jiran atas dah pindah & rumah tu dah kosong pun still ada bunyi yang sama. Yang aku boleh tahu bunyi tu bukan dari manusia.. masa pergi merawat anak aku kat pusat rawatan Islam Al Qayyum.. Perawat kat situ yang bagitau. Tapi sebab dah biasa hidup dengan bunyi bunyian misteri.. dah takde rasa apa - apa yang seram. Kadang2 aku anggap macam irama harian wajib dengar je hahaha..

Semalam aku up la satu status berkaitan gangguan bunyi tu.. Tup tup.. semalam masa tidur aku macam bermimpi ada satu suara yang marah bagitau aku.. Sebab aku tulis kat status macam tu.. Dia buat anak aku sakit. Terbangun dari tidur tapi tak tahu pukul berapa suami cakap badan anak aku panas.. Aku dalam keadaan mamai2 macam tu rasa blur sekejab. Tapi tak fikir apa2 la.. Just bangun basahkan tuala kecil selimut anak aku supaya suhu panas turun. Letak cool fever sambung tidur. Tapi tetap terbangun untuk basahkan tuala. Pagi ni nampak demam dia pun macam dah turun... Risau jugak jadi macam dulu.. malam jer demam. siang sihat. Hope tak berlaku lagi trajedi macam tu...

Status yang aku tulis sebelum tidur semalam

Amboi.. benda tu pun pandai stalk Facebook aku kan... Stalker dari alam ghaib ni nak block tak boleh. Dah la stalk orang lepas tu touching nak warning2 orang.. Tak 'hantu' la beb! hahahaha... erkk.. kang malam ni dapat warning lagi matilamak... hahahahahaha

Apapun.. benda ni memang wujud tak mustahil dia ada berdampingan dengan kita. Menurut perawat dari rawatan Islam yang aku pernah pergi.. Dia dah lama tinggal kat situ so memang agak susah untuk di halau. Kena rajin2 baca yassin la kot.. Manatau sampai satu masa dia surrender & packing balik kampung dia dalam belantara sana. hehehehe

MIMPI MALAM JUMAAT

MIMPI MALAM JUMAAT. Pendek pulak tajuk entri hari ni kan.. Jarang2 berlaku di blog lekatlekit ni. Kalau lekatlekit.com ni bukan je entri dia panjang2.. tajuk entri pun kalau boleh nak buat sama panjang dengan entri katanya. Baru la senang orang tak judge cerita dari tajuk je. Kau baca entri terus kat tajuk tu sebab manusia zaman sekarang suka baca tajuk kemudian komen tu yang kena letak tajuk panjang panjang...


Entri ni bukan la nak cerita pasal tajuk entri. Sebenarnya nak cerita pasa mimpi. Mimpi malam jumaat pulak tu. Mimpi apa gamaknya. Mimpi basah ke, mimpi kering ke, mimpi sedih ke?? Tak tau nak klasifikasikan mimpi ni kering ke basah ke sedih ke tapi mimpi yang sangat menyentuh hati jugak la. Bukan mimpi akil baligh la.. Orang perempuan dia akil baligh takde mimpi2 ok! Lagipun aku dah lama akil baligh.. dah beranak pun. Jadi takde kena mengena mimpi akil baligh ke hapa..

Mimpi yang buat satu perasaan rindu yang rasa macam sakit sangat. Rindu yang tak mungkin sampai pada yang di rindui.. tetiba semalam mimpi arwah ayah yang dah 6 tahun pulang kerahmatullah. Dalam mimpi tu nampak arwah ayah senyum lebar & manis sangat macam sedang berbual dengan sedara mara. Cuma tak dengar la suara ayah bercakap ke apa.. Cuma nampak dia senyum jer... Senyum nampak deretan gigi. ramai berkumpul kat rumah arwah tokwan sebelah mak. Tak sure kenapa tapi memang ramai kat situ..

Mimpi ini memang buat aku rindu sangat kat arwah ayah.. Akhir - akhir hayat dia memang aku agak rapat dengan arwah ayah & mak. Kalau ikut masa aku masuk je sekolah menengah.. memang aku tak berapa rapat dengan ayah. Sebab masa tu kan nakal.. Ayah macam menyekat aku yang masa tu nak bebas. Bukan la salah ayah.. Cuma masa tu awal remaja memang fasa fasa memberontak je la. aku pernah terkilan sebab ayah koyak poster2 artis yang aku tampal dalam bilik. Sebab kebanyakkan poster2 tu ada tandatangan artis. Aku dapat masa tengok road artis yang datang kat tempat aku... termasuk la poster amy mastura. Amy mastura kan artis paling aku suka waktu tu. Aku pernah tengok road show dia & dapat poster & hadiah dari amy mastura. Kira lama jugak rasa terkilan tu aku simpan sampai hilang sendiri. Ayah buat macam tu sebab aku dah buat 1 kesalahan kat sekolah sampai kena tindakkan disiplin. Bukan salah ayah pun.. Memang aku nakal masa tu.

Bila aku berhijrah semuanya semakin berubah.. Mula nampak kasih sayang ayah yang selama ni mungkin dia tak tahu nak tunjuk sebab hari2 ada depan mata. Excited sangat dia kalau aku nak balik kampung. Dia akan plan macam2.. Aku memang rajin melayan mak ayah pergi berjalan. Sebab aku tahu mak ayah rindu nak pergi berjalan dengan semua anak anak dia macam masa anak anak dia masa kecik. Tapi tak berkesempatan bila semua dah mula besar & bekerja. Dekat2 aku nak nikah Ayah kerap call.. Cuma aku tak pernah sangka semua tu petanda dia akan pergi buat selamanya...

Mimpi semalam.. Buat aku rindu sangat. Mimpi malam jumaat jumpa dengan ayah. Ayah nampak lebih muda dalam mimpi tu. wajah ayah dalam mimpi tu adalah wajah yang aku tengok masa aku kecik kecik. Kurus & ramping. Gigi pun penuh lagi. Tak buncit & boroi macam sebelum dia meninggal. Ya Allah.. berat rasa hati menanggung rindu pada orang yang dah tiada ni.. Moga Allah mengampuni segala dosa ayah & meletakkan dia di tempat yang terbaik. Hanya doa yang mampu di utus.. Alfatihah untuk Ayah.. Moga terus berbahagia di sisi yang esa. Amin...

PANCING IKAN GUNA UMPAN CILI PADI

Tu dia ikan la ni pun suka makan pedas2 ka? penangan citarasa Thailand ka hapa ni.. Ingatkan manusia jer suka makan cili kan? Ulat pun tak makan cili pedas katanya.. Ni ikan pulak makan cili, apa kes?? Ikan apa yang makan cili tu.. habaq mai sat..

Sumber gambar Rilekssminda

Ni nak habaq la ni.. sabaq noh.. Alkisah den pergi mancing. Pancing ada umpan takdak.. Tepi sungai tu ada pokok cili.. Ketagih sangat nak mancing ikan kekdahnya. Lama tak mancing ikan. Last mancing ikan pun masa budak2. Masa kanak kanak ribena beri dulu memang salah satu hobi den ni memancing ikan. Kalau kengkawan ajak mancing.. Ya Allah tak tergambar betapa hepinya.. Masih terbayang kenikmatan merasa macam mana ikan menarik2 batang pancing.

Sebab umpan  tak dak.. Saja try guna cili letak kat mata kail humban dalam sungai. Tak sampai sekejab rasa batang pancing dah kena tarik.. apa lagi rentap la naik. Sekor ikan. Letak lagi cili.. baling dalam air.. sekejab naik lagi ikan.. Begitu la seterusnya sehingga banyak ekor jugak la dapat. Tetiba terdengar suara asben ku panggil.. Dengan mamai2 antara pancing ikan dengan suara suami.. aku buka la mata. Aduhai.. kenapakah ini semua hanya mimpi. Tengah syok2 mancing ikan tetiba terbangun memang spoil.

Ni tak boleh jadi.. tahap kerinduan nak pancing ikan semakin membuak buak. Kena cari satu hari di weekend hari untuk buat aktiviti memancing ni. Tapi arwah ayah pernah cakap masa aku kecik2 dulu.. aku cerita kat ayah aku mimpi pancing ikan kat anak sungai yang jernih. Nampak ikan berenang.. Ayah kata mimpi ikan & air ni orang2 tua kata rezeki. Alhamdulillah.. kalau mimpi tu petunjuk dari Allah yang aku bakal dapat rezeki. Tapi hangpa jangan la dok percaya bulat2 pulak.. Ramalan2 mimpi ni tak payah taksub. Dengar sekadar hiburan sudah.

Pada yang torkono bang bang boom dengan entri mimpi pancing ikan guna umpan cili padi tu jangan marah. Sekali sekala kena juga bersantai santai. Tapi mimpi tu bukan rekaan semata mata, ok! Sememangnya aku bermimpi pancing ikan berumpan cili padi semalam.. kekekekeke

Hakmimpiterpelihara kekekeke


IBADAT DAN KHURAFAT DALAM SOLAT ISTIKHARAH

Sejak dua menjak ni asyik cerita mimpi jer sampai la di tegur kak diana kat entri mimpi aku beranak anak lelaki tu. Kata kak diana dia pernah terbaca, larangan kita bercerita tentang mimpi bimbang ada yang mentafsir. Aku pun tak pernah tahu pasal tu so aku pun try la  google. Nak cari info macam kak diana cakap tu.

Sumber gambar google

Ada larangan dalam Islam cerita pasal mimpi ni... (boleh rujuk kat sini larangan cerita pasal mimpi ) Jadi setiap apa yang di larang tu bukan perkara sia sia. Betul jugak la macam kak diana cakap, takut nanti ada yang mentafsir dah macam meramal pulak kan. Dalam Islam hukum meramal mimpi sama jer macam menilik nasib.. khurafat. Jadi kalau kita bercerita dengan orang yang kononnya pandai meramal mimpi ni secara tak langsung macam kita menggalakkan perbuatan khurafat pulak la kan sedangkan tak semua mimpi tu adalah petunjuk dari Allah..


Satu perkara lagi yang memang ramai orang salah faham termasuk la aku pasal mimpi selepas Istikarah bila kita meminta Allah memberi sebarang pentunjuk kepada kemusykilan kita lebih2 lagi soal Jodoh. Memang ramai yang suka buat solat Istikarah untuk minta petunjuk dalam soal jodoh ni.. Kita perlu berhati hati jangan yakin & terlalu percaya petunjuk tu akan datang dalam mimpi nak2 lagi soal jodoh. Istikarah bukan peramal jodoh tau...


 Sumber rujukan & artikel penuh sila baca kat Info Islam

Aku ni bukanlah alim ulamak apatah lagi orang yang bijak pandai dalam ilmu Islam. Masih belajar & apa aku belajar aku share dengan orang lain. Kalau aku salah info mohon betulkan dengan ilmu bukan setakat mempertikaikan tapi tanpa bukti. Aku pun jadi confuse juga.. Kalau aku salah mohon la beri penjelasan yang sahih & aku boleh faham yer...

P/S : Thanks kak diana sebab sudi kongsi pasal larangan cerita pasal mimpi tu. Peace!


SEMINGGU 3 KALI BERSALIN ANAK LELAKI

Kisah apa pulak ni? Kisah seram ke? kisah pelik ke? kisah dogeng? Dalam seminggu 3 kali bersalin anak lelaki.. kau hado? Bukan kembar & bukan jugak dalam hari yang sama. Tapi berbeza hari dalam minggu yang sama. naik pening aku fikir kejadian ni tau.. Pening bukan pasal bersalin 3 kali anak lelaki dalam 1 minggu yang sama tapi... Meh baca dulu.

Alkisahnya selepas aku mimpi pelik pasal Saka sikat rambut dalam minggu tu jer aku sentiasa mimpi yang pelik2. Aku tak berani nak kaitkan dengan perkara mistik ke hapa.. Kang asyik fikir benda ghaib2 ni terkhurafat pulak. So aku fikirkan cuma mimpi tapi tu la kenapa mimpi tu pelik2 sangat. Aku ada jugak baca tafsiran mimpi berkenaan kalau mimpi beranak & baby ni.. ada yang positif & ada yang negatif tak berani aku nak percaya takut jatuh syirik.


Mimpi pelik aku dalam minggu tu adalah memula aku mimpi dapat anak lelaki dalam keadaan aku sebenarnya tak sedia lagi nak tambah anak tapi dah dapat aku terima jugak. Dalam mimpi tu anak aku tak nak terus BF terpaksa aku kena pam susu. Masa aku pam susu memang banyak. Mimpi kedua aku beranak lagi anak lelaki... Pun dalam mimpi tu aku tak ready untuk ada anak lagi. Kesian kat lala kononnya masih perlu banyak perhatian tapi tetap la aku terima . Mimpi ketika aku mimpi siap rasa sakit bersalin tu. Pun anak lelaki jugak.. kisah mimpi tu aku tak berapa ingat dah sebab aku simpan lama sangat baru cerita. Tapi dalam minggu tu pada tidur malam yang tak sama hari & tarikh 3 kali aku mimpi beranak anak lelaki.

Agak ganggu fikiran aku jugak la dengan mimpi2 tu sebab aku terfikir kenapa aku mimpi kisah yang seakan akan sama sampai 3 kali dalam minggu yang sama? Tapi setakat ni aku tak rasa apa2 pelik berlaku kat diri aku. Mungkin aku selalu tidur lepas tengok cerita rancangan The Unbelieveable kat NTV7 kot sebab tu suka mimpi mengarut. Tapi nak tanya pendapat semua yang baca entri ni.. kalau korang rasa pelik tak mimpi aku??

P/s : Nak kata mengidam anak lelaki sangat tu takde la pulak even nak jugak ada anak lelaki untuk akan datang.


KISAH SERAM DI GANGGU SAKA SIKAT RAMBUT

Saka sikat rambut? ni cerita seram ke cerita kelakar. Serius ada saka sikat rambut, kalau takde aku tak cerita la. Nak tahu kisah saka sikat rambut ni kena sabar & teruskan membaca entri aku ni sampai habis. Kalau setakat baca tajuk, harap maaf anda takkan tahu apa cerita sebenar berlaku dengan saka sikat rambut.Sebab ni kisah aku bukan kisah orang lain, ok!

Ceritanya aku pergi ziarah salah sebuah keluarga yang aku tak pasti ada pertalian sedara ke tak tapi memang family aku nampak macam kenal sangat dengan family kami ziarah tu. dalam rumah tu ada seorang wanita yang dah tua.. Orangnya pun dah separa nyanyuk. Sekejab ok.. sekejab merapu entah apa - apa. Dalam dalam nyanyuk tak nyanyuk rupanya dia ada bela sekor saka. Masa aku ziarah umah depa tu.. tetiba ada ahli keluarga depa nampak atas kepala aku ada lembaga hitam sedang bertenggek. Time tu memang aku dah rasa kepala aku macam berat semacam. Family tu sebenarnya tau pasal saka yang nenek separa nyanyuk tu bela tapi takkan orang datang rumah depa nak bagitau pulak. Mesti la orang takut kan. Tapi bila saka tu mula ganggu tetamu terpaksa jugak depa pecah rahsia cerita hal sebenar.

Sebenarnya saka tu nenek tu boleh buang & halau tapi bila di pujuk nenek tu tetap tak nak buang. Dia kata kawan dia. Selalu teman dia siang malam. Sebab saka tu dah ganggu aku tak mau turun dari kepala aku terpaksa la aku fight dengan dengan dia. Dah macam bomoh aku fight dengan saka tu tau. Akhirnya saka tu berjaya aku bunuh dengan ayat kursi & aku dapat tahu saka tu menumpang pada satu sikat rambut warna biru so aku patahkan sikat tu saka tu pun akhirnya mati. Bila saka tu mati.. nenek tu pun turut sama meninggal dunia. Tak tau la selama ni yang hidup tu nenek tu ke saka tu dalam badan dia sebab bila saka tu kena bunuh nenek tu pun mati jugak tak sempat nak tau sebab nya aku dah terbangun dari tidur.

kekekekeke... Jangan marah! Aku mimpi rupanya. Maybe dia la pengaruh sebab suka sangat tengok cerita seram. Serius aku rasa seronok pulak mimpi semalam tu. Dalam mimpi tu serius aku tak rasa takut boleh pulak aku fight dengan saka. Rupa saka tu memang tak nampak cuma dalam bayangan hitam saja. Yang kelakar aku rasa saka tu menumpang pada sikat rambut plastik warna biru. Apsal tak duduk kat barang antik sikit.. hahahaha...

Sebiji rupa sikat ni dalam mimpi aku. Tapi ni sikat rambut aku kat rumah so aku mula was was nak gunakan.Perlu ke aku patahkan untuk bunuh saka tu sekali lagi. hahahahaha

Moral of the story.. sebelum tidur pastikan badan semua bersih yer. Tidur dalam keadaan tak bersih pun salah satu punca kita mimpi bukan2. Jangan lupa baca ayat kursi jugak sebelum tidur. Tengok dalam mimpi pun aku boleh kalahkan saka dengan ayat kursi. Banyak kebaikkan mengamalkan ayat kursi ni.

UNTUK YANG TAKSUB SANGAT DENGAN MIMPI USTAZ PASAL MH370

Aku bukan nak mempertikaikan apa atau siapa tapi aku tengok ketaksuban manusia pada sesuatu tu semakin hari semakin menjadi jadi pulak. Nak2 lagi kalau datangnya dari orang yang ada title ustaz atau ustazah atau mana2 orang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agamanya. Sejak isu kehilangan pesawat MH370.. bukan setakat spekulasi yang menjadi ketaksuban manusia tapi jugak mimpi2 yang di kongsi oleh seorang yang bergelar ustaz.

Sejak dua menjak ni cerita mimpi seorang ustaz berkaitan Mh370 menjadi popular pula kat laman sosial. Macam biasa.. aku baca apa jer berkaitan dengan MH370 tak kira la spekulasi atau berita2 dari sumber rasmi atau tak rasmi termasuk kisah mimpi seorang ustaz juga pengasas sebuah pusat rawatan Islam.

Mula2 beliau share mimpi beliau berkaitan MH370.. yang katanya dalam mimpi tu mengambarkan pesawat di hijack kemudian semua sistem dalam kapal terbang tu di kawal oleh pihak lain dari jauh.. di lencongkan ke laut kemudian terhempas di lautan. Dalam mimpi tu seakan mengambarkan semua terkorban. Tu mimpi beliau yang pertama pernah aku baca. Mimpi yang kedua yang sedang rancak di sebarkan di laman sosial sekarang adalah mimpi yang katanya apa yang dia nampak dalam mimpi tu pesawat di hijack kemudian di sembunyikan di satu lokasi rahsia & semua krew & penumpang di tawan. Dalam mimpi tu apa yang aku paham semua mangsa masih dalam keadaan selamat & di kurung di satu lokasi rahsia.

Gambar carian google

Orang lain punya la taksub dengan mimpi tu pulun share & anggap benda tu seolah2 apa yang sedang berlaku tanpa ambil masa fikir... Kalau mimpi ustaz tu adalah petunjuk tentang MH370 kenapa kedua2 mimpi tu berbeza sangat endingnya. Satu seolah2 terkorban.. satu lagi di tawan. Aku tak kata ustaz tu bohong pasal mimpi tu yer.. Memang mungkin mimpi tu wujud tapi aku anggap ia cuma mimpi yang mungkin di pengaruhi oleh apa yang di sedang fikir sebelum dia tidur bukan petanda apa2 yang sedang berlaku sebab jauh sangat beza mimpi pertama & mimpi kedua.

Kita jangan jadi orang yang taksuh & jahil sangat.. Takut tersesat tanpa di sesatkan pulak. Ustaz tu pun share mimpi dia tak kata pulak itulah pentunjuk dari Allah tentang apa yang berlaku tapi orang yang share tu pulak melebih2 kaitKan mimpi ustaz tu dengan apa yang berlaku sekarang. Aku pun boleh cipta spekulasi kemudian labelkan dia sebagai mimpi.. create story yang nampak real sikit perjalanan cerita tu kemudian share.. tapi tu la, aku takde title ostazah atau title orang2 yang alim bagai.. Insan jahil macam aku sapa nak heran sangat kalau betul pun Allah bagi petunjuk dalam mimpi aku sebab aku bukan sesapa yang boleh orang percaya betul tak.

Aku bukan menolak semua spekulasi even aku memilih tak mahu jadi salah seorang penyebar.. Dan aku bukan jugak percaya semua spekulasi. Tapi aku membaca semua.. Ada yang anggap spesis macam aku yang menolak spekulasi orang yang bodoh, rugi & tunggu orang suap jer.. aku tak kisah. Lantaklah.. dari aku dok copy paste semua cerita sahih tak sahih sumbat dalam blog semata2 nak kejar rating dari isu yang sedang hangat di perkatakan. Aku pun sentiasa update pasal tu.. Tapi bukan semua aku sumbat.

Kita baca, kita nilai & ambil masa untuk fikir. Bukan kita baca tanpa fikir kita sebar & kita buat orang lain pula percaya pada benda yang kita sendiri tak pasti sejauh mana kebenarannya. Biar aku di pandang bodoh asalkan aku tak rasa diri aku pandai.

Apapun teruskan berdoa yang terbaik buat mereka. Doa adalah yang terbaik sekarang ni. Kita yang takde kepakaran apa2.. Pertolongan yang mampu kita hulur cuma doa. Semoga Allah membuka kebenaran yang selama ni di tutup untuk menguji manusia2 yang semakin lupa padaNya.

P/S : Aku ada terbaca katanya ustaz ni dah tutup account FB dia sebab tak tahan di kritik pasal mimpi dia. Sebenarnya dia cuma share apa yang dia mimpi orang yang sebarkan tu yang taksub lebih2 sampai cuba kaitkan apa yang berlaku tu konon seperti apa yang di mimpi ustaz tu padahal takde sapapun tahu apa yang berlaku.

Memandangkan ramai yang mula salah faham & menuduh aku cuba memburukkan reputasi Ustaz tu kat sini aku nak jelaskan aku tak tuduh ustaz tu menipu tapi yang aku tulis pasal ketaksuban manusia terhadap mimpi ustaz tu sedangkan ustaz tu sendiri tak kata mimpi dia tu petunjuk terhadap apa yang sedang berlaku. Dia sendiri tak berani nak confirmkan benda tu, tapi orang yang baca & share pulak melebih2 taksub sedangkan takde siapa tahu apa yang sedang berlaku di sebalik kehilangan MH370. Kita boleh ambil sebagai peringatan tapi bukan kepercayaan. Yang lebih mengetahui segalanya hanya Allah.. Jadi jangan nak tuduh aku bukan2 kalau baca tak habis atau tak faham.


USTAZ KAZIM ELIAS NAMPAK ORANG MENYIHIRNYA DALAM MIMPI

Entri lepas cerita pasal pengalaman Ustaz Kazim Elias yang di santau kan. Boleh rujuk entri tu kat sini USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU. Ini entri kesinambungan entri tu la..

Kuasa Allah tak siapa boleh menafikan. Semua berlaku dengan keizinan Allah jugak. Dengan kuasa Allah.. Allah memperlihatkan orang - orang yang menghantar sihir santau pada Ustaz Kazim Elias ni dalam mimpi dia.  Jom kita baca kesinambungan kisah Ustaz kazim kena santau ni..


Mujur la yang menghantar santau kat ustaz kazim tu sempat insaf & sempat mohon maaf kat Ustaz Kazim kan?? Kalau macam cerita 6 Jahanam tu.. mati sia2 jer tak sempat taubat. Nasib 6 orang ini sedar sebelum terlambat.

Moral Of The Story... Jangan menganiaya orang. Balasan Allah kadang2 tak tunggu masuk kubur dulu. Ikut nasib la.. Kalau Allah nak balas kat dunia ni, sapa boleh kata 'TAK BOLEH'. Yang suka main bomoh, suka mengamalkan amalan khurafat & syirik ni, bawak2 la mengucap dua kalimah syahadah. Taubat sebelum terlambat. Tak di nafikan orang yang solat 5 waktu terjaga pun.. masih ada yang percaya dengan bomoh ni.

  

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com