Showing posts with label normal. Show all posts

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU?

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU? Kecoh minggu ni seorang remaja autisme berumur 22 tahun (lelaki) di tahan polis kerana di dakwa mencabul seorang perempuan. Ramai aktivis Autisme bangkit bersuara isu ni.. & ramai juga orang awam yang tidak memahami tentang autisme mempertikaikan macam macam perkara tentang individu autisme yang di dakwa tersebut.


Sebagai seorang ibu kepada seorang anak autisme (mild autisme level 1) memang isu ni sangat bagi kesan. Even anak saya perempuan & level autisme dia paling ringan tapi cabaran untuk membesar, mendidik & mengawal dia di tempat awam tetap mencabar. Walaupun dah umur 7 tahun.. Tapi tahap kematangan dia bukan seperti kanak kanak yang berumur 7 tahun walau orang nampak dia bersekolah di sekolah biasa dengan budak2 normal lain, boleh membaca & menulis (english & melayu) dengan baik tak bermakna segala perkembangan dia juga seiring dengan umurnya. Banyak perkara tentang pengurusan diri dia masih tidak cekap untuk handle sendiri. Masih perlu bantuan saya & bapak dia.

Saya risau juga nak hantar dia ke sekolah rendah tahun depan.. Tahun ni saya mohon pada KPM untuk lewatkan setahun sesi persekolahan dia.. so dia masih di tadika. Tahun depan saya tak ada pilihan.. Saya terpaksa untuk hantar dia ke sekolah di mana sekolah yang menempatkan pelajar dari usia 7 - 12 tahun. Dia perlu jaga diri.. boleh handle diri sendiri ke toilet semua. Dengan kes buli yang semakin menjadi jadi.. Allahu.. ikut rasa hati nak homeschooling jer. Tapi saya rasa benda tu tak baik untuk perkembangan dia.. Dia perlu bergaul & belajar untuk berdikari. Sekarang saya masih ada & masih mampu jaga dia.. akan datang saya tak tahu macam mana.

Orang takkan faham rasa hati seorang ibu & ayah anak autisme.. Nampak normal tapi tidak tipikal membuatkan masyarakat selalu salah faham. Benda ni mungkin mengundang bahaya & risiko kepada anak anak kami. Mungkin atas kekurangan mereka, mereka terbuat kesilapan seperti apa yang berlaku kepada individu autisme 22 tahun tu. Orang nampak dari pandangan mata kasar dia normal.. Mujur yang parents perempuan tu memilih buat laporan polis. Kalau di pukulnya budak tu.. Allahu tak terbayang macam mana perasaan & kesakitan di tanggung dia. Pasti dia akan jadi keliru kenapa dia di pukul sebab dia sendiri tak tahu perbuatan dia tu adalah satu kesalahan jenayah.

Ada mempertikai.. Autisme ni ada nafsu tak? Nafsu yang di maksudkan nafsu ke arah seksual..  Apa yang saya faham. Autisme dewasa ada nafsu seperti manusia lain cuma membezakan mereka dengan manusia lain sebab mereka melakukan sesuatu. Ada autisme mempunyai masalah sensory yang suka menyentuh. Termasuk menyentuh bahagian2 sulit orang lain bukan sebab bernafsu tapi keinginan mereka untuk merasai & meneroka. Anak saya suka menyentuh tapi bukan body part orang lain. Dia tak boleh tengok apa2 barang dia suka.. semua dia nak pegang. Dia bukan fikir boleh ke tak.. Yang dia tau kalau menarik dia nak sentuh. Sebab tu saya jarang bertandang atau bertamu rumah orang. Sebab anak saya ada behavior macam tu. Sebab saya tak nak menyusahkan tuan rumah & saya tak nak lepas saya balik mula la nak up status kat fb mengecam perangai anak saya. Ingat senang ka nak kepit anak sambil berbual dengan orang.

Walaupun autisme tapi kadang2 setiap individu atau kanak kanak yang ada masalah austime ni tak sama tingkah laku & pemikirannya. Mereka berbeza tapi tetap mempunyai kelainan yang menjadikan mereka golongan autisme. Kelainan tu dah tentu di luar kebiasaan orang normal even kadang2 nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh masalah behavior ada orang cakap biasa la budak tak boleh behave sebab fitrah mereka bermain tapi kanak kanak yang ada autisme.. mereka bukan sebab fitrah yang normal tapi sebab masalah autisme mereka. mereka memang akan jadi lost control bila teruja kepada sesuatu yang mungkin boleh mengundang bahaya atau menganggu orang lain.

❝Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun❞

Autisme ni ada beberapa level.. ada teruk, sederhana & ringan. Ada golongan autisme bila dewasa dia mampu survive & hidup macam manusia lain. Belajar, bekerjaya, berkahwin & bekerluarga & ada yang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain sepanjang hayat. Bukan semua autisme tu.. Tak mampu berdikari. Bergantung pada tahap autisme mereka miliki & bergantung pada penjaga mereka juga untuk bantu dari peringkat awal. Autisme boleh di kesan seawal 2 tahun.. So, kalau di kesan awal ia lebih baik sebab terapi dari peringkat awal sangat membantu seseorang anak autisme tu berkembang dengan lebih baik. Tapi kebanyakkan parents ni ada denied pada peringkat awal.. yelah, saya dulu pun rasa macam tak percaya anak saya autisme. Lahir normal, fizikal normal, perkembangan sebelum 2 tahun tu semua nampak normal je.. selepas 2 tahun perasan dia tak ada sebarang perkataan boleh sebut baru refer pakar pediatric. Dari situ perkembangan dia di pantau sehingga umur 4 tahun lebih nak masuk 5 tahun di dignos secara rasmi sebagai mild autisme level 1. Tapi sebab saya refer dari umur 2 tahun.. masukkan dia terapi semua even masa tu masih dalam pemantauan pakar dari situ saya buat persediaan. Anak saya mungkin autisme. Yer.. dia autisme. Semasa di dignos saya dah boleh terima.

Dalam kes individu autisme yang menyentuh dada seorang perempuan tu saya sendiri tak tahu dia melakukan perkara kerana masalah sensory atau di dorong sebab nafsu seksual tapi yang pasti seorang yang normal takkan melakukan perkara tu secara terang terangan di tempat awam. Saya percaya dia sendiri tak tahu perkara tu perkara yang salah sebab dia autisme. Ketidakmampuan dia berfikir seperti seorang yang normal dalam usia dia mungkin mendorong dia melakukan apa saja yang dia rasa nak buat.. kemampuan dia berfikir tidak sama seperti orang normal even dia berusia 22 tahun tapi tahap pemikiran & kematangan dia tak seperti lelaki 22 tahun tau. Dia masih kebudakkan sebab tu dia masih di jaga & di pantau oleh keluarga.

Sensori kehendak (seeking/craving)
⚗ Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.
Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.
Contohnya:
❣ Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.
❣ Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut

Bukan saya kata memiliki autisme tiket untuk melakukan jenayah tanpa di ambil tindakkan undang undang.. Tapi cuma harap masyarakat faham & tidak menghukum hanya kerana mereka nampak seperti orang normal. Kadang2 apa yang mereka lakukan bukan sebab mereka berniat untuk menganggu atau menyakiti orang lain tapi itulah kekurangan mereka kerana tidak mampu membuat penilaian atau keputusan yang matang seperti usia mereka. Orang normal pun even sempurna akal fikiran pun kadang2 boleh terbabas dalam perbuatan inikan pula golongan istimewa yang menghadapi masalah perkembangan tingkah laku & kecelaruan emosi.

Saya tak salahkan pihak polis menahan dia.. sebab polis bertindakkan mengikut undang undang. Bukan bidang kuasa polis nak sahkan dia autisme ke hapa.. Polis bila dapat aduan cuma menjalankan tugas. So bukan salah polis. Bab isu parents wanita tersebut yang tidak mahu menerima alasan lelaki tersebut autisme & bertegas nak buat laporan polis & mendakwa.. Pun saya sebolehnya tak nak judge apa apa. Sememangnya masyarakat di Malaysia masih ramai kurang kesedaran tentang autisme. Mereka judge dari apa yang mereka nampak pada pandangan mata kasar. Anak autisme memang kebanyakkan nampak normal tapi di sebaliknya mereka tidak tipikal. Mereka dalam kategori golongan berkeperluan khas. Sebab tu penting yer parents ada anak autisme apply OKU card. Memang berat nak declare anak kita sebagai golongan OKU.. Tapi benda ni sangat penting kalau berlaku apa2 yang tidak di ingini, kita ada bukti anak kita tidak tipikal.


Ada yang cakap.. Kalau dah macam tu kurung je dalam rumah. Jangan bawa keluar sampai ganggu orang lain. Allahu.. adakah anda anggap golongan autisme ni macam haiwan buas yang mengancam manusia? Even anak anak normal pun tak terlepas dari menghadapi masalah behavior di tempat awam apatah lagi golongan autisme. Manusia normal pun kalau di kurung boleh ganggu perkembangan fizikal & mental bayangkan golongan autisme jika di kurung. Bawa mereka keluar bersosial & beriadah juga salah satu terapi untuk membantu mereka berkembang & belajar cuma kami mohon masyarakat memberi sedikit ruang kepada anak anak kami. Mohon fahami kekurangan mereka.. Kami pun seboleh bolehnya mengawal tingkah laku mereka di tempat awam.. tapi kami manusia seperti anda. Anda juga pernah terlepas pandang anak anak anda.. begitu juga kami. Kadang2 hanya tertoleh ke tempat lain seminit pun dah jadi macam macam hal.. Jangan anggap anak kami seperti haiwan buas yang hanya layak hidup dalam kurungan atau jauh dari manusia.

Tiada ibu bapa minta anak mereka lahir autisme atau apa2 kekurangan lain.. Tapi ini bukan pilihan manusia tapi ini ketentuan Ilahi. Menerima mereka dalam kehidupan kita bukan bermakna membiarkan mereka melakukan apa saja sesuka hati tanpa pantauan. Tapi mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat untuk memahami kami ibu bapa anak autisme yang struggle untuk mendidik & mengajar mereka untuk memahami situasi & bertindak mengikut keadaan yang sepatutnya. Kalau anda rasa susah nak didik anak anak normal.. Berganda susah kami sebagai ibu bapa anak autisme untuk jaga & didik mereka.

Moral of the story.. Harap masyarakat di Malaysia lebih memahami apa itu autisme. tak semestinya kita perlu memiliki anak autisme atau ahli keluarga yang mempunyai autisme tapi mengambil tahu untuk anda lebih memahami & tidak memandang serong pada golongan ini. Autisme bukan sakit mental tapi Autisme adalah masalah gangguan perkembangan.

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME. Selalu cakap pasal isu semasa jer kan.. sekali sekala kita jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog lekatlekit ni macam2 niche dia boleh tulis. Kira blogger serba boleh jugak la kan.. hahahaha. Ok jangan marah. Kita kena bagitau orang kelebihan kita kalau tak macam mana orang nak tahu apa skill kita ada, ye dak? Bukan isu puji diri sendiri ke hapa.. Isunya sebagai blogger orang kena tahu apa kepakaran kau kalau orang nak guna khidmat kau menulis sesuatu, betul tak??


Ramai yang dah tahu kalau selalu follow aktiviti aku kat facebook. Aku memang agak aktif di support group Austime. Tapi korang jangan ingat group Autisme tu untuk parents yang ada anak2 Autisme jer.. Kat situ ramai je followers di kalangan guru, therapist, parents yang ada anak untuk macam2 masalah perkembangan terutam speech delay, hyperactive, low attention (kurang fokus/Fokus Pendek) & ada jugak di kalangan ibu bapa yang ada anak yang normal sekadar untuk knowledge mereka tentang autisme. Benda ni sebenarnya sangat penting nak2 lagi bagi mereka yang merancang untuk ada anak.. atau ibu bapa yang baru dapat anak yang masih kecil untuk kita pantau perkembangan anak anak kita samada normal atau ada kelaianan yang biasanya masyarakat anggap normal tapi sebaliknya tidak normal.

Almaklum la.. Masyarakat kita ni banyak sangat mitos.. lambat cakap katanya biasa la. Ada budak cepat berjalan lambat bercakap.. ada budak lambat jalan cepat bercakap & ada budak katanya lambat sikit semua perkembangan dia tapi nanti semakin besar dia improve sendiri. Bila kita selalu dengar sangat mitos2 macam ni mungkin kita terlambat untuk ambil tindakkan. Sampai umur anak dah 4 tahun baru kita mengelabah cari solution. Baru rasa perlu jumpa pakar & terapi bagai. Adalah lebih baik merawati atau membantu dari peringkat awal. 2 tahun tu bagi aku masa yang sesuai untuk kita tengok perkembangan anak kita samada normal atau tidak. Kalau nampak ada yang terlewat sikit tak salah terus refer dengan pakar Paedriatik. At least kalau ada masalah kita boleh ambil langkah awal untuk membantu. Sebab Autisme ni memang boleh di bantu dengan terapi ok.. Jangan putus asa bila doktor cakap.. Anak anda suspect autisme atau di sahkan autisme. Jangan down atau putus asa.. Autisme ni sangat lain. Ciri2 dia boleh hilang & tak mustahil dengan usaha kita membantu anak kita boleh improve sampai ke level normal, ok! Yang penting jangan berhenti berusaha & berharap. Yakin tiada penyakit tak boleh sembuh kecuali mati. Selebihnya doa & tawakal kepada Allah.

Selalu sagat baca luahan perasaan ibu bapa di support group Autisme Malaysia yang selalu anak mereka yang ada masalah autisme ni di salah anggap sebagai budak nakal, budak jahat bagai padahal ramai yang tak tahu anak2 mereka ni Autisme. Dari pandangan mata kasar mereka tak nampak ada kekurangannya..

Autisme ni korang kena tahu banyak level & berbeza beza walau di dignos sebagai autisme. Ada yang several.. mungkin dia perlu bergantung sepanjang hayat dengan orang lain sebab dia tak mampu nak uruskan diri sendiri, moderate ni Insya Allah masih boleh di ajar untuk berdikari & mild Autisme kebanyakkan boleh berdikari, belajar hingga peringkat universiti, bekerjaya, berkahwin seterusnya berkeluarga macam orang lain.

Salah satu ciri autisme yang dapat di kesan adalah bila perkembangan pertuturan dia lewat atau tiada (non verbal). Kebanyakkan parents akan tahu anak mereka autisme bila dah melepasi peringkat umur sepatutnya belum bercakap berbanding ciri2 lain. Tu salah satu.. sebenarnya untuk di dignos autisme kena ada sekurang kurangnya 3 ciri autisme. Antara ciri tu adalah tiada hubungan mata (eye contact), bila kita panggil dia tak respond. Dia buat macam tak dengar, suka menyusun barang secara barisan & tantrum yang teruk. TU antara ciri2 tipikal autisme tapi kadang2 ada jugak yang takde ciri2 tu.. Dia ada ciri ciri lain. nanti korag google la ciri2 lain autisme yer.

Tapi hari ni aku nak cakap pasal Mild Autisme. Yang kategori ni selalunya nampak normal.. Nampak je normal sebenarnya tidak tipikal sebab tu kadang2 orang salah anggap dengan anak2 Mild Autisme ni. Kebanyakkan orang akan anggap kurang ajar.. kurang didikan.. mak bapak terlampau manjakan anak.. nakal.. bla.. bla.. lagi yang negatif tanpa tahu apa sebaliknya yang budak ni hidapi. Yang kategori mild ni ada jugak yang perkembangan speech (pertuturan) dia tak ada masalah. Boleh cakap.. Lagi la mak bapak dia rasa anak dia takde masalah cuma mungkin di salah anggap kelainan yang mereka ada cuma masalah behavior biasa kanak kanak. Ni yang kebanyakkan parents salah faham. Walaupun anak dia ada ciri2 autisme yang lain di sebabkan anak dia boleh bercakap dia rasa anak dia cuma nakal tapi bukan autisme.

Kalau Mild Autisme Level High Functioning & Asperger lagi susah untuk explain pada masyarakat yang anak mereka sebenarnya special kids. Boleh belajar di aliran perdana dengan kanak kanak normal.. Boleh cakap.. boleh buat aktiviti cuma mungkin ada sedikit masalah dalam pergaulan sebab itulah kekurangan mereka. Ramai anak yang Mild Autisme ni boleh belajar & bekerjaya macam orang normal. ramai dah yang belajar hingga peringkat Universiti & pegang jawatan tinggi. Kat situ kita boleh nampak kemampuan mereka lebih kurang macam kita yang normal atau mungkin mereka lebih bijak dari kita. Ada yang genius jugak. Cuma mungkin ciri autisme tu masih ada.. Terutama pergaulan la. Selalunya anak anak autisme susah sikit nak ada kawan ramai.. Tapi rasanya orang normal pun ada masalah macam ni. So jangan anggap ia masalah besar sangat. Asalkan mereka tahu berdikari & boleh jaga diri tu pun satu perkara yang baik untuk mereka survive dalam dunia yang mencabar ni.

Mempunyai anak Mild Autisme ni.. Memang aku rasa ujian dia besar juga sebab kesedaran orang awam tentang autisme masih kurang malah masih ramai yang tak tahu tentang autisme. Kalau macam sindrom down boleh nampak dari pandangan mata kasar tapi Mild Autisme selalunya tak nampak.. sebab ciri2 autisme dia yang tak ketara cuma mungkin masalah behavior (kelakuan) je lain sikit semakin susah nak mengubah tanggapan buruk masyarakat pada anak anak macam ni. Pergi rumah orang.. orang benci sebab tak behave. Kadang2 bawa keluar tengok barang orang yang dia suka terus pergi ambil. Tu antara perangai budak2 autisme sebab mereka perlu ambil masa memahami sesuatu terutama berkaitan perkara perkara macam ni. Tapi boleh di asuh & mereka akan faham juga. Cuma perlukan sedikit masa untuk mereka faham. Tengok macam normal je kan.. tapi tidak tipikal.

Tapi kelebihan anak anak autisme ni kebanyakkan dengan ingatan. Ingatan mereka sangat tajam ok! Sebab tu ada parents yang hantar anak autisme mereka masuk tahfiz bagai & mereka mampu menghafal Al Quran berbanding kita yang normal kadang2 orang kata macam benak sikit nak menghafal. Maha suci Allah.. dia jadikan setiap manusia tak kira yang normal atau tidak tipikal dengan kelebihan & kekurangan masing masing.

Anak aku.. potensi dia yang aku nampak boleh belajar. 5 tahun tu dia dah mula tunjuk skill membaca & Sekarang pun dah boleh membaca walau kadang2 apa yang dia eja bunyi kelaut juga tapi at least dia boleh juga membaca secara spontan perkataan atau ayat yang dia nampak tapi bukan hyperlexia ok. Kebolehan dia sebab di ajar & di pupuk dari awal usia. Tapi Normal la budak2 yang baru belajar membaca ni kalau sebutan ada yang masih tak betul nak2 lagi perkataan yang lebih dari 2 suku kata ni. Masalah fokus dia memang perlu improve lagi tapi lebih baik dari sebelumnya. At least boleh ikuti aktiviti kat tadika tu kira baik sangat la... Speech dia pun dah banyak sangat sebab sekarang dia dah boleh cakap ayat2 spontan menunjukkan sesuatu atau memberitahu sesuatu. At Least apa yang dia sebut bukan hanya meniru apa yang dia dengar atau orang sebut echolalia.. Tapi dia tahu dah berkomunikasi menggunakan ayat2 yang betul secara spontan mengikut situasi. Tapi benda ni bukan semata mata guna produk ok! Semua kena seiringan.. terapi, didikkan, kena hantar ke sekolah supaya dia boleh bergaul dari situ akan improve komunikasi & social skill dia..

Kalau ikut pandangan mata kasar.. Yer shahila nampak macam budak2 normal yang lain cuma tak ramai orang yang perasan dia sebenarnya tidak tipikal. Masalah speech, masalah low attention (kurang fokus) & masalah behavior (kelakuan).. Kalau dalam istilah perubatan ia di sebut ADD (Attention Deficit Disorder Association ). Bila masalah attention (tumpuan) dia semakin baik, boleh nampak perkembangan dia yang lain lain pun turut berkembang dengan baik. Sebab tu kalau apa2 produk aku cari sebagai perangsang yang boleh improve focus dia. Sebab dari awal dia masuk terapi. Therapist pun dah mention kalau tumpuan dia ok maka yang lain2 akan ok! Yup betul apa yang therapist cakap sebab sekarang aku boleh nampak bila dia boleh duduk dengan tenang & focus.. Perkembangan yang lain secara tak langsung banyak dah improve.. Semakin la orang tak tahu masalah yang dia hadapi. Tapi sebagai ibu bapa memang kita harap anak kita berkembang baik sehingga ke level yang normal kan.. Jadi semua tu adalah pencapaian yang positif dalam perkembangan dia. Allahmdulillah.. Salah satu ikhtiar aku selain terapi adalah Essential Oil Focus Blend dari produk young living.. Selebihnya Allah yang maha menyembuhkan, Aku share sebab aku sendiri beli & cuba.. Jadi aku kongsi dengan niat berkongsi kebaikkan bersama. Sebab ramai ibu bapa di luar cari produk2 yang boleh membantu merangsang anak mereka untuk berkembang dengan lebih baik. Ada budak2 normal pun kadang2 lambat pickup.. susah sangat nak faham apa yang di ajar.. Tak boleh focus. Bagi aku semua ni berkaitan dengan focus.. Focus tak semestinya dia tumpu dengan mata je.. dia kena ada tumpuan mata & otak (fikiran) baru apa yang di ajar dia akan faham. Sangat penting ok tumpuan ni.. Tak kira budak tipikal atau tidak.

Nak cuba produk young living essential oil focus blend sangat rekemen beli dengan Puan Shareena ni sebabnya dia akan bagi guidlines cara nak guna supaya dapat kesan yang baik. Yang cedarwood tu kalau ada anak bermasalah dengan tidur.. jenis tidur lewat boleh la cuba. Insya Allah membantu juga. Berminat Boleh contact Puan Shareena di : 013 3993407


.Kat sini bukan aku nak jual produk sebab aku bukan seller apa2 produk pun cuma aku nak bagi info kepada orang di luar sana supaya jangan menilai dari apa yang kita nampak dari pandangan mata kasar kita. Nampak normal tapi sebenarnya tidak tipikal. Bertanya sebelum membuat spekulasi atau persepsi nak2 lagi berkaitan masalah kelakuan kanak kanak ni. Jangan terus nak hentam kat media sosial.. siap buat rules bagai kat orang yang bawa anak bertandang ke rumah depa. Takpe hak korang nak buat rules tapi jangan kecik hati kalau kami2 yang ada anak tidak tipikal tapi nampak normal ni tak bertandang kerumah hangpa sampai anak kami mampu control behavior depa bila berada di rumah orang. Sebab hanya mereka yang ada anak2 macam ni je faham.. Orang lain susah nak faham atau mereka tak peduli pun. Yelah.. bukan anak depa kan. Jadi sesetengah orang fikir tiada keperluan dia nak tahu atau faham tentang anak anak macam ni. Tu biasa la manusia. Even aku dulu sebelum ada anak pun tak terfikir nak cari info berkaitan perkara ni. Sebab masa tu rasa macam tak ada kepentingan lagi.

Moral of the.. kepada ibu bapa yang di kurniakan anak istimewa hanya dengan bersyukur & sentiasa positif dengan pemberian Allah sahaja boleh buat kita redha. Selagi kita tak mampu positif selagi tu kita tak mampu untuk menerima sekaligus membantu anak kita berkembang dengan lebih baik. Autisme bukan satu kegagalan tapi ia satu anugerah sangat istimewa sebab mereka masih ada banyak potensi & peluang untuk bersaing & berjaya seperti anak anak normal. Tapi ia bergantung pada kita.. bagaimana kita membantu mereka dari peringkat awal. Sama je macam mana kita nak bentuk anak anak normal kita dari kecik cuma beza autisme ni perlu lebih sikit didikan.. sebab tu mereka perlu masuk sesi terapi & di terapi setiap masa kat rumah. Jadi tak payah sedih sangat, enjoy je dengan hidup membesarkan anak anak autisme. Ignore segala tanggapan buruk.. terus didik mereka menjadi manusia yang berguna. Contohi atlik Paralympic yang baru kahwin tu. dia seorang autisme tapi tak nampak pun autisme dia. Dia boleh berjaya & boleh berkahwin. So, tak ada apa yang mustahil.

MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM

MASIH ADA YANG PERLU TUTORIAL CARA PAKAI SELUAR DALAM.  Di luar logik akal la bagi mereka2 yang tahu menggunakan carian google tapi tak reti nak pakai seluar dalam. Itulah persepsi kita bila nampak ada keywords cara nak pakai seluar dalam melekat kat search keywords blog kita kan... Rasa macam tak logik pulak ada orang yang masih tak tau pakai seluar dalam sendiri tapi reti pulak kau guna kemudahan internet. Ke kau saja cari bahan2 porno.. Tu dia menuduh dah. Tanggung la dosa kau dengan orang yang kau tak tau sapa tu hahahaha

Ni mesti masa kecik2 tak belajar cara pakai seluar dalam. hahaha

Nanti dulu beb! Jangan negatif sampai macam tu ok! Tak semestinya yang google cara pakai seluar dalam tu dia tak reti pakai seluar dalam. Sebenarnya boleh jadi benda tu di google oleh golongan parents. Kenapa golongan ibu bapa cari benda ni, takkan dah jadi mak bapak orang pun tak reti nak pakai seluar dalam. Habis selama ni depa tak pernah pakai seluar dalam ke camna??

Bukan depa tak reti atau tak pernah pakai seluar dalam.. boleh jadi apa yang mereka cari bertujuan nak ajar anak dia cara pengurusan diri. Cara pakai seluar dalam pun salah satu perkara yang termasuk dalam pengurusan diri jugak ok! Mesti ada yang kata.. Eleh mak mak kita dulu internet tak ada ok je ajar anak2 dia tentang pengurusan diri. Takkan nak ajar pakai seluar dalam pun perlu google. Ni zaman teknologi la beb.. Jangan kau nak compare sangat zaman mak2 kita dulu dulu. Apa guna teknologi kalau tidak di gunakan. Takkan nak simpan dalam muzium je kot.

Ni search keywords yang melekat kat blog aku semalam

Bagi yang tak faham kenapa perlu google cara nak pakai seluar dalam. Takkan tak boleh ajar terus anak - anak pakai seluar dalam tanpa bantuan info di google. Meh sini senah, jemah,lijah,seman,abu, dolah.. cheq nak habap kat hangpa. Pernah dengar kaedah 'story telling'? Tak pernah mungkin sebab hangpa mungkin tak ada anak anak keperluan khas seperti ada masalah hyperactive, autisme, sindrom down & sebagainya.. Kaedah 'story telling' ni mengajar melalui cerita bergambar. Sebab biasa la anak anak keperluan khas perkembangan mereka akan perlahan berbanding kanak kanak normal & tipikal. Kaedah nak mengajar mereka pun kadang2 berbeza sedikit dari kanak kanak tipikal. Bahan mengajar kena attractive & pratikal. Macam kaedah 'Story Telling' ni dia ada gambar yang boleh kanak kanak lihat perkara tersebut kemudian di sertai dengan explanation secara lisan.

Boleh jadi jugak keywords macam ni di cari oleh para ibu bapa yang tengah cari bahan 'Story Telling' untuk anak anak mereka. Mungkin dia tengah cari bahan bergambar nak ajar anak dia untuk pengurusan diri. Tak semestinya kanak kanak keperluan khas.. Cara ni sebenarnya kanak kanak normal & tipikal pun boleh guna. Cuma sediakan gambar perbuatan yang kita nak ajar anak kita buat.. Tunjuk & ceritakan sahaja apa yang sedang di lakukan dalam gambar tu, bila masa perlu di buat & macam mana cara nak melakukan. Sebenarnya kaedah story telling ni lebih berkesan sebab ia lebih menarik kanak kanak untuk belajar sesuatu. Yelah.. ada gambar berwarna warni.. memang normally kanak kanak suka dengan benda2 tu semua.

Contoh bahan2 & buku yang di gunakan untuk kaedah mengajar cara 'Story Telling' kepada kanak kanak

Jadi tak pelik kalau masih ada mencari bahan untuk tutorial pakai seluar dalam. Apa ingat lahir2 terus pandai pakai seluar dalam ke? Semua ni melalui proses 'belajar' dulu ok! Tak kira la dia belajar melalui melihat perbuatan orang lain atau perlu di ajar cara one to one oleh penjaga mereka. Jadi tak payah rasa annoying sangat la kalau ada orang cari perkara perkara macam ni. Boleh jadi tujuan mereka kepada perkara yang baik.

Moral of the story.. Yang pelik tak semestinya jelik. Jadi pepandai la nak positif & negatif pada sesuatu perkara tu yer. hehehehe

INI SEBAB YUSRI & LISA SURIHANI TAK MAHU TAYANG GAMBAR ANAK

INI SEBAB YUSRI & LISA SURIHANI TAK MAHU TAYANG GAMBAR ANAK. Sebelum ni kecoh la jugak pasal depa tak mau tayang gambar anak depa. macam2 orang hentam tanpa fikir cara orang membesarkan anak tidak sama. kalau depa bukan selebriti mungkin depa tak kisah sangat la bab gambar anak depa orang lain nak tengok. Sebab depa tau depa seorang artis & tempias selebriti tu akan dapat pada anak kalau terlampau di expose di media sosial atau media cetak.

Yang Mana meroyan sangat nak tengok gambar muka anak depa. Tengok la orang dah tunjuk. Kang tak dapat tengok manatau terus kena buasir ke hapa

Depa nak membesarkan anak depa seperti anak anak orang lain bukan seperti seorang selebriti macam anak che ta atau anak awal & scha. Bila budak tu besar nanti tak ada la semua orang kenal inilah anak yusri & lisa retis popular tu even memang masih ada orang akan tahu budak tu anak retis. sekurang kurangnya kalau tak di dedahkan sangat pada media tak semua orang tahu macam anak johan rajalawak tu. Bukan apa nak bagi peluang anak depa menikmati zaman kanak kanak macam depa kecik kecik dulu. Sebab depa bukan jadi retis sejak dari baby.

Lagi satu depa tak mau la kalau gambar anak depa di sebar merata alam maya.. akan di puji melampau lampau atau di keji. Aku pun seorang mak memang tak boleh terima benda2 macam tu nak2 orang mengata anak kita, kan? Jadi kalau tak nak kena keji maka perlu la sorokkan muka anak. Senang orang tak tahu muka macam mana.. jangankan keji, puji pun tak ada. Kalau tak nak anak kena kutuk jangan bentuk diri dia hidup macam selebriti yang semua orang kenal. Sebab kehidupan seorang yang di kenali memang akan sentiasa banyak judges di sekeliling dia tak kira yang profesional mahupun juri awam yang tak ada qualified.

Artikel penuh baca kat Media Hiburan Online

Setiap orang ada cara nak tunjukkan kasih sayang pada anak dia. Dan aku percaya apa yang depa buat ni sebab sayangkan anak jugak. Kita yang mengaku sayang adakah kita dah buat perkara perkara ni untuk anak. Jom semak balik. Apa yang kita dah buat untuk orang yang kita sayang. Adakah kita benar2 melindungi mereka jika berlaku sesuatu? Jawapannya boleh test kat sini >> Untuk Uji Sejauh Mana Anda Menyanyangi <<

Bagi aku tak salah pun Yusri & Lisa nak buat macam tu. Anak dia suka hati dia la nak bentuk macam mana. Yang hangpa sibuk sangat nak tengok muka anak orang sampai nak langgar privacy orang tu dah kenapa.

7 PERKARA UNTUK ELAK ANAK ANDA JADI MANGSA PEDOFILIA

Dalam tak sedar kita yang mendedahkan anak anak kita kepada bahaya. Keghairahan kita untuk berkongsi semua perkara termasuk tentang anak anak secara langsung mendedahkan mereka kepada golongan Pedofilia. Apa tu pedofilia? Golongan yang bernafsu seks terhadap kanak kanak. Awas! Ia bukan perkara remeh malah dah ramai kanak kanak menjadi mangsa golongan Pedofilia. Kalau masih ingat arwah adik Nurin Yazimin, Pasti korang ingat bagaimana arwah di dera secara seksual oleh individu yang masih misteri sehingga hari ni sehingga meninggal dunia dalam keadaan sangat2 menyayat hati.


7 perkara ni ada yang selalu korang buat. Yelah.. yang suka up gambar anak separuh bogel atau berbogel. Anggap dia cuma seorang budak. Sebab ada golongan yang bernafsu kepada kanak kanak maka mulai sekarang sila buang gambar2 yang boleh meransang nafsu golongan macam ni..

1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.

2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial

3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.

4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.

5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.

6) Membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.

7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.

Sumber Says

Yang paling banyak mak bapak buat adalah memakaikan anak anak dengan pakaian yang agak seksi even untuk seorang budak & post gambar anak dalam keadaan berbogel atau separuh bogel. Kita yang bernafsu normal rasa benda tu comel.. orang bernafsu gila dia rasa benda tu menghairahkan.

Kalau sayangkan anak anak.. maka bertindak mengubah semua tindakkan anda yang berisiko dari sekarang sebelum perkara buruk berlaku. Jangan rasa anak anak kita sentiasa berada dalam keadaa selamat, kadang2 perkara yang tak di ingini boleh berlaku hanya kerana kita beralih pandang ke belakang tak sampai seminit.

Moral of the story... Ia terpulang pada pilihan kita sendiri untuk protect anak anak kita


AMANI TREND BAHAYA BERSALIN SENDIRI DI RUMAH

Ada pulak trend AMANI yang mengalakkan para ibu bersalin sendiri di rumah tanpa ada bidan terlatih atau doktor2 profesional. Gila kau! Orang dulu2 pun bersalin ada mak bidan yang berpengalaman walau pengalaman dia cara kampung & tradisional.. ini kau bersalin berbidankan laki sendiri yang tak tau apa2, memang cari penyakit namanya tu.

Gambar carian google

Terbaca kat harian metro tadi pasal sebuah NGO dari luar negara yang mula mempromosikan trend bersalin secara normal kat rumah AMANI singkatan dari istilah Bahasa Inggeris iaitu Assisting Mothers for Active, Natural and Instinctive Birth atau membantu ibu melahirkan bayi secara aktif, semula jadi dan berdasarkan naluri

Sumber Harian Metro

Kenapa perlu support trend2 yang berisiko macam ni. Sedarlah wahai ibu2 & bapa2 di luar sana... Jangan nak memperjudikan nyawa insan2 tersayang. Bayangkan 9 bulan dalam kandungan.. tup tup sampai hari kelahiran korang ambil risiko bahaya macam ni. Persekitaran sekarang tak sama macam persekitaran zaman dulu. Jangan kita nak bandingkan atuk nenek kita dulu ok jer bersalin kat umah.. tak payah spital bagai.. berderet jugak anak. Hidup2 belaka.. Yer betul! Orang dulu kurang berpenyakit.. orang sekarang pelik2 je penyakit yang datang. Tu beza dulu & sekarang. Dulu nak pergi hospital pun susah.. duduk nun jauh dalam rimbaraya... orang sekarang nak jumpa rimba pun susah dok berhutan konkrit yang boleh jumpa hospital merata rata. Orang dulu pun takde berbidankan laki sendiri.. majoriti berbidan bidan2 yang berpengalaman walau cara kampung & tradisional sekalipun.

Memang ajal maut ketentuan Allah tapi kita di tuntut untuk cari yang terbaik bukan cari penyakit. Kalau laki kita memang ada kepakaran membidankan ibu bersalin.. takpe jugak, ni yang tak tau apa2 tetiba nak jadi bidan memang dia tengok kita mengerang sakit rasanya dia pun menangis sama kot. Jadi.. yang terbaik tu kadang2 bukan dalam pilihan kita tapi jika itu lebih baik untuk selamatkan nyawa orang tersayang, maka pilihlah apa yang baik.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com