7 PERKARA UNTUK ELAK ANAK ANDA JADI MANGSA PEDOFILIA
1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.
2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial
3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.
4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.
5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.
6) Membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.
7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.
Sumber Says
Yang paling banyak mak bapak buat adalah memakaikan anak anak dengan pakaian yang agak seksi even untuk seorang budak & post gambar anak dalam keadaan berbogel atau separuh bogel. Kita yang bernafsu normal rasa benda tu comel.. orang bernafsu gila dia rasa benda tu menghairahkan.
Kalau sayangkan anak anak.. maka bertindak mengubah semua tindakkan anda yang berisiko dari sekarang sebelum perkara buruk berlaku. Jangan rasa anak anak kita sentiasa berada dalam keadaa selamat, kadang2 perkara yang tak di ingini boleh berlaku hanya kerana kita beralih pandang ke belakang tak sampai seminit.
Moral of the story... Ia terpulang pada pilihan kita sendiri untuk protect anak anak kita
hurmmm takut bila baca pasal pedofillia ni...nauzubillah jauhkan la dari orang2 camni...
ReplyDeletetq share info tu...
mengerikan orang macam ni. Mencari kenikmatan pada kanak-kanak lebih menyeronokkan berbanding sesama dgn orang dewasa. sekarang sukar bagi kita untuk mempercayai sesiapa.
ReplyDeleteKes ni dh lama tp rakyat malaysia yg kurang amik maklum....byk sgt tgk drama melalu....drama cinta .....cuba tgk cite omputeh ...cite polis ...svu csi ...mmg byk kali dok ulang kes2 mcm ni.....
ReplyDeleteTakutnya...semakin ramai yg sakit mental dlm dunia ni
ReplyDeleteBetul tu. Hidup dalam dunia sekarang ni memang menakutkan betul. Kadang tu kita nak juga lepas bebaskan anak-anak dari pemerhatian kita tapi memang tak beranilah. Seminit aje kita leka, macam-macam perkara buruk boleh berlaku!
ReplyDelete