Showing posts with label pedofilia. Show all posts

AWAS! KAWAN ANDA MUNGKIN PEDOFILIA

AWAS! KAWAN ANDA MUNGKIN PEDOFILIA. Dua hari lepas jadi viral satu video seorang lelaki meraba raba dada seorang kanak kanak di sebuah funfair.. Mula - mula den tengok macam pelik. Tengok warna kulit & rupa memang budak tu dengan lelaki yang bersama dia lain sangat. Macam 2 bangsa yang berbeza. Nak kata ayah dengan anak memang sangat mencurigakan.. Lebih lebih lagi dengan perlakuan dia pada budak tu memang rasa krik krik krik jugak.


Tengok video macam tu Allahu.. Jiwa seorang mak ni bukan takat terusik memang terganggu terus. Rasa tak secure dengan semua orang. Rasa risau sepanjang anak kat sekolah sebab jauh dari mata. Bila keluar je.. Rasa tak berani nak spent time dengan enpon.. Mata rasa kalau boleh tak nak berkelip sebab takut terlepas pandang.. anak hilang .. bla.. bla.. Na'uzubillah.. Tak mau fikir la wei. Takut lahai... Dah la anak den special kids yang comel lote.

Semalam terbaca juga laporan akhbar.. Lelaki tu sebenarnya kawan kepada ibu budak tu. Budak tu baru umur 7 tahun.. Sebaya anak aku wei!! Menurut mak dia.. Lelaki tu minta nak bawakan anak dia ke kedai. Maybe sebab dah lama kenal & mak budak tu pun tak sangka jantan keparat tu spesis pedofilia la.. Dia pun lepaskan tanpa was was..


Kat sini.. Please la mak bapak. Lagikan sekeluarga pun boleh makan anak inikan orang yang bergelar kawan. Kita tak tahu siapa kawan kita yang sebenarnya. Manusia ni kau susah nak teka kejahatan dia dari raut wajah apatah lagi kalau dia seorang iblis yang pandai melakonkan watak malaikat depan kau. Langkah selamat jangan percayakan sesiapa selagi kau boleh jaga anak kau sendiri.

Tolong la wei.. Nafsu manusia sekarang dah tak terkawal. Tolong la kau jangan simply percayakan orang lain & memperjudikan keselamatan anak kau yang masih tak boleh nak pertahankan diri tu. Dalam video tu kita nampak dia meraba raba bahagian dada budak yang masih tak ada apa tu.. Di sebalik video dalam perjalanan dia nak hantar balik budak tu kita tak tau la apa lagi dia dah buat. Babi sungguh kan manusia jenis ni.. Babi pun tak jahat macam dia.

Moral of the story.. dunia hari ni memang kita tak boleh sentiasa berbaik sangka even dengan kawan baik sendiri. Kawan kita mungkin seorang pedofilia tanpa kita sedar. Sebab dia pun tau perbuatan dia tu salah.. Confirm la dia tak tunjuk depan hangpa nak nak lagi target dia anak anak hangpa kan. Jerat pun orang pasang sembunyi sembunyi apatah lagi spesis pemangsa yang mencari mangsa macam ni.

* Bagi yang masih blur apa tu pedofilia.. Walaupun saya pernah buat entri berkaitan takpe la.. saya suapkan sedikit info ni ke otak hangpa.. apa tu pedofilia secara ringkasnya supaya yang tak faham tak ada lah terpinga pinga..

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual. Walaupun kanak-kanak perempuan biasanya memulakan proses akil baligh pada usia 10 atau 11, dan kanak-kanak lelaki pada usia 11 atau 12, kriteria untuk pedofilia melanjutkan titik permulaan untuk prepubescence ialah berumur 13. Seseorang yang menghidap pedofilia mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun, tetapi remaja mestilah sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada anak prepubescent untuk tarikan untuk didiagnosis sebagai pedofilia.

TRAUMA.. KISAH MANGSA PEDOFILIA YANG AKHIRNYA JADI PEMBUNUH

TRAUMA.. KISAH MANGSA PEDOFILIA YANG AKHIRNYA JADI PEMBUNUH. Semalam ada sapa - sapa menonton drama slot cerekarama TV3 sempena DFKL (drama festival kuala lumpur) yang bertajuk Trauma tak? Rasanya ramai kot yang tengok termasuk la aku.. Not bad ok drama dia. Bukan macam filem acah2 seram MiG. Bukan jugak drama seram tapi kategori SG la.. cuma SG yang ringan ringan sesuai untuk tontonan umum.


Mula2 tengok aku ingat drama hantu sebab ada dok tunjuk kelibat kanak kanak pakai baju putih tu.. Tu yang melekat nak tengok. Bila tengok sampai pertengahan cerita baru tahu kisah pasal seorang mangsa pedofilia masa kecik. Aku tak faham sangat apa hubungan lelaki yang menjadikan dia mangsa seksual masa kecik.. Sebab dia just tunjuk flashback yang tak jelas apa hubungan lelaki dengan kanak kanak yang di jadikan mangsa seksual tu. Yang aku faham dia mengalami gangguan seksual sejak dari kecil sehingga menyebabkan dia jadi trauma & tertekan. Akibat tekanan & dendam dia mula jadi seorang psycho yang merbahaya sehingga sanggup membunuh.

Kisahnya bermula bila sekumpulan remaja ni yang berkenalan dalam satu ruangan chatroom memutuskan untuk berjumpa. Depa ni mempunyai satu persamaan yang mana masing2 ada trauma mereka sendiri termasuk gadis psycho yang merancang percutian ke sebuah banglo ni.. Watak utama dia di lakonkan Janna Nick yang pegang watak gadis psycho tu. Janna nick ni memang pelakon favorite Shiela Rusli kot sebab banyak drama Shila Rusli dia berlakon. Tak kisah la.. Dia memang boleh berlakon dengan baik pun..


Bila semua dah sampai ke banglo tersebut di situ bermula trajedi yang menyayat hati bila kelima lima mereka di bunuh kejam oleh gadis psycho yang pernah jadi mangsa pedofilia tu. Cuma 2 daripadanya.. cuba di bunuh tapi tak mati berjaya selamatkan diri & salah seorang daripadanya berjaya meminta bantuan seorang budak akhirnya Janna Nick (yang pegang watak gadis psycho) di tangkap. 3 dari 5 tu mati & 2 yang terselamat tu kekal selamat.

Yang dok nampak kelibat budak perempuan tu.. Adalah halusinasi dari watak janna nick tu je. Ingatkan memang ada hantu budak dalam drama tu. Yelah.. orang sakit mental ni memang suka berhalusinasi kan.. Halusinasi tu la selalunya mendorong mereka buat perkara perkara yang tak masuk akal termasuk membunuh orang lain. Sebab tu bahaya orang jenis macam ni. Pada pandangan mata kasar nampak sihat & normal.. tapi akibat tekanan dalaman tu buat sampai satu masa dia gagal mengawal emosi & tak mustahil berlaku perkara yang buruk.

Macam biasa dalam apa2 drama yang melibatkan watak psycho ni.. Mesti ada lagu tema dia sendiri untuk membangkitkan mood seram & suspend. Dalam drama ni la lagu yang Janna nick dok nyanyi dari kecik tu lagi dalam filem bawang putih bawang merah.. Lagu pohon beringin tu. Memang membangkitkan jugak la mood seram & suspend. Tapi tipikal sangat kan.. asal psycho je mesti nyanyi lagu. hahahaha

Keseluruhan jalan cerita ni ok bagi aku. Enjoy jugak menonton. Cerita tak meleret leret sangat. Semua point sampai. Cuma maybe ending macam terlampau ringkas sangat. Adegan2 suspen 2 orang yang tak mati nak selamatkan diri tak cukup mendebarkan. Maybe tak cukup masa kot. Apapun tahniah jugak buat Shiela Rusli.. Mempersembahkan drama yang layak di panggil drama. hehehehe

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA. Aku bila baca berita atau cerita2 macam ni memang terus berderau darah. Ya Allah kat malaysia ni memang betul betul tiada kawasan yang terjamin selamat dah. Kat mana2 saja orang jahat ada sampai kat tempat2 yang kita rasa selamat pun boleh jadi tak selamat. Kalaupun tempat tu secure di lengkapi dengan ciri2 keselamatan tapi belum tentu orang didalamnya itu selamat buat kita & anak anak kita.


Dua tiga hari ni Viral pasal pencabulan yang berlaku kat Sebuah Sekolah Tahfiz. Sebab masih dalam siasatan samada betul atau tak so.. Aku tak mau buat spekulasi apa - apa tapi bila pagi ni terbaca berita pasal budak darjah dua yang di cabul orang yang tak kenali yang masuk ke dalam kawasan sekolah..Hati seorang mak ni memang sangat sangat risau. Memang la anak aku masih kat tadika.. Tapi satu hari dia pun nak kena masuk sekolah rendah jugak. Bila berlaku benda - benda macam ni sedikit sebanyak buat aku rasa fobia & trauma.

Kejadian cabul tu katanya berlaku kat salah sebuah sekolah kat Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun. Dari rakaman cctv seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an berlenggar kat dalam kawasan sekolah. Nampak mula2 di dok ikut budak perempuan tu.. kemudian nampak budak perempuan tu pulak ikut dia. Ending video tu nampak budak perempuan tu berlari.

Menurut berita yang aku baca dari laporan polis katanya dia mengumpan budak tu dengan cerita ada kawan dia terperangkap dalam stor tapi bila sampai depan pintu bilik stor budak tu tengok tak ada sesiapa. Lepas tu dia dukung budak tu masuk bilik stor tapi sebab budak tu menjerit dia panik so dia lepaskan budak tu & budak tu pun terus lari la. Lepas kejadian tu katanya budak tu tak lagi menghadiri kelas fardu ain, hanya datang untuk sekolah di sesi pagi sahaja.

Sekarang ni polis dah kenalpasti identiti lelaki tersebut & sedang giat memburu suspek. Katanya ada mak suspek datang jumpa dengan ibu kepada kanak kanak tersebut merayu menarik balik laporan polis tapi gila la mak budak tu nak tarik balik laporan polis bila berlaku benda macam tu kat anak dia. Ni soal keselamatan bukan sahaja budak yang jadi mangsa tu malah pada semua kanak kanak lain jugak kalau orang2 macam tu di lepas bebas tanpa apa2 tindakkan undang undang di kenakan.

Nasib baik la dia tak sempat apa2kan budak tu.. Dalam kawasan sekolah tu macam mana la dia boleh seludup masuk & berani cuba buat benda tak baik kepada murid sekolah tu. Ni la berlaku bila nafsu dah susah nak kawan. Banyak lagi porno ke hapa tak tau la.

Sebab tu la kadang2 yang ada anak ramai terutamanya malas nak bawa anak anak keluar. Sebab Faktor keselamatan jugak. Aku yang anak sorang ni pun kalau kat luar memang tak lepas anak. Nak kerdip mata pun kadang2 tak berani katanya takut terlalai seminit, seumur hidup menyesal. Kita boleh nampak sekarang tak ada tempat yang selamat walaupun kat sekolah yang dulunya kita rasa anak2 bebas dalam kawasan sekolah sekarang bila ada kes2 macam ni rasa di sekolah pun dah jadi tempat bahaya jugak

TAYANG GAMBAR ANAK BERBIKINI SPESIS TAK SAYANG ANAK

Kecoh isu pasal gambar pelakon kanak kanak Puteri Balqis yang berbikini sampai mencetuskan pergaduhan di kalangan peminat. Maybe ada yang menentang perbuatan meng upload gambar budak tu dalam pakaian mandi macam tu & maybe menganggap dia cuma seorang budak.. Bukan isu besar pun gambar macam tu. Bagi aku sekarang memang jadi satu isu besar sebab gambar budak2 berpakaian macam tu mungkin mendedahkan dia pada bahaya.


Rasanya tak lama kot kes gambar anak anak artis di letakkan dalam website lucah takkan mak bapak Balqis tak tau isu tu. Ke memang dia tak kisah dengan keselamatan anak dia... Tak mustahil gambar anak dia pun akan jadi mangsa. Takkan mak bapak siti balqis tak tahu pasal golongan pedofilia?? Lagipun balqis tu bukan kategori bayi lagi.. dah masuk zon kanak kanak. Even kita bernafsu normal ni tak rasa apa2 dengan budak sebesar balqis tu tapi... Kita sedia maklum dengan golongan bernafsu gila yang wujud di sekeliling kita.  Spesis macam tu kita tak boleh nampak dari raut wajah... Kalau boleh nampak cop setempek kat dahi senang kita nak kesan. Golongan macam tu sekilas pandang nampak macam orang biasa jer...

Anak awak tu artis..  Apa dia buat, gambar apa yang awak share.. memang akan dapat perhatian ramai berbanding anak blogger tepian longkang macam den ni. Sapa nak heran sangat dengan anak lekatlekit.. ye dak? pun macam tu den tetap berhati hati dah tentang gambar anak yang nak di share kat laman sosial sekarang ni. Sebab kita tak tahu siapa atau anak siapa bakal jadi mangsa. Tak bermakna kita bukan publick figure anak kita berada dalam zon selamat.

So pada mak bapak Balqis tu.. Tak comel mana pun anak awak berbikini. Lagi comel dia kalau berpakaian. So, tapis sikit gambar gambar yang nak di share. Jangan sebab tindakkan hangpa yang terlampau open minded standard otak orang barat yang berkarat, yang jadi mangsa anak. Kesian budak tu kecik sangat untuk hadap benda benda macam ni. Tu baru kecik dah macam2 kontroversi.. Kesian la anak hangpa tu. Terlalu kecik untuk hadap tekanan2 macam ni. Belum tiba masanya...


GAMBAR ANAK HARITH ISKANDER,ERRA FAZIRA & TOMOK DI WEB LUCAH

Rasa takut pulak nak upload gambar anak dalam media sosial sekarang. Rasa macam nak padam atau private semua gambar anak aku kat media sosial.. Rasa perlu jugak buat sebab sekarang ni bahaya ada di mana mana. Bila terbaca kat astroawani pasal gambar anak anak artis ni di sebarkan di web lucah yang ada unsur pedofilia.. rasa darah turun sampai kekaki.


Kang ada yang cakap.. alah gambar jer bukan orang culik anak kau untuk di jadikan pemuas nafsu golongan pedofilia.. kalau ada yang cakap macam tu memang minta makan kaki la. Bukan anak kau senang kau cakap.. Small matter. Rasanya para ibu bapa sekalian kita kena mula bertindak dari sekarang. Padam atau privatekan atau berhenti upload gambar anak anak kita. Kita tak tahu dari gambar apa ancaman bahaya yang menanti mereka.


 Sumber Astroawani

Hope parenting blogger berhati hati. Sebab niche blog depa orang tahu cerita pasal anak anak mungkin akan jadi target golongan macam ni. Kalau boleh tapis gambar anak2 sebelum di kongsi. Hari ni maybe target anak anak artis tapi tak mustahil lepas ni mungkin anak anak kita pula.

Moral of the story.. zaman sekarang memang takde tempat selamat lagi, so kita perlu lebih berhati hati dengan tindakkan kita & kena sentiasa mohon perlindungan dari Allah

PARENTING BLOGGER DEDAH ANAK PADA GOLONGAN PEDOFILIA

Adakah entri ni bakal di serang para parenting blogger? Tak kisah la.. Tapi kenyataan yang kita perlu hadap sekarang adalah begitu. Kalau tak boleh terima kenyataan itu bukan masalah aku. Aku hanya menulis tidak memaksa sesiapa sahaja bersetuju atau tidak bersetuju. Masing2 ada pendapat tersendiri.

 Sumber Google

Almaklum la surirumah.. Aku antara penonton wanita hari ni walau kadang2 aku buka je tapi tak tengok pun. Cuma dengar sambil2 buat kerja lain. Bergantung pada isu jugak.. kadang2 isu tak best pun aku tak layan. Tapi isu hari ni agak best. Isu Pedofilia. Semua orang tahu isu pedofilia ni. Walaupun dah lama berlaku tapi sekarang ni baru jadi isu besar yang di perkatakan. Dok dengar2 perbincangan ahli2 panel yang di jemput bila sentuh pasal perkongsian di laman sosial jugak salah satu faktor yang mendedahkan anak anak kepada golongan pedofilia. aku terfikir pulak pasal parenting blogger. Sebab dah nama parenting blogger selain tip2 penjagaan anak bagai.. depa jugak berkongsi cerita, gambar & aktiviti anak anak yang masih kanak kanak. Kiranya blog & FB penuh la gambar anak2 depa yang comel, yang seksi & menggeramkan orang tengok. Tanpa sedar itulah salah satu faktor yang mendedahkan anak mereka pada golongan pedofilia.

Aku pun bukan takde cerita, bukan takde upload langsung gambar anak kat media sosial.. ada jugak. malah aku rasa benda tu juga menjadi salah satu risiko untuk anak aku. Senang cakap kita semua kebanyakkan memang mendedahkan anak kita kepada golongan pedofilia. Bukan kata tak boleh langsung cuma tak perlu terlalu kerap sehingga menjadi trademark atau sinonim dengan aktiviti kita kat online. Sebabnya bila kita di kenali kerana cerita & gambar2 anak2 kita tak mustahil kita menjadi target golongan pedofilia untuk mencari mangsa.

Jangan rasa kita dah cukup protect sebab sesuatu yang buruk boleh berlaku dengan sekelip mata maka langkah pencegahan perlu kita ambil dari awal. Jadi parenting blogger tak salah.. malah membantu ibu bapa lain dalam membesarkan anak cuma tu la.. kurangkan mengupload gambar anak anak lebih2 lagi dalam keadaan yang tak sepatutnya even mereka hanya seorang bayi atau kanak kanak.

Tak nafikan sebagai seorang mak aku pun kadang seronok jugak share gambar2 anak aku tapi sebab macam2 jenayah sekarang ni aku tapis2 gambar anak aku. Even nampak comel pun kalau tak berbaju atau berseluar memang aku takkan upload. Atau gambar tu maybe bagi kita nampak sweet & seksi. Sebab kanak kanak kita rasa tak menghairahkan tapi pada golongan pedofilia.. berbeza. Kadang2 comel sangat pun depa rasa ghairah.

Mesti ada yang cakap kalau rasa nak protect sangat kurung anak dalam rumah. Upload gambar salah.. comel salah. Yelah.. yelah.. terpulang la. Cuma kat sini aku just nak cakap apa benda yang rasa kita boleh elak dari risiko tu, elak la. Memang di mana2 saja kita hidup dalam risiko tapi sekurang kurangnya apa yang boleh kita cegah kita dah buat.

Moral of the story.. Kita perlu terima hakikat kita hidup di zaman jenayah berleluasa. Apa yang jadi tak salah dulu sekarang mungkin jadi sesuatu yang tak patut kita buat. Nafsu manusia akhir zaman ni dah kembali ke zaman jahiliah. Jadi sama2 kita ingat mengingati. Peace!


P/S : aku pernah tengok ada blogger yang sanggup snap kemaluan anak perempuan dia & upload kat blog semata mata nak tunjuk effect yang anak dia hadapi. Blogger melayu Islam ok!. Bayangkan betapa terbuka sangat dia.. even seorang kanak kanak @ baby hope jangan terbuka sampai macam tu. Ni zaman jahiliah moden.


7 PERKARA UNTUK ELAK ANAK ANDA JADI MANGSA PEDOFILIA

Dalam tak sedar kita yang mendedahkan anak anak kita kepada bahaya. Keghairahan kita untuk berkongsi semua perkara termasuk tentang anak anak secara langsung mendedahkan mereka kepada golongan Pedofilia. Apa tu pedofilia? Golongan yang bernafsu seks terhadap kanak kanak. Awas! Ia bukan perkara remeh malah dah ramai kanak kanak menjadi mangsa golongan Pedofilia. Kalau masih ingat arwah adik Nurin Yazimin, Pasti korang ingat bagaimana arwah di dera secara seksual oleh individu yang masih misteri sehingga hari ni sehingga meninggal dunia dalam keadaan sangat2 menyayat hati.


7 perkara ni ada yang selalu korang buat. Yelah.. yang suka up gambar anak separuh bogel atau berbogel. Anggap dia cuma seorang budak. Sebab ada golongan yang bernafsu kepada kanak kanak maka mulai sekarang sila buang gambar2 yang boleh meransang nafsu golongan macam ni..

1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.

2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial

3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.

4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.

5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.

6) Membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.

7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.

Sumber Says

Yang paling banyak mak bapak buat adalah memakaikan anak anak dengan pakaian yang agak seksi even untuk seorang budak & post gambar anak dalam keadaan berbogel atau separuh bogel. Kita yang bernafsu normal rasa benda tu comel.. orang bernafsu gila dia rasa benda tu menghairahkan.

Kalau sayangkan anak anak.. maka bertindak mengubah semua tindakkan anda yang berisiko dari sekarang sebelum perkara buruk berlaku. Jangan rasa anak anak kita sentiasa berada dalam keadaa selamat, kadang2 perkara yang tak di ingini boleh berlaku hanya kerana kita beralih pandang ke belakang tak sampai seminit.

Moral of the story... Ia terpulang pada pilihan kita sendiri untuk protect anak anak kita


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com