Showing posts with label Diet. Show all posts

BIAR BETUL! MEMASAK JUGAK ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH MEMBAKAR KALORI

BIAR BETUL! MEMASAK JUGAK ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH MEMBAKAR KALORI. Semua orang tak nak gemuk.. Semua nak selim melim macam slim river katanya. Termasuk la aku.. walau aku pernah melalui fasa hidup seorang yang kurus keding.. Sehingga rasa hilang keyakinan diri. Even tak dalam kategori gemuk.. Kalau guna mesin penimpang yang pesen baru tu.. siap tinggi bagai dia ukur berada di tahap ok berbanding dulu result dia slim manjang.. Tapi kadang2 tak tau la cermin tu saja nak pedajal ke hapa.. bila tengok diri sendiri apasal nampak penguin sangat aku ni. Hahahaha

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Jadi ada jugak niat nak membakar kalori berlebihan dalam badan supaya berat badan tak naik tanpa had laju di tetapkan. Tapi selalunya hanya niat je la jarang di sertakan dengan perbuatan. Tapi sebab aku jenis selera yang on off tu gamaknya berat tak naik tahap menyeramkan sangat. Nak2 aku bukan jenis pemakan nasi yang tegar. Dalam seminggu tu aku tak boleh makan nasi 7 hari.. paling2 3 hari je lepas tu aku rasa nak muntah tengok nasi.

Ramai yang nak kurus tapi satu perkara yang paling ramai susah & malas nak buat adalah bersenam. Tak payah cakap orang lain la.. Aku pun sama. Tapi kadang2 pelik jugak ada yang memang jenis makan jer semua.. Bersenam jauh sekali tapi tetap badan dia maintain. Jangan tak tau tak semestinya dengan bersenam je boleh membakar kalori tapi memasak jugak boleh menyebabkan anda kehilangan 102 - 130 kalori setiap jam. Lagi lama memasak lagi banyak kalori anda di bakar ok. Ini kerana kita selalu memasak sambil berdiri lepas tu bila memasak ni mesti ada aksi2 memotong, mencincang & bergerak kesan sini walau di tempat yang sama. So, benda tu sebenarnya membantu pembakaran kalori dalam badan. Jadi rajin2 la memasak je kalau malas bersenam. Tapi Lepas masak makan tak ingat masa depan.. maka kalori kembali kepangkuan anda hehehehe

Selain memasak boleh ada banyak cara secara kita tak sedar sebenarnya membantu membakar kalori tanpa bersenam yang sebenarnya kita buat hari hari. Kalau nak tahu boleh baca kat sini >> 8 Perkara Yang Membakar Kalori Tanpa Bersenam. Confirm Benda Ni Korang Ada buat kan? << Aku rasa yang paling perempuan akan gunakan sebagai alasan nanti adalah shopping. Sebab shopping antara 8 perkara yang di katakan boleh membakar kalori jugak. hahahaha

Moral of the story.. Apapun kalau nak sihat memang kena banyakkan pergerakkan. Kalau asyik duduk & baring bukan saja anda berisiko terkena penyakit merbahaya malah anda jugak akan mengidap penyakit malas yang bakal di benci ramai orang. hehehehe

INILAH MAKANAN UNTUK ORANG BERDIET YANG ADA SERVIS PENGHANTARAN

Dulu orang kata nak sihat, sedap & bersih masak sendiri jer kat rumah sebab kalau makanan yang di beli kat luar ni belum terjamin bersih, seimbang & sedap. Tapi zaman dah berubah... sekarang ni bersepah orang jual makanan sihat dengan diet seimbang.. Bukan jer sihat, malah sedap & terjamin kebersihannya... Tak bersih tunggu la kena serbu dengan KKM & sijil halal kena tarik balik. Tak caya tanya secret receipt hahaha


Nak dapatkan makanan sihat, bersih & sedap dengan diet yang seimbang dah tak susah nak drive cari sana sini. Sekarang ni semudah tekan tekan guna hujung jari telunjuk jer.. tup2 sampai je depan hidung korang makanan tu. Kalau korang yang jenis malas masak atau tak pernah sempat nak masak sebab sibuk dengan urusan duniawi korang boleh tengok kat sini 10 Makanan sihat yang ada servis penghantaran >> 10 Healthy Food Delivery Services That Make It Easier For Busy Malaysians To Stay Fit << Bukan takat sihat malah sesuai untuk orang yang berdiet

Jadi takde alasan lagi untuk korang tak makan atau tak mengambil makanan sihat yang seimbang. Kalau kata tak sempat nak sediakan.. dah ada orang jual.. kalau kata tak sempat keluar pergi beli dah ada servis penghantaran sampai depan lubang hidung.. Jadi alasan sekarang korang nak dengan taknak jer.

Moral of the story.. teknologi dah memudahkan umat manusia jadi gunakan sebaik mungkin. Jangan dok troll2 pulak nombor telefon restorance2 food delivery ni. Jadilah pengguna bijak bukan pengguna yang minta kena pijak. Peace Yo!


TIPS MEMUDAHKAN KITA BERDIET

Entri lepas cerita pasal diet sang lekit yang cukup2 enjoy & tak menyeksakan langsung. Entri ni pun nak cerita lagi pasal diet sang lekit. Excited kali pertama dalam hidup merasa ber diet bagai ni.

Bila kita mulakan sesi diet.. dalam tempoh yang singkat menampakkan hasil jadi semangat kita untuk terus ber diet pun mesti berkobar2 & berkibar2.. kan?? Yelah.. bayangkan minggu sebelum tu rasa macam sedih je nak keluar.. pakai baju ni tak ok.. pakai baju tu tak ok.. tup tup minggu ni nak keluar.. sarung 1 baju je dah rasa yakin nak pergi jenjalan. Mana tak rasa berbaloi sangat2 bila berdiet.

Tips yang sang lekit amalkan adalah rawat sebelum parah.. kalau ikutkan yang terbaik adalah cegah sebelum terjadi. Tapi almaklum la manusia ni.. selalu terhantuk baru terngadah, kan?? Bila tengok seketul gunung tengah2 perut baru la nak menyesal tak jaga makan minum sebelum ni. Main ikut sedap mulut je melantak. Bila sang lekit rasa masih awal untuk merepair kawasan2 yang makin berbukit bukau tu.. tanpa berlengah lagi sang lekit terus lakukan apa yang sepatutnya. Kalau dok tangguh2 percayalah, makin lama makin kembang makin malas kita nak buat. Sebab susah dah nak sekat selera.. sebab semakin besar badan kita, semakin banyak makanan kita perlu & semakin susah untuk kita mengurangkannya.

Pertama.. search kaedah.. petua @ rawatan untuk ratakan kawasan bukit bukau. Kedua, gunakan apa yang ada dulu dalam rumah. Pada masa tu memang satu2 pilihan yang ada untuk membantu adalah Losyen mustajab pati hali extra hot (walau sekarang dah tukar guna superhot.. memang hot la). Jangan lupa mulakan dengan bismilillah juga...

Kedua.. sokongan orang terdekat juga perlu. Macam kita2 yang dah berkahwin ni, support dari suami la paling penting. Bukan support setakat.. GO.. GO.. je.. macam asben sang lekit bila sang lekit kata kita kena pantang makan nasi seminggu.. dia ok je. Sebab dia pun perlu libatkan diri dalam program diet ni untuk kempis & kurangkan apa yang lebih, kan?? Kan kami sama2 membesar bagai juara.. hahahahahaha. Jadi dia pun tak minta makan nasi.. cuma sekali je hari sabtu dia minta masak nasi tomato. Takpe la seminggu sekali makan nasi. Sebab kalau kita masak nasi.. Percayalah kita juga akan termakan sekali. Salah satu sebab kalau ada makanan tu berlebihan.. Golongan mak2 yang terdedah pada obesiti salah satu punca.. sayang tengok makanan tak abis, jadi dia dengan sukarela jadi tong drum habiskan makanan.(Cakap dari pengalaman sendiri... hehehehe) Sebab tu sokongan orang dalam rumah sangat2 penting.

Suami sang lekit tak boleh berpisah dengan minuman berais @ sejuk.. jadi dia tak boleh nak ikut pantang tu.. Jadi sang lekit kena pantang sorang2 bab minum ais ni. Kena kuatkan semangat.. walau kita kena jugak sediakan minuman berais pada suami tapi jangan terpedaya dengan bisikan syaitan yer yang nak mengugat program diet tu. Teruskan juga.. Telan air liur pun telan la. Tapi sang lekit memang tak tergugat sangat pun..

Paling penting jangan tunggu sampai parah baru nak merawat.. Sebab bila dah parah segalanya jadi susah. Segalanya perlu kita korbankan.. termasuk duit yang banyak. Semakin banyak lemak semakin banyak perlu kita buat & keluarkan untuk kurangkan lemak2 tu. Walau orang tak suka lemak banyak kat badan tapi lemak akan jadi benda yang paling mahal bila dia beraja dalam badan. Kenapa mahal?? sebab lemak la kita perlu berhabis duit yang banyak untuk rasuah dia supaya Nyah dari badan kita, kan?? Jadi.. yang rasa badan dia kecik molek, walau makan banyak sekalipun tak besar2.. jangan bangga sangat macam sang lekit dulu.. sebab tak mustahil kita yang dulu besar kelingking boleh jadi besar tong drum, kan??

Moral Of The story.. Cegah tu lebih baik dari merawati.

P/S : Pakai losyen mustajab ni bukan je berjaya kurangkan bukit bukau kat perut tapi rasa badan pun macam fresh skit. kelebihan dia juga membuang angin2 dalam badan. Kalau tak tahan pakai superhot.. pakai la yang biasa. Yang superhot ni memang agak hot la tapi cepat mujarab

 Ramping menawan macam Nora Danish



DIET YANG TAK MENYEKSAKAN DIRI

Bak kata pepatah cegah sebelum terjadi.. kalau terjadi rawat sebelum parah.. Dari sikit boleh jadi bukit. Kalau duit kita boleh la terima pepatah sikit sikit lama2 jadi bukit. Jadi dari sikit kita boleh menabung sampai jadi banyak tapi kalau lemak.. dok biar sikit2 lama2 jadi bukit.. rasanya bukan bukit dah.. gunung ganang boleh boleh jadi.. ye tak??

Dulu masa sebelum kawen.. sebelum ada anak.. orang selalu cakap. Badan macam hang ni kalau dah kawen & ada anak pun susah nak gemuk. Jenis badan kecik. Tu dari sudut pujian.. dari sudut kejian pun ada... Badan hang ni kecik sangat macam mana la nak kawen. Kalau kawen pun susah nak dapat anak ni @ susah nak beranak ni. Tu dia.. manusia yang cuba mencipta hukum sendiri. Tapi semua tu tak buat sang lekit down pun..

Kisahnya bukan kisah puji mengeji ni.. kisah selepas lala merangkak ke umur setahun. Lala membesar dengan gaya slim tapi mak dia pun tak nak kalah mula membesar bagai juara gitu. Badan tu di akui sedikit chubby berbanding dulu tapi masih di tahap ideal.. cuma yang tak berapa ideal ni tang perut. Sedih tau.. tiap kali nak keluar 5 6 pasang baju pakai lepas buang.. dari size xs dah naik s sekarang dah hampiri M. Ni tak boleh jadi.. sebelum berkembang mekar setaman.. biarlah kembang sekuntum ni di benteras dulu. hahahahahahahaha

Yang paling penting perut kena slim.. maka bermula sesi menyapu Losyen mustajab pati halia extrahot 2 kali 1 hari dan berpantang makan nasi & minum ais. Selama seminggu sang lekit amalkan semua tu.. Alhamdulillah tang perut tu dah nampak sikit hasil walau tak berapa rata sangat lagi tapi dah kempis la sikit. Bagi sang lekit tak makan nasi & tak minum ais takde la jadi dugaan besar sangat sebab sang lekit kat rumah sebelum ni pun kadang2 bukan makan nasi sangat pun. Bab minum ais memang sebelum ni hari2 ada jugak minum air sejuk even tak banyak.. tapi sekarang memang tak minum langsung pun takde sampai meleleh air liur tengok ais. Ok jer.. sebab sang lekit dah biasa minum air panas.. cuma sang lekit kurangkan air bergula & banyakkan minum air suam. Pun tak jadi masalah. Kiranya daku ni kalau nak diet takde la seksa sangat la yer.. sebab semua pun boleh tahan.. hahahahahahahaha

Merasa kali pertama dalam hidup buat diet tapi Alhamdulillah takde la terseksa macam pengalaman2 orang yang pernah sang lekit dengar. Cuma bila tak serius & nampak bakal jadi serius tu elok la di rawat segera supaya tak sengsara sangat nak balik ke bentuk asal. Ni bila badan dah mekar setaman astakona.. baru mengelupur nak diet, mana tak sengsara. Bukan takat badan.. duit pun turut menderita tau. Jadi mari kita mula amalkan pemakanan yang sihat.. memang yang sihat tu kadang2 tak berapa lazat. hehehehehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com