KISAH BANGLO TIBA TIBA GHAIB TAMAN RINTING JOHOR
Nampak malam minggu ni segmen seram serik lekat lekit masih belum insaf katanya. Bersiaran macam biasa. selagi ada masa tersisa kat rumah selagi tu blog puaka ni terus berupdate, Insya Allah dengan izin Allah.Untuk malam ni segmen seram serik lekat lekit nak share satu kisah tentang banglo yang katanya ghaib sebab kesilapan penghuni rumah tu melakukan perkara yang melanggar perjanjian manusia & alam ghaib. Tapi cerita dia banyak versi. Takpe la kita cerita step by step yer.. Korang pun baca je la dengan hati yang terbuka jangan terluka yer.
Alkisah versi pertama
Banglo ni di katakan ghaib sebab mengamalkan ilmu untuk jadi kaya & dapat duit yang banyak tapi bila dapat duit berkoyan2 di habiskan di jalan yang salah iatu berjudi. Perjanjian dia duit tu tak boleh di gunakan untuk buat perkara haram. Sebab dah langgar perjanjian ghaib maka banglo tu di ghaibkan dengan penghuni2 dia sekali. Wallahualam la penghuni banglo tu hidup ke atau dah jadi warga bunian..
Versi kedua
Katanya pemilik banglo tu makan harta anak yatim. Hidup bermewah dengan harta anak yatim..
versi ketiga
Versi ketiga ni kategori komedi seram minta kaki berkaki kaki gamaknya... Katanya ada sami budha nak test power ilmu dia try ghaibkan banglo tu. Agak2 la kan banglo tu ghaib pasal sami budha tu. Yang buat cerita ni maybe tak pernah rasa di lempang dengan tapak kaki kot hahahahaa
Tu versi cerita yang kononnya sebab banglo tu ghaib. Katanya selepas beberapa bulan banglo tu ghaib Ada cerita lain katanya geng paranormal kot nak buat research kat tapak banglo yang memang tinggal lantai marmar jer. Yang lelain ghaib katanya. Tapi 2 hari sebelum depa ni pergi ke tempat 3 daripadanya dapat mimpi yang sama. Mimpi tu depa nampak satu lorong yang panjang di hujung ada satu gate besar macam gate rumah banglo. Sepanjang jalan lorong tu ada orang yang berselubung melambai2 seolah menyambut kedatangan mereka. Tapi ada seorang di antara mereka dapat mimpi lain sikit.. Dia di datangi seorang orang tua yang pakai pakaian serba putih nasihatkan supaya mereka tak pergi ke tapak rumah banglo tu. Maka depa deicide tak jadi pergi.
Banglo tu masih menjadi misteri.. sebab kalau di katakan banglo tu banglo tak siap.. lantainya ada. Siap marmar lagi. Menurut cerita tak sahih..banglo ni katanya hilang pada sekitar tahun 2003 @ 2004. Katanya banglo tu di beli oleh seorang India menggunakan duit anak yatim yang didermakan oleh orang ramai. Banglo tu tiba tiba hilang masa proses penyerahan kunci rumah. Tapi semua tu versi mulut ke mulut yang pasti banglo ghaib di taman rinting johor masih misteri hingga kini. Tak de siapa tahu misteri kehilangannya.
bumbung yang berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak banglo yang hilang.
Moral of the story... Awas! Jangan makan harta anak yatim kalau taknak rumah korang tinggal lantai jer. Peace Yo!
Sumber : Oh Seram