Bengkak gusi memang akan rasa macam ada ketumbuhan dalam mulut & rasa dia sakit berdenyut2. Paling siksa bila nak kunyah makanan.. Memang sakit bila gigi menekan gusi masa mengunyah makanan. Maka sepanjang sakit gusi makan macam ular sawa je la.. Telan2 gitu katanya. Asal tak lapar. Tu pun syukur masih mampu makan walau telan telan.. Ada orang makan pakai tiub lagi kesian. Jadi walau sakit tetap kena bersyukur.. Kalau kita rasa teruk ada orang lebih teruk dari kita, ye dak.
Jadi sebab aku sedang di landa bengkak gusi ni maka aku nak share la petua2 untuk menyembuhkan bengkak gusi secara semulajadi.. Badan ni kita kadang2 tak boleh di ajar asyik makan ubat je. kalau boleh merawat guna bahan semulajadi kita kena guna kita kena try juga sebab bahan2 yang di gunakan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Antara kaedah secara semulajadi yang boleh kita guna selain kumur air garam adalah...
Minyak Cengkih
Aku pun sebenarnya tak pernah tengok macam mana rupa minyak cengkih ni & macam mana nak dapat minyak cengkih. Atau boleh di buat kat rumah dengan menggunakan minyak masak & bunga cengkih. Tapi bila google memang ada di jual minyak cengkih ni. Cara dia cuma sapukan minyak cengkih di bahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari. Satgi den try hasilkan minyak cengkih sendiri ok! hehehe
Jeruk Nipis
Ni la susah bila rujuk info dari artikel orang indonesia. Jeruk nipis tu apa wei??? Hahaha.. Hasil google rupanya limau nipis. Katanya perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Sebaiknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.
Madu
Sebaiknya madu asli bukan madu yang dok beli kat pasaraya tu. Normally madu yang dah di kilangkan & di packing cantik2 tu tak berapa asli walau dia tulis madu asli. Jangan pulak dok buat lawak kurang bijak.. nak test madu asli ke tidak bawak jumpa bini. Kalau kena hempuk dengan lesung batu bermakna madu asli katanya.. Cukup setakat tu je gurauan berkasih pasal madu asli. Cara merawat gusi bengkak guna madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari Insya Allah bengkak akan berkurangan & sembuh.
Bawang Merah
Ni stok yang sentiasa ada kat rumah kecuali korang memang seumur hidup makan kat luar je. Jangankan gas.. dapur pun tak pernah ada katanya. Cara dia tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam lepas tu sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tu pun kalau tahan dengan rasa & bau bawang boleh la buat. hahaha
Lemon & Air panas
Cara guna lemon ni pun sama macam guna limau nipis tu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas. Seeloknya air suam la sebab takkan nak berkumur dengan air panas pulak kan. Lepas tu kumur la dua kali sehari.
Pijatan Gusi
Tu dia apa kejadahnya pijatan gusi ni. Apa yang aku faham adalah macam kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak tu la. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Pastikan jari tu bersih dulu ok!
Baking soda
Yang suka membaking ni mesti ada stok kan. Yang tak suka baking macam aku pun ada jugak stok. Caranya macam biasa campur dengan air kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun tak apa katanya dapat mencegah pembiakkan bakteria.
29 Komen Melekat:
Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~
huihh! banyak petua...Sally pulak asal gusi bengkak minum air suam byk..yakin gila sbb panas badan..LOL
Salam sis. Tumpang tanya brp lama nak baik bengkak gusi ni?
Sering bengkak gusi ada kaitan dgn masalah jantung....
Saya sedang bengkak gusi.... takuttt plak
Terima kaseh bg petua...
kumur dgn air garam
Very useful.. Thanks for sharing this good info :)
skrg sye tgah bengkak gusi..mmg xseng dudk..nk buat keje ape pn xblh ni..runsing rsenye..
trmksh bg petua ni amat berguna
trmksh bg petua ni amat berguna
Saya baru je timbul gusi bengkak besar pulak tu, i hope petua ni akan menjadi insyaallah.amin
ok. Air Gaaram jer mampu.. dah 3 hari stress kena gusi manja ni
Cube dgn limau nipis la sok pagi
Bli air limau suam pn ok rase.btl tk
Mcam mne nk pecahkn gusi bengkak tu?
Saya pun tgh Bengkel gusi ni... Aduhhhh
Tq bagi tips. .
Tengah menahan sakit gusi ni.. sakitnya..
Agk2 bpe lama leh baik ek.
Agk2 bpe lama leh baik ek.
Dye pnye sket tk leh thn....fuhh....tngh merasa gak ni....
aku pon tgh bengkak gusi ni.mmg sakit ooo.tq sgt bagi petua yg berguna ni.
X boleh tido owhh.. bedenyut2. Aku sethn mesti 2 3 kali kne bende ni.. mmg kne cabot jugak gigi bongsu ni.. manja sngt asik sakit je..
Mmg tak boleh tahan sakit gusi ni... Tgh menghidap ni.. Rasa keluar air mata sendiri tanpa dipaksa
Azabnye gusi bengkak..adoi..sampai sakit kepala & kawasan sekitar..td cucuk gusi bengkak tu gne jarum..maka keluar laa nanah & darah..puas hati tp gusi makin sakit sebab ditekan-tekan..lepas tu kumur dgn listerine utk buang bakteria..kalo sakit lagi nnt nk kumur dgn air garam plak..dah 3 hari sakit ni..makan ubat bengkak gusi smpai abis ubat still xde kesan..mkn ubat tahan sakit,panadol nk abis sepapan pn still sakit sebab nanah duk dlm gusi..
Allahu, nak telan air liur pon perit rasanya tekak.
Tgh bengkak gusilah ni cibaiiii betullll
Sy punya baru nk jadi bengkak nya jdi sy kumur dngn air garam.
Sukatan garam tu macam mana ye? Kumur berapa kali? Sy sekarang tgh sakit gusi. Menangis tua di buat nya. Pening kepala. Gusi belakang skali. Gigi tumbuh, tapi tak tumbuh habis lagi. Mungkin dsebabkan gigi tu ke? Tolong.
Thanks bg petua gusi bengkak..sy Bru try mlm nii dengan air garam suam..ALHAMDULILLAH kurang ckit..
Majoriti yg dtg sini sbb gusi dia bengkak & sakit 😄 google cara nk kurangkan gusi bengkak & terjumpa blog ni haha i pun sama . Gusi tgh bengkak lepas cabut . Dia punta sakit tangkap kepala . Mkn ubat pn masih sakit lagi . Ingt lepas tdo x sakit da tp hampeh . Bangun tdo je trus kena hadap sakit huhuhu btw, tq untuk tips yg berguna tu ye . Semoga yg mgalami nasib sama dgn i akan cepat sembuh😘😘
Terima kasih atas petua...dakit dia berdenyut2....dah tangkap telinga dan kepala dah...adoiii...cepatlakh sembuh
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini