Showing posts with label melegakan. Show all posts

8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH

8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH. Sejak dua tiga hari ni memang rasa tidak enak di bahagian gusi dekat gigi geraham bahagian atas sebelah kiri. Tapi biasa la.. Selagi orang kata boleh makan,, dia lenjan la gusi tu sampai bangun pagi ni ambil kau! Macam kena penumbuk sedas. Membukit dah kesan bengkak tu baru terhegeh hegeh nak petua nak melegakan bengkak pada gusi.. Ada jugak tanya kat wall FB tadi.. Masing2 suggest kumur air garam. Yup salah satu cara yang aku baca boleh menyembuhkan bengkak gusi ni.


Bengkak gusi memang akan rasa macam ada ketumbuhan dalam mulut & rasa dia sakit berdenyut2. Paling siksa bila nak kunyah makanan.. Memang sakit bila gigi menekan gusi masa mengunyah makanan. Maka sepanjang sakit gusi makan macam ular sawa je la.. Telan2 gitu katanya. Asal tak lapar. Tu pun syukur masih mampu makan walau telan telan.. Ada orang makan pakai tiub lagi kesian. Jadi walau sakit tetap kena bersyukur.. Kalau kita rasa teruk ada orang lebih teruk dari kita, ye dak.

❤ CARI PRODUK BABY CARE? JOM TENGOK KAT SINI ❤

Jadi sebab aku sedang di landa bengkak gusi ni maka aku nak share la petua2 untuk menyembuhkan bengkak gusi secara semulajadi.. Badan ni kita kadang2 tak boleh di ajar asyik makan ubat je. kalau boleh merawat guna bahan semulajadi kita kena guna kita kena try juga sebab bahan2 yang di gunakan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Antara kaedah secara semulajadi yang boleh kita guna selain kumur air garam adalah...

Minyak Cengkih
Aku pun sebenarnya tak pernah tengok macam mana rupa minyak cengkih ni & macam mana nak dapat minyak cengkih. Atau boleh di buat kat rumah dengan menggunakan minyak masak & bunga cengkih. Tapi bila google memang ada di jual minyak cengkih ni. Cara dia cuma sapukan minyak cengkih di bahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari. Satgi den try hasilkan minyak cengkih sendiri ok! hehehe

Jeruk Nipis
Ni la susah bila rujuk info dari artikel orang indonesia. Jeruk nipis tu apa wei??? Hahaha.. Hasil google rupanya limau nipis. Katanya perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Sebaiknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.

Madu
Sebaiknya madu asli bukan madu yang dok beli kat pasaraya tu. Normally madu yang dah di kilangkan & di packing cantik2 tu tak berapa asli walau dia tulis madu asli. Jangan pulak dok buat lawak kurang bijak.. nak test madu asli ke tidak bawak jumpa bini. Kalau kena hempuk dengan lesung batu bermakna madu asli katanya.. Cukup setakat tu je gurauan berkasih pasal madu asli. Cara merawat gusi bengkak guna madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari Insya Allah bengkak akan berkurangan & sembuh.

Bawang Merah
Ni stok yang sentiasa ada kat rumah kecuali korang memang seumur hidup makan kat luar je. Jangankan gas.. dapur pun tak pernah ada katanya. Cara dia tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam lepas tu sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tu pun kalau tahan dengan rasa & bau bawang boleh la buat. hahaha

Lemon & Air panas
Cara guna lemon ni pun sama macam guna limau nipis tu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas. Seeloknya air suam la sebab takkan nak berkumur dengan air panas pulak kan. Lepas tu kumur la dua kali sehari.

Pijatan Gusi
Tu dia apa kejadahnya pijatan gusi ni. Apa yang aku faham adalah macam kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak tu la. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Pastikan jari tu bersih dulu ok!

Baking soda
Yang suka membaking ni mesti ada stok kan. Yang tak suka baking macam aku pun ada jugak stok. Caranya macam biasa campur dengan air kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun tak apa katanya dapat mencegah pembiakkan bakteria.
Tu dia 8 cara dok ada untuk anda cuba sekiranya mengalami bengkak gusi macam aku sekarang ni. Paling senang kumur air garam la yer.. Tapi kalau tak berkesan boleh try 7 petua yang di sediakan dalam entri ni. Guna kaedah semulajadi ni kita sedia maklum tak bagi kesan sampingan. Jadi kalau boleh merawat guna bahan bahan semulajadi tu try la dulu.. Kalau semakin serius.. mohon dapatkan rawatan di klinik atau hospital.

SNAKE BRAND COOLING POWDER PALING MUJARAB UNTUK GATAL & ALERGIK

SNAKE BRAND COOLING POWDER PALING MUJARAB UNTUK GATAL & ALERGIK.  Masalah alergik & gatal pada tangan bermula masa aku pregnant. Aku ingat benda tu sebab alahan kot.. Almaklum hormon orang mengandung ni kan berubah tapi berlarutan sampai anak aku dah dekat 5 tahun ni. Makin menjadi jadi bila musim panas. Almaklum la el nino. Bila panas kulit berpeluh. Bila pakai baju lengan panjang ni semakin menjadi jadi gatalnya. Malam paling terasa miang gatal2 tu. Dah try makan ubat. Habis sepapan pun still gatal2 tu tak hilang.

Snake brand cooling powder. Buruk dah sikit tin dia almaklum dah lama beli

Mengaru sampai berparut la tangan aku. Dah macam tatoo laki aku cakap. Aku redha je la kena kutuk macam tu sebab memang kalau laki sendiri kutuk aku dah tak ada perasaan sangat nak touching. Kami laki bini kutuk mengutuk tu macam satu hiburan je dalam rumah ni. Tapi bab gatal tu paling buat hati aku tak tenang. Kebetulan kat rumah aku memang ada bedak snake brand ni laki aku beli. Sebab bedak ni dia ada macam mint sikit pakai jadi aku belasah je la sapu kat tangan aku. Tiap2 hari selepas mandi & sebelum tidur mesti aku sapu bedak snake brand ni. Nak keluar pun sebelum pakai baju aku sapu dulu. Sebab kalau berpeluh nanti kurang la rasa gatal. Bedak ni kalau kena air atau peluh dia rasa sejuk & berangin.

Aku istiqomah jugak sapu bedak ni lebih kurang sebulan. Dengan izin Allah masalah  gatal aku memang 90% hilang. Kalau tak sapu bedak pun malam2 aku boleh tidur lena tanpa mengaru. Jadi parut bekas garu pun tak bertambah. Jadi makin berkurang lepas aku pakai body syampoo botaneco garden. Sebab formula trio oil dalam tu membantu melembabkan & mencerahkan kulit aku maka bila kulit tak kering semakin kurang gatal & bila kulit semakin cerah parut bekas garu pun semakin hilang. Sekarang aku rasa bebas dari sebarang kegatalan. Makan apa je pun tak ada dah gatal2. So, alergik pun aku rasa dah tak ada.

Ni la Body syampoo aku guna sekarang. Botaneco garden

Memang tak sangka.. bedak yang harga RM4.50 setin ni penyelesaian masalah gatal & alergik aku. Dah tu bedak ni memang old school punya. Kedai gunting rambut india memang suka guna bedak2 macam ni untuk hilangkan rasa gatal. Jadi sesiapa yang ada masalah alergik pada kulit atau gatal2 boleh try bedak snake brand ni. Rasanya kat mydin mall ada jual. Ni aku beli kat 99 speedmart je.

Bila dah tak ada masalah alergik ni baru la enjoy nak makan apapun. Boleh la try 15 menu orang melaka ni tanpa was was lagi >> 15 Menu Orang Melaka Ni katanya Korang Kena Try Juga Sebelum Mati << Rugi giler tak try kan. Alang2 dah tak payah pantang makan lagi.. Kita melantak sampai kenyang. hehehe

Apapun setiap orang penerimaan sesuatu produk mungkin berbeza. Kalau rasa sekali sapu macam ada effect yang tak elok better jangan guna. Macam aku setakat ni guna bedak snake brand ni takde kesan buruk kat kulit aku jadi aku tak tau la penerimaan kulit orang lain macam mana kan? Try dulu la.. kalau ok teruskan. tak ok stop je.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com