Showing posts with label chef. Show all posts

TAK MUSTAHIL KAT IKEA AKAN ADA MENU NI NANTI

TAK MUSTAHIL KAT IKEA AKAN ADA MENU NI NANTI. Ikea selain orang bershopping barang keperluan rumah macam perabot,sofa,peralatan dapur,pinggan mangkuk,aksesori untuk deco rumah bagai.. Salah satu tarikan di Ikea adalah meatball dia. Sesiapa je yang pergi makan meatball majoriti mesti tak lepaskan peluang ambil gambar meatball tu. Betapa popular Meatball kat Ikea yang ramai peminatnya. Kalau makan meatball wajib ambil gambar katanya.. Tak ambil gambar nanti takde bukti makan meatball. hahahaha


Macam biasa la aku ni kan selera kg.com kan.. So meatball2 ni memang tak pernah rasa. Nak2 lagi asben aku tak makan haiwan berkaki empat. Memang sedap macam mana pun dia takkan makan.. Bila dia tak makan dengan aku2 pun ikut tak makan. Lagipun dah lama aku sendiri tak makan daging. Bila makan sampai aku rasa pelik dah sekarang. Punya sehati sejiwa kami laki bini kan? hahahaha

Selalu ke Ikea kami just pandang & berlalu je kat foodcourt tu.. Memang berebut2 orang nak makan kat situ. So, dalam suasana berebut tu rasa tak enjoy pulak kalau nak makan. Takpe la.. makan karipap telur Ikea pun jadi la katanya. hahaha.. Almaklum la selera kg.com katanya.. Karipap je la kena dengan taste.

Sebab Ikea terkenal dengan menu Meatball dia.. Ni mungkin jadi sumber Inspirasi pada Ikea untuk jual menu baru pulak. Sapa tahu kan?? Sebab dia punya trademark Meatball mungkin lepas tengok video ni Ikea terus memperkenalkan menu baru gabungan Makanan Melayu & Barat macam ni >> Menu Ni Memang Nampak Gila Tapi Percayalah Sangat Kreatif <<

Tak salah pun kalau Ikea nak jadikan ia sebagai menu baru. Yelah.. Asyik makan meatball jer pun bosan so boleh upgrade meatball tu kepada menu yang lebih menarik macam tu, kan? Korang kalau ada idea untuk mengabungkan 2 makanan menjadi satu menu macam chef ni.. boleh sahut cabaran ni & peluang menang hadiah menarik. Nak tengok clik sini >> Cabaran Cipta gabungan memasak Dari 2 menu berbeza menjadi 1 menu <<

INILAH CHEF WANITA MELAYU YANG TERSENARAI PALING HOT & CANTIK

INILAH CHEF WANITA MELAYU YANG TERSENARAI PALING HOT & CANTIK. Tak ramai dah chef perempuan sekarang. Yang ada satu dua pun bukan semua menyerlah sangat. Chef sekarang banyak di kalangan lelaki.. Tapi yang best sekarang kalau chef lelaki takde la yang lembut jer. lelaki yang gagah perkasa pun dah ramai. Contoh chef 5 rencah 5 rasa tu.. bukan je pandai masak,hensem bergaya takde bengkok kat mana2. Mulut pun tak lazer macam segelintir chef2 yang lemah lembut ni. Sekali dia sembur habis semua terbakar.


Terbaca satu artikel 8 chef seluruh negara yang paling hot,cantik & seksi. Untunglah sapa dapat.. bukan setakat pandai masak, cantik & hot pulak tu. Kenyang perut & mata dapat bini chef macam ni. Tapi apadahal.. kita tak bergelar chef pun memang di lahirkan sebagai chef laki kita jugak kan. Cantik & hot jugak. Tapi hot temperature je la hahaha...

Kat Malaysia ni berapa kerat sangat chef wanita yang popular ye dak?? Yang ramai retis Malaysia yang banyak kontroversi ada la dari yang pandai masak. Yang selalu buat orang 'Masak' dengan perangai depa je ramai. Tapi Alhamdulillah walaupun tak ramai chef muda cantik, seksi & hot ni tersenarai jugak satu dua dalam 8 chef paling hot & cantik. Nak tau siapa meh tengok kat sini >>  Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik <<

Rasanya masih solo chef ni boleh la mana2 anak menteri nak masuk line. Ok la tu jimat tak payah makan luar hari hari katanya. hehehe

INILAH AKIBAT ARTIS TAK PANDAI SIMPAN AIB KELUARGA

Family mana yang tak pernah ada masalah..Semua ada masalah sendiri. Nak2 bila kumpul ramai ramai ni.. Macam2 kerenah boleh tengok. Takde yang perfect. Tak puas hati tu benda biasa.. Gaduh pun bukan benda pelik tapi zaman media social ni canang aib keluarga pun bukan perkara memalukan lagi.

Kecoh pasal chef selebriti yang mengamuk kat media social siap upload gambar ahli keluarga yang malas bangun pagi tolong buat kerja rumah. Memang la sapa2 pun hangin.. orang sibuk buat kerja kat dapur depa sedap membongkang.. Bangun tau2 ambil pinggan jer tapi kau maki dalam rumah sudah la. Kau dok maki kat media social tu dah kenapa. Perlu ke mengaibkan family sendiri kat orang lain. Perlu ke nak bagitau perangai buruk family sendiri kat orang lain. Kang orang mengutuk family kita tau rasa sakit hati...



Tu la zaman media social.. tak kira sekecik2 budak sampai setua2 datuk nenek semua jadi tak matang bila berdepan dengan media social. Takde istilah marah dalam hati sekarang ni sebab media social dah jadi wakil isi hati. Apa ada dalam hati semua orang nak tulis kat dinding facebook, twitter, IG bagai.. Nak2 lagi dapat adik beradik retis yang jenis camtu. Habis seantero Malaysia tahu apa yang berlaku dalam keluarga.

Moral of the story.. Tak kira siapa.. family aku ke, family kau ke atau family dia & mereka.. nak tulis apa2 pasal keluarga sendiri fikir juta kali dulu sebab kau memburukkan keluarga sendiri tempias buruk tu kena kat kau balik.


PERINGATAN BUAT CHEF WAN..KALAU TAKNAK KENA HENTAM JANGAN BUAT LAWAK ISU MH370

Semua orang fokus pada isu kehilangan pesawat MH370 yang sehingga hari ini belum berjaya di temui walaupun ada petunjuk dari dua objek yang di kesan satelik pihak australia di lautan andaman. Apa saja yang cuba di jadikan lawak dengan menggunakan isu tu confirm kena kritik hingga ke urat saraf paling halus.

Terbaru chef selebriti terkenal yang memang suka menghentam di hentam sebab buat lawak tak kena gaya. Siapa lagi kalau bukan DatoChef Wan..


 Sumber Astroawani

Aku taknak cakap panjang2.. Moral of the story apa jugak lawak berkenaan isu MH370 takkan jadi lawak jadi tak payah la nak berlawak sangat. Kang tak pasal2 kena hentam.

Dalam situasi sekarang tiada lawak boleh melegakan perasaan keluarga mangsa yang menanti penuh debaran khabar tentang pesawat Mh370 apatah lagi lawak yang di kaitkan dengan Mh370. Apa yang di harap mereka doa berterusan.. Sama sama lah kita terus berdoa semoga hari ke 14 ini ada berita baik walau pahit tentang mereka yang hilang bersama pesawat Mh370. Semoga rayuan kita di hari yang ke 14 ni menjadi doa2 yang termakbul.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com