Showing posts with label 8. Show all posts

JUTAWAN PUN TAK MAMPU BELI 8 PERKARA NI

JUTAWAN PUN TAK MAMPU BELI 8 PERKARA NI. Walaupun zaman sekarang dah tak ada yang percuma tapi bukan semua benda mampu orang beli walau dia orang paling kaya dalam dunia. Ada benda terlalu mahal sampai di luar kemampuan seorang manusia nak beli dengan harta yang ada... Satgi ada pulak orang dok cebik tepi tepi.. eleh orang tak ada duit memang la cakap macam tu. Yelah.. yelah.. aku mengaku aku bukan orang berduit banyak tapi menipu pulak kalau tak cakap tak berduit langsung tapi aku mampu jugak miliki sesuatu yang mungkin hangpa2 yang lagi kaya tak ada... hahahaha

Sekadar Hiasan. Carian Google

Apa benda orang tak berduit mampu ada tu?? Jangan hina sangat orang semekin kadang2 orang semekin la paling mewah dengan benda2 ni. Dah semekin mewah pulak.. Tu dia.. pening dah. Yelah.. kalau semekin tu sinonim dengan tak ada apa apa la berbanding orang kaya memang sinonim dengan kemewahan. Mewah ni.. bergantung apa yang kita rasa sebenarnya bukan apa yang kita ada sangat. kadang2 orang kaya yang tak pernah rasa cukup & bersyukur sampai bila2 pun dia sentiasa rasa kekurangan jadi memang sampai bila2 pun dia masih tak dapat rasa yang dia dah cukup mewah. Orang miskin walau sekadar duduk rumah pondok, naik motorsikal & makan pun ala kadar tapi dia rasa dah mencukupi untuk hidup dia.. Mungkin dia rasa apa Allah kurniakan untuk dia lebih dari cukup. Bila dah lebih dari cukup dari situ wujudnya rasa mewah. Betul tak??

Pun macam tu ada perkara jugak yang tak mampu di beli tak kira la kau jutawan atau papa kedana. Buat la macam mana pun.. Takkan mampu punya bayar harga 8 perkara ni. Mahalnya dia.. Tuhan saja yang tahu. Memang seumur hidup kumpul duit pun belum terjamin mampu beli. Nak tau apa perkara yang tak ada sesiapa pun mampu beli tapi boleh dapat kalau kena pada caranya, meh tengok kat sini >> 8 Perkara Yang Jutawan Pun Tak Mampu Beli <<

Jadi.. Insaflah wahai umat manusia. Allah tu maha kaya. tak semua benda yang dia bagi boleh di bayar dengan duit. Kadang2 perlu cara lain untuk dapatkannya. Jadi kebahagiaan hidup bukan hanya duit semata mata walau duit sekarang dah jadi macam segala galanya.

RAHSIA BUANG STICKER ROADTAX TANPA TINGGALKAN KESAN GAM

RAHSIA BUANG STICKER ROADTAX TANPA TINGGALKAN KESAN GAM. Sapa yang pakai kereta rasanya mesti ada masalah nak buang sticker yang melekat kat cermin macam sticker wajib lekat roadtax tu. Tak lekat kang kena saman tapi tu la masalah bila renew nak buang sticker lama yang masalah. Sebab kesan gam pada sticker tu susah nak tanggal kalau kita tak tau cara nak buka sticker lama tu.

Kesan gam yang biasanya melekat selepas kita tanggalkan sticker pada cermin kereta.
Walaupun aku bukan spesis manusia yang pandai drive jauh sekali aku ada kereta & kena renew roadtax tapi tak semestinya aku tak boleh nak tolong pengguna2 kereta yang lain. Memang la nak ajar hangpa repair enjin aku tak mampu. Bawa kereta pun tak reti mustahil la pandai repair enjin kan?? Tapi untuk masalah nak membersih kereta ni boleh la jugak aku bagi tips.

Tips kita untuk hari ni cara membuka sticker roadtax di cermin kereta tanpa meninggalkan kesan gam. Sebab ada yang malas nak buka sticker roadtax sebab mesti lekat kesan gam tu depa susun jer roadtax kat cermin kereta sampai yang berpuluh tahun dulu pun dok melekat lagi. Polis nak check roadtax pun jenuh baca satu persatu. Lepas ni tak perlu malas2 lagi nak buka sticker roadtax lama. Caranya korang boleh tengok kat sini >> 8 Cara Paling Senang Untuk Buka Sticker Road Lama Pada Cermin kereta <<

Bukan aku taknak taip cara2 nak buka sticker roadtax tu tapi kalau aku taip confirm la 8 cara tapi cerita macam 80 cara nak buka sticker roadtax. Aku punya mukadimah jer dah boleh buat cerpen katanya. Jadi untuk tak buat korang mengantuk & boleh belajar dengan cepat baca la kat link aku bagi tu yer.

Moral Of the story.. Sesungguhnya kereta yang terlampau banyak tampal sticker yang paling hodoh bagi aku. Bagi pandangan aku yer bukan pandangan biji mata orang lain.

SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH

SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH.  Semua orang tahu tentang kejadian Kren yang runtuh ketika jemaah haji sedang melakukan tawaf di Kaabah. Ada yang cedera & ada yang meninggal dunia & ada jugak masih hilang tidak dapat di kesan. Yelah.. dalam keadaan panik di tempat berjuta manusia tu perkara macam ni kalau berlaku bukan salah pengurusan. Jangan jadi Alvin Tan sangat la nak salahkan Allah & mempertikaikan kekuasaan & kewujudan Allah atas apa yang berlaku di Makkah. Dia kafir.. Jadi dia boleh cakap & pertikai apa saja sebab dia tak percaya dengan Allah. Dia tak tau sebab Allah bagi dia peluang lagi la dia belum di timpa malapetaka sampai sekarang. Anggaplah Alvin Tan ujian besar untuk Umat Islam.

Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan, antara 8 Jemaah yang masih hilang

Ada perkara yang lebih penting kita fokus dari layan & viralkan status Alvin Tan tu. Apa dia buat memang dengan tujuan nak meraih perhatian. Kalau hangpa terus menerus bagi dia publisiti & perhatian kat media sosial memang la dia takkan berhenti menghina agama Islam. So, apa yang boleh kita buat berhenti bagi perhatian pada dia.

Dari dok maki hamun Alvin Tan tu adalah lebih baik hanga mendoakan keselamatan pada semua jemaah haji. Doakan 8 Jemaah yang masih hilang tu di temui dengan selamat. Bagi yang ada ahli keluarga atau saudara mara yang turut menunaikan haji tahun ni boleh la semak senarai nama 8 jemaah yang masih hilang. Yelah.. walau semua waris jemaah yang hilang tu dah di maklum kan manalah tau sedara jauh bau bau bacang yang masih belum tahu maka boleh guna khidmat google untuk mencari

Berikut senarai nama Jemaah haji yang masih hilang

1) Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah

2) Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah

3) Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor

4) Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan

5) Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6) Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan

7) Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8) Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Pada waris yang ahli keluarga mereka tersenarai dalam 8 jemaah yang hilang ni banyakkan bersabar & berdoa. Insya Allah.. semoga Allah melindungi semua mereka yang masih hilang.

MESTI ANDA TAK SANGKA 8 BENDA NI CIPTAAN RAKYAT MALAYSIA

Kita asyik dok berbangga dengan teknologi & ciptaan luar negara jer sampai kadang2 apa yang kita nampak hebat sikit kita mesti akan benda tu mesti ciptaan orang luar. Macam tak percaya dengan kemampuan rakyat tempatan untuk cipta benda yang hebat setanding produk luar.


Kadang2 kita barang yang kita guna hari hari pun kita tak tahu benda tu adalah hasil ciptaan orang Malaysia. Macam aku kadang2 memang aku tak ambil pot sangat pun sapa pencipta barang tu. Asal selamat di guna, aku guna jer. Jadi tibalah masa kita kenali barang yang selama ni maybe kita guna hari2 cuma tak tahu ia ciptaan orang malaysia.

Nak tahu apa 8 barang yang mungkin kita guna hari hari yang di cipta oleh orang Malaysia sendiri meh tengok kat sini >> 8 Benda kegunaan harian yang di cipta oleh Rakyat Malaysia <<

WARNING:YANG SUKA MAKAN AYAM MUNGKIN TAK BOLEH TERIMA

Buat penggemar ayam terutama orang asben den mesti tak boleh terima kalau benda ni berlaku. Nak2 orang yang kalau nak makan je mesti ada ayam.. Kalau takde daging ayam.. telur ayam pun jadilah katanya. Janji ada berkaitan dengan ayam. Tahap obses dia terhadap ayam memang bagai isi dengan kuku.. asal makan kena ada ayam. takde ayam tak makan.


Sekarang ni kita boleh tengok ayam kat mana mana jer.. Tak kira la ayam hidup, ayam dah kena sembelih atau ayam dah siap di masak. Kat rumah kita pun ayam umpama makanan biasa dah.. tak macam orang dulu2 ayam antara makan mewah la. Kadang2 setahun sekali je makan bila time perayaan. Ayam ni kebanyakkan di makan semua kaum kecuali yang vegetarian jer.. Sebab golongan vegetarian memang tak makan apa2 daging yang berdarah atau senang benda hidup la. Tapi kalau ikut majoriti semua agama boleh makan ayam.

Pernah tak korang terbayang seandainya satu hari nanti ayam jadi macam dinasour.. pupus & lenyap terus di muka bumi ni. Apa yang berlaku. Mungkinkah akan berlaku semua perkara perkara ni. Kalau nak tahu perkara apa yang berlaku kalau ayam dah pupus meh baca kat sini >> 8 Perkara Menyedihkan Yang Terpaksa Malaysia Lalui Jika Tiada Ayam Raya Ini <<

Bayangkan raya tanpa ayam.. Tiada lagi rendang ayam. gamaknya laki aku makan ketupat cicah nutella je kot hahaha... 

Moral of the story.. sayangilah ayam sebelum ia mengalami kepupusan. hehehehe


8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL

Semalam kecoh pasal gambar anak anak artis di letakkan di web lucah. Sebagai mak bapak berderau jugak darah sebab aku pun ada anak yang lebih kurang sebaya anak2 artis yang jadi mangsa gambar mereka di gunakan untuk web lucah tu (boleh rujuk entri ni >> gambar anak artis dalam web lucah ). Bila katanya ada unsur pedofilia.. Mak bapak mana tak risau. Kecuali mak bapak yang jenis rasa selagi anak dia tak jadi apa - apa tak perlu nak gelabah sangat. Spesis kena terpacak atas batang hidung baru dia rasa benda tu bahaya. Tu lantak la.. kalau dah jenis takde kesedaran, biar la dia rasa sakit tu tapi tu la kalau sakit tu dia je rasa ok cuma kalau sakit tu anak dia jugak yang dapat bahagian memang kesian.

Benda macam ni boleh berlaku adalah di sebabkan keterbukaan kita sendiri. Kita rasa macam Malaysia ni terlalu selamat untuk berkongsi apa saja di laman sosial. Semua benda kita nak bagitau orang. Setiap minit setiap saat & setiap apa yang kita buat.. Kita nak update. Tanpa fikir apa yang kita buat tu mungkin boleh mengundang bahaya bukan jer pada diri kita malah ahli keluarga kita sendiri.


Kadang2 apa yang kita kongsi maybe meletakkan diri kita dalam target penjenayah, penipu & risiko yang mungkin kita di kenakan tindakkan undang undang tapi sebab ketaksuban kita berkongsi sampai kita tak sedar benda tu sebenarnya boleh menyusahkan kita balik. Banyak antara kita kongsi 8 perkara ni di laman sosial tanpa rasa benda tu adalah berisiko cuma nasib kita selama ni masih baik jadi kita rasa takde apa yang memudaratkan.

Moral of the story.. berkongsi tak salah yang jadi salah bila kita berkongsi dengan cara yang salah, di tempat yang salah & perkara yang salah. So, hati hati ada yang memerhati.


PENYEBAR GAMBAR 8 BUDAK SUSPEK ROGOL BAKAL DI SAMAN

Mesti korang ingat lagi kan kes sorang budak perempuan 12 tahun yang mula2 keluar paper kononnya dia sanggup tipu family dia untuk keluar layan nafsu 8 budak lelaki kat surau padahal cerita sebenarnya budak tu di paksa layan 8 budak lelaki kat sebuah rumah kosong.. selepas selesai di rogol dia singgah kat surau berdekatan untuk cuci pakaian dia. Kesian kan.. dah la kena rogol kena tuduh pulak bukan2. Sepatutnya keluarga budak perempuan ni boleh saman malu pihak akhbar yang sebarkan cerita fitnah macam tu.


Tapi tak dengar pun pihak budak perempuan tu nak saman.. Alih2 yang dengar nak saman keluarga 8 budak lelaki suspek rogol budak perempuan tu sebab gambar anak mereka dah tersebar kat internet & akhbar katanya sedangkan kesemua suspek masih dalam siasatan & perbicaraan belum pun di jalankan. Nak saman malu kononnya mengaibkan maruah keluarga mereka.

Sumber Sinar Harian

Betul la tu.. baru suspek kan.. Belum terbukti bersalah. Tindakkan menyebarkan gambar2 mereka memang la bagi kesan pada keluarga2 suspek. Tapi kalau betul suspek2 tu buat.. lambat laung orang akan tahu jugak. Sama je dapat malu. Beza malu sekarang & malu akan datang. Den tak pertikaikan pasal saman malu tu.. Tapi bagi den perbuatan budak2 tu dah pun memalukan keluarga masing2. Tapi salah mereka2 yang menyebar gambar budak2 tu sebelum di buktikan bersalah oleh mahkamah pun tetap jugak salah. Jadi masing2 ada kesalahan masing2 jadi masing2 tanggunglah yer... Samada suspek rogol mahupun yang sebar muka suspek2 rogol tu.

Nak buat apa pun kalau fikir guna akal.. fikir banyak kali sikit sebelum clik publish @ post Insya Allah.. tindakkan kita tak memudaratkan diri sangat. Jadi sama2 la kita beringat termasuk diri sendiri. Jangan rating di kejar.. sakit yang dapat sudah.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com