Showing posts with label pelacur. Show all posts

PEREMPUAN SERTAI DEMONTRASI JALANAN DISAMAKAN SEPERTI PELACUR MENUNGGU PELANGGAN

Lancang kuning sungguh kan si pembuat kenyataan macam tu. Tak beragak langsung nak keluarkan statement. Perempuan yang sertai demo jalanan & perempuan yang bergelar pelacur tu rasanya jauh sangat bezanya. Masing masing ada cara & imej tersendiri.. jadi sangat kurang sopan jika ada manusia berhati politik melabelkan kaum perempuan yang sertai perhimpunan macam tu seperti pelacur.

Takde benda lain ke kau nak samakan selain pelacur. Pelacur je ke yang berjual beli tepi jalan?? Yang pasti niat kau memang nak menghina bukan menyedarkan mereka

Siapa yang cakap macam tu aku taknak la dedahkan, sapa yang tahu maka dia tahu la. Yang tak tahu tu takpe la tak penting untuk korang tahu siapa yang penting korang kena tahu adalah Jangan jadi manusia taksub macam sipolan tu. Mungkin mak, adik perempuan,kakak atau sedara perempuan dia takde terlibat dalam perhimpunan macam tu.. Tapi kena ingat tak mustahil perempuan2 yang kau umpamakan seperti pelacur menunggu pelanggan tu boleh jadi jodoh kau nanti. jangan sampai kau terberkahwin dengan orang yang kau anggap pelacur tu.

Tak salah kita nak jadi pejuang politik.. Tu hak masing masing. Nak sokong siapa.. nak tentang siapa memang kita ada hak menentukan siapa pilihan kita tapi berpada pada. Hidup kalau terlalu taksub dengan satu perkara sampai tak boleh terima kebaikkan dari pihak yang kita bangkang maka tak mustahil kita akan jadi manusia yang membenarkan perkara salah. Mungkin ada jugak kesilapan2 yang wanita2 tu buat.. kau boleh senaraikan satu novel pun takpe tapi kau takde hak menyamakan mereka dengan pelacur. Pelacur memperdagangkan tubuh untuk lelaki durjana yang suka berzina.. Tapi mereka yang berada kat perhimpunan semalam untuk bagi sokongan untuk membantah GST. Mereka tidak menunggu sesiapa untuk berdagang apa2.. Macam mana kau boleh samakan dorang dengan pelacur?? Sungguh hati kau buta & tuli sebab ketaksuban kau sendiri. Walau aku bukan salah seorang dari perempuan yang kau samakan dengan pelacur tu tapi aku rasa macam panas telinga & mata jugak la baca status terencat kau tu.

Kau jangan bangga sangat la sebab keberanian kau menjadi keyboard warrior di laman sosial sampai kau rasa terlalu hebat untuk menyamakan orang lain dengan gelaran hina macam tu. Aku bukan anti kau.. tak jugak aku benci kau. Ada isu aku setuju dengan kau walau banyak perkara aku rasa macam annoying dengan kau. Aku menulis entri ni sebab aku rasa kau dah agak melampau. Untuk kenyataan macam tu aku tak nampak kau seorang yang lantang tapi bermulut lancang!

P/S : Yang pelik ada juga kaum perempuan & wanita like status tu. Orang yang tulis status tu lebih berbaur politik padahal kalau kaum wanita di sebelah pihak dia sokong terpekik terlolong berkempen bagai takde pulak dia kata apa2. Jadi pendapat orang macam ni jenis berat sebelah.. boleh baca jangan ambil sebagai satu pengajaran atau ilmu sangat.

** Apapun aku masih menanti jawapan pasti tentang kehilangan MH370.. Aku masih bertanya biar tanpa suara dimana semua mereka? Ya Allah moga kau bukakan jalan..berikan petunjuk agar ada tanda membuktikan pernah berada atau masih berada di mana mana. **


BLOGGER JUTAWAN JALANKAN AKTIVITI PELACURAN

Hangat! Hangut! hangus kan tajuk entri ni. Siapakah gerangan blogger kaya raya tersebut?? Op's bukan dia yang melacur tapi dia selaku bapak ayam yang melacurkan orang lain. Mesti korang mula mengimbau nama2 blogger yang kaya raya kan?? Tapi tetap jugak tak dapat teka siapa??

Memang la korang tak dapat teka sebab yang korang senaraikan blogger2 kat Malaysia. Kat Malaysia ada ke blogger yang dah jadi jutawan?? Tu den kurang periksa la pulak.. kalau ada apsal den tak kenal ha..??

Ok.. berbalik pada topik asal. Siapakah blogger itu?? Blogger jutawan yang di tangkap kerana menjadi bapak ayam?? Inilah blogger nya..


Bukan blogger Malaysia rupanya.. Tapi tetap kena jadikan pengajaran. Blogger2 Malaysia jangan buat kerja haram even tipu clik iklan 8share sekalipun. Kita buat kerja baik2 jadi kita tak perlu buat sembunyi2 kan?? Apapun selamat berblog Uolls..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com