Showing posts with label resort. Show all posts

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK. Dalam banyak banyak kisah seram berkaitan hotel & resort yang pertama aku tulis.. Perak antara negeri jarang ada kisah seram berkaitan hotel & resort kan? tetiba malam ni dalam misi mencari kisah seram terjumpa satu kisah pasal sebuah resort di perak. Nama resort tu takde pulak di bagitau.. Lokasi specific tu takde jugak. Dia cuma point negeri perak je. Takpe la kan.. Janji cerita dia best jugak untuk di isi dalam slot seram serik lekatlekit ni. Meriah pulak cerita seram minggu ni.


Alkisahnya.. Sipolan ni dia ikut trip family day yang company dia buat kat sebuah resort di perak. Dia dapat bilik yang betul2 mengadap hutan. Dia share bilik dengan sorang kawan. Bilik tu katanya kat tingkat atas. Masa mula - mula masuk bilik tu dia dah pelik.. kenapa lantai basah macam ada kesan orang berjalan lepas keluar dari bilik air tapi sebab dia fikir maybe housekeeping baru masuk kemaskan bilik & tertinggal kesan basah tu so dia malas nak buat isu dia biarkan je la. Small matter dia lap kan je la kesan basah tu sebab takut lantai licin kang ada yang tergolek pulak. Kang family day kemana.. check in kat hospital pulak. 

Lepas settle bersihkan lantai basah tu dia dengan kawan dia keluar pergi lunch. Tapi lepas depa balik ke bilik semula tengok lantai basah balik tapi maybe sebab dia tengah dalam mood yang malas nak fikir sangat so dia biarkan je la. Senang kan manusia jenis ni.. Bila rasa malas jer dia tak fikir apa - apa dah. Cerewet pun tak.. Kalau orang lain maybe memekak dah kat receptionist di kaunter tu kan.. Ok la malam tu katanya dia tidur. Maybe sebab penat sebab petang tu depa ada buat aktiviti sukaneka. Sebab family day depa cuma 2 hari esok tu semua pulang ke pangkal jalan la.. Kembali mengadap jam di ibukota katanya..

Depa cuma di usik dengan kesan basah atas lantai tapi kawan dia agak teruk sikit kena sakat. Kawan dia yang duduk bilik bawah bilik depa tu katanya kena kacau malam tu.. Sampai je KL kawan dia cerita. Malam tu mula2 dia tidur tak ada apa2 yang berlaku tapi masuk je pukul 4 - 5 pagi camtu tiba2 dia terjaga sebab dengar bunyi bising macam budak2 dok main kejar kejar kat koridor. Pejadah time2 camni budak2 dok main kejar kejar pulak. Anak sapa gamaknya. Kata kawan dia nak kejut laki dia kat sebelah tapi entah kenapa dia takut nak bersuara. So dia paksa jugak sambung tidur. Dalam setengah jam macam tu dia terbangun lagi sebab dengar bunyi bising sama macam yang tadi. Tapi kali ni lebih extreme sebab dia nampak  ada dalam 3 - 4 orang perempuan berpurdah hitam duduk sebaris atas sofa dalam bilik tu. Mana tak cuak tetiba nampak perempuan macam tu dalam bilik depa kan. Keluar habis peluh jantan betina katanya tahan takut. Takkan la makcik2 housekeeping nak prank pulak kan? Tak logik pulak.. Sebab terlampau takut dia pejam mata rapat2 walau tak mampu lena. Sedar sedar dah azan subuh..  perempuan2 berpurdah hitam tadi pun dah tak ada. Mujur dia tumpang duduk atas sofa je katanya.. Takde gangguan tarik selimut.. gigit kaki ke hapa kan. Tapi memunculkan diri tu pun rasanya boleh demam jugak la kalau orang yang tak kuat semangat. Menurut cerita kawan dia tu lagi.. siang tu time depa check in masuk bilik tiba2 dengar bunyi flush dalam toilet tak semena mena tapi siang2 tu dia tak terfikir la apa2 perkara mistik. Mungkin letih sangat tu tak sempat nak fikir bukan bukan kot.

So, misteri lantai basah dalam bilik dia pun.. dia anggap ada kaitan dengan gangguan yang kawan dia alami tu jugak la. Sebab dari cerita2 tak sahih orang orang la katanya bunian sebab perempuan2 pun kemain bertutup litup bagai kan.  Tapi selalu dok dengar cerita orang pasal bunian ni selalu pakaian depa warna putih.. kali ni hitam pulak. Maybe bunian hipster kot hehehehee. Tak tau betul ke tidak bunian yang menjelma dalam bilik tu.. dah cerita tu kata bunian.. aku bunian kan je la. Tapi tak mustahil la sebab bunian pun dalam golongan jin jugak. Boleh menjelma dalam rupa bentuk manusia..

Moral of the story.. Kita menginap kat mana2 pun memang tiada jaminan bebas dari gangguan makhluk halus ni sebab aku sendiri pernah alami even yang terkena tu anak aku. So, apa yang boleh kita buat amalkan ayat2 Al Quran yang boleh jadi pendinding kita dari gangguan makhluk2 alam ghaib ni.

KISAH PONTIANAK POKOK ARA RESORT AREA PANTAI CENANG LANGKAWI

Lama dah segmen seram serik lekat lekit tak bersiaran di blog. Yelah.. sepanjang bulan puasa tak nak la momokkan orang dengan cerita hantu. Kang ada yang tak berani bangun sahur pulak. Manalah tau lepas baca blog lekat lekit... terus hidup dia selubungi misteri. Sentiasa rasa ada sesuatu memerhati. Orang penakut ni memang suka bermain dengan imaginasi. Apa yang di dengar atau baca cepat mempengaruhi pemikiran dia.. So, atas alasan tu segmen seram serik lekat lekit bercuti sepanjang bulan puasa. Konon sangat kau prihatin dengan gangguan emosi orang kan??? hahahaha

Gambar sekadar hiasan

Dah lama bercuti panjang ni kita warm up balik segmen seram serik lekat lekit dengan kisah pontianak pokok ara di satu resort yang nama dia di rahsiakan di langkawi. Resort ni area pantai cenang katanya. Clue yang tuan punya cerita bagi cuma macam ni je.. Sun*** Beach Res***. Sapa tahu resort mana.. tahu la. Yang tak tahu buat2 macam tahu sudah.

Alkisahnya masa dia pergi bercuti kat langkawi dengan family dia.. katanya resort ni agak sunyi & menyeramkan. Nak2 lagi time malam. Kalau nak keluar dengan guna lampu suluh. Pihak resort hanya sediakan lampu porch je katanya. Depa ni ambil bilik yang dekat dengan pantai. Berhampiran bilik depa tu ada sepohon kayu daunnya rimbun.. lebat buahnya serta bunganya.. Ops ternyanyi pulak. Maaf!!! hehehhee... ada sebatang pokok ara... Apsal la pokok ara selalu je jadi mangsa port hantu. Dulu kat kampung aku pun ada sebatang pokok ara tepi sungai memang di kaitkan dengan macam2 kisah seram.. langsuir bertenggek la.. Kalau malam lalu depan pokok tu memang meremang segala bulu termasuk bulu kening. Sebab pokok tu tepi jalan.. Kalau balik malam2 confirm la kena lalu depan pokok tu jugak. Ops.. termalaut pulak.

Berbalik cerita tadi.. Menurut cerita orang2.. katanya pokok kayu ara tu port cik pontianak melepak di malam hari. Malam pertama depa bermalam.. dah nampak satu lintasan di toilet. Tapi tukang cerita kata dia nampak tapi tak cerita kat ahli keluarga yang lain. Satu kepelikkan bilik ni.. katanya masa nak check in bilik ni tak berkunci. Tapi dia positif jer fikir.. maybe pihak resort lupa kunci.

malam kedua.. dia nampak pulak ada sesuatu di sebalik dinding hall. Ada sesuatu berselubung macam main aucak dengan mereka. Tak pasti 'siapakah makcik berselubung' tu.. Tapi katanya si pencerita ni mak dia tiap malam sebelum tidur mesti kunci toilet padahall kat rumah depa takde pulak mak dia nak tidur kunci pintu toilet. Bila tanya mak dia cuma bagi alasan.. takkan nak tidur dengan tengok pintu toilet terbuka. Tapi dia dapat rasakan mak dia tahu sesuatu cuma taknak bagitau sebab dia tau anak dia penakut nak mampus. 

Malam terakhir mereka sekeluarga di pindahkan ke bilik lain sebab bilik yang dorang check in tu nak di robohkan. Tiba2 malam tu mak dia minta depa semua baca Ayatul Qursi sebelum tidur sebab katanya dia rasa bilik tu bergegar walhal anak dia tak rasa apa apa pun.

Siapa makcik berselubung.. kenapa tiba2 mak dia rasa bilik tu bergegar.. kelibat siapa yang dia nampak di dinding hall.. & siapa yang melintas di toilet malam pertama mereka check ini kat situ & kenapa bilik tu nak di robohkan... Segalanya masih misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Moral of the story... cik pon pun dah takde port nak melepak sekarang.. Yelah, abis semua pokok besar kena tebang. Yang tinggal satu dua buat port dia ambil angin pun orang kecoh.. Kesian cik pon merempat di negara sendiri katanya. Ini semua kerana manusia yang merosakkan alam...

Sumber : Pulau Langkawi - Kisah Mistik & Pantang Larang 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com