Showing posts with label Gangguan seksual. Show all posts

AKIBAT DI CABUL, POSTER GADIS SHELL AKHIRNYA DI BUANG

AKIBAT DI CABUL, POSTER GADIS SHELL AKHIRNYA DI BUANG. Tu la perangai manusia.. Kadang2 bergurau tak kena tempat. Even gambar sekalipun benda tu tetap mengaibkan si pemilik gambar tu. Masing - masing konon nak buat sesuatu yang lain dari yang lain dengan niat konon boleh viral & popular kat media sosial tanpa fikir benda tu boleh mengundangkan kemarahan orang lain.


Walaupun hanya poster tapi serius aku sendiri tengok pun rasa menjijikkan perbuatan tu. Kalau aku jadi tuan punya gambar pun aku rasa tercabul jugak. Yelah.. yang terpampar tu muka dia kan. Benda tu boleh mengaibkan memalukan tuan empunya gambar bila ia di sebarkan seluruh alam maya. Takde benda senonoh sikit ka hangpa nak buat bahan gurau. Kenapa mesti yang ada unsur gangguan seksual macam tu? Ingat lawak ka? tak lawak ok! Benda macam ni mengundang rasa ingin menerang jer kepada si pelaku yang tak bermoral macam tu. Tak payah bayang orang lain.. Bayang mak hangpa ka, kakak hangpa ka, adik perempuan hangpa ka, bini hangpa atau ahli keluarga hangpa yang kena. Sampai poster pun ghairah sangat hangpa nak meraba.. sangap sangat ke camna?


Sepatutnya kita bangga.. Gadis tempatan berbangsa melayu & beragama Islam menjadi duta atau model syarikat besar macam shell kat Malaysia even dia bukan artis atau model. Hanya gadis yang bekerja di Shell petrol pump kalau tak silap. Tiba2 rezeki dapat jadi model shell macam tu.. Ni dak.. Di sebabkan kelakuan tak senonoh hangpa tak pepasal poster tu di tarik balik kat semua petrol pump shell. Hilang la salah satu kebanggan orang melayu di sebabkan perangai orang melayu tu sendiri.

Nasib baik la gadis tu tak berniat nak ambil sebarang tindakkan undang undang even perbuatan depa memalukan & mengaibkan dia. Maybe dia fikir perkara tu masih boleh di maafkan. Dah jadi viral tu maybe jantan2 yang buat benda macam tu dapat hidayah & takkan buat lagi la kot. Bagus budak perempuan ni kan.. Takde la sikit2 c u in court ye dak?? Dia boleh rilex lagi ok la.. Yang mana pernah mencabul poster gadis shell tu dah orang tak buat laporan polis tu tak reti reti nak minta maaf ke atas ketelanjuran perbuatan hangpa. Tak tau nak minta maaf macam mana... Try buat macam ni >> Eh..Kenapa 3 Lelaki Ni Buat Video Mintak Maaf? <<

Moral of the story.. Berhati hati nak share apapun zaman media sosial ni. Selagi ada button share selagi tu anda berisiko menjadi viral. Viral yang baik ok la.. Viral yang menjahanamkan terima la padahkanya.

USTAZ AZHAR IDRUS AJAK GADIS BERZINA??

UAI penceramah/pendakwah yang terkenal dari terengganu ker? Ustaz Azhar Idrus tu?? Ajak gadis berzina?? Ye ker?? erk.. dari mana la sang lekit dapat story hot & spicy ni??

Menurut sumber (Blog MySAHABAT) kononnya ada sorang gadis mengeluarkan statement yang UAI pernah tackle dia & ajak dia check in kat hotel?? Glupp.. telan air liur kejab..

Sumber dari MySAHABAT. segala statement yang ada kat gambar ni bukan dari saya

Yo ko dik...?? Tetiba je ko up status macam tu ke ko frust try goda UAI tak dapat alih2 dia kawen untuk kali 3 dengan orang lain?? kekekekeke... gurau jer yer dik. Bila seseorang tu mula di kenali inilah risiko & kenyataan yang dorang perlu hadapi. Setiap sudut ada jer musuh yang cuba jatuhkan.. Tak tahu statement minah tu betul ke tidak... Sebab kita tak nampak bukti yang ada cuma kenyataan dia laman FB. Tu pun account FB tu dah di tutup selepas dia up status macam tu. Motip ko dik.. Up status kontroversi lepas tu tutup account.

Sumber MySAHABAT

Tapi sayangnya pendedahan tu tak berbukti atau tiada sebarang laporan polis di buat jadi korang tak boleh nak buat kesimpulan apa2. Zaman sekarang ni kadang2 benda yang kita rasa mustahil tu.. boleh jadi tak mustahil. Hanya Allah je la yang tahu kebenarannya..

Buat adik yang up status macam tu.. Bahaya ko dik dok keluarkan statement panas macam ni. Kalau fitnah boleh jadi kes saman menyaman. Dengan ko delete account FB ko tak bermakna orang dah tak boleh cari ko. Segala apa yang ko tulis.. orang boleh lagi trace identiti ko walau ko dah delete account tu di laman sosial.

Semoga jadikan pengajaran.. kalau ada berlaku kes jenayah cabul.. gangguan seksual ke hapa ke bukan lapor kat FB yer tapi terus lapor ke balai polis sebab kalau lapor kat FB hanya mengundang masalah lain. Tak payah la nak cari publisiti sangat kat FB, bukan ada orang nak bayar royalti pun kat ko.

HENSEM SANGAT KE 'ANU' KAU TU??

Bila terbaca satu kes seorang promoter yang di jatuhkan hukuman di jel 6 bulan selepas mengaku bersalah menunjukkan 'Anu' dia kepada seorang wanita teringat pula sang lekit satu kisah yang pernah berlaku pada salah seorang kawan sang lekit dulu. (rujukan : harian metro)

Carian google

Kita akan kategorikan golongan macam tu golongan 'orang gila seks' tapi kenapa dia hanya menunjukkan 'Anu' namun tidak sampai menculik & merogol mangsa. Macam - macam kan ragam manusia gila seks ni memuaskan nafsu ni. Sekadar tunjuk 'Kemaluan' dia pun mungkin dia dah rasa puas kot. Atau dia rasa 'Anu' dia lebih hensem & menawan berbanding rupa dia untuk merangsang nafsu orang lain supaya tertarik & melakukan seks dengan rela? Dah nama pun orang gila jadi imaginasi dia juga gila la.

Kes yang berlaku kepada kawan sang lekit ni lebih kurang kes yang dalam artikel akhbar tu jugak. Masa tu dia nak ke Main Office. Tapi terpaksa melalui jalan raya besar juga. Boleh jer berjalan kaki. Jadi dia pun jalan la kaki di tepi jalan.. Tiba - tiba datang seorang mamat 'gila seks' naik motor berhenti depan dia kemudian bukan zip seluar & tunjuk 'Anu' dia. Apa lagi terus lari la kawan sang lekit ni. Takkan nak tunggu. Kita sendiri tak tahu apa tindakkan dia selepas tunjuk 'Anu' dia yang konon hensem & menawan sangat tu. Lepas tu agak fobia la dia nak jalan sorang - sorang kemana - mana.

Gangguan seksual di kalangan wanita ni memang semakin berleluasa. Macam - macam cara si lelaki 'gila seks' ni akan buat demi kepuasan diri mereka tapi mengundang trauma & fobia pada orang lain. Setakat Jel adakah dorang akan insaf?? Berbaloi juga jel & di sebat.. Biar serik sikit, kan?? Ini cuma pandangan peribadi sang lekit jer. Sebab sang lekit rasa jel 6 bulan tu macam terlalu ringan walau kes gangguan seksual macam tu nampak macam kecil tapi kesannya pada mangsa mungkin besar.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com