Showing posts with label produk kecantikkan. Show all posts

HALAL KE SUNTIKAN KECANTIKKAN PLASENTA (URI) BIRI BIRI?

HALAL KE SUNTIKAN KECANTIKKAN PLASENTA (URI) BIRI BIRI? Sebut placenta ni kadang kadang ada yang tak paham. Sebab jarang pengusaha kosmetik ni nak guna bahasa biasa di gunakan masyarakat sebab boleh mengaburi & manipulasi pemahaman orang yang tak faham dengan penggunaaan perkataan placenta. Apa ingat I tak tau ke placenta tu apa? I tau ok!!


Ni bagi yang tak tau placenta tu apa.. Nak habaq kat hangpa Placenta tu URI. URI ni akan ada bila hamil tak kira la haiwan atau manusia. Haiwan yang beranak la.. URI tu la yang di gunakan untuk di jadikan produk kosmetik. Ni sejak dua menjak ni makin jadi trend balik suntikan pemutihan menggunakan plasenta biri biri. Kemain galak depa dok iklankan servis servis suntikan depa. kat Malaysia Kementerian Kesihatan tidak pernah meluluskan sebarang perkhidmatan untuk suntikan produk pemutihan/vitamin c bagai. Yang dok buat secara berleluasa ni kebanyakkan dia buat secara haram. Erkkk.. kalau dah KKM tak pernah luluskan kiranya servis tu memang tak ada yang halal la kan kat Malaysia. Lebih2 lagi benda tu di lakukan oleh golongan yang tak bertauliah.. Sekadar lulusan google & youtube je. Lagi la bahaya.. kau main cucuk2 kena jangkitan kuman kat salur darah orang.. Sapa nak jawab???

Bila sebut uri orang dengar macam... euwww.... uri kot. Tapi sebut placenta.. yang tak tau apa tu placenta maybe anggap.. salah satu bahan produk kecantikkan. Alah.. tak ada apa kot. Spesis malas mengaji kadang2 dia tak kisah pun apa benda tu.

Guna Uri haiwan even biri biri haiwan yang halal di makan sekalipun.. Kalau cara mengambil bahagian uri tersebut di lakukan dengan cara salah.. Maybe cara mematikan (penyembelihan) haiwan tersebut tidak ikut syariat.. jadi haram untuk kita orang Islam memasukkan dalam badan. Dari pembacaan saya URI yang keluar semasa proses kelahiran.. dia dah jadi najis. Harus di tanam & kita orang Islam memang tak boleh nak buat masak goreng kicap apatah lagi nak buat produk kecantikkan suntik2 dalam badan ni. Memang tak boleh la. Tak boleh OK!!! Sila paham & hadam.

Yang Agak meragukan sekarang.. Kalau produk berasaskan uri haiwan ni even haiwan yang halal di makan umat Islam sekalipun takkan orang sanggup sembelih haiwan tengah bunting semata mata nak dapatkan Uri untuk dijadikan produk kosmetik ni? Berapa banyak haiwan bunting depa sembelih? Tak ke benda tu mendatangkan kerugian & boleh menyebabkan populasi haiwan tu semakin berkurang. Kalau tak sempat beranak pinak dah kena sembelih semata mata nak dapatkan seketol uri.

Kalau di ambil selepas proses kelahiran memang kita orang Islam tak boleh masukkan benda tu dalam badan kita.. sebab ia najis. Tapi tu la betul ke haiwan bunting itu di sembelih dengan cara Islam semata mata untuk di ambil uri buat produk kecantikkan?? Macam kejam & tak masuk akal kan? Walaupun dari segi hukum syarak memang di benarkan menyembelih haiwan bunting & boleh di makan. Cuma betul ke produk yang berasaskan uri haiwan tu guna uri dari haiwan yang memang dah di sembelih ikut syarak? Ada bukti? Kalau ada bukti ok la.. Kalau takde patut di ragui kehalalannya. Nak2 produk luar dari negara bukan Islam.

Lagipun bahaya tau suntik2 vitamin c hapa bala ni.. Pernah baca tak akhbar tahun 2012 pasal seorang wanita jadi mangsa suntikan placenta biri biri ni & dapat kesan sampingan. Kalau ada yang tak pernah baca & dah lupa meh sini nak tunjuk balik.. Baca kat screenshot di bawah yer..

Utusan Online

Sebab tu KKM tak pernah meluluskan atau memberi lesen kepada mana2 premis atau individu yang menjalankan perkhidmatan ni. Takde suka suka kkm nak dengki dengan rezeki peniaga kat malaysia ni. Lebih2 lagi kebanyakkan yang buat servis suntik/drip produk pemutihan kulit kebanyakkan dari individu yang memang tak bertauliah. Memang dia tak pernah belajar medic ke hapa tetiba sesuka hati dok cucuk2 orang masuk tu ni dalam badan orang. Tu pun ramai dok pi tadah bagi dia suntik. yelah.. manusia ni selagi tak nampak kesan mudarat tu dia tak percaya bahaya, kan? Tu jahanam semua organ atau dah sakit tahap kritikal baru dia percaya benda tu bahaya.

Moral of the story.. Memang pilihan di tangan masing masing. Even benda tu tidak di benarkan pun kalau hangpa nak buat tak ada sapa boleh halang. Tapi yang menyediakan perkhidmatan tu kalau ketegaq (degil) juga.. kalau nasib tak baik kena tangkap & di dakwa.. Nasib kau la labu. Tak dapat bayar denda kena masuk penjara.. sebab dia di bawah akta jenayah ok! Bukan sivil. Jadi sebelum nak suntik orang atau yang nak serah diri di suntik tu fikir la dulu. kang nak cantik.. terus pulang kerahmatullah..

BEZA ANTARA NATURAL PRODUK, ORGANIC PRODUK & KIMIA SINTETIK PRODUK

BEZA ANTARA NATURAL PRODUK, ORGANIC PRODUK & KIMIA SINTETIK PRODUK. Sekarang ni produk produk kecantikkan memang bersepah. Masing masing mengaku produk depa natural & oranic. ramai elak mengaku produk depa sebenarnya base dari kimia sentetik sebab mentaliti masyarakat sekarang kimia tu bahaya sedangkan bukan semua produk yang ada kimia tu bahaya. Selagi dalam dos yang di benarkan & dalam kawalan.. Tak jadi bahaya. Sebab dalam kehidupan kita memang sentiasa berkaitan dengan kimia pun...


Ramai yang salah faham dalam membezakan antara natural produk, organik produk & kimia sintetik produk. Dia main hentam je claim produk dia natural la.. organic la.. Dia bukan tau pun sebenarnya produk dia tu kimia sintetik. Ada yang tau produk dia bukan natural pun.. Tapi biasa la marketing. Cakap natural je berpusu pusu orang beli. Konon kalau natural ni selamat.

Hari ni saya nak share hasil pembacaan saya tentang perbezaan antara natural produk, organic produk & kimia sintetik produk.

NATURAL PRODUK

Produk yang dikategorikan sebagai semulajadi (Natural) dirumus menggunakan bahan-bahan semulajadi atau berasaskan tumbuh-tumbuhan misalnya minyak zaitun (olive oil), pati minyak lavender (lavender essential oil), shea butter, aloe vera, dan lain-lain.

Contoh label bahan produk Natural :

aqua, caprylic/capric triglyceride (coconut derived), stearic acid (vegetable derived), dicaprylyl ether (vegetable derived), Helianthus annuus (sunflower) seed oil, Eucalyptus globules (eucalyptus) essential oil, sorbitan stearate (vegetable derived), menthol, isostearyl hydroxystearate (vegetable derived), tapioca starch, Origanum vulgare (oregano) leaf extract, menthe viridis (spearmint) extract, Melissa officinalis (Lemon balm), xanthan gum, glyceryl caprylate (coconut, palm and glycerine derived), Anisic acid (anise seed derived), phytic acid (rice bran derived), farnesol, linalool.

PRODUK ORGANIK

Produk yang dikategorikan sebagai organik (Organic) dirumus menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf organik misalnya minyak zaitun organik (organic olive oil), pati minyak lavender organik (organic lavender essential oil), aloe vera organik (organic Aloe Barbadensis), dan sebagainya. Biasanya produk sebegini telah mendapat pengiktirafan organik oleh badan antarabangsa (contohnya USDA Organic atau Australian Organic Certification) dan lambang badan pengiktirafan tersebut dicetak pada label produk.

Contoh label pada produk krim tangan organik :

Certified Organic Butyrospermum Parkii (Shea) Fruit Butter, Certified Organic Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice, Aqua, Certified Organic Ethanol (Sugar Cane Alcohol), Non-Gmo Lecithin, Sclerotium Rolfsii, Citrus Aurantium Amara (Bitter Orange) Fruit Extract, Certified Organic Pelargonium Graveolens (Geranium) Essential Oil, Certified Organic Olea Europaea (Olive) Juice Extract, Certified Organic Rosa Damascena (Rose) Essential Oil.

PRODUK KIMIA SINTETIK

Manakala produk penjagaan kulit konvensional pula biasanya dirumus menggunakan pelbagai bahan kimia sintetik.

Contoh label krim tangan produk berasaskan kimia sintetik :

Water, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Stearic Acid, Sodium Cetearyl Sulfate, Methylparaben, Propylparaben, Dilauryl Thiodipropionate, Sodium Sulfate, Fragrance


Pengalaman saya menggunakan natural produk dari jenama Garden Of eden.. Natural produk ni memang tak ada bau wangi (perfume). Bau dia memang natural.. Macam tak ada bau sangat. Cleanser dia pun tak berbuih.. Kalau ada yang claim produk dia natural tapi bau maha pontianak harum sundal malam (wangi) saya akan jadi curiga hahahaha. Dah nama natural so bau dia confirm la natural je. Kalau dah wangi macam perfume.kalau bau bunga.. dia tak sama macam pewangi ni. hehehe. Natural ke? . Entah la.. kekekeke

Apapun semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua. Kalau ada salah silap mohon betulkan yer..

Moral of the story.. Jika anda seorang pengeluar, penjual atau pengedar sesuatu produk.. sila bersikap jujur. Jangan menipu ingredient produk semata mata untuk melariskan jualan. Walau produk anda bebas bahan terlarang sekalipun kalau ada unsur penipuan seperti overclaim.. Pun di kira menipu jugak ok! Apa??? Tipu sunat? takde istilah tipu sunat.. sunat kang baru tau!!!

NANO WHITE FRESH MATTIFYING MOISTURISER, PELEMBAB UNTUK KULIT BERMINYAK

NANO WHITE FRESH MATTIFYING MOISTURISER, PELEMBAB UNTUK KULIT BERMINYAK. Ada orang kata kalau kulit kering baru pakai pelembab sebab nak lembabkan kulit. Kalau kulit berminyak pakai pelembab lagi la berminyak. Minyak tu katanya dah melemababkan kulit. Itu mitos yer anak anak.


Sebenarnya kulit berminyak pun memerlukan kita pakai pelembab adalah sebab :

Kulit yang berminyak bukan bermakna kulit kita dah terlebih lembab. Lagi-lagi kalau yang jenis buat cuci muka kerap dalam masa sehari. Kelenjar pengeluaran minyak akan fikir yang kulit kekeringan disebabkan kerap mencuci muka, menjadikan pengeluaran minyak berlebihan terjadi.
Kena balancekan pengeluaran minyak kat kulit muka dengan sapuan pelembap yang konsisten. So, kelenjar minyak akan lebih perlahan atau berada dalam keadaan ‘berehat’ sebab kita dah ‘trick’ dia yg kulit kita dah cukup lembap.
Jadi hapuskan mitos kulit berminyak tak perlukan pelembab kerana dah cukup lembab. Tapi nak pakai pelembab untuk kulit berminyak ni bukan semua jenis pelembab sesuai. Kena pilih juga untuk memastikan memenuhi keperluan kulit kita & menyelesaikan masalah kulit kita yang berminyak ni.

Bagi yang kulit berminyak tak tahu nak cari pelembab yang macam mana boleh try Nano White Fresh Mattifying Moisturiser. Memang pelembab ni di formulasi untuk kulit berminyak. 

Apa yang best pasal pelembab ni.. pertama packaging dia. Selain design yang sangat buat diri ini rasa remaja.. comel walaupun simple... dia di datangkan dalam bentuk tube. Bermakna bila kita nak guna picit dia keluar. So dari segi hygiene tu agak baik dari packaging yang jenis bekas yang kita buka & kena calit untuk sapu ke muka. Lebih terdedah dengan maybe bakteria ke hapa. Berbanding jenis dalam tube. Kita cuma sentuh apa yang kita nak pakai.. Baki masih bersih di dalam tube tu tak tersentuh. Sebab tu kalau nak beli prelove kosmetik terutama jenis krim2 ni.. pilih yang dalam tube bukan botol yang jenis terdedah bila nak guna.


Testur dia sangat lembut & ringan. Bila sapu pada kulit muka cepat meresap.. dia tak meninggal kesan atau rasa berminyak atau rasa seolah olah kita sapu apa2 krim. Dia kering di kulit sekaligus memberi kesan kulit kita rasa licin & segar. memang tak rasa macam kita tempek apa2 krim. Ringan sangat.


Bau dia sedap... Ada bau wangi yang tak kuat sangat. Tiada warna. So takde masalah nak apply sebelum mengenakan makeup. Memang takkan buat jadi 'pecah minyak' even terdedah dalam cuaca panas. Sebab dia dah formulasi untuk kulit berminyak.. harus la kan dia takkan menyebabkan kulit kita jadi semakin berminyak.

Cara penggunaan dia macam moisturiser lain juga
Sapu selepas membersihkan wajah. Sapu seluruh wajah & leher. Guna 2 kali sehari pagi & malam.

Harga dia bergantung pada tempat. Boleh dapat kat drugstore dengan harga tak lebih dari RM20. Ada yang saya tengok jual RM17.00++ gitu. Pandai pandai survey.

Pengalaman guna..
Saya suka la Mattifying Moisturiser ni sebab kulit saya jenis kombinasi kadang2 jadi berminyak & kadang2 jadi kering. Kering tu biasanya sekarang sebab alergik. Kalau di serang alergik lepas tu kulit akan jadi kering & bekas tempat yang terkesan dengan alergik tu jadi kasar & mengelupas. So far guna Mosituriser nano white ni membantu juga untuk masalah tu dari masa ke semasa.

Yer.. saya juga apply sebelum makeup. Untuk protect skin yang tak berapa cantik sangat ni. Walaupun tak cantik kena la sayangi kan. hehehehe

Saya beli di guardian dengan harga RM20 Untuk 50ml (ada sen sen belakang tu saya lupa dah berapa). Tak susah nak cari produk ni. Sebab banyak pasaraya atau drugstore (farmasi) jual. Kalau kedai2 atau booth2 jamu tu tak sure la ada ke tak. Normally dorang tak jual produk drugstore hehehehe


Bagi yang ada masalah kulit berminyak tahap boleh goreng telur mata atas muka sendiri.. Boleh cuba Nano White Fresh Mattifying Moisturiser ni. Antara bahan utama produk ni Tea Tree Oil. Sea Alogae & Vitamin c.

CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK

CETAPHIL GENTEL SKIN CLEANSER UNTUK KULIT ALERGIK. Sapa kat sini yang ada masalah alergik yang teruk? Tak kira la teruk ke mild ke.. Yang penting ada masalah alergik tak kira la kat mana bahagian badan.. Terutama muka la. Alergik bahagian lain maybe boleh tahan lagi kalau kat muka ni.. Allahu.. Yelah bahagian yang memang orang akan pandang kan? Bayangkan muka bila kena alergik.. merah, gatal gatal & bengkak.. Tak tahan wei!


Sebelum tu jom kita kenali apa itu alergik dulu.. Alergik membawa maksud alahan.. Alahan tu tak semestinya tertumpu pada satu perkara. Ada orang alergik dengan sesetengah makanan & ada orang alergik dengan habuk & ada jugak yang alergik dengan sesetengah jenis kain..

Baru baru ni saya mengalami masalah alergik agak panjang. Dekat sebulan masalah alergik saya tu. Sampai doktor KK buat satu surat refer ke pakar di hospital untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan saya tiba2 mengalami masalah alergik ni. Saya sendiri tak tahu sebab sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan apa2 makanan ke apa. Tapi saya perasan lepas saya tukar cleanser satu brand terkenal ni.. Terus muka saya jadi alergik. Tapi saya tak sure la sebab skincare atau apa. Sebab bila dah alergik semua skincare yang saya biasa guna pun dah tak boleh guna. Muka saya akan jadi gatal sampai saya terpaksa stop semua rutin skincare saya.

Tapi sekarang saya tahu.. saya dah alergik dengan certain makanan. Punca berlaku alergik dengan tiba2 ni doktor kata.. Maybe sebab imun badan tu dah tak tahan. benda yang maybe dulu takde masalah pada kita boleh bertukar jadi alergik.

Sepanjang saya alergik memang saya stop semua skincare tapi tu la takkan nak cuci muka pakai air paip je. Saya cari jugak la cleanser yang boleh guna untuk masalah alergik saya. Ada suggest Cetaphil so saya try..

Cetaphil ni pun dia banyak cleanser ikut masalah kulit. Sebab kulit saya dah sentitif & alergik saya pilih Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Sebab memang untuk kulit sensitif. Bukan untuk cuci muka je tau.. Tapi boleh guna satu badan. Tak pedihkan mata... Boleh di gunakan untuk baby juga.


Apa yang best Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni.. Dia tak ada bau.. tak ada buih. Tapi bila kita cuci muka.. Muka jadi rasa lembut & lembab. Tak keringkan kulit. Dan yang paling penting dia ngam untuk masalah alergik saya. Maknanya bila saya guna dia tak buat kulit saya semakin gatal atau jadi keradangan (merah merah tu).

Alhamdulillah la.. Dia tak menyebabkan jadi ruam ke, jerawat ke.. Saya rasa kulit lebih sihat guna cleanser ni & masalah alergik pun sangat membantu. Lagipun untuk kulit sensitif & alergik memang tak sesuai guna cleanser yang ada perfume, foamy pun tak sesuai.. Jenis2 cleanser berbuih meriah karipapusing tu memang serius kalau saya tak sesuai. Kena cari mild cleanser jenis gel, tak berbuih & tak ada perfume. Maksudnya tak ada apa2 bau wangi atau apa2 bau. Bau natural jer.

Alhamdulillah.. dekat sebulan dah kot rasanya guna Cetaphil Gentel Skin Cleanser.. Masalah alergik 90% memang dah ok. Dah tak payah nak pergi klinik & ambil ubat hari hari macam sebelum ni. Surat yang doktor buat suruh refer nak tahu apa yang menyebabkan saya alergik pun.. saya tak pergi ambil appointment sebab saya dah tahu saya alergik dengan certain makanan & skincare walau sebelum ni saya tak ada masalah alergik dengan semua perkara tu. Tapi sebab doktor pun kata.. Alergik ni boleh berlaku bila imun badan kita jadi sensitif. Tak semestinya benda tu akan jadi sejak azali. Dia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan tiba tiba macam berlaku kat saya ni.

Jadi pada yang ada masalah kulit sensitif & alergik boleh try jugak Cetaphil Gentel Skin Cleanser ni. Tapi di ingatkan kadang2 penerimaan setiap produk pada kulit kita tak sama. Ada orang pakai ok.. ada yang tidak. Dalam soal ni saya jenis try & error.. Sebab tu penting untuk kita kenalpasti masalah & jenis kulit kita supaya melalui labeling produk tu.. kat bahagian penerangan tentang produk (selalunya di belakang produk) tu kita boleh tahu sesuatu produk ni untuk apa, jenis kulit yang macam mana & cara guna yang betul supaya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kita.

Harga untuk Cetaphil Gentel Skin Cleanser 125ml lebih kurang RM17.00++ macam tu la. Boleh beli di drugstore seperti vital farmasi, guardian, watson & maybe certain Mall @ pasaraya ada jual. Yang tak jumpa jual cetaphil ni booth2 atau kedai jamu jer. Jarang nampak jual hehehehe.

Moral of the story.. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai untuk semua orang apatah lagi produk yang terang terang mengandungi bahan terlarang atau beracun.. Even nampak serasi di luar kulit kita sekalipun tak bermakna dia selamat untuk kita atau sesiapa sahaja. Sebab tu penting untuk kita memilih produk yang sesuai dengan keperluan kulit kita & bebas bahan terlarang & racun yang tidak selamat untuk di gunakan.

BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG

BERSANGKA BAIK.. MUNGKIN PRODUK TU TAK SESUAI DENGAN SESETENGAH ORANG. Kalau sebut produk kecantikkan dia meliputi produk kosmetik seperti skincare, make up, supplement kecantikkan bla. bla.. yang ada kena mengena untuk cantik la. Sebut cantik ni yang paling obses nak cantik tentu la perempuan tak kira perempuan original mahupun yang tiruan..


Fitrah manusia kan.. Semua nak cantik. Lelaki pun kalau di beri pilihan depa pun tak tolak di kurniakan wajah yang ensem kaya macho bergaya bla.. bla.. bagai. Cuma lelaki ni kebanyakkan jenis.. Enjoy je apapun yang di lukiskan Allah pada wajah mereka. Tahap obses nak mengubah ciptaan Allah pada rupa bentuk depa tu tak ramai sangat jumlahnya berbanding wanita kecuali lelaki di korea la. Kat Malaysia ni rasa spesis lelaki obses nak cantik ni tak berapa banyak lagi membiak.

Di sebabkan perempuan paling suka bab bab nak cantik ni maka sasaran golongan pengeluar produk adalah wanita. Nak2 lagi kita sedia maklum dalam dunia ni perempuan lagi ramai dari lelaki kan.. Maka membiak suburlah founder founder segera produk kecantikkan di muka bumi malaysia ni. Umur 15 tahun pun ada dah jadi founder ok! Hangpa tak payah nak nganga sangat la buat buat terkejut..

Sebab masing masing berlumba lumba nak buktikan produk depa paling berkesan mencantikkan perempuan perempuan terdesak di Malaysia ni.. Tu yang jadi banyak isu produk di campurpalsu bahan terlarang seperti merkuri, tretinion & hidrokinon dalam dos yang melampaui batas KKM tetapkan. Sebab benda benda tu mampu memberi kesan kecantikkan dalam masa yang singkat. Maka barai la muka manusia manusia ni secara berjemaah. Lepas masing masing mendapat kesan 'jahanam' tahap nirrojim selepas di sogok dengan kecantikkan yang sementara.. Tak puas hati muka lingkup, founder buat buat tak bersalah.. Ramai la buat pengakuan berani dedah kat media sosial pengalaman paling menyayat hati selepas memakai sesuatu produk yang terang terang di sahkan bahaya.

Pun begitu den paling respect segelintir perempuan yang sentiasa bersangka baik dengan produk produk bahaya ni.. Even KKM dah keluarkan laporan mengatakan bahaya, banyak pengakuan bekas bekas pengguna menunjukkan testimoni barai memasing.. Mereka tetap bersangka baik terhadap produk tersebut. Selain menerima sebagai yang barai hancur lebur tu semua guna fake produk.. Mereka mengambil perkara tu sebagai maybe tak sesuai kot dengan kulit mereka yang mendapat kesan jahanam.

Golongan terlalu baik & sentiasa berbaik sangka macam ni memang susah nak di sekolahkan.. Maybe bagi dia racun adalah bila kau guna terus mati baru la betul betul racun. Setakat muka breakouts.. buah pinggang lebur jadi pasir.. Tu bukan racun sangat la. Maybe tak sesuai dengan individu tu. Sebab tu kalau kat group2 kecantikkan spesis macam ni kalau tanya pendapat den suka bagi sokongan moral jer.. tak guna kau nak bagi takzirah kesihatan bagai nak rak.. Alih2 dia percaya cakap founder yang kononnya orang dengki dengan produk depa. katanya.. Kalau produk depa bahaya kenapa KKM bagi kelulusan. Tapi hangpa lupa nak tanya balik.. Kalau tak bahaya kenapa KKM tarik balik NOT yang depa kata kelulusan tu? krik krik krik.. Tapi biasa alasan di sabotaj, KKM test produk fake bla.. bla.. untuk menegakkan bulu yang basah.

Memang produk yang selamat pun tak mungkin sesuai untuk semua orang tapi kalau yang dah terbukti selamat tu kita tahu la dia tak ada di campurpalsu bahan terlarang so tidak la berisiko sangat kita guna. Kalau effect pun maybe cuma luar kulit.. Tidak sampai melibatkan organ dalaman tapi produk yang dah sah sah bahaya & memang KKM pun dah isytihar bahaya tak ada istilah ikut kesesuaian kulit. Tak lingkup muka hangpa tak bermakna produk bahaya tu jadi selamat untuk hangpa terus guna ok! Ada orang bernasib baik mendapat kesan buruk tu di peringkat awal guna.. Memang effect dia cuma luar kulit jer tapi ada orang dia tak effect pada luar kulit tapi mungkin racun yang ada dalam produk tersebut perlahan lahan meresap dalam saluran darah kemudian effect organ organ dalaman mereka. takut benda tu berlaku & bila sedar semuanya dah terlewat dah tak guna nak menangis. Apa boleh buat kumpul amalan banyak banyak bersedia untuk pulang kerahmatullah je.. Bak kata pepatah luka di luar nampak berdarah tapi luka di dalam siapa yang tahu. Yang tak nampak & meracun secara perlahan lahan tu lebih bahaya ok! Jadi elakkan la sebelum semua tu jadi yer

Tak tau la bila Malaysia nak buat satu undang2 yang lebih tegas kepada pengeluar/founder produk produk macam ni. Rasanya KKM kena usulkan syarat yang lebih ketat untuk apply NOTIFIKASI kepada produk produk kosmetik supaya benda tu tidak boleh di manipulasi oleh pengeluar produk konon NOT KKM bukti produk mereka mendapat kelulusan & selamat di gunakan. Sedangkan NOT KKM tu bukan kelulusan apa apa atau jaminan produk tu selamat. NOT KKM tu hanya sebagai bukti berdaftar dengan KKM & mendapat kelulusan untuk di pasarkan sahaja. Produk yang selamat korang kena tengok samada telah di uji di makmal atau tak? Macam produk2 di drugstore yang mention ada clinical approve.. ada lab test.. bla.. bla.. bagai. Bukan sekadar NOT KKM yang di tempek pada packaging sesuatu produk.

Mungkin ada ramai yang masih tak tahu sebelum ni.. Bila dah tahu tu mohon untuk jauhkan diri dari produk produk bahaya ni. Saya juga pernah menggunakan banyak jenama produk yang ada terkandung bahan merbahaya tapi masa tu saya mana tau.. Pendedahan memang tak banyak macam sekarang dimana ramai individu tampil sebagai sukarelawan menjadi aktivis walau tidak bernaung di bawah mana mana NGO berdaftar untuk membantu menyebarkan info kepada pengguna. Masa zaman saya dok guna produk produk macam ni.. Isu isu produk ni tak berapa di ketengahkan. Sekarang je nampak lebih extreme di perkatakan.

Tiada isu menjatuh atau menaikkan sesiapa bila ada pihak mendedahkan tentang produk produk bahaya yang ada di pasaran walau di edarkan secara sah & mendapat kelulusan KKM untuk di jual. Sebab kebanyakkan mereka tidak di bayar sesiapa untuk membuat pendedahan tapi mungkin atas rasa tanggungjawab & keprihatinan mereka terus menyalurkan info tentang produk produk bahaya ni. Untuk menyelamatkan pengguna dari terus terdedah dengan risiko masalah kesihatan & tertipu dengan testimoni bulan madu di awan biru tu, ramai merelakan diri membuat kerja kerja tak bergaji & berisiko di heret ke mahkamah ni.. Ingatlah.. kos nak merawat tu lebih tinggi dari kos korang guna untuk cantik dalam masa sekejab. renung renungkahlah selamat mencerminkan diri sendiri. Malas nak tulis moral of the story dah hahhahaa

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE. Bila kita mula menulis & berkongsi dengan lambakkan produk produk kosmetik & kecantikkan tempatan yang di campurpalsu bahan terlarang untuk memberi kesedaran pada orang awam bahaya kosmetik/skincare mengandungi racun seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bagai.. depa tuduh kita anti local product. Tak support bisnes orang melayu bagai.. Nak jatuhkan bangsa sendiri bla.. bla.. bagai. Sedangkan apa kita tulis untuk memberi info kepada pengguna agar mereka alert dengan lambakkan produk yang tidak selamat di pasaran.

Tak semestinya Anti local product dik non Ooi.. Ahkak pun pengguna local product tapi di sebabkan akak ni belajar tak tinggi, bukan chemist & tak pandai nak baca ingredient sangat.. Baca jer tapi sebab saintifik sangat kekadang ahkak memang tak paham pekebenda menatang yang depa list kan ada dalam produk tersebut. Sebab tu la ahkak ambil keputusan mencari produk drugstore/farmasi jer. Sebab nak di pasarkan di farmasi & drugstore ni tak semudah kau letak produk kat kedai jamu. Perlu memenuhi kriteria keselamatan yang di tetapkan.. So, agak terjamin keselamatannya.


Yang penyokong produk tempatan ni.. Jangan risau tak semua local skincare tu bahaya. Masih banyak kot local skincare yang selamat & berjaya menempatkan diri di farmasi/drugstore ni. Salah satu produk yang ada di jual di sesetengah farmasi adalah produk BlueBell Skincare. Walaupun nama skincare ni macam eklusif & internation brand kan.. Tapi jangan tak caya pulak. Memang dia produk tempatan ok!


Pengasas produk ni adalah Puan Mek Yam anak kelahiran Kelantan mempunyai kelulusan Bachelor of Technology, Brunel University, England dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu MBA, Cranfield Institute of Technology, England pada tahun 1992.

Pengasas bersama Bluebell Skincare ialah Puan Aliaa Zawani Mohd Rasid. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia dan juga Pegawai Strategic Communications di Bank Simpanan Nasional (BSN) ini kemudiannya menyertai pada tahun yang sama (2015) dan menubuhkan syarikat iBluebell Cosmeceuticals (M) Sdn Bhd.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan beroperasi di Plaza Azalea Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mempunyai lebih 10 orang pekerja dan lebih 10,000 pelanggan di seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapore.

Pengalaman selama 40 tahun menggunakan perbagai produk produk kecantikan, dalam dan luar negara dijadikan landasan untuk mengeluarkan formula kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Selama ini kita sangat bergantung pada kelulusan KKM kepada sesuatu produk kosmetik/skincare ni walhal kelulusan KKM pada produk kosmetik/skincare ni sebenarnya nothing pun. Sekadar kelulusan untuk di pasarkan bukan bukti produk tu selamat ke apa. Kalau NOT KKM bukti sesuatu produk tu selamat, takde la isu lambakkan produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM). Kat situ hangpa kena la bijak sikit. Tapi memang wajib kena daftar dengan KKM kalau sesuatu produk tu nak di pasarkan di Malaysia.

Macam BlueBell ni dia memang ada NOT KKM yang sah.. Tapi yang sangat penting kat sini produk Bluebell ni Semua produk Bluebell Skincare telah diuji di makmal SIRIM QAS International dan lulus ujian. Yang ni sebenarnya menentukan sesuatu produk tu ada bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretenion atau tidak. Kalau lulus ujian lab macam lab SIRIM ni hang tak payah nak pertikai. Tapi setakat lab kat dapur bakar atas sudu tu.. hang kuis kuis dengan hujung kaki jer. memang test test mengarut macam tu tidak boleh di guna pakai untuk menentukan sesuatu produk itu selamat atau tak.


Untuk umat Islam.. Ni pun penting jugak. Untuk produk Bluebell skincare ada kelulusan halal dari JAKIM. Kena bagitau jabgi ada je yang nak pertikai.. katanya produk yang tak mengandungi bahan terlarang belum tentu halal. Ni JAKIM dah tempek logo HALAL hang tak payah memekak lagi tanya halal ke tidak.


Set Produk Bluebell skincare ni ada 4 item iatu terdiri daripada

1. Cleanser

2. Daily Defence Moisturizer

3. Serum

4. Night Moisturizer

Bahan yang di gunakan dalam produk Bluebell skincare ni kebanyakkan dari bahan bahan semulajadi yang selamat & mempunya khasiat pada kecantikkan kulit. Antara bahan yang di gunakan adalah ;

➠Argan Oil

➠Citrus Aurantium Dulcis
↷minyak dari buah oren manis)

➠Propylene glycol

↷bahan cecair sintetik yang menyerap air. FDA telah mengklasifikasikan bahan ini adalah selamat dan boleh digunakan dalam bidang perubatan, kecantikan dan pemakanan. Ianya menyerap lebihan air dan mengekalkan kelembapan pada kulit)

➠Menthol
↷adalah organic compound yang diperbuat melalui sintetik atau boleh diperolehi dari pokok Mentha arvensis corn mint & pokok peppermint)

➠Akar Manis
↷adalah akar dari pokok Glycyrrhiza glabra

Kojic acid
↷berasal dari negara Jepun. Ianya menjadi salah satu bahan yang banyak digunakan untuk mencerahkan kulit. bahan berwarna putih seperti tepung & boleh diperoleh dari cendawan jepun, maka bahan ini adalah selamat digunakan kerana ianya semulajadi dan tidak berbahaya
Stem Cell (Berfungsi menghilangkan parut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang semua bahan yang di gunakan dalam set Bluebell skincare anda boleh membaca sendiri di sini ☛ Ramuan Produk

Kau kemain kompang produk Blubell ni.. dah try ke? Mesti la dah jemah Ooi.. Tapi kau jangan tanya muka aku dari beast bertukar beauty ke lepas guna produk Blubell skincare ni. Baru try lebih kurang seminggu mustahil la muka jemah bertukar rupa emma maembong yang putih gebu bagaikan kapas tu.

Tapi pernah dengar seorang panel jemputan dalam satu rancangan talk show. tak ingat siapa.. Untuk topik pasal produk skincare juga. Nak tahu produk tu sesuai dengan kita atau tak.. Try la dulu seminggu. Kalau tak ada kesan negatif macam ruam ke, jerawat ke hapa bermakna produk tu sesuai dengan kita la. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang Ok! Sebab tu kita kena tahu keperluan kulit kita sebelum membeli sesuatu produk.

Selepas seminggu try tu.. Alhamdulillah takde kejadian yang tak di ingin. Nak apply pun mudah.. Macam mositurizer dia pun tak melekit. Kita apply terus rasa meresap & kering di kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak atau belengas. Tu dah kira bagus la kan.


Cara menggunakan produk ni pun takde la rumit. Alah lebih kurang macam guna produk skincare lain juga rutin dia..

Untuk siang

1. Cuci muka dengan cleanser

2. Untuk siang gunakan Daily Defence Moisturizer sebab dia ada SPF 30 PA++ untuk melindungi kulit korang dari sinar uv.

Penting ok untuk mengekalkan kulit awet muda kena la yang ada uv protecter. Yang best Daily Defence Moisturizer ni dia macam foundation tapi tak heavy sangat. Ringan je bila sapu kat kulit & bagi sedikit effect segar & cerah pada kulit tanpa buat kulit kita nampak kontra sangat dari warna kulit asal.

Untuk malam..

1. Macam biasa cuci muka dulu dengan cleanser

2. Titiskan serum atas jari lepas tu sapu & urut seluruh muka hingga leher

3. Apply Night moisturizer

Jangan risau Blubell skincare ni sangat selesa bila apply pada kulit. So, bila pakai sebelum tidur pun kita tak rasa macam muka kita tengah pakai something. Rasa dia natural je ok! Tu yang best.

Kesan dia tak boleh la nampak dalam masa seminggu. Apapun produk kena pakai secara rutin dalam jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan kulit yang bersih, sihat & cantik. Sekurang kurang try dulu lebih dari sebulan.. Insya Allah akan nampak kesan positif kalau produk tu memang sesuai dengan keperluan kulit kita.

Blubell skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit. Setakat ni tiada spesifik untuk kulit yang tertentu cuma kena try baru tahu sesuai tak dengan keperluan kulit korang. Ada yang saya baca kat posting facebook saya bila share berkaitan bluebell skincare katanya mereka yang pernah guna.. jerawat cepat kecut bila amalkan produk ni sebagai set penjagaan kulit secara harian. Kalau nak tengok atau baca testimoni boleh rerajin singgah kat sini ☛ testimoni


Macam mana nak dapatkan produk ni. Kalau nak dapatkan di farmasi ada di jual di Cawangan Constant Pharmacy Terpilih.

Cawangan Constant Pharmacy Bandar Baru Bangi, Selangor
Cawangan Constant Pharmacy Tanah Merah, Kelantan
Cawangan Constant Pharmacy Kota Bharu, Kelantan


Atau boleh layari :

 Website : Bluebell Skincare Solution 
 Facebook : Bluebell Skincare 
 Whatsapp : 0193568850 

Pengilang Produk Bluebell Skincare
Kesemua produk Bluebell Skincare dikilangkan di Kosmetik Alwan Sdn Bhd yang beralamat Jln Permata 2B/KS9, 42500 Klang, Selangor. Kosmetik Alwan Sdn Bhd telah mendapat pengiktirafan HALAL & GMP (Amalan Perkilangan Baik). Sebarang pertanyaan dan soalan boleh menghubungi mereka di

 ☒Whatsapp : 0193568850 
 ☏Hotline : 0380841024 

SENARAI PRODUK 'LOCAL SKINCARE' YANG SELAMAT DI GUNAKAN

SENARAI PRODUK 'LOCAL SKINCARE' YANG SELAMAT DI GUNAKAN. Bila den buat keputusan untuk menapis produk skincare/kosmetik & supplement terutama local skincare untuk slot review .. Ada yang mula mencebik & muncung. Katanya.. den pilih bulu. Bukan pilih bulu.. Setiap kali orang minta den review produk depa tak pernah den tanya dia bulu pendek ke panjang, perang ke hitam..


Kita sedia maklum lambakkan produk skicare/kosmetik di pasaran tumbuh bagai cendawan atas taik lembu. Membiak bagaikan di baja baja katanya. Kalau nak di nilai dari NOT KKM (Notifikasi) kebanyakkan produk memang ada NOT tapi tu la bagi yang masih tak faham faham.. NOT KKM bukan bukti sesuatu produk tu terjamin selamat dari mengandungi bahan terlarang. NOT cuma kelulusan untuk di pasarkan & di bawah pemantauan KKM sahaja. Tiada ujian Lab di buat terhadap produk yang di beri NOT tu. Senang Faham KKM memang tak buat apa2 ujian makmal sebelum meluluskan permohonan Notifikasi tu & ia bukan bukti kelulusan apa apa. Sekadar berdaftar dengan KKM sahaja.  Ia cuma declare melalui dokumen di mana kita sedia maklum.. Kalau pengeluar produk tu tak jujur dia boleh menipu Ingredient produk dia untuk mendapatkan Notifikasi.

Hadam yang ni. NOT KKM sekadar bukti produk itu berdaftar dengan kkm. Sekiranya berlaku apa2 kemudaratan pada pengguna ia memudahkan KKM untuk mengambil tindakkan sebab semua detail pengeluar ada dengan KKM. Senang KKM nak suruh tarik balik di pasaran. Kalau ingkar mereka akan di kenakan tindakkan undang undang.

Yang dok kantoi & NOT KKM di tarik balik tu selepas KKM mendapat aduan pengguna & KKM ambil sampel produk tu membuat ujian makmal. Time tu la baru kantoi ada merkuri, hidrokinon, Tretinion bagai.. Bagi yang tak faham & asyik mempertikai kalau produk tu beracun kenapa KKM bagi kelulusan, moga boleh hadam lah yer. Den sampaikan dengan bahasa paling 'bawang' dah ni. Kang guna bahasa2 formal dengan istilah saintifik bukan je hangpa.. sekali dengan den pulak tak faham nanti. hehehehehe. Sebab tu penting pilih produk yang dah di RND.. ada produk di buat kajian bertahun tahun baru di keluarkan & di pasarkan. Untuk memastikan ia benar benar selamat.

Walaupun bukan semua local brand skincare bermasalah tapi sekarang lebih banyak yang bermasalah dari yang selamat. Pun macam tu masih ada local brand skincare ni yang terjamin selamat. Antaranya produk

1. Safi
2. Dermags
3. Bluebell
4. Garden of Eden
5. Savee
6. Azanis
7. Simplysiti
8. Sendayu Tinggi
9. Dermalene
10. Mary Jardin
11. Dr. Norman
12. Good Virtues
13. Cosmoderm
14. Secretleaf
15. Elhajj
17. Annona
18. Alaisyah
19. Glorenze

Tu antara local skincare/kosmetik yang selamat di gunakan & melalui RND. Tapi nak di ingatkan jugak produk yang berkualiti & selamat pun bukan semua sesuai dengan semua jenis kulit & orang. Sebab tu penting untuk tahu masalah & keperluan kulit sebelum membeli apa apa produk. Hang jangan main tenyeh ja ok.. tenyeh2 jadi dayang senandung semalam satgi.. Jangan dok teriak tepi cermin pulak tuduh produk tu bermasalah padahal ia tak sesuai dengan kulit hang. kalau semua produk sesuai dengan semua orang.. Dalam dunia ni tak perlu ada banyak brand la kan? 

Tip memilih skincare yang selamat.. Selalunya krim dia tidak berwarna warni, tiada bau yang terlalu wangi, testur krim produk yang selamat tidak melekit, tidak memberi kesan kecantikkan seawal 3 - 7 hari. Pada packaging tertulis alamat pengilang, Ingredient produk, cara penggunaan. Boleh rujuk pada gambar di bawah.


Sebelum membeli apa2 produk skincare pastikan pada packaging ada semua label ini

Dan satu lagi nak pesan.. Produk yang di iklankan di TV & Radio sekarang ni pun tak semua selamat. Stesen TV & radio kau bayar.. Boleh jer Iklan apatah lagi kat signboard tepi jalan, tepi highway semua tu. Kita kena bijak memilih produk jangan terpengaruh dengan iklan. Semua tu marketing strategi jer. Den guna produk Garden Of Eden pun bukan base on iklan atau testimoni tau. Beli kat Guardian & try.. Alhamdulillah membantu masalah kulit den ni. So, tak semestinya produk yang banyak testimoni berjaya tu sesuai dengan kulit kita ok. testimoni tidak boleh di jadikan bukti sesuatu produk tu selamat juga sebab testimoni kadang2 boleh di reka.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada anda semua. Jadilah pengguna bijak.. Sayang diri, sayangi kulit jangan obses nak putih melepak macam tepung gomak. Belajar bersyukur dengan warna kulit asal anda.

Moral of the story... Senarai produk kat atas kalau nak saya review boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. peace Yo!

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'. Istilah produk di campurpalsu memang popular di gunakan oleh segelintir pengeluar produk bila Pihak KKM mengesahkan ada bahan terlarang dalam produk mereka. Kita dengar campurpalsu terus percaya.. 'Betul la wei produk dia kena ciplak. hat KKM kutip buat lab test tu produk tiruan. Kesian depa kena fitnah!'. Terus rasa berdosa sebab rasa dah buat dosa menfitnah katanya.


Sebenarnya ramai yang tak faham apa yang di maksudkan dengan produk campurpalsu ni. Tak semestinya dengar kata palsu mesti fake produk. Sebab tu penting bila ada kontroversi tentang sesuatu produk yang hangpa guna atau tak guna.. Nak penjelasan lanjut direct merujuk kepada KKM. Tak payah percaya bulat bulat apa yang pengedar produk sampaikan. Bukan kata depa menipu tapi kadang2 depa sendiri pun tak bagitau apa yang sebenarnya sebab nak jaga 'rice cooker' masing masing kan. Kita sebagai pengguna la kena bijak sebab ia berkaitan dengan keselamatan & kesihatan kita.

Untuk segmen khidmat masyarakat kali ni saya nak share kat hangpa apa itu 'Produk Campurpalsu'. Kesian yang dok tertipu selama ni.. Hope lepas ni tak kena klepet berulang kali lah yer.. hehehehe

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

Lazimnya, produk kosmetik dicampurpalsu bertujuan untuk membuktikan keberkesanan produk yang dijual di mana pengguna akan mendapatkan kesan yang dijanjikan dalam masa yang singkat. Contohnya, hydroquinone dan merkuri biasanya ditambah ke dalam produk pemutih kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi kulit manakala tretinoin dan antibiotik ditambah ke dalam produk kosmetik untuk merawat masalah kulit berjerawat. Pengguna yang membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dicampurpalsu akan berasa teruja dengan kesan yang dialami dan seterusnya akan kerap membeli produk tersebut. Cara penjualan produk sebegini adalah suatu tindakan syarikat yang sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan kesan mudarat yang mungkin dialami oleh pengguna.

Produk kosmetik yang mengandungi logam berat seperti merkuri boleh memberikan kesan mudarat kepada kesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan yang tidak diingini pada kulit. Manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan racun berjadual seperti hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi dan ini menyebabkan pengurangan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya serta meningkatkan risiko kanser kulit.
- Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia -

Jadi ketahuilah.. Produk yang di banned KKM atau di tarik balik notifikasi bukan semua fake produk atau produk tiruan bila di dapati telah di campurpalsu. Produk campurpalsu tu membawa maksud produk tu dah di campur dengan bahan logam berat seperti merkuri & hydroquinone bukan bermaksud produk tiruan atau fake produk yer. jangan salah faham. So, Perlu ke kita nak tuduh KKM tidak arif dalam menjalankan tugas mereka sampai membuat analisa terhadap produk tiruan lepas tu 'SimplySiti' jer keluarkan laporan yang boleh menjatuhkan reputasi sesuatu jenama produk tersebut?

Yang berkhidmat dalam KKM tu bukan pakar test produk bakar atas sudu.. Dari penguatkuasa yang nak dapatkan sampel sampai la yang nak buat ujian kat makmal tu semua pakar dalam bidang masing masing. Kalau betul KKM memfitnah.. Kenapa sampai sekarang tiada yang berani mengambil 'legal action' terhadap KKM? krik.. krik.. krik...

Moral of the story.. Renung renungkan.. Selamat Hari Malaysia.

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK. Ramai mak mak zaman sekarang suka make over muka anak anak perempuan mereka menggunakan alat kosmetik (makeup) orang dewasa. Nampak comel je.. sekujur tubuh kecil di makeup seperti seorang dewasa kan.. Anak perempuan memang suka la kalau boleh dapat look macam mak dia.. Almaklum la, mak kan idola anak anak.


Anak saya pun sama jugak.. Naluri kegadisan tu tetap ada walau baru 6 tahun. Nak berlipstik eyeshadow bagai tapi saya memang tak dedahkan sangat dia dengan kosmetik orang dewasa sebab saya tak nak bagi kesan jangka panjang nanti. Kulit dia terlalu muda untuk di tenyeh & tonyoh dengan kosmetik ni. Even compact powder pun saya tak suka pakaikan untuk anak saya. Biarlah kulit dia cukup matang bersama usia untuk dia cuba benda benda macam tu.

Apa yang saya baca.. 

Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit kulit kerana kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif akan lebih terdedah kepada jangkitan pelbagai kuman. Disebabkan alasan ini juga, kita kena hati hati ketika memakaikan produk kosmetik kepada anak-anak. Ini kerana, produk kosmetik dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak yang boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan pada kesihatan.
Menurut Pakar Estetik, Dr. Riza Hartini Razali, komponen-komponen yang terkandung dalam produk kosmetik dewasa boleh mengakibatkan dan menimbulkan pelbagai simptom alergi dan alahan pada kanak-kanak. ini kerana terdapat pelbagai jenis campuran yang terkandung dalam produk kosmetik tersebut termasuklah pelbagai jenis bahan pewarna.
Anak-anak kecil sebenarnya tidak sesuai untuk dipakaikan produk kosmetik kerana kadar metabolisme mereka tinggi jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Disebabkan inilah sekiranya mereka dipakaikan produk kosmetik, kadar penyerapan lebih cepat, tinggi, dan akan menyerap terus ke dalam sistem badan.
Untuk pengetahuan, kulit kanak-kanak akan menyerap hampir 100 peratus bahan-bahan ini (bahan kimia) kerana sistem imunisasi mereka belum matang dan tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Jadi badan anak-anak ini akan mendapat kesan serta merta
kulit kanak-kanak sebenarnya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan kulit orang dewasa kerana kulit kanak-kanak lebih nipis. Jadi sekiranya kulit orang dewasa juga boleh mengalami pelbagai masalah apabila memakai produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut, bayangkan apa akan terjadi pada kulit kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk kosmetik juga boleh menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah alahan atau iritasi, penyakit kulit seperti ekzema, kerengsaan saluran pernafasan dan mata, keracunan dan tidak ketinggalan masalah pada sistem penghadaman.
Sesetengah kosmetik dewasa turut mengandungi hormon-hormon yang boleh mengganggu kematangan seksual kanak-kanak dan agen perosak hormon yang boleh menyebabkan kerosakan hormon di dalam badan. Kanak-kanak masih berada dalam fasa pertumbuhan, iaitu badan mereka masih lagi dalam proses tumbesaran.
Sekiranya kulit mereka didedahkan terlalu awal dengan bahan-bahan ini (bahan kimia), akan mengganggu pertumbuhan dari segi fizikal dan otak. 
Memang tidak ada kajian khusus yang membuktikan bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser atau pelbagai lagi penyakit berbahaya, tetapi jika dilihat kepada pesakit-pesakit kanser yang sedia ada, lazimnya kandungan darah mereka mengandungi bahan-bahan kimia ini.
Antara kandungan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dewasa ialah merkuri, paraben, dan hidrokuinon. Oleh demikian, langkah yang terbaik adalah jangan sesekali membenarkan anak-anak menggunakan kosmetik dewasa.
Sekiranya masih mahu menggunakannya, ibu harus lebih peka dalam memilih produk–produk yang mesra kanak-kanak, semula jadi dan selamat. Untuk lebih selamat, hari ini ibu-ibu boleh menguji produk kosmetik dengan penguji merkuri mudah alih bagi mengetahui tahap kandungan merkuri yang terdapat di dalam sesuatu produk kosmetik.

Jadi jangan simplysiti (copy ayat kak senduk hehehe) Nak calit2 muka anak hangpa dengan kosmetik bukan bukan yer.. Budak kecik ni tak payah nak tempek makeup sangat sebab depa memang original natural beauty. Wajah ahli syurga katanya.. semua comel comel belaka.

Moral of the story.. Anak anak masa kecik dia tak boleh buat keputusan pada diri dia sendiri maka kita mak bapak ni yang kena pilih yang terbaik untuk anak anak.

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN

RUPANYA BUKAN SUSAH NAK MOHON NOTIFIKASI KKM PADA PRODUK KECANTIKKAN. Dulu aku antara manusia yang jahil ok.. Aku percaya 100% pengasas yang mengeluarkan produk kecantikkan kulit ni menghasilkan produk tu dari formula atau ramuan yang depa sendiri buat.. Mungkin dari petua nenek moyang bagai. Di packaging dalam bentuk yang mudah untuk orang lain dapat & guna. Serius.. Aku dulu antara pengguna local produk jugak. Banyak juga local produk aku pernah guna even masalah kulit wajah aku ni kebanyakkan cantik seketika lepas tu kembali berjurujerawat. Produk apa aku guna tak payah la aku sebut.. Tapi bukan 1 jenama je la.. Lepas cuba satu jenama rasa macam tak mendapat hasil yang aku nak.. aku tukar. Kadang2 atas suggest dari penjual produk tu sendiri.


Dulu.. Aku cukup yakin setiap produk yang ada Nombor Notifikasi KKM tu memang dah di analisa di makmal KKM & terbukti selamat & bebas bahan merbahaya. Sebab aku fikir mustahil KKM akan sewenangnya bagi sesuatu produk tu Nombor Not KKM.. Sungguh aku rasa aku bodoh sombong sebabnya dah la bodoh tak pernah ada rasa nak study pun. Yelah.. Mungkin waktu tu tak ada keperluan kan.. Macam sekarang memang aku banyak mencari maklumat tentang produk kecantikkan ni.. Jadi apa saja info yang aku dapat yang aku tahu masih ramai yang salah faham, aku rasa perlu aku sampaikan pada orang lain dalam penulisan yang mudah di fahami semua golongan. Jadi musibah tu tak semestinya hukuman tapi boleh jadi hikmah juga..

Entri sebelum ni aku ada tulis tentang Notifikasi KKM (Not KKM) Bukan bukti sesuatu produk dah di analisa di makmal KKM sekadar produk yang di bawah pemantauan KKM sahaja. Mesti ramai yang tertanya.. Kalau KKM tak buat proses analisa di makmal macam mana KKM boleh bagi Nombor Notifikasi kepada produk tersebut?  Apa je yang buat KKM lulusan permohonan untuk dapatkan Nombor Notifikasi tu?

Bila aku baca info berkenaan nak dapat Notifikasi produk ni.. Sebenarnya tak susah pun. Boleh apply melalui online & boleh dapat kelulusan lebih kurang 1 - 3 hari sahaja.

1. Proses permohonan boleh dilakukan secara ‘online’ melalui laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Quest 3+. Sistem baru aplikasi QUEST3+ (modul kosmetik notifikasi) ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2016 yang lalu
2. Pemohon perlu mengisi borang notifikasi produk secara lengkap (untuk rujukan, boleh lihat dokumen Annex 1, part 3, Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia) sehingga selesai semua proses termasuk urusan pembayaran. Sila rujuk di bahagian Guidelines Central di laman web NPRA.
3. Nombor notifikasi akan dikeluarkan dalam tempoh 1-3 hari selepas urusan pembayaran selesai dan disahkan oleh NPRA. Urusan mendapatkan nombor notifikasi bagi produk kosmetik tidak memakan masa yang lama seperti produk farmaseutikal lain, contohnya ubat terkawal yang boleh mencecah berbulan-bulan atau setahun.

Atau kalau hangpa nak senang faham pengedar @ pengasas produk ni cuma perlu sediakan dokumen yang di perlukan untuk memohon nombor Notifikasi KKM. Tapi yang pasti untuk apply not KKM ni tak perlu melalui proses analisa di makmal KKM cuma perlu menghantar dokumentasi berkaitan produk tersebut & disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi. Pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB. Tapi tu la kan.. tetap masih terlepas di pasaran produk yang mengandungi bahan terlarang  ada Not KKM. Tak tau depa buat macam mana. hahahaha...

Syarikat atau orang yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan mesti memberitahu Pengarah Perkhidmatan Farmasi (DPS) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPCB) sebelum memasarkan, mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik. Proses pemberitahuan ini akan membolehkan NPCB mengumpulkan maklumat yang mencukupi mengenai produk kosmetik yang diletakkan di pasaran tempatan.
Adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa sahaja untuk mengeluarkan atau mengimport produk kosmetik tanpa pemberitahuan sebelumnya kepada DPS 
Produk pemutihan dikategorikan mengikut penggunaan dan rumusannya. Sebagai sebahagian daripada aktiviti Pengawasan Pasaran Pos (PMS), pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Analisis (COA) kepada NPCB dalam tempoh satu bulan selepas produk diberitahu. COA ini akan diserahkan secara manual kepada NPCB untuk penilaian dan kompilasi. Memandangkan bahawa pihak berkuasa itu mendapati terdapat beberapa produk yang disamaratakan dengan bahan yang tidak dibenarkan seperti Hydroquinone, Tretinoin, dan sebagainya dalam persiapan pemutihan kulit, keputusan ujian yang diberikan dalam sijil itu akan berfungsi sebagai pengesahan tambahan bahawa produk itu tidak mengandungi item tersebut Dan produk yang telah mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang tempatan. - sumber http://npra.moh.gov.my/index.php/faq/cosmetic

Memang kebanyakkan produk yang kantoi depa akan guna alasan fake product tapi kalau kita yakin dengan kredibiliti KKM mustahil kita akan percaya. Kalau ada yang percaya KKM boleh buat kesilapan macam ni berulang kali kepada banyak produk yang kantoi ada bahan terlarang rasanya hangpa tak perlu lagi nak tengok ada kelulusan KKM ke tidak pada sesuatu produk yang hangpa nak pakai sebab hangpa sendiri tak percaya dengan kepakaran KKM & Hangpa boleh yakin KKM buat silap dalam mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk tu. Bagi golongan macam ni aku rasa korang tak perlu beli produk berpandukan Not KKM. sebab terang terang jenis tak percaya kepada kepakaran KKM.

KKM ni lebih pakar dari yang rasa diri depa pakar. Dari nak ambil sampel produk sampai la yang buat lab test keatas produk tersebut semuanya pakar. Bukan pakar bakar atas sudu, ok! Tak juga pakar jemur krim tengah panas. Peralatan yang di gunakan dalam lab untuk menganalisa sesuatu produk juga bukan setakat penunu bunsen untuk di jadikan dapur membakar krim atas sudu. Jadi.. tak logik la bila sesuatu produk kantoi ada bahan terlarang, seolah olah KKM pulak di salahkan katanya ambil sampel dari fake product. Tapi setakat ni aku tak nampak mana2 pengeluar produk yang pernah kantoi menyaman KKM kalau betul KKM buat test dari fake product yang ada di pasaran. Kalau benda betul berlaku memang boleh menjatuhkan reputasi mereka & mendatangkan kerugian kepada pihak mereka yang tak bersalah. Kalau saman ni.. sedap juga kalau menang. At least boleh cover balik kerugian tu kan... krikk... krikkk... krikkk....

Syarikat yang memasarkan kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik mereka selamat, berkualiti serta tuntutan produk yang dinyatakan pada label atau iklan dapat disokong dengan bukti dokumentasi mencukupi . Melalui sistem notifikasi kosmetik, NPRA sebagai agensi regulatori boleh untuk menyemak semua maklumat berkaitan produk kosmetik yang bernotifikasi melalui sistem pangkalan data.
Tindakan seperti pembatalan notifikasi akan dikenakan terhadap produk kosmetik yang gagal mematuhi keperluan garis panduan dan undang-undang yang ditetapkan. Ini termasuklah produk-produk kosmetik yang dikesan positif mengandungi bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun Berjadual di bawah Akta Racun 1952.
Bagi produk kosmetik yang didapati gagal ujian makmal NPRA, syarikat akan diarahkan untuk membuat panggil balik (product recall) produk terlibat daripada pasaran dalam tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melupuskan produk kosmetik terlibat. Boleh rujuk produk yang telah dipanggil balik di sini.

Sebab tu kadang2 kita jadi pelik.. Produk yang ada Not KKM pun tetiba KKM keluarkan laporan mengandungi bahan terlarang & merbahaya. KKM hanya akan buat analisa pada produk yang mendapat aduan ramai yang memberi kesan buruk pada pengguna. Tu tujuan produk yang nak di pasarkan kat Malaysia perlu apply Notifikasi KKM. Senang pihak KKM nak take action & kalau pihak pengguna nak ambil tindakkan pun mudah. Sebab maklumat tentang produk tersebut ada di berdaftar dengan KKM. Hangpa kena tahu.. Not KKM bukan bukti kelulusan apa - apa sekadar produk tu di bawah pemantauan KKM sahaja. Boleh rujuk entri ni >> TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT <<

Kebanyakkan local produk.. OEM produk je. Bungkus letak nama & jual. Marketing sapa bagus produk dia laris la kan. Bukan depa susah2 blender bahan, masak, buat ujikaji kat makmal pun produk yang depa jual tu. Sebab tu melambak orang boleh jadi pengasas produk sekarang ni. Modal yang serendah RM1k - RM3K pun katanya boleh buat produk sendiri dah sekarang ni. Yang penting kena pandai marketing jer. Sebab tu kebanyakkan local produk yang ada di pasaran bila kita tanya kat mana kilang yang memproses & mengeluarkan produk tersebut depa tak dapat nak bagitau. Sebab depa memang tak ada kilang sendiri.. Even produk tersebut di kilangkan di Kilang bertaraf GMP pun tidak menjamin ia bebas bahan terlarang ok! GMP hanya pengiktiran amalan pengilangan yang baik.. bermakna dari segi hygiene tu terjamin la tapi dari segi ingredient belum tentu yer. Buktinya banyak produk OEM yang dapat GMP tapi kantoi juga kat lab KKM ada bahan terlarang.
NPRA menjalankan pemantauan terhadap produk kosmetik di pasaran secara berterusan melalui aktiviti surveilans. Ini bagi memastikan produk kosmetik di pasaran mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan. Bagi mendapatkan sampel daripada pihak syarikat untuk tujuan pengujian makmal NPRA, pelbagai cara dilaksanakan seperti membuat pembelian produk kosmetik di pasaran dan turut berkerjasama dengan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM. 
So, jangan terpedaya kalau produk yang di sahkan KKM mengandungi bahan terlarang tetiba kata produk yang di buat ujikaji tu adalah tiruan. Aku sendiri pernah menghubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM untuk mendapatkan kepastian berkaitan tuduhan KKM buat test keatas produk tiruan ni.. KKM mendapatkan sampel terus dari pengeluar produk tersebut mustahil berlaku sampel yang di ambil dari produk tiruan. Untuk maklumat lanjut hangpa boleh hubungi sendiri 
Unit Aduan,
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-7841 3200
Fax : 03-7968 2251
Email : aduanproduk@moh.gov.my


Tapi pelik juga kan.. Bila sesuatu produk di tarik balik mengandungi bahan terlarang yang merbahaya dengan hanya tukar packaging atau tukar nama dah boleh apply balik Not KKM? Tak boleh nak buat apa bila depa declare sebagai produk baru, nama baru, packaging baru memang la boleh apply NOT KKM balik sebagai produk baru. Syaratnya semua baru walaupun ingredient dalam produk tu sama. Sebab nak dapat NOTIFIKASI (NOT KKM) tak perlu hantar sampel kat KKM untuk di analisa terlebih dahulu sebelum dapat NOT.

Tapi sebagai pengguna tolong jangan jadi bodoh abadi sangat la kan.. Kalau sesuatu produk dah di sahkan KKM mengandungi barang terlarang & bahaya tetiba dalam masa sebulan dua keluar dengan produk baru yang kononnya menggunakan formula baru even ada Not KKM pun secara logik akal nak hasilkan produk kosmetik berkualiti & selamat takkan la masa yang di ambil sebulan dua jer untuk buat formula baru. Even kita bukan saintis, ahli farmasi atau pakar dalam bidang tersebut tapi sebagai manusia yang berakal rasanya boleh fikir kot apa yang logik & tidak. Sempat ke nak buat kajian & analisa kat makmal bagai sesuatu produk tu untuk memastikan ia selamat di gunakan dalam masa sesingkat tu.. Saintis pun boleh tabik hormat kalau ada pengeluar produk sehandal tu. hehehehehehe. Apa yang kita sebagai pengguna boleh buat.. samada memilih produk yang di jual kat drugstore macam farmasi, guardian, watson bagai.. Pilihlah produk yang memang dah lama dalam pasaran yang tidak mempunyai kontroversi terutama yang melibatkan kesan buruk selepas menggunakannya. Kalau sorang dua jer yang ada kesan buruk mungkin bukan salah produk tapi kalau dah ramai.. Takkan nak salah ibu yang mengandung pulak kan? Pepandai la nak hidup hehehehe

Memang bukan semua local produk merbahaya cuma lambakkan produk OEM yang macam macam jenama ni kita tak tahu yang mana selamat & tidak. Bila jadi viral baru kita tahu produk mana yang memberi kesan buruk kepada pengguna. Sekarang ni nak tahu ciri ciri produk ber mekuri & Hidroquinon ni senang je.. Google korang akan dapat info.

Walaupun Islam membolehkan wanita untuk berhias, tetapi dalam menggunakan perhiasan seperti kosmetik yang akan digunakan harus selamat dan tidak membahayakan kulit atau diri penggunanya. Oleh kerana itu, kosmetik yang dipilih harus benar-benar selamat untuk digunakan.
Berikut bahan-bahan kosmetik berbahaya. Seperti sebagai berikut:
Merkuri (HG) atau air raksa merupakan senyawa logam berat yang berbahaya dan bersifat racun sekalipun dalam konsentrasi yang kecil. Ada tiga macam bentuk merkuri (Hg), yaitu uap Hg (unsur Hg), garam Hg, dan Hg organik. Unsur Hg biasanya digunakan di laboratorium penelitian, sedangkan garam Hg pernah digunakan sebagai ubat cacing (HgCl2), bahkan sekarang masih digunakan dalam sejumlah krim kulit sebagai antiseptik. Selain itu garam Hg juga digunakan dalam industri elektronik, pembuatan plastik, fungisida, germisida, formula algam untuk tambal gigi.
kesan mercury yang biasanya digunakan dalam kosmetik krim pemutih adalah:
a. Timbulnya bintik-bintik hitam pada kulit,alergi,iritasi
b. Menyebabkan kerusakan permanen pada susunan syaraf,ginjal maupun otak
c. Mengganggu perkembangan janin terutama bila digunakan dalam dosis tinggi
d. Dalam jangka pendek dosis pemakaian mercury yang terlalu tinggi dapat menyebabkan muntah-muntah, diare dan kerusakan ginjal bahkan menyebabkan kanker pada manusia karena mercury merupakan zat karsinogenik.
Hidroquinon (>2%). Dikategorikan sebagai bahan yang berbahaya bagi kesehatan. Saat ini hidrokuinon masih digunakan sebagian produsen pemutih karena hidroquinon mampu mengelupas kulit bagian luar dan menghambat pembentukan melanin yang membuat kulit tampak hitam.Hidroquinon tidak boleh digunakan dalam waktu yang lama, dan jika pemakaiannya lebih dari 2 persen, harus di bawah kontrol dokter. Penggunaan hidroquinon yang berlebihan bisa menyebabkan oochronosis terhadap orang berkulit gelap. Oochronosis adalah kulit berbintil seperti pasir dan berwarna coklat kebiruan. Penderita oochronosis akan merasa kulit seperti terbakar dan gatal.
Hidroquinon yang biasa terdapat pada bahan kosmetik dapat menyebabkan:
a. Iritasi kulit, kulit jadi merah dan terbakar
b. Menyebabkan kelainan pada ginjal bahkan kanser darah dan kanser sel hati.
c. Sebagai golongan ubat keras, hidroquinon hanya dapat digunakan dengan rnasihat doktor untuk pemakaian diatas 2%.

Apapun.. Sesiapa sahaja boleh menjadi pengasas produk tapi apa yang kita jual tu akan di tanya kat akhirat nanti. Hukum menjual produk yang memudaratkan orang lain adalah haram. Bila kita jual benda haram mustahil la rezeki yang kita dapat tu halal kan? apatah lagi mendapat keberkatan..

Berdasarkan fakta (manath) tersebut, jelaslah bahawa menggunakan kosmetik berbahan merkuri hukumnya haram secara syar’i, kerana terbukti telah menimbulkan bahaya (dharar) pada kesihatan manusia. Jadi walaupun pada dasarnya menggunakan kosmetik bagi wanita itu boleh selama memenuhi syarat-syaratnya. Tapi hukumnya menjadi haram jika kosmetik yang dipakai menimbulkan bahaya (dharar)
segala sesuatu benda/perkara yang berbahaya, sementara tidak terdapat nash syar’i tertentu yang melarang, memerintah, atau membolehkannya, maka hukumnya haram, sebab syariah Islam telah mengharamkan terjadinya bahaya. Dengan demikian, menggunakan kosmetik berbahan merkuri dapat diharamkan berdasarkan kaidah fiqih ini kerana terbukti menimbulkan bahaya bagi penggunanya. Wallahu a’lam
hukum Setiap Perbuatan/Benda Yang Mubah jika berbahaya atau membawa pada Bahaya, maka BENDA/PERBUATAN itu menjadi Haram.menjual benda yang mengandung merkuri hukumnya menjadi haram.

Allah ni nak menguji kita sebagai manusia bukan je dengan musibah malah dengan nikmat kesenangan hidup. Dia bagi kita rezeki melimpah ruah dengan jual produk yang memudaratkan orang lain.. Kenapa dia bagi kalau benda tu salah? Tu la namanya Ujian. Dia bagi tak semestinya dia redha.. Ramai je manusia yang hidup senang lenang kat dunia dengan rezeki dari sumber yang haram. Orang jual dadah, arak bagai pun ramai yang hidup senang lenang. Jangan ingat yang jual benda2 tu non muslim.. Di kalangan orang Islam pun ada. So Apa nak pelik. Hidup ni memang Ujian buat semua manusia. Cuma ujian kita dalam cara yang berbeza. Ada di uji dengan kesenangan & ada di uji dengan kemiskinan.

Apapun entri ni sekadar perkongsian  dalam penulisan santai supaya orang lain lebih memahami & tidak tertipu dengan lambakkan produk kosmetik & kecantikkan yang ada dalam pasaran. Sebagai pengguna kita kena bijak memilih.. Tak perlu takut nak menyampaikan kebenaran asalkan kita sampaikan dengan cara yang selamat & apa yang kita sampaikan itu berfakta & betul even kita miskin sekalipun. Allah tak pernah menghina hamba yang miskin apatah lagi menganiaya mereka yang dari golongan miskin ni.. Allah menguji tanda kasih sayangnya.

Moral of the story...  Sampaikanlah kebenaran. Yang benar tetap akan benar sampai ke akhirat nanti. Dan bukan semua local produk tu tidak selamat cuma kita kena bijak memilih jer. Peace Yo!

Sumber : rahsiafarmasi

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com