CUACA SEJUK PUN JADI ISU POLITIK
Kadang2 nak gelak pun ada.. nak nangis pun yer jugak. Dulu kita boleh dengar orang tua2 je berdebat pasal politik atau cerita pasal politik kat kedai2 kopi.. sekarang ni bukan takat yang tua nak jadi pakar yang muda rumaja pun pakat2 tunjuk skill jadi penganalisis.. atau pakar politik kat laman sosial.Sekarang ni kecoh pasal kekonon salji turun kat indonesia alih2.. tak betul pun. Entah video mana depa share pun tak tau.. lepas tu kecoh suhu kat Malaysia ni turun sama turut & menyebabkan cuaca jadi sejuk yang katanya agak luar biasa. Memang even den dok kat sg buloh ni pun terasa sejuk nak2 lagi time malam.. siang2 hari takde la sejuk mana cuma cuaca takde la panas seperti sebelum2 ni. Walau tak hujan & cuaca cerah namun tak panas.
Fenomena tu dah pun di jelaskan oleh jabatan meteorologi Malaysia. Nak tau boleh rujuk entri ni SALJI TURUN KAT INDONESIA TU BERITA MENGARUT JE
Tapi yang kelakar ni bila cuaca sejuk di jadikan isu politik. Aduhai... kelakar baca beb!! Kreatif betul la depa dok kaitkan cuaca dengan politik kat Malaysia ni.
Sumber FB
Tak tau la ni sarcasm ke hapa tapi rasa kelakar bila isu cuaca sejuk jadi bahan politik.. aduhai, takde isu lain ke guna. Tak sesuai ok!
P/s : memang tiada apa yang mustahil boleh berlaku even salji turun kat Malaysia sekalipun sekiranya di izinkan Allah tapi jangan la kita dok ghairah sebar info @ berita yang tak sahih ni. Bukan apa kadang2 benda remeh yang kita pandang tak memudaratkan boleh jadi kemudaratan bila situasi menjadi panik. Gosip harga minyak naik pun orang macam semut jumpa gula punya dok serang stesen minyak.. bayangkan tetiba keluar gosip salji bakal turun kat m'sia pada sekian tarikh & waktu.. takde ke orang panik cari baju selimut tebal bagai, kan??
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE