PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND
PRODUK D'HERBS TERLAJAK LARIS MASUK PASARAN THAILAND. Walaupun aku tak berapa gemar dengan perangai pengasas produk ni yang terlampau show off hidup dia yang konon low profile & 'orang kampung' tu kat media sosial.. Sebab kadang2 over sangat cara kampung dia sampai nampak sangat nak menunjuk nunjuk tapi bermakna aku dengki dengan kejayaan dia yang mampu membina empayar terlajak laris dia tu. Apa yang baik mesti la kita tumpang bangga dengan saudara seagama & sebangsa kita kan. Tapi apa yang tak kena tu tetap la kena kritik. Apa ingat orang kaya & terkenal kena puji2 je ke? Itu mustahil katanya hahahaha...Kagum jugak la dengan dia berjaya membawa produk dia masuk ke pasaran Thailand. Alhamdulillah at least ada produk orang melayu dah mampu di pasarkan kat negara lain. Hope produk terlajak laris tak ada klon la kat sana. Almaklum la Thailand antara negara yang aktif jugak mencetak rompak produk2 kosmetik & skincare ni.
Selain meluaskan pasaran produk dia ke Thailand Dato Aliff Syukri jugak dah keluarkan buku biografi dia sendiri. Yang minat membaca boleh la dapatkan di pasaran. Katanya kalau kat pasaran harga buku tu RM35. Bab baca buku ni aku memang tak berapa nak rajin sangat Almaklum la sekarang ni bahan bacaan banyak secara online jer.. Maka aku lebih banyak membaca di online. Dulu sebelum celik IT memang suka jugak la membaca.. Habis buku teks sastera aku baca. Buku teks sastera je aku baca sebab tu mata pelajaran peberet aku masa sekolah. hahahhaa.. Konon nak jadi sasterawan la tapi hanya mampu jadi bloggerwan je. Apapun tak lari dari bidang penulisan jugak kan.
Apapun kalau korang nak berjaya jadi jutawan yang terkenal macam Dato Aliff syukri walau education dia sampai SPM jer syarat pertama kena pandai selfie. Tak caya tengok dato aliff syukri tak habis bergambar & gambar2 dia selalu je mencetuskan kontroversi. Tak reti selfie meh belajar kat sini >> TIPS: Cara Hasilkan Selfie Awesome Yang Sentiasa Meraih Banyak 'Love' Di Instagram << lepas tu jadi kontroversi maka jenama korang sekaligus mendapat publisti. hahahaha... Takde la gurau jer.. Nak berjaya semua kena usaha. Kalau nak tahu macam mana Dato Aliff Syukri boleh sampai ke level dia sekarang rajin2 la baca buku biografi dia tu.
Moral of the story.. Dalam hidup apapun kita buat jangan cepat down @ putus asa. Orang yang berjaya kebanyakkan jatuh berkali kali baru dia tahu jalan mana untuk pilih. Orang tak pernah jatuh susah untuk berjaya. Selalunya dia akan statik kat satu level je. Jadi nak berjaya kena berani berdepan dengan risiko. Sama jugak macam kita tulis blog.. tengok traffic blog rendah, nuffnang earning tak membiak, tak dapat banyak peluang menjana pendapatan kita dah rasa down.. Sepatutnya usaha lebih sikit naikkan traffic Insya Allah yang lain2 akan datang selepas tu.