CARA GORENG IKAN KELI CAMPUR ENO ELAK MELETUP
CARA GORENG IKAN KELI CAMPUR ENO ELAK MELETUP. Salam PKP semua. Macam mana pkp fasa 2 ni. Dah serasi ke belum? Kalau rasa stress pergerakan terbatas maka duduk rumah bagi yang tiads keperluan untuk keluar. Sekarang dah ada ura ura jika statistik kes masih tinggi..febuari akan di kenakan lockdown. So sama sama kita bantu putuskan rantaian jangkitan agar kita dapat melakukan rutin harian macam biasa.PKP ni nak keluar lepak makan makan memang tak boleh. Selain dok menabung kat foodpanda tu.. Boleh juga masak sendiri dirumah. Resepi boleh je google. Bersepah. Tip tip masakan pun banyak. Contoh macam mana nak goreng ikan keli tanpa minyak meletup dalam kuali.
Kalau minyak panas meletup letup dalam kuali sampai terpercik keluar hang terer masak lagu manapun akan rasa seriau dengan babak ni. Minyak panas kot. Mau melecur kalau terkena. Salah satu ikan la. Terutama ikan keli. Sedap di makan tapi seksa tau nak goreng.
Pepagi ni tertengok video sorang bro ni bagi tip cara goreng ikan keli dengan campuran eno untuk elak ikan tu meletup dalam kuali. Hangpa boleh tengok la video kat bawah ni. Simple je cara dia tapi so far nampak berkesan.
Jadi lepas ni nak goreng ikan yang selalu mencetuskan letupan minyak panas.. boleh kot try cara ni. Tak payah risau dah kena minyak panas atau dapur bersepah dengan percikan minyak panas.