CABLE CAR GENTING HIGHLAND & PERKAMPUNGAN BUNIAN (JIN)
Serius even bukan kali pertama aku ke genting highland tapi semalam (9 November 20014) kali pertama aku merasa naik cable car kat skyway Genting untuk aktiviti hujung minggu. Sama la dengan lala (anak den) dia pun first time jugak naik cable car. Hahahahaha...
Cable car skyway genting highland. Sumber google
Aku terfikir mungkin dalam hutan tebal tu mungkin ada perkampungan bunian (Jin).. kalau semua manusia teroka untuk pembangunan mana depa nak tinggal. Tu la antara punca jin ganggu manusia kot. Sebab salah satu penempatan jin adalah dalam hutan tebal. Macam tu jugak haiwan liar.. macam mana tak ganggu penempatan manusia kalau manusia terlebih dahulu merampas habitat depa, kan? Ni beruk banyak kat kawasan rumah pakat dok marah beruk.. solution bunuh padahal kalau haiwan mampu berfikir macam manusia rasanya dah lama depa pun angkat sepanduk memperjuangkan hak mereka di atas muka bumi ni.
Macam tu jugak jin.. Even kita tak nampak depa tapi depa tetap wujud & punya hak di muka bumi Allah. Manusia paling ghairah merosakkan bumi kesannya pada semua makhluk. Hope hutan2 yang tinggal ni tak di robek lagi untuk pembangunan. Takut nanti nak bernafas pun kena pakai tong oksigen sebab dah kurang pokok & udara pun dah tak sihat.
P/S : Mesti yang baca tajuk tu bajet aku nak cerita ada jin kat cable car skyway genting highland tu kan?? hahahahah