CABLE CAR GENTING HIGHLAND & PERKAMPUNGAN BUNIAN (JIN)

11/10/2014 08:07:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Serius even bukan kali pertama aku ke genting highland tapi semalam (9 November 20014) kali pertama aku merasa naik cable car kat skyway Genting untuk aktiviti hujung minggu. Sama la dengan lala (anak den) dia pun first time jugak naik cable car.  Hahahahaha...

Cable car skyway genting highland. Sumber google

Lala mula2 cable car gerak cuma keluar dari mulut dia Wah.... lepas pertengahan dia nampak macam gayat sikit tapi takde ketara sangat takut dia.. sekejab je lepas tu ok. Tak nangis2 atau apa2 reaksi takut yang melampau. Boleh berselfie dengan bapak dia lagi dalam cable car tu. Aku? Gayat... Alhamdulillah even aku memang ada penyakit gayat tapi dalam cable car takde la gayat pun. Maybe gayat aku dah hilang bersama usia tua kot.. hahahaha Cuma pandang dari atas cable car tu macam2 aku terfikir. Nak tau apa aku banyak fikir sepanjang pergi & balik naik cable car tu?

Aku terfikir mungkin dalam hutan tebal tu mungkin ada perkampungan bunian (Jin).. kalau semua manusia teroka untuk pembangunan mana depa nak tinggal. Tu la antara punca jin ganggu manusia kot. Sebab salah satu penempatan jin adalah dalam hutan tebal. Macam tu jugak haiwan liar.. macam mana tak ganggu penempatan manusia kalau manusia terlebih dahulu merampas habitat depa, kan? Ni beruk banyak kat kawasan rumah pakat dok marah beruk.. solution bunuh padahal kalau haiwan mampu berfikir macam manusia rasanya dah lama depa pun angkat sepanduk memperjuangkan hak mereka di atas muka bumi ni.

Macam tu jugak jin.. Even kita tak nampak depa tapi depa tetap wujud & punya hak di muka bumi Allah. Manusia paling ghairah merosakkan bumi kesannya pada semua makhluk. Hope hutan2 yang tinggal ni tak di robek lagi untuk pembangunan. Takut nanti nak bernafas pun kena pakai tong oksigen sebab dah kurang pokok & udara pun dah tak sihat.

P/S : Mesti yang baca tajuk tu bajet aku nak cerita ada jin kat cable car skyway genting highland tu kan?? hahahahah

9 comments:

  1. seram giler tajuk entrinya...da lama tak naik cable car kat genting ni...da lebih 1 dekad kot...HAHA

    ReplyDelete
  2. bnyk kali naik...bila tgk kt bwh ade ngk trfikir bnda2 cmni..yelah hutan tebal kan

    ReplyDelete
  3. masa aku naik dengan member (lelaki) dulu... dia sampai nak terkencing... yang kelakar dia playboy... hahaha.... tapi aku suka naik, masa naik asyik la dok mengucap sebab otak aku selalu terbayang tali cabel tu putus...

    jin ni boleh menjelma jadi manusia tau... kita je tak perasan.... heee~

    ReplyDelete
  4. cetttt. ingatkan ada kisah perkampungan jin kat area genting tuh. general je rupanya hahahaha

    ReplyDelete
  5. Saya ada pengalaman tergantung dalam cable car di tengah-tengah perjalanan utk semalam 20 minit - setengah jam di tengah malam di Genting Highlands. Baca la di blog saya.
    Salam kenal.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah naik cable car kat langkawi. Taknak naik dah lepas tu..takut

    ReplyDelete
  7. Hahaha...serius fikir nak cerita pasal cable car dan perkampungan jin di bawah tu. Tapi takpa, adalah kaitannya juga dengan tajuk. Akak dah banyak kali naik cable car. Setiap kali naik akak pilih view yang ke atas. Kalau tengok bawah, memang gayat ler sebab makin lama makin tinggi. Paling koman pun akak pejam mata je sepanjang perjalanan dek rasa ngeri yang amat.

    Yalah, kalau haiwan boleh mempertahankan hak mereka, dah tentu mereka kata - See you in court!

    Adoi!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com