Showing posts with label Bunian. Show all posts

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA?

TERSESAT DI KAWASAN PERUMAHAN BUNIAN.. WUJUDKAH KENCHANA? Kisah orang tersesat dan masuk ke alam sebalik mata atau lebih senang faham masuk alam ghaib @ bunian ni bukan cerita yang pelik. Macam macam kisah.. Ada berjaya balik semula ke alam dan manusia ada yang tak terus bermastautin kat alam sana. Tak tau la dia dapat warga alam bunian atau PR je. Nak kata betul pun aku tak tahu nak kata bohong pun aku tak berani. Benda benda mistikus ni kadang kadang di kuar kotan parcel pemikiran kita. Hanya orang yang melalui pengalaman tu dan Allah saja yang tahu. Tanya aku.. Aku tak tahu.

Tapi ni pengalaman aku semalam. Gila berdebar wei.. Tiba tiba aku ada di satu tempat yang kau tak familiar langsung. Nak balik ke pangkal jalan kau tak tau jalan mana harus kau pilih. 

Cerita dia macam ni.. Aku tengah jalan jalan tiba tiba aku sampai satu kawasan perumahan. Kawasan yang biasa kita tengok. Taman taman perumahan yang ada blok blok kedai, premis perniagaan gitu la. Cuma tempat tu aku tak pernah sampai dan aku sendiri tak tau kat mana. Aku berlegar legar sambil on gps tapi gps macam tak dapat kesan lokasi aku tu. Aku tengok ada satu jalan raya tapi kosong tak ada kenderaan. Semakin jauh pandangan semakin gelap kearah jalan tu. Ada lagi satu jalan kecil kiri kanan hutan. Dua dua jalan tu aku tak tau menuju kemana. Signboard apapun tarak. Sapalah YB kawasan tu. Next pru jangan undi dia. 

Lepas tu aku nampak dua orang remaja perempuan. Aku tanya la apa nama tempat ni.. Sebab aku nak search guna gps nak cari jalan balik rumah aku. Aku tak tau nak balik dah ni. Sesat. Budak cuma bagitau tempat tu nama kencana ke gencana ke gitulah. Rasanya kencana tak silap aku. Aku macam lupa lupa dah. Aku try search guna gps.. Tak dapat kesan lokasi tu. Ah.. Sudah. Aku nak balik macam mana pun tak tau. 

Aku mula tak sedap hati. Tempat tu totally pandangan mata kasar nampak macam penempatan manusia biasa cuma sunyi sangat. Tak ada orang kecuali dua orang remaja perempuan tu je aku jumpa. Nama tempat tu pun macam pelik. Ada bunyi bunyi klasik. Ya Allah.. Aku tersesat di alam sebalik mata dah ni wei. Aku masuk alam bunian ke? 

Tetiba aku nampak dua tiga orang yang aku kenal sedang berjalan guna jalan yang kiri kanan hutan.. Sambil sembang sembang. Aku jerit panggil depa sorang pun tak toleh. Aku kejar dari belakang sambil panggil pangil.. Sampai la dengar suara suami aku tanya.. Kenapa? Aku buka mata. La.. Mimpi rupanya. Sah sah aku mengigau suami aku dengar terus kejutkan aku. 

Pagi ni bangun aku terfikir dalam mimpi tu sebenarnya aku nak ikut jalan raya yang kosong yang mana bila semakin jauh semakin gelap tu. Sebab tu jalan raya jadi aku rasa mungkin jalan tu boleh jumpa jalan keluar. Tapi sebab aku nampak orang aku kenal berjalan jalan guna jalan yang kiri kanan hutan tu aku lari ikut depa. Kalaulah aku pilih jalan raya.. Kat mana pulak aku sampai dalam mimpi tu yer. 

Ni sah sah la sebab semalam aku dok cari cari kisah kisah seram nak share dalam blog sampai terbawa bawa dalam mimpi. Apa kita fikir tak mustahil akan bersambung dalam tidur kan. Ada mimpi benar ada mimpi sekadar mainan tidur. Macam mimpi aku ni dah sah sah di pengaruhi apa yang aku fikir sebelum tidur. Tapi kan.. Ada ke kawasan penempatan bunian yang namanya kenchana? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.... 

Moral of the story sesiapa yang ada pengalaman seram nak share boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN

DI TEGUR USTAZ MINTA BAGI ANAK MAKAN LABU.. RUPANYA SEBAB BUNIAN. Hallu.... Wei lamanya lahai segmen seram serik lekatlekit tak bersiaran kan? Maafkan kami penunggu gua. Hangpa pun sedia maklum la kami tengah struggle untuk kes saman tu so tak consistent daily dah update blog pun tapi Alhamdulillah.. walaupun blog seram belum jadi blog bersawang lagi. Walau tak daily update tapi masih sentiasa ada update.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bagi peminat cerita seram blog lekatlekit.. Mesti tak sabar kan nak baca edisi terkini cerita seram. Seperti biasa pengalaman seram yang di ceritakan ni bukan lah dari pengalaman den sendiri. Matilamak nak.. nak cari hantu & rasai sendiri pengalaman tu setiap kali nak tulis cerita seram. Hantu pun jarang pulak nak sakat mak ni nak Ooi.. Maybe mak dengan hantu tak jauh beza gamaknya. Takde feel dia nak sakat mak. Jadi terpaksa la mak memburu kisah2 seram di forum2 untuk share dengan korang semua. Alah.. bukan mak tak tau.. engkorang buka suka sangat baca threat kat forum tu kan? 

Alkisah benda ni berlaku kepada seorang budak kecik yang di ceritakan kembali oleh si Ayahnya. Anak dia masa tu baru umur 2 tahun.. Bermulanya kisah seram ni adalah dari asbab rantai leher anak dia yang hilang dengan tiba tiba masa tidur..

Bermulalah kisah pada satu hari aip..... sang kancil datang beramai ramai.. kekekeke. Alolo gurau pun dah nak tantrum. Sabar nak sabar..

Cerita dia bermula masa waktu tengahari semasa dirumah mertuanya. Anak dia tidur dalam bilik.. manakala luar bilik di ruang tamu  yang bertentangan dengan bilik, ada adik ipar tengah tengok TV. Bilik tu pintu terbuka.. wife & mertua dia sibu kat dapur masak. tetiba anak dia tak semena mena menangis macam kena belasah.. terjerit jerit sambil pegang leher.

Mau tak terkejut seluruh isi rumah tetiba budak tu menangis macam tu. Kelam kelibut memasing datang kepada budak tu termasuk mak bapak dia, atuk nenek, mak2 sedara semua. Tetiba abang kepada budak tu perasan yang rantai leher adik dia hilang.. Semua jadi pelik. tetiba je hilang & budak tu menangis macam tu tapi memasing perasan ada angin & langsir terserak tinggi sebelum budak tu menangis. Memasing tak rasa manusia dah.. Tapi nak tuduh jin pun tak ada bukti. Takkan la Alien turut dari planet semata mata nak curi rantai leher budak tu pulak kot. Alang2 dia nak merompak baik kedai emas terus. Apa kes rompak budak budak ye dak??

Si bapak mertua ni.. Ada la sedikit ilmu ni. So, lepas solat zohor dia buat solat sunat mohon petunjuk apa sebenarnya yang berlaku kat cucu dia. Mungkin ada la something dia buat & dia bagitau ada bunian menyinggah tadi. Bagi yang tak tahu bunian tu apa.. Bunian ni spesis jin juga tapi jenis suka nak damping dengan manusia. Perubatan tradisional yang suka guna khadam ni banyak la guna khidmat jin bunian. Bunian pun macam manusia.. ada Islam ada tak. Walaupun Islam tetap ada yang baik & jahat. Kehidupan mereka ni macam manusia.. ada perkampung, ada penghulu & anak perempuan & lelaki. Bernafsu, berkahwin & beranak pinak. Tu dia.. kemain explain pasal bunian.. Macam la expert sangat kan pasal bunian.

Sambung balik cerita tadi... Bila dia syak ada bunian menjadi tetamu tak di undang di rumah dia maka di call kawan dia kat hulu langat untuk mendapat lebih kepastian. Maybe kawan dia tu ilmu level up sikit dari dia & boleh tahu samada memang betul betul ada kehadiran jin bunian atau tidak.

Bermula la ritual tersebut lepas maghrib.. si pakcik kawan kepada bapak mertua sipolan tadi datang berkumpul kat rumah bapak mertua dia malam tu. Menurut pakcik tu.. Anak sipolan ni ada bunian suka. Bunian ni memang perangai dia lagu tu.. Asal dia suka je.. tak kira hak orang pun dia nak ambil tau. Jadi sebab dia suka pada budak tu dia ambil rantai budak tu tapi dia ganti dengan rantai lain berupa kain kuning yang di ikat pada leher budak tu. Cuma orang takkan nampak pada pandangan mata kasar rantai tu.. Orang tertentu je boleh nampak. Orang yang di buka hijab boleh nampak benda2 ghaib je la kot kan.. Orang rabun apatah lagi, manusia pun dia nampak tak jelas apatah lagi benda ghaib kan.

Yang buat depa lagi percaya bila tanya budak tu.. mana rantai tu dia cakap ada ni.. sambil tunjuk kat leher dia. Mau tak meremang segala bulu mak bapak dia. Yelah.. dia nampak tapi mak bapak dia tak nampak. Budak 2 tahun kot.. nak menipu mendanya.

Menurut pakcik tu lagi.. Bila rantai tu nanti dah bertukar dari warna kuning jadi warna merah, anak dia akan hilang. Rantai kain kuning tu sebagai tanda.. sampai masa nanti akan ada seorang budak kecik datang & bawa anak dia pergi. Tapi yang ambil rantai anak dia tadi tu nenek tua..

Maka si bapak budak ni baru perasan perangai pelik anak dia sebelum ni.. Kadang2 bersembang sorang sorang tapi macam berbual dengan someone. Ingat budak2 buat pretend play ke apa.. Pernah berlaku satu malam tengah makan anak dia berdiri kat kerusi tiba2 seolah olah menegur seseorang.. Dia cakap "kakak nak?" sambil hulur kentang goreng. Mak bapak dia terkedu & terdiam sekejab. Sebab rasa lain macam si bapak azan 1 rumah.. Yelah la sapa tak seram kan? Kita tak nampak apa budak tu nampak. Kau tak gila ke??

Mak mertua dia pun pernah bagitau.. Kadang2 waktu tengahari budak ni selalu lambai tangan seolah olah sedang panggil seseorang dari luar rumah sambil gelak gelak. Selama ni mak mertua dia ingat dia main dengan abang dia.. Tapi lama2 baru perasan dia main sorang sorang tapi gaya macam main dengan seseorang.


Sebab semakin pasti budak tu sedang di dampingi bunian.. So si pakcik kawan kepada bapa mertua tadi  mulakan ritual untuk hentikan gangguan tu. Ada la beberapa barang di gunakan. Semasa ritual tu di buat, satu rumah di gelapkan. Selepas berzikir semua dia keluar dari dalam rumah ke halaman rumah mertua sipolan ni berborak dengan someone yang sapapun tak nampak dengan siapa. Bukan sebab gelap tapi memang tak nampak apapun.

Lepas tu dia masuk semula dalam rumah & suruh buka semua lampu balik. Dia minta si mak budak tu pegang anak dia & dia golekkan telur kat leher budak tu dalam 3 - 4 kali lepas tu dia pecahkan telur tu.. semua terkejut sebab dalam telur tu ada kain kuning yang ada tompok merah. Kalau kata ada jarum.. ada orang kata jarum boleh cucuk dalam telur tanpa menyebabkan dia pecah. Tu cara bomoh guna untuk menipu mangsa. Ni kain kuning beb.. celah mana dia nak masukkan. Tu la.. tak semua benda kita boleh jawab dengan hukum akal & sains. Benda2 ghaib ni kadang2 berlaku di luar logik akal & semua berlaku dengan izin Allah juga. Sesungguh memang jin itu wujud.. dalam Al Quran pun dah menyatakan kewujudannya.

Pakcik tadi pun csrita la.. dia dah jumpa dengan nenek tua yang ambil rantai anak dia tu dengan penghulu bunian sekali & dah bawa berbincang secara berhemah antara 2 alam. Bunian tu bunian Islam, kampung depa tak jauh dari kawasan tu. Memang depa berhajat nak bela budak tu, tapi pakcik yang jadi perantaraan tu cakap tak boleh & tak setuju. So, hasil perbincangan masing masing setuju budak tu tak di ambil.

Sebenarnya bunian ni tak suka budak yang makan buah labu atau apa2 yang berkaitan buah labu. Barulah si bapak ni perasan masa dia pernha bawa bapak dia pergi ikhtiar berubat dengan seorang Ustaz, ustaz tu tengok anak dia & cakap suruh depa bagi anak depa makan apa2 berkaitan buah labu.. pengat labu ke, gulai labu. Dia masa tu tak tahu.. simbolik labu tu ustaz tu mungkin nak bagitau anak dia sedang di dampingi jin bunian.. Tapi manalah kita tahu bunian tak suka budak makan labu. Den pun baru hari ni tahu hahahhaa...

Kesimpulannya pada cerita ni.. Erkk.. rantai budak yang nenek bunian tu ambil dia bagi balik tak? Alah.. kenapa tang rantai tu bapak dia tak cerita? Apa jadi dengan rantai tu? dapat ganti rugi macam harta ahmad albab ke kan? Spoil betul la tetiba rantai tu pulak jadi misteri & tanda tanya. Ni la kalau cerita melayu mesti tak habis. hahahaha

Moral of the story.. Apapun cerita ni di kongsikan sekadar hiburan. Jangan terlalu taksub yer membaca. Apa berlaku sekalipun semua dengan Izin Allah & tiada kuasa yang lebih besar & kuat melainkan Allah juga. Jadi mohonlah pertolongan & perlindungan dari Allah.

Sumber cerita : Forum (lupa nak save link. maaf kan kami penunggu gua)

RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK

RAMAI YANG TAK TAHU SIAPA 'MANIS' DALAM SIMPANG SEJENAK. Semalam sapa layan Drama DFKL kat TV3, Simpang sejenak semalam. Opkos la I antara orang yang memang dari awal tercangak depan TV nak tengok drama ni ok. Hello.. I kan suka cerita seram.. Even I tak Expect sangat drama ni adalah drama yang seram sehingga terkencing kencing dalam seluar bagai. Tapi tengok iklan promo tu agak menarik di tonton la..


Simpang sejenak ni mengisahkan seorang lelaki yang dalam perjalanan nak ambil barang untuk di hantar ke johor. Tetiba kat tengah jalan kereta dia habis minyak. So, berjalan kaki la dia ke stesen minyak berhampiran sebelum menumpang motorsikal penduduk kat situ selepas nak kembali semula kat kereta dia. Selepas dia kembali ke kereta dia nak isi minyak, tiba2 dia di datangi seorang gadis yang tiba2 muncul minta tolong hantarkan balik kerumah. Katanya kena tinggal dengan bas. Semua beg dia ada dalam bas. Tengah2 malam perempuan minta tolong.. Tengok pun takde mencurigakan so lelaki ni pun tolong la hantar.

Masa perjalanan nak hantar perempuan ni balik, dia perasan macam jauh jugak & dia juga perasan macam dah lalui tempat yang sama banyak kali tapi tak jugak sampai sampai rumah perempuan tu. Tapi akhirnya sampai jugak.. Perempuan tu pelawa masuk minum kopi dulu. Memula memang la dia tolak sebab dia rushing tapi akhirnya dia bersetuju jugak.


Bermula dari situlah dia bagai masuk ke alam lain. Selepas minum kopi tu.. dia tertidur & bermimpi berjumpa dengan seorang budak yang tahu segala apa yang berlaku pada diri dia. Budak tu suruh dia cepat balik jangan ikut sesiapa. Kalau dia ikut juga dia takkan kembali ke dunia dia lagi. Dekat hujung2 sebelum dia di temui baru tau budak itu adalah anak dia yang keguguran masa dia hilang. Masa dia hilang tu bini dia yang tengah sarat mengandung terjatuh & anak dalam kandungan tu meninggal.

Selepas beberapa hari dia hilang.. Orang yang bertanggungjawab yang minta dia datang hantarkan barang ke johor tu mula mencari dia. Dengan bantuan seseorang.. mereka dapat menjejaki lelaki tu dia satu kawasan. Disitulah mula terbongkar kisah berkenaan manis.. Dia berjaya di temui tapi manis ni dah suka dengan lelaki tu. So dia taknak lepaskan.


Selepas pulang lelaki ni jadi berperangai pelik dah tak kenal anak bini dia. Dia cuma asyik teringat kan manis jer.. Satu malam manis datang untuk membawa dia pergi tapi berjaya di halang. Ending lelaki tu jadi gila. Manis pula terus menyakat lelaki yang melalui kawasan dia.

Dari awal cerita memang tidak di nyatakan secara jelas siapa manis. Sampai akhir pun ada yang tak faham lagi siapa manis. Tapi sebagai peminat cerita seram watak Manis tu sebenarnya bukan watak roh orang mati.. Tapi watak Jin bunian yang menyukai seorang lelaki manusia & berusaha untuk mendapatkannya. Tinggal dalam hutan tebal & ada ibu & ayah dia.

Katanya Simpang Sejenak ni tajuk asal dia Simpang Sedenak. Sedenak ni salah satu nama tempat kat johor bahru. tak sure pulak kisah ni di ambil dari kisah orang tempatan kat sedenak atau apa.. Tapi ok la not bad la walau cerita kalau nak kata seram memang tak ada elemen seram langsung. Terlalu simple kot jalan cerita dia.. Ending tergantung & agak tidak sampai kepada penonton.

watak manis tu dari imej dia tak mengambarkan misteri & mistik sangat sampai orang pun konpius dia siapa sebenarnya. Maybe drama ni kalau di perbaiki watak & jalan cerita dia boleh jadi drama terbaik jugak. Tu komen peribadi lekatlekit sebagai peminat cerita seram.

Apapun semalam den layan drama ni sampai ending ok saja jer malas nak mention kat pesbuk hehehhee

Moral of the story.. Sapa yang kaki sondol laki orang tu takde beza la dengan jin.. kekkeke

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK. Dalam banyak banyak kisah seram berkaitan hotel & resort yang pertama aku tulis.. Perak antara negeri jarang ada kisah seram berkaitan hotel & resort kan? tetiba malam ni dalam misi mencari kisah seram terjumpa satu kisah pasal sebuah resort di perak. Nama resort tu takde pulak di bagitau.. Lokasi specific tu takde jugak. Dia cuma point negeri perak je. Takpe la kan.. Janji cerita dia best jugak untuk di isi dalam slot seram serik lekatlekit ni. Meriah pulak cerita seram minggu ni.


Alkisahnya.. Sipolan ni dia ikut trip family day yang company dia buat kat sebuah resort di perak. Dia dapat bilik yang betul2 mengadap hutan. Dia share bilik dengan sorang kawan. Bilik tu katanya kat tingkat atas. Masa mula - mula masuk bilik tu dia dah pelik.. kenapa lantai basah macam ada kesan orang berjalan lepas keluar dari bilik air tapi sebab dia fikir maybe housekeeping baru masuk kemaskan bilik & tertinggal kesan basah tu so dia malas nak buat isu dia biarkan je la. Small matter dia lap kan je la kesan basah tu sebab takut lantai licin kang ada yang tergolek pulak. Kang family day kemana.. check in kat hospital pulak. 

Lepas settle bersihkan lantai basah tu dia dengan kawan dia keluar pergi lunch. Tapi lepas depa balik ke bilik semula tengok lantai basah balik tapi maybe sebab dia tengah dalam mood yang malas nak fikir sangat so dia biarkan je la. Senang kan manusia jenis ni.. Bila rasa malas jer dia tak fikir apa - apa dah. Cerewet pun tak.. Kalau orang lain maybe memekak dah kat receptionist di kaunter tu kan.. Ok la malam tu katanya dia tidur. Maybe sebab penat sebab petang tu depa ada buat aktiviti sukaneka. Sebab family day depa cuma 2 hari esok tu semua pulang ke pangkal jalan la.. Kembali mengadap jam di ibukota katanya..

Depa cuma di usik dengan kesan basah atas lantai tapi kawan dia agak teruk sikit kena sakat. Kawan dia yang duduk bilik bawah bilik depa tu katanya kena kacau malam tu.. Sampai je KL kawan dia cerita. Malam tu mula2 dia tidur tak ada apa2 yang berlaku tapi masuk je pukul 4 - 5 pagi camtu tiba2 dia terjaga sebab dengar bunyi bising macam budak2 dok main kejar kejar kat koridor. Pejadah time2 camni budak2 dok main kejar kejar pulak. Anak sapa gamaknya. Kata kawan dia nak kejut laki dia kat sebelah tapi entah kenapa dia takut nak bersuara. So dia paksa jugak sambung tidur. Dalam setengah jam macam tu dia terbangun lagi sebab dengar bunyi bising sama macam yang tadi. Tapi kali ni lebih extreme sebab dia nampak  ada dalam 3 - 4 orang perempuan berpurdah hitam duduk sebaris atas sofa dalam bilik tu. Mana tak cuak tetiba nampak perempuan macam tu dalam bilik depa kan. Keluar habis peluh jantan betina katanya tahan takut. Takkan la makcik2 housekeeping nak prank pulak kan? Tak logik pulak.. Sebab terlampau takut dia pejam mata rapat2 walau tak mampu lena. Sedar sedar dah azan subuh..  perempuan2 berpurdah hitam tadi pun dah tak ada. Mujur dia tumpang duduk atas sofa je katanya.. Takde gangguan tarik selimut.. gigit kaki ke hapa kan. Tapi memunculkan diri tu pun rasanya boleh demam jugak la kalau orang yang tak kuat semangat. Menurut cerita kawan dia tu lagi.. siang tu time depa check in masuk bilik tiba2 dengar bunyi flush dalam toilet tak semena mena tapi siang2 tu dia tak terfikir la apa2 perkara mistik. Mungkin letih sangat tu tak sempat nak fikir bukan bukan kot.

So, misteri lantai basah dalam bilik dia pun.. dia anggap ada kaitan dengan gangguan yang kawan dia alami tu jugak la. Sebab dari cerita2 tak sahih orang orang la katanya bunian sebab perempuan2 pun kemain bertutup litup bagai kan.  Tapi selalu dok dengar cerita orang pasal bunian ni selalu pakaian depa warna putih.. kali ni hitam pulak. Maybe bunian hipster kot hehehehee. Tak tau betul ke tidak bunian yang menjelma dalam bilik tu.. dah cerita tu kata bunian.. aku bunian kan je la. Tapi tak mustahil la sebab bunian pun dalam golongan jin jugak. Boleh menjelma dalam rupa bentuk manusia..

Moral of the story.. Kita menginap kat mana2 pun memang tiada jaminan bebas dari gangguan makhluk halus ni sebab aku sendiri pernah alami even yang terkena tu anak aku. So, apa yang boleh kita buat amalkan ayat2 Al Quran yang boleh jadi pendinding kita dari gangguan makhluk2 alam ghaib ni.

DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA

DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA. Kecoh satu Malaysia dengan berita pasal Mohd Azarul Mukhriz yang hilang & sesat di bukit broga selama 6 hari & di temui semula di tempat yang sama dia di kesan hilang pada hari 7. Benda2 macam ni memang menjadi persoalan apa yang berlaku selama 6 hari dia bersendirian dalam hutan tanpa bekalan makanan & peralatan yang cukup? Di jumpai dalam keadaan yang tiada sebarang kecederaan atau pengsan ke hapa.. Malah masih bernyawa & mampu berjalan tu kira memang menakjubkan jugak. Dia mampu survive selama 6 hari.. Apa yang berlaku sebenarnya?

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman ketika di selamatkan selepas 6 hari hilang di bukit broga

Ni kira sumber2 tak sahih sangat la aku baca.. Just kita baca sebagai hiburan macam tengok filem seram David Teo je la yer..Nak kata rekaan semata mata pun kang jadi tuduhan tak berasas. Tapi tu la... sejauh mana kebenarannya, Aku sendiri tak tahu. Supaya tak jadi pertikaian maka aku mention siap siap kat sini. Almaklum la aku ni memang minat dengan cerita2 berkaitan alam ghaib ni.. Even macam tu aku tak obses sangat. Apa yang aku rasa mengarut aku just baca sebagai hiburan semata mata.

Menurut cerita yang aku baca la kan.. Cerita ni konon di ceritkan balik Azarul kepada seorang hamba Allah yang duduk di wad dengan dia.. Masa dia mula nak mendaki bukit broga tu dia nampak ada kelibat seorang budak kecik yang dok bagi petunjuk jalan sampai la dia tersesat. Katanya sepanjang dia hilang dia di jaga oleh penduduk yang majoriti warna pakaian mereka semua putih. Seperti yang di gambarkan dalam cerita2 pasal bunian ni.. Kita boleh agak mungkin dia maksudkan orang bunian walaupun bunian bukan spesis orang (manusia). Orang bunian ni bukan manusia dari alam ghaib ok! Dia spesis Jin jugak.. Aku pernah baca katanya bunian adalah dari spesis Jin Islam. Jangan tak tau jin pun ada macam2 bangsa & agama jugak ok!

Dalam banyak2 penduduk kat situ katanya ada 2 orang je perempuan yang sangat cantik. Memang cantik yang di gambarkan tu tak ada tandingan dengan mana2 perempuan dia pernah tengok dalam golongan manusia ni la. Jangan nak compare dengan aku.. Aku lain.. aku memang cantik macam bunian so mungkin kecantikkan tu setanding aku la kot.. hahahaha. Ok sila muntah tepi skrin! Tapi yang pernah aku dengar sebenarnya jin yang kita nampak ensem & cantik tu bukan rupa sebenar mereka. Kalau depa tunjuk rupa sebenar rasa trauma sepanjang hayat sapa2 yang tertengok tu.

Salah seorang dari dua gadis bunian tu, offer dia kawen. Selalu gitu kan.. Gadis bunian ni memang jenis perigi cari timba gamaknya. Dia memang akan pinang mana2 manusia dia suka tapi ada term & condition dia. Takde dia suka kau.. terus kau boleh kawen tanpa syarat. Antara syarat yang katanya Mohd Azarul ni tak boleh nak accept.. dia tak boleh lagi balik jumpa mak ayah dia. Kalau dia langgar pantang dia akan jadi gila.. Syarat tu pun dah gila sangat bagi seorang anak kan. Maka di tak dapat penuhi syarat.

Sampai hari ke 7 katanya gadis bunian tu ajak dia kawen dia tetap menolak.. tu sebab hari ke 7 dia di lepaskan dari alam ghaib & di temui pasukan penyelamat yang menyertai misi pencarian.

Pengajaran yang dia dapat dalam pengembaraan dia ke alam bunian tu katanya.. penduduk situ tidak bekerja cuma rutin mereka beribadah. Tapi kita yang hidup kat alam manusia ni jangan pulak sampai malas bekerja guna alasan nak beribah jer.. Habis tanggungjawab lain yang Allah amanahkan tu sapa nak pikul. Cuma seimbangkan la..

Dari apa yang aku baca memang boleh terjadi manusia masuk ke alam ghaib & memang ada berlaku manusia berkahwin dengan Jin. Aku dah lupa aku dengar pendakwah mana cakap pasall tu.. Tapi dari orang terkenal jugak la. Cuma tidak di galakkan dalam Islam. Yup.. Jin juga ada kehidupan mereka macam manusia.. ada kampung.. ada penempatan jadi tak mustahil dalam hutan belantara tu di sebalik pokok2 & semak samun yang kita nampak ada penempatan golongan Jin. Macam aku pernah cakap kat entri sebelum ni.. Antara dua sebab je kalau Jin tu tawan manusia kat alam ghaib.. samada kita buat perkara dia tak suka atau dia suka kat kita je. hehehehe

Moral of the story.. Banyak perkara yang tidak boleh di buktikan dengan sains & teknologi. Ilmu alam ni sangat luas.. Sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada alam ghaib tapi bukan taksub sehingga mensyirikkan Allah & melakukan perkara2 khurafat.

Boleh rujuk entri kes kehilangan Mohd Azarul kat sini >> MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA <<

RAMAI YANG TIDAK PERNAH TAHU SIAPA SEBENARNYA 'ORANG BUNIAN'

RAMAI YANG TIDAK PERNAH TAHU SIAPA SEBENARNYA 'ORANG BUNIAN'. Semalam dalam slot seram lekatlekit cerita pasal pengalaman manusia dengan orang bunian.. Malam ni meh kita mengenali siapa bunian yang sebenarnya. Adakah ia wujud atau cuma cerita mitos orang dahulukala. Almaklum la orang dulu dulu memang pakar la mencipta mitos sampai boleh satu kepercayaan yang di warisi dari zaman ke zaman. Orang sekarang pun tak boleh lawan, hokay. Setakat buat spekulasi pasal kehilangan misteri MH370 tu tak hebat sangat la berbanding orang dulu. Buat cerita mitos pun sampai ke cucu cicit pun percaya.

Bunian! Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google

Apa yang kita perlu tahu Istilah atau gelaran orang bunian ni adalah dari masyarakat melayu je.. Mungkin bangsa lain gelar mereka dengan nama lain.. Tu aku tak sure la. Belum sempat study sampai ke situ. Dari apa yang aku baca memang ia wujud bukan sekadar mitos. Tapi depa ni tergolong dalam golongan makhluk halus jugak la. Hidup depa ni di gambarkan tak jauh beza dengan manusia cuma di alam ghaib yang kita tak boleh nampak. Depa pun ada penempatan & perkampung depa sendiri. Beranak pinak & bermasyarakat. Anti sosial ke tidak yang tu tak sure. Nanti kena siasat dalam dunia bunian ada teknologi smartphone & internet ke tidak. hehehe... 

Bukti Bunian adalah dari golongan makhluk halus adalah.. dalam hadis Nabi s.a.w menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir atau ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia.Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. 

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.

Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."

Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagi masyarakat melayu ni menganggap Bunian dari golongan jin Islam. Mereka spesis beragama, mempunyai masjid di penempatan mereka, ada bunyi azan,suara2 mengaji Al Quran. Dalam Islam pun ada menyebut & mengakui kewujudan jin Islam dalam Suratul Jin.Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir. Jadi tak mustahil golongan bunian ni terdiri dari kalangan jin Islam yang beragama. 

Tapi macam manusia jugak la.. Ada yang islam & tidak. Ada yang Islam tapi tak hidup berlandaskan cara Islam. Jin pun macam tu jugak. Walaupun Islam tapi bukan semua yang ikut ajaran agama. Jadi mungkin jugak dalam masyarakat Bunian kehidupan mereka seperti manusia.. Waalahu a'lam.

Moral of the story.. Senang nak paham bunian ni tetap la dari golongan jin & jin memang ada di ceritkan dalam Al Quran & sebagai umat Islam kita wajib mempercayai tentang alam ghaib.

- Sumber Darussyifa -



KISAH ORANG BUNIAN

KISAH ORANG BUNIAN. Kisah orang bunian ni memang popular di kalangan masyarakat melayu terutamanya. Memang sejak dulu kala lagi cerita orang bunian tak pernah habis. Masa aku budak2 pun aku memang minat sangat cerita pasal bunian ni sampai pernah ada impian nak jumpa orang bunian. Sebab selalu dok dengar yang best2 je cerita pasal orang bunian. Cantik la.. ensem la.. baik la.. Jadi sebagai budak2 aku memang tergoda jugak la dengan cerita orang bunian ni.


Bila dah besar barulah aku tahu orang bunian ni salah satu golongan jin jugak. Almaklum la jin dia boleh menjelma dalam macam2 rupa tapi kalau rupa asal dia rasanya kita pun tak tergamak nak hadap muka dia lama lama. Jangan kata lama2.. tertengok pun mungkin kita tak sanggup.

Sebab tetiba teringat pasal cerita orang bunian malam ni maka terasa pulak nak buat kompilasi kisah kisah orang bunian yang pernah aku baca..

kisah pertama

Cerita saya ni mungkin ada kena-mengena dengan bunian. Pada tahun 2003, saya dan staf2 saya menghadiri satu camp motivasi di Camp Rebutia, Gombak. Salah satu aktiviti ialah masuk dalam hutan mencari clue-clue. Aktiviti ini dibuat sendiri menggunakan facilities camp. Saya lead satu group 6 orang untuk masuk kehutan. Hari sudah petang lebih kurang 5pm. Apabila ikut map tu, kami tersilap jalan sehingga terpaksa melalui pagar kerawat duri sehingga sampai ke sempadan lebuh raya Karak. Apabila tersedar kesilapan , kami berpatah balik. Kami cuba bertanya kepada satu rumah dalam hutan tu. Saya menyuruh seorang staf pergi bertanya. Oleh kerana rasa tak sedap hati, lagi pun dia perempuan, saya menemaninya. Tetapi rumah itu kosong dan sunyi sepi. So, kami pun beredar mencari jalan sendiri..... Tak ada apa sangat kan?

Esoknya selepas semua aktiviti selesai, kami mula bercerita termasuk tentang sesat jalan, bertanya kat rumah, dll. Saya menceritakan, semasa mencari jalan, rumah yang saya suruh staf saya bertanya tu sebenarnya ramai penghuni. Ada seorang bapa mendukung anak kecik, ada seorang ibu, ada kanak-kanak bermain, ada beberapa ekor kambing , ada beberapa ekor ayam berkeliaran, ada pokok-pokok bunga dan suasana hingar-bingar. Sebab tu saya cuba bertanya semasa berpatah balik. Itu saj atumah yang ada. Rumahnya kecik sahaja rumah kayu bertiang seperti rumah-rumah orang Melayu zaman 50an.

Staf2 saya berkata mereka tak nampak semua tu, tak dengar semua tu. Adakah mereka tu Bunian/Jin? Menurut pengalaman pak cik saya, dunia bunian ni 30-40 tahun terbelakang berbanding dunia manusia dari segi facilities. Mereka masih menguunakan pelita, dan lain lain dan keadaan kampung mereka suram shaja. :-)

kisah kedua..

aku nak share satu cerita benar. ini pengalaman aku bersama adik angkat aku yang diikuti bunian. mungkin terpilih la.
hamba allah nie masih remaja lagi. nenek dia sebelum meninggal dunia dulu (dah setahun) pandai mengubat orang.nenek dia pandai membuat minyak2 pengasih dan banyak lagi.
cerita dia mcm nie. selepas nenek dia meninggal. dia ada bawa balik barang2 nenek dia seperti kuali tembaga(tempat bakar kemnyan) tapak lilin tembaga sepasang. serta tangkal dan azimat .(ini barang ada dengan aku.dalam kantung tu ada kertas bertulisan jawi,kacip,kayu putih,quran kecik,dan tangkal dalam balutan kain kuning).
pada suatu hari aku dapat geliga lipan dari seberang. ntah kenapa orang tu tarik aku dan bg barang tu pada aku bg rm10 la pada dia.balik jer dia suruh aku perasap barang tu. pening punya pening. pakai la barang nenek dia bakar kemyan arab perasap geliga tu. dalam seminggu. tiba badan adik angkat aku tu berbau bunga. wangi sangat2. bau bunga mawar. bila dia berjalan jer harum semerbak. sampai mak dia pening knp pakai minyak wangi bau bunga kuat sangat. yang pelik kawan aku tak bau pulak.tapi selalu jer dia ngadu panas badan.
bau tu pulak tiba datang bau tak kira la kat shopping mall ker kat mana. last2 kami g jumpa sorang ustaz .ustaz cakap bunian suka pada dia lepas kami memanggil dia tapi bunian tu suka pada adik angkat aku. apa lagi kami cerita la kat ustaz tu dari a sampai z. lepas minta ustaz tu buang bau dah takda lagi.
tapi aku rindu la plak ngan bau tu, sebab bau bunga tu best..
barang nenek dia tu masih ada ngan aku. aku simpan dalam keta.
masalahnya.. betul ker bunian ada bau wangi mcm bunga. alangkah bestnya kalau dia ikut aku. takyah beli minyak wangi mahal2.
sekarang aku pelik sebab aku sunga beli minyak wangi misik,zafran,zikir,dan mcm2 minyak pelik jual kat kedai barang mistik aku beli. masa tido aku selalu pakai. niat nak mimpi mcmana rupa orang bunian tu. hehehe

Cukup la dua kisah ni dulu yer.. kang aku share banyak - banyak
 kisah2 yang aku baca dari forum  korang pulak ting tong. Kita buat secara episod je. Cerita2 ni aku tak edit sebab malas sikit malam ni. Biarlah korang baca versi original pulak kan. Selalu baca versi editing je di selang seli dengan ayat2 merapu aku.. sekali sekala kita straight to the point pulak kan.

Moral of the story.. apapun gelaran bunian ke apa.. Mereka tetap dari golongan jin & makhluk Allah yang tak ada apa2 kuasa melainkan dengan keizinan Allah untuk berlaku. Jadi jangan taksub sampai mendewa dewakan golongan jin ni.

DAPAT REFERRING URLs DARI ALAM GHAIB

Tu dia kau kalau tak buat cerita mistik & mistikus tak boleh ke? Tak boleh.. sebab kalau takde langsung cerita mistik & mistikus kat blog ni rasa macam menderhaka kat blog jer... Header kemain gambar hantu tapi takde cerita seram apa barang, kan? Yang aku nak cerita ni pasal satu referring url yang aku dapat kat blog aku. agak pelik..


Pelik tang mana? Peliknya sebab link tu hanya bernama 1 . lepas aku clik link tu memang keluar autoblank jer.. Tapi ada traffic masuk dari situ ke blog aku. Pelik jugak la.. Sapa la baca clik link blog aku dari link tu yer.. takde address.. Takkan dari alam ghaib kot. Yelah orang kata alam jin ni pun maju malah lebih maju dari manusia. Takkan jin baca blog aku kot? Kalau dia baca mesti dia marah kan, sejak dua menjak ni dah tak banyak cerita seram sebab aku belum keluar shopping dvd hantu.


Apapun aku sendiri tak tau macam mana boleh dapat referring link macam tu.. Yelah aku bukan pakar IT pun. Tau taip entri jer. Maybe ada alasan la kot terjadi link2 macam tu. dari mana datangnya referring url macam tu.. peduli hapa kan? Janji traffic masuk sudah. Aku kan blogger gila traffic, hahahaha (statement bagi point kena kutuk). Nak dapat traffic Jam macam blog Shakiddo tu tak mampu.. hope jin ramai2 clik & baca blog aku. Even aku tak dapat blogwalking balik ke site depa. hahahaha

Kekal menjadi misteri kepada aku yang bukan pakar IT ni macam mana boleh dapat referring link dari autoblank page camtu hahahaha.

CABLE CAR GENTING HIGHLAND & PERKAMPUNGAN BUNIAN (JIN)

Serius even bukan kali pertama aku ke genting highland tapi semalam (9 November 20014) kali pertama aku merasa naik cable car kat skyway Genting untuk aktiviti hujung minggu. Sama la dengan lala (anak den) dia pun first time jugak naik cable car.  Hahahahaha...

Cable car skyway genting highland. Sumber google

Lala mula2 cable car gerak cuma keluar dari mulut dia Wah.... lepas pertengahan dia nampak macam gayat sikit tapi takde ketara sangat takut dia.. sekejab je lepas tu ok. Tak nangis2 atau apa2 reaksi takut yang melampau. Boleh berselfie dengan bapak dia lagi dalam cable car tu. Aku? Gayat... Alhamdulillah even aku memang ada penyakit gayat tapi dalam cable car takde la gayat pun. Maybe gayat aku dah hilang bersama usia tua kot.. hahahaha Cuma pandang dari atas cable car tu macam2 aku terfikir. Nak tau apa aku banyak fikir sepanjang pergi & balik naik cable car tu?

Aku terfikir mungkin dalam hutan tebal tu mungkin ada perkampungan bunian (Jin).. kalau semua manusia teroka untuk pembangunan mana depa nak tinggal. Tu la antara punca jin ganggu manusia kot. Sebab salah satu penempatan jin adalah dalam hutan tebal. Macam tu jugak haiwan liar.. macam mana tak ganggu penempatan manusia kalau manusia terlebih dahulu merampas habitat depa, kan? Ni beruk banyak kat kawasan rumah pakat dok marah beruk.. solution bunuh padahal kalau haiwan mampu berfikir macam manusia rasanya dah lama depa pun angkat sepanduk memperjuangkan hak mereka di atas muka bumi ni.

Macam tu jugak jin.. Even kita tak nampak depa tapi depa tetap wujud & punya hak di muka bumi Allah. Manusia paling ghairah merosakkan bumi kesannya pada semua makhluk. Hope hutan2 yang tinggal ni tak di robek lagi untuk pembangunan. Takut nanti nak bernafas pun kena pakai tong oksigen sebab dah kurang pokok & udara pun dah tak sihat.

P/S : Mesti yang baca tajuk tu bajet aku nak cerita ada jin kat cable car skyway genting highland tu kan?? hahahahah

CARA JIN MEMBIAK DAN BOLEHKAH MANUSIA DAN JIN BERKAHWIN?

Satu persoalan den dari dulu sampai sekarang.. Dari cerita orang2 ada manusia kawen dengan orang bunian (jin). Ada manusia yang sesat di alam bunian & hidup di sana sampai mati.. Banyak cerita pasal makhluk ghaib bernama jin yang biasanya kita panggil orang bunian. kejadian Jin & kejadian manusia tak sama.. Jadi bolehkah jin & manusia berkahwin seterusnya menghasilkan zuriat hasil perkongsian hidup mereka sedangkan kejadian mereka jauh berbeza?

Jadi sebelum kita tahu adakah jin boleh kawen dengan manusia jom kita ambil tahu macam mana jin di jadikan.

Sumber di SINI

Kita dah tahu kan macam mana proses kejadian jin.. Jom kita tengok pulak macam mana jin membiak.


 Sumber di SINI

Setelah kita berkenalan dengan jin.. cara kejadian & cara dia membiak.. adakah boleh jin & manusia berkahwin, bersama & seterusnya menghasilkan zuriat??


 Sumber kat SINI

Jadi bergaul & berkahwinlah dengan makhluk yang sejenis dengan kamu yer bukan hubungan sejenis jantian tau! jangan salah paham kekekekeke.. Tak payah sesusah nak pergi bertapa dalam belantara gunung ganang bagai semata2 terpedaya dengan cerita2 orang yang kononnya anak2 dara & anak2 teruna bunian ni cantik2 & hensem2 belaka. Sebab makhluk bernama jin ni boleh menyerupai apa saja selagi di izinkan Allah.

Sekadar perkongsian ilmu di hari minggu. Yang baik kita ambil sebagai pengajaran.. Yang buruk kita jadikan sempadan.

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BUNIAN DARI SUDUT KEPERCAYAAN ORANG MELAYU

Bila sebut pasal bunian apa korang bayangkan? Anak dara cantik, anak teruna kacak.. kan?? Kali ni sang lekit nak buat kopekkan berkenaan isu bunian dari sudut kepercayaan orang melayu.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu,
Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul orang bunian, antaranya adalah mereka adalah dari keturunan jin. Pendapat kedua menyatakan mereka adalah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api).

bunian wanita sering didapati memakai baju kebaya dan berselendang dikepala. Bunian wanita juga selalunya mengikat rambut gaya siput dua dikepala. Bunian tidak memakai tudung tertutup rapi ataupun labuh. (Rujukan : Bunian)


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com