NUR IZZATI HUMAIRA ANTARA MISTERI & MISTIK KEHILANGAN TANPA JEJAK

NUR IZZATI HUMAIRA ANTARA MISTERI & MISTIK KEHILANGAN TANPA JEJAK. Tengah kecoh sekarang misteri seorang remaja yang tiba tiba hilang semasa menuruni bukit Changkat Asa semalam selepas menyertai aktiviti mendaki bersama rakan rakanya. Apa aku baca dia nak turun dulu sebab panas & letih tapi malangnya sesat dan hilang. Hilang yang tanpa jejak. Memang misteri. Setakat tak jumpa lagi sebarang petunjuk keberadaan izzati. 

Operasi mencari masih di teruskan namun setakat ni tak jumpa lagi kesan kesan di mana izzati berada. Kehilangan macam ni biasanya akan timbul macam macam spekulasi. Ada juga tengok satu rakaman dimana sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat berinteraksi dengan sesuatu yang tak nampak meminta di kembalikan izzati. Hanya kedengaran suara ketawa berkata kata izzati ada di tempat dia. Tak tahu sejauh mana benar, aku pun tak berani nak sahkan. 

Tapi apa aku baca dalam ajaran Islam pun perkara tidak mustahil boleh berlaku. Manusia di culik jin atau orang melayu gelarkan sebagai bunian. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang memang ada dalam ajaran agama kita. Apa yang aku baca memang jin mampu menculik manusia dengan menyembunyikan pandangan membuatkan orang tak nampak seseorang yang di culik jin walaupun dia berada di kawasan terbuka bukan tersorok. Semua tu boleh berlaku dengan izin Allah. Dan jin juga boleh membawa manusia kealam mereka tapi tak semua la dan sangat jarang berlaku. 

Cuma tak semua orang hilang dalam hutan, atas bukit, gunung tu kita simpulkan sebagai di culik bunian. Ada banyak juga sebab berlaku kemalangan. Jadi selagi tiada kesahihan elok la kita jangan buat spekulasi. Hormati keluarga mangsa & jangan ganggu pasukan penyelamat dalam operasi mencari. Tak salah guna cara alternatif berkonsep kan spiritual untuk membantu selagi tak bercanggah dengan ajaran islam. Salah satu usaha & ikhtiar juga. Cuma jangan berlebihan. 

Apapun kita doakan semoga Izzati di temui dengan selamat. 

Comments