Showing posts with label Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Show all posts

PPIM BANTU GADIS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMBUKA KLINIK MEMASANG PENDAKAP GIGI TANPA LESEN & TAULIAH UNTUK KUMPUL DANA MEMBAYAR DENDA

PPIM BANTU GADIS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMBUKA KLINIK MEMASANG PENDAKAP GIGI TANPA LESEN & TAULIAH UNTUK KUMPUL DANA MEMBAYAR DENDA. Pagi pagi di tag isu ni kat satu group. Rasanya ramai yang tahu kes seorang gadis yang di dakwa membuka klinik tidak berlesen & memasang pendakap gigi tanpa tauliah & di jatuhi hukuman denda sebanyak RM70,000 selepas mengaku bersalah. Di sebabkan dia tak mampu membayar denda maka dia di penjara selama 6 hari.


Selepas kesnya menjadi viral & bapanya ada membuat posting bagi mengumpul dana, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Pertubuhan Aktivis Ekonomi Islam Malaysia (PPEM) turut serta untuk membantu mengumpul dana bagi membebaskan gadis tersebut.

Aktivis utama PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Nur Farahanis adalah seorang wanita pintar yang hanya membantu membetulkan pendakap gigi pada temannya berdasarkan pengalamannya sendiri yang dipelajari dari Youtube.
"Kami merasakan bahawa kami perlu membantunya dan kami juga percaya bahawa terdapat beberapa sebab yang berasas untuk membantu.
"Saya tidak mahu mengatakan bahawa bayaran itu tidak adil. Kami merasakan bahawa kita harus cuba membantu seseorang yang cuba membebaskan diri dari kemiskinan dan cabaran kehidupan, "katanya. Di petik dari kenyataan akhbar yang di kongsi di blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Untung la kau dik.. Viral je terus ada NGO membantu. Akak ni ulang alik PPIM bulan puasa lepas alih2 terpaksa struggle sendiri cari dana untuk bayar kos guaman bagi kes saman sivil kerana menulis satu pendedahan. Tu la kan.. Mungkin rezeki kau dik.. Kes ko dapat liputan media & viral di media sosial. Kes akak hanya kes sekadar di pinggiran je. Mungkin tak berapa nampak kesusahan akak kat situ hehehehe

Apapun Tahniah ler pada PPIM & PPEM kerana berjaya membantu mereka yang dalam kesusahan. Cuma mungkin bukan rezeki saya kot di bantu oleh PPIM sebab saya tak mampu nak berulang alik kerap2 ke PPIM. Sebab saya ni orang susah.. suami perlu kerja untuk mencari nafkah. Susah sikit la kan.. Kalau waktu kerja nak kena cuti selalu. Nak2 masa tu bulan puasa pulak. So terpaksa decide.. Kalau tak boleh juga just cuba cari cara lain.

Tapi masa tu saya mula2 decide takpe la.. Mungkin terpaksa biarkan je tanpa bela diri. Sebab nak ke mahkamah tak mampu sebab jauh, nak cari lawyer masa tu semua lawyer nampak prefer duit dulu. Kalau ada pun nak bantu, bila dengar lokasi mahkamah tu jauh tarik balik bantuan. Tapi nasib ada seorang hamba Allah aktivis juga tapi bukan dari NGO berdaftar masa tu.. Sekarang je persatuan dia dah berdaftar cuma persatuan dia persatuan membela kebajikan haiwan tapi sebab dia ni memang suka buat kerja khidmat sosial kepada masyarakat.. So, tanpa syarat & banyak soal jawab dia cuba membantu saya. Dengan bantuan dia di permulaan tu la.. saya mampu berjuang hingga sekarang dengan di wakili peguam. 

Rasanya aduan & kes saya kat PPIM tu dah close gamaknya sebab last pegawai PPIM Cik Far** yang cantik tu kata kalau susah sangat depa suggest close case je kalau saya tak mampu bagi kerjasama untuk datang setiap kali di panggil. Kalau seminggu 2 3 kali susah jugak la kan. Yelah saya ni tak pandai drive, harap suami je. Ada anak autisme yang memang bukan mudah nak handle. So, maybe saya susah sikit nak follow prosedur PPIM yang memerlukan saya perlu berulang alik ke PPIM tu. Takpe la.. saya jenis tak berputus asa kan? Saya cuba macam2 cara takkan sampai stage ni saya nak give up pulak. Sia sia je la usaha saya sejak dari bulan puasa lepas.

Apapun yang close cuma kat PPIM.. tapi kat mahkamah kes saya masih berlangsung. Kalau kat mahkamah dapat close case juga kan bagus.. hehehehe. Moga jadi doa termakbul Amin..

Tapi Alhamdulillah.. Orang kata kita kena minta bantuan dari Allah. Sebab manusia ni cuma perantaraan. Akhirnya ramai juga yang membantu saya untuk mengumpul dana bagi menampung kes guaman saya lebih kurang RM44k tu.. Sekarang separuh dari jumlah tu dah berjaya di kumpul dengan bantuan kawan kawan bloggger, netizen,page2, group2 & individu atas dasar keprihatinan mereka sendiri untuk membantu sekadar yang termampu. Yang pasti bukan dari mana2 NGO berdaftar atau berpengaruh.

Kes budak tu dah settle dengan bantuan PPIM & PPEM.. tapi kes saya masih belum selesai & dana pun belum cukup. Hope ada yang sudi membantu saya. Tapi kalau PPIM nak bantu mencari dana untuk saya pun kecil tapak tangan.. Padang Golf tu saya tadahkan. hehehehe. Boleh merujuk post ni untuk menghulurkan bantuan.. Moga ada sinar harapan untuk saya di bebaskan dari pertuduhan tersebut.. 


Boleh Rujuk posting di sini https://goo.gl/35ktkB

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DEDAH CARA MEREKA BANTU MANGSA AHLONG

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) DEDAH CARA MEREKA BANTU MANGSA AHLONG. Mungkin ramai yang dah tahu & mungkin ada yang masih tidak tahu kewujudan badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Salah satu khidmat yang PPIM sediakan adalah membantu masalah peminjam Ahlong yang tak dapat bayar hutang.


Bukan perkara baru isu mangsa pinjaman Ahlong ni.. Kena ugut, kena pukul, kena kurung & macam macam lagi la depa ni kena kalau tak boleh bayar hutang Ahlong yang depa pinjam. Sebelum hangpa berniat nak pinjam dengan Ahlong satu benda hangpa kena tau.. Sekali hanga pinjam mungkin seumur hidup anda berhutang.. Kadar faedah (Bunga) dia bukan macam pinjaman bank ok.. Dia punya faedah memang sekebun cinta nan berbunga.. Teguh berdiri nan berduri.. lepas tu hangpa akan jadi.. Pemusnah ku adalah kumbang.. runtuh bila ku kelayuan.. tu dia keluar dah lirik lagu ziana zain sebagai sountrack kisah peminjam Ahlong katanya. hehehee

Tapi kalau yang dah terjebak tu tak boleh nak buat apa dah.. Nak tak nak kena cari solution samada bayar semua hutang Ahlong termasuk sekebun cinta nan berbunga tu kalau mampu la.. Atau bunuh diri je... erkk!

Jangan la bunuh diri.. Kalau hangpa tak tau nak buat apa. Hidup di selubungi ugutan Ahlong setiap masa. Hingga terasa hidup di bayangi Ahlong sampai rasa Ahlong tu dah macam Qarin hangpa ja.. Boleh jer merujuk kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Macam mana PPIM boleh bantu peminjam Ahlong ni selesaikan masalah depa? Adakah PPIM upah gangster untuk pukul semua talibarut talibarut Ahlong? Yelah.. gangster kena lawan dengan gaster kan.. Atau PPIM tolong bayaq hutang hangpa? Semua yang di sebut bukan cara PPIM membantu mangsa Ahlong.. Nak tau macam mana PPIM boleh selesaikan masalah peminjam Ahlong ni boleh baca pada screenshot di bawah..


Jadi yang ada masalah berhutang dengan Ahlong.. Boleh membuat aduan & temujanji dengan pegawai pegawai PPIM yer. Atau yang ada masalah berkaitan kepenggunaan. Terguna produk beracun walau ada notifikasi KKM ker tak tau mana nak menuntut bela & menuntut kerugian atas muka hangpa yang rosak & barai tak hengat tu pun boleh minta bantuan PPIM.. Depa boleh selesaikan. Tak dapat selesaikan cara tertutup depa boleh viral guna PC terus.Walaupun NGO tapi PPIM memang berpengaruh. So jangan risau. Apa je masalah anda boleh buat aduan ke PPIM, Insya Allah mereka sedia membantu.

AKTIVIS PPIM YUSOF AZMI BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

AKTIVIS PPIM YUSOF AZMI AKAN DI TAHAN UNTUK SIASATAN KERANA MELAKUKAN PENCEROBOHAN. Kalau ada yang mengikuti kes  Yusof Azmi Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengetuai serbuan sebuah premis pajak kenderaan untuk merampas balik kereta pengguna yang di dakwa di tipu oleh syarikat tu.. Hangpa tau la kes apa.


Actually Encik Yusof Azmi ni aku pernah jumpa masa cuba mohon bantuan di PPIM untuk kes saman aku ni. Aktivitis PPIM ni normally semua yang kita boleh bersembang. Takde rasa janggal untuk kita berbincang dengan mereka. Pendek kata jenis2 kekwat bagai memang tak ada dalam tu. Dia pernah minta tolong aku untuk share satu video di media sosial masa tu. Masa aku ke PPIM haritu selain jumpa Yusof Azmi ni kebetulan dia ada kat situ, dapat jumpa Dato Nadzim ketua aktivis PPIM.

Berbalik pada isu aktivis PPIM Yusof Azmi ni.. Aku respect juga dengan keberanian dia. Kalau tengok dari segi fizikal orangnya kecik & kurus jer tapi keberanian dia menegakkan kebenaran & membantu pengguna yang tertindas tu kat situ rasa kagum jugak. Walau sekarang mungkin Yusof Azmi bakal berdepan dengan tindakkan undang undang kerana di dakwa menceroboh ke premis perniagaan orang lain.

Setelah beberapa hari isu berkaitan serbuan PPIM ke atas premis pajak kenderaan milik syarikat AAGR kecoh di laman sosial, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang komen dari Ketua Polis Kajang susulan jutaan netizen melabel beliau telah menerima sogokan dari syarikat berkenaan.
Ini kerana, selepas kekecohan itu berlaku, Polis Kajang telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yusuf Azmi selaku ketua kepada misi serbuan berkenaan akan ditahan kerana melakukan pencerobohan ke atas premis terbabit.
Perkara itu ternyata menimbulkan tidak puas hati dikalangan netizen kerana Polis Kajang dilihat seolah-olah memihak kepada syarikat yang melakukan jenayah dan bukannya kepada mangsa. -
Polis Kajang sepertinya terus mengambil tindakan sebaik sahaja menerima laporan daripada Syarikat AAGR yang dipercayai milik Datuk Kabi sedangkan sebelum ini puluhan laporan dibuat oleh mangsa yang terpaksa menanggung risiko akibat ditipu oleh syarikat berkenaan. Sumber Blog PPIM

Dalam nak berkhidmat pada masyarakat ni.. Bukan mudah. Apa yang saudara Yusof Azmi ni buat bukan untuk kepentingan peribadi tapi untuk membantu pengguna yang teraniaya alih alih dia mungkin di kenakan tindakkan undang undang. Tapi sebab dia aktivis PPIM sebuah NGO yang ternama kat Malaysia ni.. Mungkin kat situ dapat membantu dia la kot, Insya Allah. Allah akan membantu orang2 yang benar.. Tak macam den ni, sapo la den kan. Kono saman pun jenuh den nak mengemis bantuan sano sini.. Tapi takpo orang kata, usaha tangga kejayaan. Berusaha la selagi ada daya upaya. Bila dah sampai limit kemampuan tu maka berhenti. Sebab Allah itu sebaik baik perancang jadi bersangka baik dengan perancangan Allah.


Apapun kepada saudara Yusof Azmi ramai yang menyokong di belakang anda sebab ramai yang tahu apa yang anda buat adalah kerana berkhidmat untuk masyarakat. Den nak pi jumpa Yusof Azmi ni belum ada maso. Hari tu dio ada mesej den mohon den datang jumpo dia.. untuk kes saman sivil ni. Den memang ada buat aduan ke PPIM kes saman ni. Ada kaedah PPIM nak bantu cuma tu la nak dapat kerjasama dari orang lain agak susah. So, kalau ada kerjasama dari semua pihak, Insya Allah boleh la membantu.

Moga satu hari aku boleh jugak berkhidmat untuk masyarakat macam mereka. Memperjuangkan hak pengguna & hak orang awam yang teraniaya. Sekarang ni banyak keterbatasan pergerakkan buat aku susah nak sertai apa2 aktiviti amal atau kebajikan. Cuma mungkin melalui penulisan aku boleh bagi kerjasama. Apa yang berlaku pada aku sekarang seolah olah menaikkan semangat aku untuk menjadi seseorang yang boleh berkhidmat pada masyarakat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com