Showing posts with label kumpulan. Show all posts

HATI HATI DENGAN SEKUMPULAN INDIVIDU YANG BAGI GROCERY BAG PERCUMA DI TESCO MUTIARA DAMANSARA

HATI HATI DENGAN SEKUMPULAN INDIVIDU YANG BAGI GROCERY BAG PERCUMA DI TESCO MUTIARA DAMANSARA. Zaman sekarang ni orang berani buat apa saja jenis penipuan secara terang terangan di khalayak ramai. Hanya menggunakan trick & teknik yang licik segala aktiviti penipuan mereka akan nampak seperti urusan jual beli jer..


Benda berlaku kepada seorang warga emas yang di kongsikan oleh anak dia di laman facebook. Cerita dia macam ni.. Pasangan warga emas ni pergi ke Tesco mutiara damansara tetiba di datangi individu yang menghulurkan grocery bag percuma. Orang bagi free katanya.. Takkan la nak tolak. Nak2 sekarang memang kalau kawasan selangor ni tak sediakan beg plastik dah.. Macam orang mengantuk di sorongkan bantal busuk la kan.. Bila pasangan warga emas ni terima dia minta pergi ke satu meja. Konon sesiapa yang terima bag tu kena isi nama. Mungkin depa fikir sekadar untuk record atau survey mereka je la kot.. Yelah.. Orang tua2 ni jenis lurus & berbaik sangka sebab zaman depa tak banyak manusia yang sanggup aniaya orang tua sampai tahap macam tu kan..

Lepas tu individu ni offer depa satu set vacum tapi pasangan warga emas ni tolak atas alasan kat rumah depa pun dah ada vacum. Lepas tu seorang perempuan nama Bella ni bagi satu gadget minta pasangan warga emas ni tekan tekan. Lepas tekan tu, Tetiba katanya pasangan warga emas ni menang barangan elektrik yang bernilai ribuan ringgit jugak la. Lepas dia bagi lagi kat si pakcik suruh tekan lagi.. tup tup menang lagi katanya RM100 & layak dapat satu lagi barang elektrik yang boleh guna secara percuma selama 3 bulan lepas tu baru bayar RM80 sebulan selama 48 bulan.


Lepas tu depa tanya si pakcik ni samada ada kad kredit ke tidak. Almaklum la zaman sekarang penyamun kolar putih memang dia tak ragut style2 mat rempit pakai motor.. Sebab dia tau zaman sekarang ramai tak bawa cash banyak.. Kalau tak guna kredit card mesti guna debit card. 

Tak sure macam mana pakcik ni boleh bawa keluar wallet dia lepas tu bila depa nampak credit card pakcik ni depa terus ambil dari tangan pakcik ni. Tu dia.. Pakcik2 kau boleh la main rampas rampas camtu kan? Umur pakcik tu pun dah 74 tahun katanya. Lepas tu depa buat2 tanya berapa lama dah guna credit card tu konon kalau lebih dari 2 tahun akan dapat satu lagi barang elektrik secara percuma. Amboi banyak sungguh barang percuma depa bagi kan...

Tanpa sedar credit card pakcik ni dah kena swap.. kemudian pakcik ni di minta mengisi beberapa dokumen untuk di tandatangi. Lepas balik baru pakcik ni rasa nak tengok dokumen2 yang dia sain baru dia sedar dia kena tipu. Wah.. ada simtom2 kena pukau jugak. Sebab masa berdepan dengan depa.. dia macam ikut je apa depa minta dia buat. Secara logiknya kalau dalam keadaan yang waras mesti ada sesi soal jawab jugak kan. Nak2 lagi nak sain2 apa2 dokumen tu.


Bila anak anak dia tahu ayah dia di tipu so depa pakat pi serbu la kat tesco mutiara damansara tu.. Pulun fight pun tetap depa tak mau batalkan transaksi yang depa buat tu guna credit card bapak dia. Kemudian staff dia panggil supervisor dia pun katanya supervisor pun macam samseng tetap taknak bagi balik duit tu dengan alasan pakcik ni dah setuju dengan urusan pembelian tersebut.


Lepas kalah fight kat situ.. balik rumah depa sepakat adik beradik nak buat laporan polis. Lepas buat laporan polis tu katanya lepas maybe beberapa hari pihak kpdnkk pergi buat penyamaran kat situ & berjaya menaham & mendakwa sekumpulan individu yang cuba menipu orang ramai dengan trick yang licik.


Moral of the story cerita ni.. Kalau yang dok bagi barang free kat mana2 pasaraya atau mall atau kat mana2 saja please la fikir depa takkan bagi sesuatu percuma tanpa sebab untuk keuntungan mereka. Zaman sekarang memang penggunaan sihir macam pukau banyak di amalkan oleh semua bangsa. Tak kira cina,melayu, india, warganegara ataupun bukan warganegara sebab cara tu je cara paling senang nak melakukan apa2 aktiviti penipuan & jenayah. Jangan elakkan bercakap dengan orang tak kenal. Nak2 lagi yang mencurigakan.

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN. Sebenarnya detik detik paling bersejarah selama aku berblog suatu ketika dulu aku dah lama lupakan sampai aku tak pernah ambil port pasal mereka & keluarga mereka. Aku tak kisah dah jatuh bangun depa. Takde nak doakan yang baik baik atau yang buruk buruk. Pendek kata aku dah lupakan semuanya sejarah aku dengan 'Kelab blogger popular tu dah lama sangat.


Dulu mungkin masa isu tu masih hangat aku jadi sedikit emosional.. Tapi biasa la bila rasa tu dah hilang.. back to normal. Aku tak kisah pun nak berkawan dengan mana2 ahli dari group 'nametag' tu.. Aku lebih bersikap terbuka. Yang bermasalah dengan aku bukan semua tapi dua tiga kerat je dulu. Apa salah yang lain pada aku kan? Dah tua tua katanya, tak payah feeling macam budak budak hingus hijau sangat la.. Tapi aku perasan jugak yang taksub sangat dengan kelab 'nametag' tu dulu sampai blocked aku kat fb ig bagai sekarang ramai dah unblocked. ada yang unblocked lepas kena sindir.. kelam kabut blocked balik.. erkk... dia tau pulak kan? nampak sangat la rindu aku dok stalk stalk aku tu hahahaha

Yang aku perasan setiap kali ada yang keluar dari geng 'nametag' tu mesti ada yang cari aku tanya pasal kenangan silam aku bersama mereka dulu. Seperti cerita cerita lepas.. Dari cerita ex ex depa ni.. Aku antara blogger yang paling di benci dalam geng 'nametag' tu. Terkesan sungguh depa dengan nama 'Suria Lekatlekit' ni kan. Depa akan minta blogger2 bawah naungan depa membenci & memboikot lekatlekit. hahahaha... very da budak2 budak hingus hijau Uolls... Tapi apsal dari mula kempen boikot aku sampai sekarang aku tak rasa kesan kena boikot tu pun. Malah aku rasa semakin berjaya hahahaha

Terbaru semalam.. Dapat cerita yang sama juga. Namaku masih menjadi sebutan dalam group 'nametag' tu. aduhai.. kenapalah korang suka bagi publisiti kat aku di kalangan ahli2 nametag korang tu yer.. Sudahlah. aku dah cukup retis sekarang ok! Katanya sampai kalau ada sapa2 dari group 'nametag' yang nampak mesra dengan aku kat media sosial ni akan di soal siasat. Aku ni kadang2 nampak mesra kat public jer.. Tapi jarang nak bermesra atau rapat dengan sesiapa secara privacy. So jangan takut selagi korang jaga anak buah korang dengan baik rahsia korang dalam tu still selamat tapi kalau korang asyik nak buat depa macam 'lembu kena cucuk hidung' confirm la ada yang tak tahan kecuali lembu2 je tahan.

Aku still kekalkan cara 'lone rangger' aku. Aku tak nak ada hubungan rapat dengan sesapa. Sebab kalau rapat sangat depa tau aku ni baik maka mula la nak ambil kesempatan atas kebaikkan aku.. Bila aku rasa orang ambil kesempatan mula aku jadi jahat. Bila aku jadi jahat mula orang benci aku hahahahaha.. Bagilah peluang aku nak jadi baik sekejab & di sayangi ramai orang hahahaha

Kepada ahli ahli nametag jang jib jub jeng bagai... Sudah sudah la dik. Dok bersedekah pahala dengan dok mengumpat akak sepanjang zaman dalam group hangpa tu. Move on beb! Move on..  Akak tak pernah menghasut atau menghalang pun sesapa nak join komuniti korang sekarang ni. Malah akak tak pernah ambil tau pun sapa yang nak masuk & keluar dari group 'namteg' hangpa tu. Tapi selalunya yang masuk memang la takkan cari akak tanya pendapat cuma bila yang keluar je akan datang bertanya khabar & menyampaikan khabar berita. hahahaha. Nak kata depa saja buat2 cerita pun pelik juga bila depa tanya kenapa hangpa benci sangat dengan akak sebab hangpa asyik mengumpat akak je. Kat situ boleh detect depa tak tau pun kes dulu cuma sejak depa join hangpa depa di ajar untuk benci & boikot lekatlekit je... Sapapun nak join atau leave group 'namteg' tu takde kena mengena dengan saya. Biar depa sendiri rasai pengalaman manis bersama hangpa. Akak ni macam hangpa dok nampak la.. blog sentiasa berhadpet.. FB pun sentiasa berhapdet. Baru semalam je akak kembali menjentik pasal hangpa balik.. Tu pun sebab akak rasa di cuit so akak terlatah sekejab hahahaha.

Apapun aku tahu sampai bila2 pun aku akan nampak 'Jahat' sebab aku bercakap secara terbuka manakala pihak sana mengata & menghasut secara tertutup. Cuma bak kata pepatah 'bangkai mana boleh sembunyi, lama2 ter bau juga kan.' Tuhan tu nak membuka pekung setiap dari hangpa tu dengan macam macam cara. Dan setiap kali ada orang leave dari group tu.. aku akan dapat cerita2 macam ni. Well.. untuk pengetahuan hangpa.. Aku still bahagia. Jangan risau. Makan kenyang, tidur lena & tiap2 bulan ada je income dari blog ni. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Alamatkan untuk aku sentiasa ada. hahahaha

Moral of the story.. Kalau rasa nak kempen benci lekatlekit teruskan.. Takde apa yang aku rasa perlu takut pun. Sedangkan Mc Donald yang pernah kena boikot teruk dulu pun sekarang dah kembali seperti biasa.. inikan lekatlekit yang selama ni tak pernah pun terkesan apa apa di boikot oleh geng nametag tu. hahahaha

VIRAL SEKUMPULAN REMAJA PANJAT SIGNBOARD BESAR IPOH BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

VIRAL SEKUMPULAN REMAJA PANJAT SIGNBOARD BESAR IPOH BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG. Maaf la kan.. Aku memang tak setuju dengan mana2 pihak yang obses nak jadi popular sampai sanggup buat perkara perkara mengarut & merbahaya macam tu. Kalau nak tunjuk keberanian bukan itu caranya. Pi join Heliza Helmi tu.. Dia sanggup meredah ke negera yang berperang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa perang. Dia tak buat kerja bodoh macam hangpa yang kalau jadi apa2.. bukan je menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan banyak pihak. Apa ingat hangpa jatuh berkecai kat bawah tu.. selesai kat situ ja ka? Ia melibatkan banyak pihak dalam operasi mencari & menyelamat ok. Walau dah jadi mayat pun tetap menyusahkan orang jugak ok!


Dah la pi panjat signboard tu tanpa sebarang kebenaran atau pengawasan pihak tertentu. Tak pakai apa2 peralatan keselamatan. Gamaknya malam sebelum pi buat aktiviti masing2 dah buat solat taubat kot.. Alahai dik.. Akak tengok selfie korang tu sekumit pun tak ada rasa kagum atau respect. Bukan dengki.. Perbuatan hangpa tu terang2 tak ada faedah & kalau jadi apa2 akan menyusahkan orang lain.

Sumber Berita Harian

Tadi terbaca kat Berita harian online katanya kumpulan remaja tersebut bakal di kenakan tindakkan undang - undang. Bagus juga benda ni di ambil tindakkan tegas & di kenakan hukuman supaya menjadi pengajaran kat orang lain supaya tak jadi trend kat Malaysia. Benda ni bergantung pada nasib jer. Nasib baik tak jadi apa - apa so ramai tak nampak kemudaratan yang bakal berlaku. Aku tak rasa benda ni satu aktiviti yang sihat pun melainkan ia di buat di bawah pengawasan pihak yang ada qualified dengan aktiviti macam ni & mendapat kebenaran.. Aktiviti bangang je aku nampak. Kalau rasa nak buat aktiviti yang konon rare lagi bagus korang try buat benda ni >> Bayangkan kalau you all belajar salah satu daripada 5 martial arts ni? Power beb!<< Mampu ke? Ramai orang mampu panjat signboard macam tu tapi belum tentu boleh menguasi benda ni. Kalau rasa hebat try la...


Moral of the story.. Dah la tu buat kerja gila wahai adik adik.. Kau jadi pemes kat media sosial je tak dapat pun apa2 anugerah keberanian. Yang dapat cuma korang bakal di kenakan tindakkan undang undang je. Berbaloi ke???

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA

GAMBAR TERKINI ZAMANI SLAM YANG SEMAKIN KURUS SEMULA. Zamani Slam.. artis yang boleh kategori evergreen jugak la sebab masih diminati hingga kini walau pernah satu ketika mengemparkan industri hiburan bila dia di tangkap kerana dadah namun kontroversi itu tidak membunuh kerjaya seni dia. Malah ramai peminat & rakan2 terus memberi sokongan untuk Zamani berubah & menjauhi dadah.


Selepas menerima rawatan pemulihan dadah di rumah pengasih Zamani yang sebelum tu memang kurus kering.. nampak lebih sihat & berisi. Dia pun mengaku berat badan dia naik sepanjang menjalani rawatan pemulihan kat situ. Nampak pun lebih hensem katanya berbanding sebelum tu memang nampak sangat something wrong somewhere bila badan dia macam tinggal tulang & kulit je. Cengkuk boleh nampak tulang.

Aku suka jugak ikuti perkembangan zamani melalui fanpage dia.. Ada jugak rakan kat facebook seorang wartawan hiburan yang rajin upload gambar2 dengan zamani. Dari situ aku perasan zamani nampak semakin kurus semula... Tak tau la kenapa.Kita tak payah buat spekulasi apa2.. Mungkin sebab sibuk dengan aktiviti nyanyian menjadi faktor kenapa badan dia semakin susut semula.

Perbezaan gambar sebelum ni dengan gambar terkini memang nampak yang terkini nampak cekung semula pipi dia tu.

Hope Zamani terus istiqomah menjalani kehidupan sihat. Kita doa yang baik baik buat zamani. Dia seorang artis yang sangat baik.. Sepanjang dia menjadi penyanyi.. Hanya kes di tangkap sebab dadah tu je kontroversi paling hangat yang mengaitkan diri dia. Yang lain2 dia tak ada masalah. Semoga zamani terus success dalam kerjaya seninya.

KOMUNITI MEMECAH BELAHKAN BLOGGER

Entri adalah rasa hati & pandangan aku dari apa yang berlaku pada aku, pada orang lain dalam dunia blog. Bukan berniat mengaibkan sesiapa.. Tapi semua pembaca blog ni sudah sedia maklum dengan penulisan di blog aku yang menulis pendapat aku terhadap apa saja isu. Sekiranya anda berfikiran bukan seperti penduduk hutan amazon.. anda layak membaca. Perbezaan pendapat tak menjadi masalah..

Sumber google

Sebelum ni rasanya ramai yang tahu tapi ada yang tak tahu adalah seorang ahli dari sebuah kelab blogger yang di kenali kat alam maya ni.. Nak2 lagi blogger memang tahu kelab blogger tu. Walau aku telah di keluarkan dari kelab blogger tu dengan alasan 'Stalker' even tak logik pun tapi sebenarnya aku di keluarkan sebab ada perselisihan pendapat dengan pengasas kelab blogger tu dalam satu isu semasa yang tak melibatkan kelab tu pun.. Pun macam tu aku tak nafikan faedah yang kita dapat bila menyertai kelab tu. Sebab banyak job2 untuk blog, event2 luar & boleh pergi holiday secara percuma tapi sebagai blogger 'dalam gua' katanya aku ada keterbatasan pergerakkan. So, aku cuma boleh ambil job2 review yang pihak mereka rasa bersesuaian dengan aku. ada la sumbangan untuk itu kepada aku walau bukan semua job review yang pernah aku buat datangnya dari kelab blogger tu tapi kelab blogger tu antara penyumbang rezeki2 yang pernah aku dapat dari blog ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki dengan aku. Aku tak lupa budi dia & mereka.

Cuma bila berlaku sesuatu macam berlaku pada aku sekarang.. perselisihan pendapat yang menyebabkan aku terkeluar dari kumpulan mereka. Mula - mula aku rasa perselisihan tu antara aku dengan pengasas dia jer.. Rupanya tidak. Turut melibatkan segelintir ahli di dalam tu yang dulunya 'friends' kini 'unfriends & block'. dari situ aku melihat... komuniti blogger bukan sesuatu yang menyatu blogger tapi menyebabkan blogger jadi berpuak & berpecah belah. Selepas apa yang berlaku ramai yang pm di fb aku bercerita pengalaman mereka dengan sipolan.. dengan group sipolan..  Rupanya masalah yang aku lihat berlaku dalam kelab blogger tu dulu sememangnya memberi persepsi negatif yang sama pada orang lain selama ni. Dulu aku terikat dengan rules kelab blogger tu sampai aku tak boleh bercakap isu berpuak ni tapi sekarang aku 'independence blogger' so aku berhak memberi pendapat aku dari apa yang aku nampak sepanjang penglibatan dalam dunia blog.

Walau bukan semua mereka yang berada di bawah kelab blogger tu suka berpuak & taksub sehingga tak boleh di jentik langsung ketua mereka tapi yang segelintir itulah memberi gambaran buruk terhadap komuniti blogger yang ada. Even bukan semua komuniti blogger ada 'rules' macam kelab blogger tu tapi serius aku sekarang rasa serik untuk join mana2 komuniti blogger lagi sebab aku takut perbezaan pendapat dengan seorang buat aku di musuhi dengan ramai orang kerana ketaksuban mereka. Kalau orang tanya pasal menyesal.. sememangnya menyesal tapi pengalaman tu sebenarnya jadi guru kita di masa akan datang. Melihat independence blogger yang boleh bergaul dengan semua tak kira dari komuniti blogger mana tanpa ada masalah untuk bercakap tentang apa2 yang mereka rasa nak cakap.. Yup! aku nampak itu yang terbaik untuk aku. Sebab aku bukan jenis yang suka hidup di hujung telunjuk orang kecuali mereka2 yang di wajibkan aku taat.. dan alasan paling logik aku tak reti membodek melampau lampau. So, adalah satu kesilapan besar aku menyertai kelab blogger tu dulu. Dan sememangnya silap tu silap aku..

Pada mereka yang aktif dalam kumpulan blogger masing2.. aku tak kata tak bagus terpulang pada diri kita samada kita mampu atau tak untuk berada di situ dengan rules2 yang di tetapkan. Kalau mampu teruskan.. mungkin ada seribu kebaikkan untuk anda.. Cuma tu la bagi aku bersama kelab tu kebebasan bersuara aku sedikit terkongkong sampai buat entri nak post pun kena bagi baca dulu draft kalau berkenaan kelab mereka. Tak boleh ada unsur kritikkan langsung.. Susah jugak bagi aku yang Outspoken ni. Rasa macam bernafas tak lepas bila ada kongkongan macam tu. Jika anda pernah rasa macam aku terkongkong, jangan biar sampai ia menjadi masalah besar. Undur diri sebelum masalah muncul. sebab setiap orang ada cara tersendiri. Baik atau buruk.. tak sama penerimaannya sebab kita semua berbeza. Baik untuk kita tak semestinya baik untuk orang lain, buruk pada orang lain tak semestinya buruk pada pandangan kita.

Moral of the story jangan lawan ketua darjah sebab dalam kehidupan kita penuh politik. kekekeke.

P/S : Pendapat aku mungkin berubah di masa akan datang.. mungkin situasi, masa & cara yang mengubahnya.. jadi pendapat ini hanya valid untuk keadaan sekarang. Kalau berubah di masa akan datang tu perkara biasa. Lumrah manusia boleh berubah ubah.

*bila ramai memperkatakan tentang kelemahan yang ada dalam satu komuniti tu harap di kaji semula la.. Bukan untuk menjatuhkan tapi mungkin dengan membaikpulih kelemahan yang ada mungkin memberi kejayaan lebih besar di masa akan datang. So, tak semua kritikkan itu membunuh

Psttttttt : mesti ada yang nak kondem aku hari cuti pun bz dengan blog.. takde life.. blogger kena kongkong dengan laki tak boleh bersosial.. tak keluar rumah.. tak bergaul.. Aku kalau nak kemana2 dengan laki aku lepas update blog kejab lagi pun tup tup tetiba ada kat singapore ke kedah ke.. paling tak merayap kat KL. Planning2 ni memang takde la.. Itulah life aku.. seminit ni korang tengok aku online setengah jam lagi tetiba aku ada kat highway dah sapa tahu... Tapi bukan jenis aku update setiap minit aktiviti aku. Kadang2 aku tak cerita pun aku kemana mana.. life aku privacy aku.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com