TERGAMAK CURI DUIT KWSP MAK
Cerita ni di entri kan untuk teladan bukan untuk mengaibkan sesiapa maka takde nama sebenar, tempat tinggal, anak siapa, gambar & sebagainya.. malah sumber cerita ni pun terpaksa di rahsiakan taknak kang bagitau jadi macam clue pulak untuk orang meneka.Alkisahnya seorang anak ni.. dah tua bangka, dah ada anak bini gamak lagi dok buat kerja terkutuk curi duit mak sendiri. Dah la menumpang kat rumah mak dengan anak bini lagi, tak kerja, harap mak & bini dia je kerja.. Bini tu pun kerja menurut sumber kerja untuk diri sendiri je. Kau laki, maka apa yang menjadi tanggungjawab ko, sila tanggung & jawab la sendiri. Tak kisah la.. memang hasil titik peluh si isteri tu hak dia. Yang si laki ni.. dari bujang sampai dah kawen perangai tak berubah. Kerja tak pernah tetap.. kerja pun sekejab sekejab.. menganggur lebih panjang dari masa kerja.
Dari kecik dah terbiasa mencuri.. membawa sampai ketua pun tetap suka mencuri. Kecik2 curi duit mak & tokwan seringgit dua. Bila besar puluh2 ribu duit mak dia kebas. Kesian la mak ko tu dah la dari muda sampai ke tua (sekarang) pun masih kerja. Duit KWSP dia tu duit yang di kumpul dari muda dulu.. alih2 sempat merasa gi umrah jer lain habis anak kebas.
Trick anak ni senang jer.. masa mak dia nak pergi umrah dia suruh mak dia buat ATM card. Konon kalau mak dia nak keluarkan duit nanti kat Mekah senang. Alih2 trick tu dia guna untuk kebas RM50k duit mak dia. Hancur hati mak ni bila check balance tinggal belas2 ringgit je. Tu pun gamaknya tak dapat nak keluar la kot tertinggal jugak baki celah gigi. Tak terfikir ke kau anak, mak ko tu ibu tunggal. Besarkan ko sorang diri walau dia pernah kawen dua tiga kali sebelum ni tapi nasib dia tak berapa baik. Dapat laki semua jenis nak mengikis. Dapat anak pun kaki kikis reta mak jugak. Memang berganda la dugaan si mak ni.
Masa pengeluaran pertama (umur 50 Tahun) KWSP tu pun dia dah kebas rm10K. Kalau ada pengeluaran kali ketiga KWSP mak dia, Insya Allah anak ni pun bakal kebas lagi duit mak dia. Dah kau kebas duit mak kau, gamak pula ko joli sakan. Makeup keta bagai. Silap2 kau bawak anak bini kau enjoy & makan duit hasil curi dalam account mak ko tu. Memang jenis anak tak kenang budi. Kau beli keta duit mak.. kau kawen duit mak.. kau makan & besar tu toksah kira la, memang confirm duit mak kau agaknya bila la kau nak balas budi mak kau kalau ko asyik dok kebas duit mak kau je. Nak tunggu terkujur kaku takde nyawa baru nak meraung menyesal, time tu sorry takde guna.
Moga anak tu insaflah sebelum mak dia tutup mata & sebelum dia tutup mata jugak. Derhaka kat mak tak cium bau syurga. Jangan kata syurga kat dunia pun hidup tak berkat kalau tanpa restu mak. Kau ada anak & bakal ada anak lagi.. Ingatlah, roda kehidupan tu sama macam roda kereta kau makeup lawa2 hasil curi duit mak ko tu. Kau buat kat mak ko.. kalau Allah nak cash kat dunia ni, Anak kau pulak nanti buat kat kau. Tapi masalahnya.. kau ada ke duit kwsp kalau malas kerja??
Entri ni moga jadi teladan. Ni kes mencuri.. tapi ada anak dia tak mencuri tapi paksa mak bagi duit kwsp untuk dia beli sesuatu yang dia nak. Pun tak baik. Fikirkanlah.. Mak kita kerja, dari muda sampai tua biarlah dia merasa senang sikit dengan hasil penat lelah dia berpuluh tahun lamanya. Setakat RM100k kerja dari umur 16 tahun sampai 55 tahun tu tak banyak mana. Kita anak tak payah nak berebut sangat dengan mak, menuntut konon hak sebagai anak. Hak menda lagi kalau dah bangka.. Tanggungjawab kita la pulak jaga mak, kan??