Showing posts with label bukit. Show all posts

JANGAN BERANGAN DAKI GUNUNG KINABALU KALAU 10 BUKIT NI PUN TAK TAHU

JANGAN BERANGAN DAKI GUNUNG KINABALU KALAU 10 BUKIT NI PUN TAK TAHU. Ada orang berangan nak mendaki gunung kinabalu kat sabah sana nu.. Padahal kat semenanjung ni nak naik bukit pun belum tentu dia sampai ke puncak. Ntah2 semput di tengah jalan.. hahaha. Tapi angan2 tinggi nak tawan puncak gunung kinabalu. Ok lagi dia target gunung kinabalu.. Kalau dia target gunung everest padahal bukit hutan pokok getah pun dia tak pernah daki.. Pengsan mak nak!! hahaha.


Berangan tu tak salah.. Dari bermula la melangkah di tempat rendah2 dulu. Kita bukan ada kuasa awang khenit yang boleh terbang ye dak. Nak daki gunung ganang kena ada stamina supaya tak pancit di pertengahan jalan. So, nak tawan puncak gunung tinggi haruslah bermula dari mendaki bukit bukau dulu. Apa ingat mendaki bukit ni tak mencabar ke? Mencabar ok! Contoh macam bukit tabur.. berapa ramai kecundang kat situ. Mencabar tak mencabar sila la try dulu.

Jadi kaki kaki hiking ni.. Atau yang baru nak mencuba aktiviti hiking ni tak payah mimpi puncak gunung ganang sangat la kan kalau 10 bukit kat semenanjung ni pun korang tak pernah daki apatah lagi tahu kewujudannya. Confirm ada yang tak pernah dengar pasal bukit kutu kan? Kalau yang mana nak tahu kat mana bukit kutu & 9 bukit yang lain meh baca kat sini >> 10 Bukit Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu Selama Ni << Rugi la kaki kaki hiking tak tau pasal 10 bukit ni. Bukan je boleh buat aktiviti mencabar tapi.. Cantik beb kat atas sana.

Moral of the story.. Kalau kena panjat tangga nak naik kat rumah masa lift rosak pun 5 - 6 kali pancit, pendamkan la saja niat nak panjat bukit tinggi2 macam ni. Apatah lagi gunung. Kau panjat katil double Decker sudah. hahaha

INILAH BUKIT BERDARAH DI MALAYSIA

INILAH BUKIT BERDARAH DI MALAYSIA. Ada ke bukit berdarah kat Malaysia? Ada tapi bukan namanya bukit berdarah tapi di istilahkan atau di umpamakan sebagai bukit berdarah. Adakah sebab ada darah yang keluar dari bukit tu mengalir macam larva gunung berapi? Apakah kisah di sebalik bukit ni berdarah? Nak tahu meh la baca... Jangan malas2 kalau nak tahu.


Bukit berdarah yang aku maksudkan adalah bukit tabur yang terletak di taman melawati, Gombak. Antara lokasi yang menjadi tempat untuk orang buat aktiviti hiking @ mendaki. Bukit tabur mula mendapat perhatian pada tahun 2006 sebab keindahan di puncak bukit tersebut. Waktu tu memang ramai jurugambar amatur mula mengambil gambar & menyebarkan di laman sosial.

Tapi sayangnya Bukit tabur banyak berlakunya kes kes kemalangan yang menyebabkan kematian pendaki yang pernah datang ke situ. Antara kes kematian yang pernah berlaku melibatkan pendaki adalah

- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

- 17 Disember 2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

-sumber  Bukit Tabur ‘bukit berdarah’-

Sebab tu pentingnya kita kalau nak mendaki ni pergi secara berkumpulan & dengan orang2 yang memang mempunyai kepakaran dalam aktiviti lasak macam mendaki ni. Untuk mengelak kejadian2 macam ni berlaku sebab laluan nak daki bukit tabur ni apa yang aku baca memang agak bahaya & licin. Jadi kalau korang memang peminat aktiviti lasak macam mendaki korang kena tahu 16 Groups ni supaya korang boleh melakukan aktiviti lasak korang dengan kurang risiko. Nak tahu apa 16 group tu meh tengok kat sini >> 16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem <<

Moral of the story.. jangan memandai mandai kalau tak pandai sebab punca kemalangan berlaku kebanyakkan sebab kita memandai mandai kepada perkara yang kita tak arif.

KISAH DI GANGGU LANGSUIR JALAN BUKIT LENGKOK KULIM

Malam ni kan Malam Jumaat jadi segmen seram serik lekat lekit tak nak lepaskan peluang memomokkan makhluk alam maya dengan cerita cerita seram. Jadi operasi memburu hantu di teruskan dengan jayanya. Hasil buruan malam ni.. Kita singgah berkenalan dengan Langsuir Bukit Lengkok, Kulim Kedah. Manalah tau korang terlalu jalan tu.. Takde la culture shock sangat kalau terserempak. Takde la jam sangat jantung katanya hahahaha


Jalan ni rasanya aku pun biasa lalu lalang tapi biasa la aku spesis yang tak serasi bercinta dengan jalan maka aku jarang merindui jalan2 yang pernah aku lewati. So,aku jarang nak sematkan dalam hati setiap jalan yang aku tempuhi. Maka even 100 kali pun aku lalu lalang guna jalan tu kadang2 aku tak tau pun nama kawasan @ jalan tu... hehehehehe. Ok tu tak seram.

Kita kembali ke cerita seram.. Cerita pasai terserampak atau di tumpangi langsuir jalan bukit lengkok ni memang banyak. Tapi kebanyakkan cerita langsuir ni memang suka tumpang kenderaan orang. Suka sangat menyakat orang memandu malam malam.. Tak tau la apa sebab, maybe hobi la kot. Antara cerita yang sempat aku baca kisah wartawan sinar harian. Kisahnya wartawan sinar harian bersama anggota polis melalu jalan bukit lengkok dalam pukul 4 pagi. Mula2 depa terserempak dengan batu nisan besar setinggi setengah meter tepi jalan tapi masing2 buat2 tak tak tau je. Tapi bila tiba2 salah seorang penumpang kereta tu menjerit minta di bacakan Surah Yassin sebab makhluk tu ada kat sebelah dia. Lepas anggota polis tu membaca beberapa potong ayat Al quran barulah wartawan tu tenang.

Yang paling best bila di periksa rakaman yang mereka buat.. ternyata ada satu makhluk seram berambut panjang di rakam dalam kenderaan mereka & hilang selepas azan subuh.

Ada jugak cerita penunggang motorsikal yang berhenti cucuh rokok & tetiba di bonceng lembaga yang separuh kepala remuk & biji mata terjuntai keluar. Dah la malam.. naik motor. Bayangkan macam mana gigil lutut dia.. rasa nak tekan padel gear pun tak lepas. Kalau ikutkan banyak cerita seram pasal Jalan Bukit Lengkok ni.. Tapi takut korang tak tidur malam pulak.

Katanya kejadian kejadian seram yang melibatkan gangguan lembaga perempuan berambut panjang ada kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita & mayat dia di buang dalam gaung di sekitar jalan tersebut. Alah.. sebenarnya jin ambil kesempatan je tu nak orang percaya roh perempuan mati di bunuh tu bertukar jadi langsuir. Korang jangan terpedaya dengan tipu helah jin & syaitan padahal yang dok jadi langsuir golongan depa jugak. hahahaha

 Langsuir ni dia tak kira kau tunggang apa.. motor ke kereta ke mesti dia akan tumpang. Sebab kebanyakkan cerita dia semua melibatkan pemandu & penunggang motorsikal. Banyak kemalangan berlaku kat situ.. Faktor di sakat langsuir tu faktor mistik tapi jalan kat situ pun jalan kecik. Bentuk jalan pun macam S, bengkang bengkok. Kat situ pulak memang kawasan hutan.

Moral of the story... Jin & syaitan memang tak boleh membunuh manusia secara terus tapi tu la dengan cara membuat manusia panik & hilang kawalan salah satu caranya. Maka bila melalui jalan Bukit lengkok ni kena lebih berhati hati sebab faktor jalan yang memang berisiko & faktor langsuir yang tak pernah bosan nak menyakat orang. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com