Showing posts with label fobia. Show all posts

FILEM PALING SERAM YANG BUAT ANDA FOBIA TIDUR DALAM GELAP

FILEM PALING SERAM YANG BUAT ANDA FOBIA TIDUR DALAM GELAP. Sebelum ni Filem The Conjuring 2 katanya seram sangat sebab menggunakan Audio rakaman suara roh sebenar dalam filem tu. Semua orang pakat nak tengok la sejauh mana keseraman filem tu termasuk la aku. Walaupun filem The Conjuring 2 dah lama keluar pawagam tapi sampai sekarang aku masih belum tengok lagi. Dok tunggu keluar dalam bentuk DVD. Jangan nak suggest suruh aku beli cetak rompak.. Aku tak nak tengok filem seram yang nampak kepala orang dok lalu lalang depan skrin besar pawagam atau tengok dvd yang rakam dari astro first. Sebagai peminat filem seram memang aku perlukan kepuasan bila menonton filem tu so aku lebih suka beli dvd original. Bukan berlagak ke hapa tapi soal kepuasan.


Tapi aku dok baca review sesetengah blogger yang dah tengok filem tu ada yang kata seram & ada yang kata filem tu tak seram & tak best. Biasa la manusia kadang2 taste seram dia high level macam aku ni mungkin ada filem yang dah cukup seram bagi orang lain tapi bagi kami celah gigi pun tak tasa seram tu. Ingat senang nak nak memuaskan nafsu seram peminat filem seram macam aku. Setakat filem terbitan Apek David Teo tu kau tak payah provok kata seram sangat la. Filem James Wan anak kelahiran Malaysia yang banyak buat filem2 seram antarabangsa macam The Conjuring 1 & 2 , Siri Insidious, Annabelle, Furious 7 pun belum tentu mampu memuaskan nafsu seram aku inikan pula setakat pengarah filem terbitan MiG. hahahaha

Tapi katanya ada satu lagi filem yang lebih seram dari The Conjuring. Bagi yang rasa filem The conjuring tu dah cukup seram rasanya kalau tengok filem ni confirm lepas ni korang akan fobia nak tidur dalam gelap. Bukan je takut nak tidur dalam gelap malah anda jugak akan takut berada di tempat2 gelap jugak. Katanya filem ni jugak tak rekemen pada sesiapa untuk tengok sorang sorang. Amboi dia bunyi cerita macam seram sangat. Seram ke tidak & korang nak tau filem apa yang sampai orang boleh fobia berada dalam gelap meh tengok kat sini >> Filem Seram Ini Hanya Yang Betul Betul Berani Sahaja Boleh Tonton <<

Ni yang buat aku tak sabar nak tengok ni. Gamaknya seram tu sampai aku serik nak tengok filem seram lagi ke tidak? Kalau mampu buat sampai aku nak ke toilet pun tak berani memang aku respect la.. Tapi kalau setakat lepas tengok aku boleh lepak2 online tanpa di temani sesiapa di tengah malam hari.. Bermakna filem tu memang level seram dia macam David teo je la. hahahaha

GADIS MATI AKIBAT TAHAN BERAK

Jangan ada yang gelak yer baca tajuk entri.. Tak kelakar ok! Mati bukan perkara gurauan kot.. Bila sampai menyebabkan kematian memang kes serius jugak yang patut di jadikan pengajaran pada orang lain. Bukan semua orang rasa nak berak terus pi berak.. Ada orang fobia nak berak jadi dia sanggup tahan berak sampai berbulan bulan. Ni bukan cerita dogeng ok!


Seorang gadis mild austisme yang katanya setiap kali nak berak dia jadi fobia & sanggup tahan berak sampai 2 bulan. Bayangkan 2 bulan tak berak.. sedangkan kita membuang hari hari. Kalau tak buang satu dua hari mula la jadi sembelit bagai. Tapi remaja ni boleh tahan sampai 2 bulan. Dia meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh sembelit setelah 8 minggu tidak membuang air besar.

Ahli patalogi yang melakukan post-mortem menyatakan keadaan ini sangat dramatis dan tidak seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Gejala yang dialami oleh gadis tersebut adalah gelaja 'penahanan tinja' yang umumnya dihidapi oleh kanak-kanak. Sewaktu mayatnya dipindahkan,  seorang paramedik terkejut melihat keadaan perut gadis tersebut yang memanjang selain tulang rusuk terkeluar dari tulang kemaluannya.

Jadi moral of the story.. Jangan tahan berak. Kalau tengah meeting dengan bos nak berak sila minta izin pergi berak. Bukan apa kalau di ajar tahan2 ni kang terbiasa asyik nak tahan jer lama2 benda tu memudaratkan diri.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com