Showing posts with label Pamoga Qu Puteh The Red Warrior. Show all posts

TIADA LAGI PASUKAN BOLA SEPAK THE RED WARRIOR

TIADA LAGI PASUKAN BOLA SEPAK THE RED WARRIOR. Lepas ni dah tiada lagi nama pasukan The Red Warrior. Yang ada cuma Pamoga Qu Puteh The Red Warrior berwarna pink katanya. Apa ke pelik nama pasukan bola sepak kelantan lepas ni. hehehe... Yelah.. kalau ambil orang jual kosmetik & produk kecantikkan jadi penaja..pasukan bola sepak pun kena ikut tema gugirl katanya. Hope takde yang kejar bola lari kepit2 nanti hahaha..


Apa nak di kata sebelah pihak sana kesempitan duit, sebelah sini banyak duit. Bila minta tajaan terpaksa la ikut syarat orang yang bagi duit. KAFA pun dah bersetuju dengan syarat yang di berikan makcik crown bling bling ni. Pink pun Pink lah.. apadahal. Pink comel apa? hahahahaha... Katanya syarat pink tu bertujuan mengubah wajah pasukan bola sepak kelantan tu agar nampak lebih segar. Yelah.. yelah.. memang segar lelaki & pink. Merah garang sangat. Tak sesuai lelaki nampak garang masa main bola sepak nanti awek awek takut tak boleh la nak jadi atlet selebriti. hehehe.. Jangan nanti minta pemain bola sepak kelantan pakai crown sudah. hehehe

Lepas ni mesti sihat & kuat semua pemain kelantan sebab dapat sponsor Pamoga kan.. Kalau sunburn sebab dok training tengah panas takpe boleh minta kat Dato Vida Qu puteh.. barulah putih. hehehe.. Hope pasukan kelantan tak di paksa untuk buat iklan dengan tagline.. Qu puteh.. Qu Puteh.. Barulah putih setiap kali nak memulakan permainan atau pertandingan. Sebab sebelum ni apapun makcik ni taja memang rancangan tu akan jadi iklan produk dia je la. Almaklum la orang meniaga kata Dato Vida.. Apapun dia sponsor dia nak dapat untung. Ok.. ok.. paham.


Bertabahlah penyokong Red Warrior.. Mula2 memang janggal. Lama2 biasa la tu dengan warna stadium baru & nama pasukan kelantan yang baru walau panjang berharkat. Jangan sesedih.. Pink je. Apadahal.. Anggaplah pink warna penuh gagah, macho..

Itulah lumrah hidup.. Bila orang bagi sesuatu dia mengharapkan pulangan. Orang berduit memang akan jadi bos.. Bila dia bagi duit dia untuk sesuatu pastinya dia buat untuk dapat untung bersama macam bos depa ni >> Bayangkan kalau bos korang tiba-tiba kasi RM4,000 untuk shopping macam ni? Best gile<< Memula excited la staff bila bos bagi 4k suruh bershopping tapi sebenarnya.. Korang baca la sendiri yer.

Apa nak di kata.. dah rezeki pasukan kelantan kan. At least dapat gaji mampu sara keluarga & diri sendiri.. Pink pun pink lah. Kalau soruu miss sapa nak tanggung anak bini,ye dak? hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com