SALAH FAHAM TERBESAR UMAT ISLAM TERHADAP BAK KU TEH
SALAH FAHAM TERBESAR UMAT ISLAM TERHADAP BAK KU TEH. Tadi aku ada post entri RESEPI NASI AYAM PALING SENANG DALAM DUNIA kan? Dalam entri tu ada jugak aku selitkan cerita suami aku masak Bak Ku Teh halal. Ada yang komen mempertikaikan Nama Menu Bak Ku Teh tu katanya Bak Ku Teh Memang merujuk kepada menu daging babi jer. Kalau guna ayam nama menu tu bukan bak ku teh tapi chikuteh. Yup ada yang panggil menu tu Chikuteh & ramai menggunakan nama menu bak ku teh ayam. Tapi sebab dia kata bak ku teh tu merujuk kepada daging babi maka kat situ dah berlaku salah faham. Aku tak marah & tak salahkan sesapa sebab memang bukan seorang malah banyak umat Islam salah faham tentang nama menu Bak Ku teh. Dengar je bak ku teh automatik dalam otak depa fikir babi.Gambar Sumber Google. Sekadar Hiasan |
Inilah salah faham terbesar umat Islam terutamanya melayu kat Malaysia ni. Dari apa yang aku baca .. Bagi yang tak faham maksud Bak Ku teh meh la kita sama2 memahami. Ia tak semestinya babi & tidak bermaksud daging babi pun. Bak Kut Teh, perlu kita faham apa itu Bak Kut Teh kerana kadang-kala yang kita fobia atau alergik pada perkara yang salah. Terjemahannya bermaksud; Bak = Daging (ada yang mengkhususkan kepada daging babi tetapi ia juga membawa maksud yang umum), Kut = Tulang/Tulang Rusuk, Teh = Teh (kerana ianya direneh bersama herba dan rempah Cina maka secara harfiahnya adalah Teh Rusuk Daging. Jadi, Bak Kut Teh tidak semestinya merujuk kepada daging babi sahaja. Rujukan dari blog revertedmuslim. Atau korang google sendiri "Maksud Bak Ku Teh"
Jadi kalau aku namakan Bak ku teh Ayam rasanya kalau salah pun salah perkataan bak tu je & tak mengambarkan benda tu guna daging babi pun. Bila aku google pun tak nampak penggunaan Bak Ku Teh Ayam tu salah sebab dalam Wikipedia pun ada tulis "Bak Kut Teh biasanya menggunakan daging babi sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu dan Ayam." Kat situ dah jelas bagitau bak ku teh tak bermaksud babi walau resepi asalnya memang guna babi. Sebab memang apa jugak daging yang guna untuk masak bak ku teh kebanyakkan menu dia tetap orang panggil bak ku teh. Maybe chikuteh orang kurang kenal berbanding bak ku teh. Tak caya try la google. Sebab maksud bak tu merujuk kepada daging bukan daging babi. Jadi apa nak pelik kalau ada orang Islam makan Bak ku teh sebab bak ku teh memang boleh di masak secara halal.
Moral of the story.. Sebelum kita mengeluarkan sebarang pendapat penting untuk kita siasat atau buat research dulu. Kadang2 benda yang kita rasa salah adalah sebab kita yang menjadikan benda tu sinonim dengan perkara haram walaupun pada hakikatnya yang menjadikan ia haram atau halal adalah bahan di gunakan atau cara penghasilannya bukan nama menu nya macam bak ku teh ni.
Entri ni sekadar berkongsi info untuk pengetahuan kita semua bukan untuk menjatuhkan atau menyindir jauh sekali nak cari gaduh dengan sesiapa. Sekadar membetulkan persepsi salah kita semua selama ni termasuk la aku. Dulu pun aku sendiri anggap bak ku teh tu memang masakan berasaskan babi.