Showing posts with label haiwan jalanan. Show all posts

BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING

BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING. Kalau sesiapa yang ikuti aku kat Facebook maybe ada ternampak aku up status berkenaan aku dapat warning letter dari badan pengurusan bangunan kat sini dengan tuduhan dalam surat tu... aku membela binatang peliharaan yang tidak di benarkan walaupun aku tak bela apa2 pets selain pets tak di undang cicak, lipas & semut je. Lipas tu selalu je aku bunuh tanpa belas kasihan sehingga dia tak berani lagi bertandang kat rumah aku secara terang terangan. Kalau seludup2 masuk tu ada la. Cicak pulak aku tak sampai hati nak bunuh.. aku nak halau secara berhemah pun tak tau macam mana jadi aku biar je la. Setakat sekor dua tu nanti pupus la tu hahaha. Semut yang paling susah nak slow talk sampai kena sorok gula dalam peti ais. Nak berkasar tak sampai hati.. Hari2 la aku dok pujuk suruh dia pergi bina penempatan dia kat tempat lain. Alhamdulillah dah semakin kurang...

Ni la muka2 yang aku dok bagi makan. Tak kesian ke?

Berbalik kisah aku kena warning letter katanya bela kucing.. Suami aku terus pergi pejabat pengurusan tanya dari mana dorang tahu kami bela pets sedangkan kami memang tak membela apa2 selain bela diri sendiri. Hatta saka pun kami tak bela. Dia kata ada orang report konon aku bagi makan kucing kat koridor rumah.. Sedangkan aku bagi makan kucing kat bawah. Tempat yang takde rumah sesapa. Kat LG Floor.. situ ada la kucing2 yang terbiar akibat perangai manusia yang masa suka bela lepas dah bosan atau nak  pindah main campak2 je kat bawah apartment ni. Nak buat macam mana aku dah biasa membesar hidup dengan kucing2.. Kesian pulak. Bukan aku je bagi makan.. aku sekali sekala kalau tengok takde makanan dorang aku bagi la. Normally ada orang yang selalu bagi dorang makan. So, kalau takde makanan baru aku bagi. Kalau ada takkan aku nak letak lagi.

Ni la surat cinta penuh kesyahduan yang aku dapat

Akibat dari tu jiran sebelah yang mungkin kesepian setelah kematian laki dia yang memang boleh kena parkinson kalau dia tak kacau hal orang pi la buat report. Biasa la.. Bukan aku je kena dengan janda tua tak mati mati ni.. Macam2 orang datang serang rumah dia selama aku tinggal kat sini. Bergaduh dengan jiran2 depan rumah ni biasa la. Dia ni bukan berani sangat pun tapi mulut jahat yarabbi. Tapi bukan orang melayu. Bangsa singh yang tak beriman punya. Agama apapun kalau jenis beriman memang tak kacau hidup orang. So, aku taknak salahkan bangsa & agama dia. Aku suruh dia keluar hadap muka aku kalau tak puas hati taknak pulak dia keluar & cakap dengan aku. Main report2 je..

Aku cuma bagi makan.. sampai warning letter bagai.. Ada family india ni bela anjing rilex je. 1 Block dengan aku. Siap naik turun lift lagi dengan anjing dia. Mustahil la tak pernah ada orang nampak atau tahu dia bela anjing. Anjing bukan yang jenis ketot2.. kecik2.. comel2.. jenis anjing besar jaga rumah tu. Aku yang tak pernah bela apa2 ni sebelum dapat warning letter. Takkan family india tu rilex je tak kena apa2. Dah terang2 dia bela haiwan yang sememangnya tidak di benarkan. pernah dulu kena serbu dari ajk block ni katanya ada orang report aku bela anjing. Keja gila aku nak bela anjing dalam rumah tanpa sebab. Aku pun masih tahu batasan aku dengan anjing. Memang laki aku dulu ada jaga bukan bela la.. Just bagi makan kat tempat dia parking seekor anjing yang berkurap. Tempat parking tu pun bukan dalam kawasan perumahan kat sini. Lepas anjing tu dah kembali gemuk & comel dia jumpa boipren seterusnya depa kawen & dapat anak tak tau mana depa sekeluarga pergi. So, tanggungjawab kami dah lepas la. Sekadar tolong jaga masa di perlukan. Nak bela tanpa ada sebab & kepentingan sebagai orang Islam memang tak boleh la kan tapi bukan sampai tak boleh ada rasa simpati & belas kasihan kat anjing. Islam pun tak ajar kita menganiaya apa2 makhluk.

Tapi tu susah bila kita hidup dengan manusia dah la dia jenis takde perikemanusiaan sesama makhluk.. Kita nak buat baik sesama makhluk pun dia sakit hati. Patut orang2 jenis macam tu kena tengok benda ni baru dia rasa nak tutup muka dia dengan spender >> Adakah Anda Sanggup Buat Perkara Yang Sama Terhadap Haiwan Seperti 6 Individu ni? << Malu la sikit kan.. dah la tak ada usaha nak membantu, bila ada orang lain cuba menolong jangan jadi syaton nirrojim sangat nak mendajal. Manusia macam ni layak campak dalam hutan amazon buat hidangan binatang buas je sebab tak reti berkongsi hidup & rezeki dengan makhluk lain.

Moral of the story.. hidup berjiran memang kena prihatin tapi bukan menyibuk atau menganggu hidup orang. Cukup la sekadar ambil tahu sikit sikit jangan sampai dalam kain orang pun kau nak sibuk. Sampai apa orang buat di luar rumah pun kau nak sakit hati. Ingat la yer.. Jiran yang baik adalah jiran yang tak menyibuk hal jiran jirannya.

YANG ADA KUCING BANYAK HANTAR JE KAT PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN

Nak tulis apa pun tak tahu.. Sebak.. sayu.. pilu jer. Sejak semalam sampai hari ni sang lekit dok berdebat pasal kucing. Bermula dari sorang perempuan yang upload 1 gambar kucing yang banyak dalam sebuah rumah yang di huni manusia. Gambar tu jelas nak bagitau perkongsian hidup manusia & kucing dalam 1 rumah.

Maka timbul la komen yang mempertikaikan tahap kebersihan, kesejahteraan jiran2.. budget makan bagai. Yelah.. bagi orang yang tak suka makhluk comel tu semuanya jadi busuk.. semuanya jadi buruk. Padahal kalau spesis manusia pengotor.. tak bela apapun dalam umah tetap rumah dia tak bersih jugak. Sampai ada yang bagi komen kata rumah bukan tempat membela haiwan macam kucing. Hantar je kat pusat perlindungan haiwan. Betapa dorang tak explore atau buat research sebelum bercakap kan??

Pusat perlindungan haiwan ni kebanyakkan bukan dari badan kerajaan.. kebanyakkan dari aktivis pencinta haiwan yang berusaha untuk menempatkan haiwan2 terbiar di tempat yang selamat & selesa. Dorang juga berharap ada bantuan dari mana2 badan atau persendirian.. Dorang juga berharap ada yang sudi adopt. Kos bukan kecik.. Kakitangan yang di perlukan ramai. Semua nak campak kat situ korang fikir ,muat ker??

Ada jugak nak cakap pasal undang2 dunia yang salah jika haiwan peliharaan ganggu ketenteraman jiran2. Ye betul.. kebanyakkan pencinta haiwan ni cuba sedaya upaya untuk pastikan haiwan dorang tak ganggu jiran2 tapi kadang2 kemampuan membataskan dorang untuk menyediakan kelengkapan tapi perikemanusiaan yang tinggi mengatasi segalanya. Betul.. ada jugak yang suka biar haiwan dorang ganggu jiran2 & penduduk setempat tapi bukan semua. Yang begitu tegur la.. nak ambil tindakkan pun ambil la tapi jangan pukul rata semua. Bila kau dah tak suka.. asal orang bela kucing.. bela anjing je ko mula panas punggung. Cari sebab nak buat haiwan nyah dari muka bumi.

Kau pandai cakap tak masuk syurga jika tak jaga hati jiran tetangga.. maka kau jagalah jiran kau yer. Ada manusia yang nak jaga semua.. nak jaga hati jiran.. nak jaga amanah Allah nan satu ni..(haiwan terbiar) tapi yelah.. manusia ni kan ada macam2. Kalau yang tak suka tu kau tak payah buat yang terbaik macam mana pun dia tetap cari salah. Apapun.. manusia bukan sorang tapi terlalu banyak di bumi Tuhan ni jadi perangai pun macam - macam ye dak?? Apapun kena ingat bumi Allah bukan hanya milik manusia.. kita semua menumpang termasuk makhluk lain. Jangan jadi raja sangat di bumi Allah.. sampai haiwan lain nak menumpang hidup pun jadi salah. Kau pun menumpang..Jadi kita kena sama2 sedar diri. Haiwan pun ada hak di bumi Allah. Dah Allah jadikan kucing tu hidup berdamping dengan manusia mesti ada sebab.

Bukan marah kalau orang tak suka haiwan ni.. tapi tolong la kalau tak suka better jangan bagi komen yang buat orang lain terasa hati. Mereka buat kerja kebajikan bukan suka2 untuk kaut untung lebih2 lagi yang kutip kucing jalanan & anjing terbiar untuk bagi perlindungan ni. Mereka bukan kutip lepas tu buka pets shop jual kucing2 & dapat untung boleh pergi holiday oversea.. kadang2 orang yang bela banyak kucing ni nak pergi memana pun fikir 100 kali. Yelah.. sapa nak jaga kucing2 tu. kang terlepas pergi umah cik fiza.. langsung tak dapat masuk syurga sebab ganggu jiran tentangga. kan?? Jadi kalau benci sangat pun tolong la jangan pertikaikan apa yang aktivis pencinta haiwan ni buat. Kalau takde orang2 macam mereka yang buat nak harap orang macam cik fiza buat pun.. nampak gayanya makin bersepah la kucing kena suntik ubat mati.

** Kalau nak tahu siapa cik Fiza jom kita baca attachment kat bawah ni

 Mereka anggap bela kucing banyak macam ni dalam rumah.. rumah busuk, kotor & tak masuk akal. Yang masuk akal bela apa yer dalam umah. Bela teddy bear besar2 ker??





p/S : Panjang kata macam tulis kat atas tapi pendek kata.. kalau dah tak suka tu semuanya jadi busuk, buruk,kotor bagai kan?? kau bagi kucing tu mandi 1 hari 5 kali pun tetap dia pandang kotor.. well tepuk dada tanya iman masing2.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com