Showing posts with label kebaikkan. Show all posts

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS. Normally kita biasa dengar budak2 pintar cerdas ni budak genius la kan.. Yang kategori keperluan khas selalunya yang ada masalah fizikal,mental, kelakuan & pembelajaran sebab kita dok nampak yang kat kelas pendidikkan khas ni kebanyakkan kanak kanak macam tu jer. Mana ada budak2 terlebih pintar duduk di kelas pendidikkan khas. Tapi tu la.. Bila seseorang kanak kanak tu mempunyai kebolehan atau kemahiran yang tidak sama dengan kanak kanak normal atau tipikal ni kategori keperluan khas la sebab keperluan mereka tidak sama seperti rakan sebaya so menyukarkan mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dalam satu kelas yang sama.


Tadi tertengok rancangan wanita hari ini membincangkan isu pendidikkan kepada kanak kanak keperluan khas ni. terdengar Panel jemputan seorang pakar psychologist kanak - kanak tu cakap.. Bukan kanak - kanak yang bermasalah pembelajaran, fizikal & mental je di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas tapi kanak kanak yang kategori pintar cerdas juga di letakkan bawah kategori keperluan khas juga. Kerana golongan kanak kanak macam ni tahap pemikiran & kepandaian mereka terlebih advance so kemahiran kognitif mereka tidak sama dengan kanak kanak normal @ tipikal. Jadi mereka perlukan sesuatu yang lebih mencabar untuk mereka belajar.. Jadi mereka jugak tidak sesuai di tempatkan di kelas yang sama dengan rakan sebaya. Di sebabkan itu mereka di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas juga.

Antara Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau obses dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Walaupun golongan kanak kanak pintar cerdas ni bijak tapi tetap ada kekurangan mereka sendiri.. Jadi ibu bapa, guru & orang sekeliling perlu tahu cara untuk mendidik mereka yang dari golongan ini

Antara Permasalah dari segi perkembangan tidak selaras dengan usia mereka

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka jadi bimbang dengan masa depan, kematian ,seksualiti & isu isu yang kurang sesuai di fikirkan dalam usia mereka.

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan melakukan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan.

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara sekalipun. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan didikan & disiplin yang betul walaupun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa perlu lebih prihatin  supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap yang suka pada kesempurnaan boleh menyebabkan mereka jadi takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini boleh menyebabkan mereka akan mengalami menjadi pendiam  ‘introverted’ dan mungkin boleh menyebabkan masalah kemurungan.

Tak kira anak kita kategori normal, masalah pembelajaran atau genius sekalipun mereka tetap seorang kanak kanak yang masih perlukan perhatian & bimbingan dari ibu bapa & orang yang lebih dewasa. Jangan ingat anak genius ni sudah dewasa untuk membentuk kehidupan sendiri. Mereka mungkin bijak dalam sesetengah perkara namun masih ada sudut mereka belum matang untuk membuat keputusan terhadap diri sendiri.

BAGAIMANA SUSU FRISO GOLD MEMBANTU ANAK YANG TIDAK SUKA MAKAN MEMBINA KETAHANAN DIRI DARI DALAM

BAGAIMANA SUSU FRISO GOLD MEMBANTU ANAK YANG TIDAK SUKA MAKAN MEMBINA KETAHANAN DIRI DARI DALAM. Walaupun dah berusia 5 tahun anak aku masih bergantung pada susu formula sebab dia sejenis budak yang sangat picky eater. Dia hanya makan makanan tertentu.. Normally makanan rutin dia biskut, roti, kentang goreng. Yang lain2 tu kadang2 dia makan jugak tapi sekadar rasa rasa je bukan sampai kenyang. Bergantung pada keinginan dia nak mencuba la.. Kalau makanan tu menarik perhatian dia.. Maka dia akan cuba jugak rasa. Kalau tak menepati citarasa dia.. dia takkan makan dah selepas rasa.


Walaupun anak aku seorang picky eater tapi dia tidak mempunyai masalah berat badan atau masalah kesihatan. Sebab salah satunya dengan memberi susu formula yang menepati keperluan dia untuk sentiasa aktif, cergas, sihat & menampung nutrisi yang dia tidak ambil dari makanan.

Contoh susu formula yang anak aku minum sekarang friso gold. Susu Friso Gold Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk dihadam. Friso Gold dengan teknologi LocNutri™ menggunakan haba yang sederhana semasa proses pengahasilan susu agar nutrien dipelihara sebab kepanasan melampau ketika penghasilan susu mungkin mengubah struktur asal .

Syarikat pengeluar Susu Friso Gold terkenal dengan kepakaran dalam tenusu dan menyediakan tenusu untuk kebaikan kepada berjuta-juta orang di lebih daripada 100 buah negara, setiap hari. Selama bertahun-tahun, para saintis mereka telah mencipta satu proses khas yang merawat susu dengan penjagaan rapi pada setiap langkah pemprosesan, dan memastikan banyak kebaikan dalam susu formula mereka. Ini tidak mustahil kerana mereka sendiri yang melakukan setiap langkah memproses, dari ladang ke kilang. susu yang berkualiti tinggi akan di hantar terus dari ladang ke kilang di mana kebaikan yang disimpan dengan baik bagi memastikan anak anda mendapat kebaikan dari susu yang mereka minum itu.


Pengeluaran dan Pembungkusan Friso Gold memenuhi standard kualiti yang diperlukan kerana ia adalah satu pelaburan jangkamasa panjang. Oleh itu mereka menjaga kualiti bermula dari sumber asal. Mereka menghasilkan sendiri susu di Belanda. Mempunyai lebih 14,000 ladang & petani yang berdedikasi bagi memantau kesihatan dan kesejahteraan setiap lembu. Dan seterusnya menyudahkan proses lengkap di Belanda. Kerana kawalan rantaian penuh ini, mereka dapat mengesan setiap pengeluaran keseluruhan bagi setiap tin susu tepung Friso Gold.

Kebanyakkan susu formula yang ada di pasaran tidak di membantu sistem penghadaman  & menyebabkan sembelit. Anak aku dulu pun pernah mengalami sembelit yang setiap kali nak membuang air besar. Sistem penghadaman yang baik dapat mengelakkan sembelit. Jadi perkara utama yang perlu di titik berat dalam memilih susu formula anak anda adalah yang mudah di hadam supaya tidak berlaku masalah sembelit. Friso Gold  membekalkan nutrisi yang membantu penghadaman kanak kanak. Jadi dapat mengatasi masalah sembelit tu. Selesai satu masalah anak aku selepas minum susu Friso gold ni.


Selain itu Friso Gold diimport 100% dari Belanda dan tidak mengandungi sukrosa. Sukrosa atau gula tambahan ni memang tidak elok untuk kanak kanak. Lagi kurang kandungan sukrosa adalah lebih bagus untuk kesihatan anak - anak kita. Kadang2 susu formula kanak kanak yang mempunyai kandungan gula tambahan yang banyak akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif & boleh menghadapi masalah obesiti. Ia juga boleh membuatkan kanak kanak susah untuk memberi tumpuan, menjadi cepat tantrum, penyebab ekzema & banyak lagi. Jadi elakkan memberi anak anda susu formula yang banyak gula tambahan.


Friso Gold jugak mempunyai Vitamin D Vitamin B5 dan C, Selenium, GOD, zat besi dan DHA bagi membekalkan nutrien penting yang membantu tumberasan kanak kanak dan menyokong daya ketahanan semula jadi mereka. Sangat penting daya ketahan diri seorang kanak kanak untuk memastikan mereka tidak cepat jatuh sakit bila melakukan aktiviti di luar atau bersosial dengan rakan sebaya di sekolah atau tempat - tempat permainan. Jika kanak kanak menghadapi masalah penghadam dan masalah kesihatan atau kerap jatuh sakit.. memang anak - anak itu tidak akan kelihatan ceria & tak ada mood nak bermain. ia jugak akan memberi kesan kepada kita sebagai ibu bapa. Bila anak kerap sakit.. Dah tentu ibu bapa pun turut rasa tak gembira kan. Sebab tu pentingnya membina ketahan diri dalam dalam seorang kanak kanak untuk memastikan mereka sentiasa bersemangat melakukan apa saja aktiviti.

Friso Gold dengan Protection Lid, lebih bersih dan mudah. Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut.

Rasa susu Friso Gold ni juga jangan risau memang sedap.. Insya Allah anak anda tidak menolak untuk minum. Shahila anak aku pun tak pernah tak habiskan susu setiap kali masa dia minum susu. Dari hari pertama bagi Friso Gold 3 ni memang dia tak menolak walaupun shahila picky eater. Bukan semua susu dia suka.. Kalau dia tak suka memang dia tolak terus. Tapi kalau dia suka.. Dia akan minum sampai habis kadang2 tu minta extra lagi.

Anak aku shahila memang mempunyai antibodi yang kuat.. Jarang sangat nak jatuh sakit atau demam. Kalau demam pun memang sekejab.. kadang2 sehari.. kadang2 setengah hari. Jadi, tiada keterbatasan aktiviti yang kami nak buat bersama dia. Walau main hujan pun dia masih boleh bertahan & tidak demam. Kalau bawa pergi kolam renang walau dia berendam dalam jangkamasa lama juga tak menyebabkan dia terkena selsema atau demam ataupun terkena apa2 jangkitan kulit bila bercampur 1 kolam dengan kanak kanak lain. Kalau bawa pergi playground tu aku biar je dia main sampai comot.. Sebab dia tak ada masalah alergik atau ekzema jadi tak perlu risau dia main pasir ke pijak rumput ke.. Memang tak memberi kesan pada kulit dia. Salah satu sebab selepas dia putus susu badan (semasa berusia lebih kurang setahun lebih) aku pastikan memberi susu formula yang mempunyai khasiat yang membina antibodi yang kuat memandangkan dia seorang picky eater so terpaksa menampung nutrisi yang dia tak ambil dari makanan dari susu formula yang dia minum.

Bila ketahan badan kuat dari dalam tak perlu risau nak buat aktiviti apapun. Anak gembira, ibu ayah pun senang hati.

Yang ibu bapa perlu tahu.. Apabila kanak-kanak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badannya akan bertambah baik. Apabila anak anda kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama kita dengan ceria tanpa batasan. Jika anak kita tidak mudah jatuh sakit dia boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang kanak kanak lain lakukan. Jadi anak anda boleh mencipta banyak kenangan terindah di zaman kanak kanaknya. Tidak la mereka rasa zaman kanak kanak mereka hanya cuma terbaring kerana sering jatuh sakit sebab antibodi yang tidak kuat.

WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN

WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN. Aku dulu ada jugak kawan yang kaki makan tapi sekarang kami dah putus kawan setelah di ijabkabulkan kami tidak lagi di gelar sebagai kawan oleh orang2 sekeliling tapi lebih di kenali sebagai laki bini. Dia kategori suka makan maka tempiasnya kena aku jugak. Sejak kenal dia macam2 tempat makan dia bawa aku pergi. Tapi yelah jenis aku bukan semua tempat aku pergi makan aku canang kat media sosial.. Jadi tak ramai tahu sebenarnya area kl/selangor ni banyak tempat dah aku pernah pergi makan


Laki aku jenis kalau bab makan tak kedekut sangat sampai kadang2 aku rasa macam nak bagi kuliah kat dia. Sebab aku jenis tak suka makan banyak2, dia pulak kalau makan suka banyak menu atas meja. Tapi yelah.. bising2 pun bila dah hidang kau melantak jugak tak pandang kiri kanan kan. Tu cerita tentang bekas kawan aku yang suka makan.

Bila kita dapat kawan yang suka makan ni kita jangan ingat jenis kaki makan ni tolak batu dengan kayu je.. yang lain2 semua dia rembat. Tak jugak. Macam asben aku la.. even suka makan tapi bukan semua dia makan. Salah satu benda dia takkan makan even sedap macam mana pun daging haiwan berkaki empat. Melalui cara makan pun kita boleh tahu mood seseorang nak2 lagi mood seorang kaki makan. Banyak sebenarnya perkara yang kita selalu salah anggap tentang orang yang suka makan ni.. Kalau aku nak tulis memang entri aku jadi entri berepisod. Point jer dah ada 10 perenggan tak campur lagi cerita2 konar baring yang aku selitkan. Jadi untuk tidak buat anda semput baca entri aku panjang berjela apa kata anda baca je kat sini >> Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda mempunyai Kawan Yang Kaki Makan <<

Sangat penting kita tahu jenis kawan suka makan ni selain kita boleh tahu apa kelebihan kawan yang suka makan supaya kita tak rasa was was untuk rapat dengan dia. Mungkin menjadikan perkara tu sesuatu yang sangat seronok bila bersama dia. Sememangnya setiap perkara tu ada baik & buruk.. dan penting untuk kita tahu kebaikkan & keburukkan kawan kita yang suka makan ni bagi mengimbangi keadaan bila kita berdepan dengan sesuatu yang buruk dia buat berkaitan dengan makan. Sebab kita dah tahu dari awal so kita boleh prepare ye dak.

NI LA PUNCA TIADA INTERNET PERCUMA KAT MALAYSIA

Benda free semua orang nak tapi tak semua dapat. Tak semua benda free yang kita tak dapat tu tak best. Sebenarnya ada kebaikan benda tu tak di beri percuma oleh kerajaan pemerintah. Yang tak percuma pun dah macam2 jadi apatah lagi kalau percuma, ye dak?


Walaupun Malaysia takde internet percuma tapi tengok ramai pun yang dah macam takde life & privacy. Ada yang dah tak cukup tidur & sanggup ambil waktu tidur semata mata nak online jer. Ada yang kualiti kerja/belajar dah jadi merosot sebab terlebih masa layan internet & ada laki bini bercerai sebab internet. Kalau la semua orang dapat internet percuma rasanya Dalam rumah takde la interaksi antara ahli keluarga sebab bandwith internet tak pernah habis, maka depa layan internet pun tak stop dah. Tak terbayang kalau semua rakyat Malaysia dapat guna free internet seumur hidup.. Gamaknya negara pun boleh jadi tunggang langang.

Moral of the story.. Aku pun tak harap internet percuma sebab aku tak nak balik kampung atau anak aku nanti dah takde masa nak duduk bersembang dengan aku. Takut perbincangan hal peribadi pun semua melalui FB,Whatsapp., wechat.. bla.. bla.. dot.com.


RAHSIA JIMAT MINYAK SEHINGGA 50% YANG ANDA BELUM TAHU

Ni bukan setakat nak gebang pung pang pung pang yer... Sekarang nak isi minyak pun rasa macam nak isi emas.. Yelah semakin mahal even minyak dah turun harga tapi harga minyak ni sama jugak macam harga emas turun naik. Nak2 lagi duduk kat bandar.. Dengan serba serbi mahal.. Jangankan barang, kubur pun berbayar sekarang. So, mesti ramai yang cuba cari penyelesaian untuk langkah penjimatan, kan??

Sumber google

Benda yang aku nak share dengan hangpa ni bukan sekadar review tapi memang asben aku pun dah guna sejak sebelum raya korban tahun lepas lagi. Nak test power setakat mana benda ni mampu menjimatkan minyak petrol. Memang tak tipu punyalah.. Boleh jimat sehingga 50% dari kebiasaan. Contoh kalau selalu guna minyak kereta RM50 untuk ke destinasi tu... tapi dengan benda ni kos minyak cuma RM25. Aku nak cerita pasal kereta ni aku tak reti sangat tapi apa yang aku faham asben aku cerita itulah dia. Jimat separuh dari kebiasaan.

Kalau korang pernah dengar MP-R Fuel saver memang korang tau pasal produk ni. Bukan setakat menjimatkan minyak malah ada fungsi lain lagi aitu

 Cara nak guna dia senang je.. cucuk je kat tempat orang suka guna sebagai pencucuh rokok tu tengok lampu menyala dah ok. Gambar google sebab gambar yang aku snap masa dapat produk ni dalam cpu lama yang dah koma sampai hari ni.


MP-R
(Sesuai untuk kenderaan berat & Penjimatan minyak dari 15% sehingga 50%)
  • Menambah kuasa pick up serta pecutan
  • Mengurangkan pengeluaran asap tebal
  • Pemanduan lebih lancar
  • Pendakian bukit lebih mudah
harga sebelum ni RM219.00 tapi harga sekarang RM 199.00 

MP-R Extra
(Sesuai untuk kenderaaan biasa. Penjimatan sehingga 55%)
  • 2 x lebih kuasa
  • Pemanduan lebih lancar
    enukaran gear lebih lembut
  • Pendakian bukit lebih mudah
  • Mengurangkan pengeluaran asap tebal
Harga sebelum ni RM349.00 tapi harga sekarang RM299.00

MP-R HD
(Sesuai untuk kenderaan Berat. Penjimatan sehingga 50%)
  • 5 X lebih kuasa
  • Menambah kuasa pickup serta pecutan
  • Pemanduan lebih lancar
  • Pendakian bukit lebih mudah
  • Mengurangkan pengeluaran asap tebal
Harga sebelum ni RM499.00 Tapi harga sekarang RM399

 Produk buatan Malaysia, yang di hasilkan oleh anak melayu. Syarikat 100% Bumiputera Islam. Ada pengesahan SIRIM, berdaftar dengan MyIpo, Rakan Dagang KPDNKK. Jaminan pulangan wang 100%

Sebenarnya banyak kelebihan produk ni.. antara yang asben aku cakap aircon pun tak payah pasang kuat, pasal level rendah pun dah sejuk sangat. Antara lain yang aku baca dapat kurangkan gangguan sistem audio,mengurangkan gegaran enjin, mengoptimumkan fungsi alat2 elektronik dalam kenderaan & banyak lagi sebenarnya.

Harga dia bagi aku biasa jer.. Tak mahal sangat pun berbanding kelebihan produk ni. Mungkin memberi kita keuntungan balik. Keluar modal sekali untung setiap hari, ye dak? Nak2 lagi banyak travel atau guna kereta setiap hari. Kalau korang minat boleh contact..  MP-R hotline 010-5109300 atau 0105109311
Untuk lebih info sila layari : www.mpr4u.mu
facebook : www.fb.com/mpr4u

P/S : Yang berminat nak review produk kat blog saya boleh PM kat FB.

INILAH AKIBAT BILA PRODUK ANDA DI VIRAL KAN OLEH BLOGGER

Setiap perbuatan memang ada akibatnya tak kira baik atau buruk macam tu jugak bila anda bayar blogger untuk viralkan produk anda bagi tujuan promosi jugak ada akibatnya.. Nak tau apa akibat jika korang keluar modal yang banyak, bayar ramai blogger untuk viralkan produk anda supaya lebih di kenali.. baca sehingga noktah terakhir yer...

 ehem.. hem sapa2 yang minat nak takeover tempat banner nuffnang tu boleh la contact I yer... kekekeke.

Ramai dah peniaga atau syarikat besar yang mempercayai kemampuan blogger untuk memperkenalkan @ mempromosikan produk mereka kat laman sosial. Sebab dah banyak produk mampu di viralkan sehingga mempengaruhi pengguna untuk mencuba produk yang promosikan oleh ramai blogger termasuk aku.. hahahahaha

Walau aku pun blogger yang ada jugak dapat job review tapi aku pun manusia yang akan terpengaruh jugak la dengan produk yang menjadi viral kat laman sosial. Contoh cosmoderm.. Dok baca kelebihan produk tu aku pun terjebak nak beli.. Dah la aku jenis kalau start survey lebih dari satu aku beli. Semalam sempat rembat 3 produk cosmoderm.

Sekali aku terpengaruh.. ambil 3 sekali aku beli. Hygine wash (memang best aku pakai & murah) Pencuci muka vitamin E (pun rasa best jer) &Magic Exfoliating Gel (Pun aku rasa best guna). Cosmoderm bagi aku produk yang murah & senang nak beli sebab banyak farmasi ada jual

Tu aku.. yang ada blog boleh cerita macam mana berkesannya bila tengok ramai blogger lain mula memperkenalkan sesuatu produk & berkongsi testimoni lepas guna.. Orang lain yang senyap2 terpengaruh tu mungkin lebih ramai. Jadi nasihat aku pada pengedar produk ni.. Jangan kedekut keluar modal kalau nak untung. Jangan rasa sia2 bayar blogger setakat nak promot kat laman sosial & rasa benda tu anda boleh buat sendiri. Bila korang bayar blogger untuk promosi.. selain depa mem viral kan produk anda secara berjemaah sehingga penuh timelines FB cerita pasal produk tu, sampai orang yang tak kisah pun jadi ambil kisah.. depa jugak mencuba & berkongsi testimoni. Kalau bagus kebanyakkan blogger akan bagi review percuma kat blog selepas menggunakannya. Tak rugi pun.

Dan kena ingat.. apa sahaja yang di kongsikan di laman sosial adalah lebih mudah tersebar berbanding media cetak & TV. Berita kat TV pun tak mampu sepantas berita kat internet, jadi sekarang ni lebih berkesan mempromosi kan apa2 produk atau servis di laman sosial jadi blogger adalah salah satu penyampai yang berkesan. blog sekarang menjadi sumber rujukan.. Bila blogger tulis pasal produk korang jadi bila secara automatik dia akan tersenarai dalam carian google. Salah satu kebaikan untuk produk korang jugak. Bayangkan ramai blogger yang tulis pasal produk korang, mesti banyak sumber rujukan akan muncul di carian google & bila ramai orang review dah semestinya lebih menambahkan keyakinan orang untuk mencuba produk korang.

Moral of the story setiap perniagaan perlukan modal.. Jadi kalau nak untung pun kena keluar modal. Bomoh jampi2 & ludah2 dalam air pun caj mahal.. Inikan blogger yang kena gunakan kreativiti menulis pasal produk korang.. Jangan minta free atas dasar kawan la.. sedara la.. & jangan pulak tipu tak bayar macam aku pernah kena dengan salah sorang pengedar Youwhite tu. Bila minta orang buat kerja sila bayar & Tak rugi pun bayar blogger jadi jangan takut untuk gunakan blogger untuk promosikan produk korang.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com