MELAYAN PETS SHAHILA. Sejak kecil anak aku memang tak pernah ada haiwan peliharaan. Dah masuk umur remaja baru ada. Tu pun pets dia tak tipikal sangat la kan. Orang laib bela kucing, hamster etc.. Dia bela belalang, beluncas & ikan puyu. Low cost pet katanya. Ni idea bapak dia sebenarnya. Lepas tu dia pun enjoy je dengan serangga dia bela.
Shahila dia memang akan bersembang dengan serangga dia macam kawan. Kadang dia bergurau tu kita sendiri rasa annoying. Macam mana yer nak describe perkara tu.. Dia macam seolah olah serangga tu respond dengan ekspresi yang kita boleh nampak padahal reaksi depa tu nampak sama je kecuali ikan puyu dia la si opet. Si opet tu macam ada respond kalau shahila main main dengan dia. Dia akan jadi aktif sikit. Belalang kamarul dia.. Walaupun tak ada respond tapi dia rajin bercakap dengan kamarul tu. Setiap pagi sebelum pergi sekolah dia akan berbual bual dulu dengan kamarul.
Beluncas dia semua dah jadi rama rama. Yang ke 8 si siti dah keluar kepompong pagi tadi. Beluncas rama rama ni pet hit & run je. Dah jadi rama rama nanti kena lepaskan la. Nanti dia minta lagi ayah dia carikan beluncas.
Semua pets dia makan daun kecuali opet je ikan. Haritu ada bela kumbang daun tapi jenis serangga hayat tak lama. Yang setakat ni paling lama kamarul.
Kamarul pun dah ber evolusi. Dari belalang hijau kecil sekarang dah jadi belalang kunyit kuning bertompok hitam. Dah jadi belalang dewasa. Kamarul ni belalang pertama shahila & masih survive sampai hari ni walau kurang upaya sebab kaki dia hilang satu. Yang lain dah mati.
Sebenarnya macam macam dia minta nak bela.. Hamster la, kura kura la. Tapi yang menguruskan nanti aku jadi malas la nak bela haiwan haiwan yang mendatangkan bau. Hahahaha.. Bela je la serangga tu. Makan dia boleh kutip kutip je kat pokok.
Comments
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini