RASA NAK ULAS ISU TENGAH VIRAL TAPI.. Banyak sangat isu isu panas sekarang. Terkini isu influencer di tuduh buat gangguan 'seggsual' pada budak bawah umur. Nak ulas dalam blog? Mula mula rasa nak juga mengulas isu isu viral di blog lekat lekit ni dah siap draft lepas tu rasa tak perlu la. Zaman tu biarlah jadi sejarah. Zaman menjadi outspoken blogger tu rasa macam tak nak ulangi dah. Biarlah ulasan isu isu viral ni seladar hit & run. Blog ni macam diari jadi akan tersimpan kemas cerita tu. Jadi aku kalau boleh dah tak nak simpan cerita cerita macam tu.
Semua orang akan lalui fasa buat silap dalam hidup termasuk aku. Yang salah di hukum yang belum di hukum tak semestinya sentiasa betul. Hidup ini macam tu la.. Kadang kadang kita buat kesilapan yang sama cuma kita bernasib baik tidak di hukum di dunia jadi kita merasa kita lebih baik dari orang yang sedang menerima pembalasan dari kesalahan dia.
Aku pernah berada di fasa di mana orang padan kan muka aku kena saman konon lantang sangat. Bila di uji lagi suami aku mengalami kemalangan & cedera agak teruk ada yang sindir aku konon kifarah. Konon silih berganti ujian besar dalam hidup aku tu bukan ujian dah itu kifarah. Yang hamburkan kata kata tu pun tak baik mana tapi aku tak remove dia sebagai friend aku biar je. Belum di uji tak bermakna kita lebih baik dari orang lain, kan? Biarlah dia rasa dia lebih baik dari aku sebab aku pun tak pernah rasa diri aku baik.
Di blog biarlah aku perlahan lahan untuk ubah cara penulisan aku mengikut apa yang aku rasa perlu & tak perlu. Blog ni sekarang pun dah kembali kepada tujuan mula mula aku bina blog ni. Bukan untuk popular, bukan untuk cari income dan bukan untuk kejar views. Hanya untuk aku menulis apa yang aku rasa nak tulis. Tak semestinya cerita peribadi.. Apa saja aku rasa nak ceritakan dalam bentuk penulisan. Tak semua suka bercerita dengan lisan.. Dan itulah aku yang suka bercerita melalui penulisan.
Yang sudi baca blog aku terima kasih.
AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU. Sejak dua tiga hari ni aku dok selongkar blog. Ada masa baca balik entri entri lama nak tengok apa yang sesuai & tidak lagi untuk di publickan. Almaklum la blog ni terlahir secara luar nikah... kekekeke. Bukan maksudnya blog ni wujud sebelum aku nikah. Sebelum aku kenal suami aku dan ada sedikit cerita peribadi yang tak sesuai aku nak public kan sebab melibatkan orang yang dah jadi kenangan ni. Tak best la sebab ada gambar gambar kan walau tidak la gambar itu dalam keadaan yang mengaibkan. Gambar gambar biasa je. Yelah masa bujang kita kan banyak aktiviti outdoor jadi ada la gambar gambarnya.
Bila baca balik entri entri lama tu kadang kadang tergelak sendiri. Ya Allah.. betapa masa menjadikan kita semakin matang dan kita boleh nampak dari penulisan kita sendiri. Bagus juga kan ada blog ni. Harap memori kita untuk ingat semua yang pernah berlaku memang tak la. Semakin bertambah usia akan semakin banyak kita akan lupa. Jadi aku rasa dalam usia yang ada ni aku nak jadikan blog ni untuk menulis cerita cerita harian aku je lepas ni. Atau bila aku rasa nak menulis sesuatu aku tulis je. Asalkan masih ada ruangan untuk aku menulis selain platform media sosial lain. Tapi menulis blog ni tak sama tau dengan kita menulis posting di platform social media lain. Blog ni kita kadang kadang kita rasa macam satu medium yang lebih memberi inspirasi untuk menulis. Tak kisah la ada atau tak orang membaca kan.. Tapi untuk kepuasan sendiri tak salah pun nak teruskan.
Aku mula minat menulis sejak usia 12 tahun. Nak tahu masa tu aku suka karang apa? Bila aku sedih aku buat pantun yang meluahkan perasaan aku. Pantun semua sedih sedih je. Lepas tu aku mula tulis diari. Aku mula tulis puisi & cerpen. Salah satu cerpen aku dulu pernah tersiar di laman web karangkraf. Banyak koleksi karya aku dah tak ada selepas aku berhijrah. Rumah aku kat kampung mak ayah aku renovate. Bilik aku dah tak ada. Semua barang2 & buku aku mak aku dah buang. Bukan benci tapi rumah nak renovate dia kemas kemas ikut dia la apa dia rasa sampah dia buang. Disket disket yang banyak aku simpan puisi & cerpen aku pun rasa kalau ada dah tak boleh baca. Pc sekarang pun mana ada floppy disk dah. Budak budak gen Z pun tak kenal dah disket.
Ada satu diari untuk sahabat aku hari hari tulis dulu. Masa tu umur aku 18 tahun. Hari hari aku tulis diari tu seolah olah sedang bercerita dengan dia. Aku ni dulu seseorang yang sangat sayangkan sahabat. Tapi banyak berakhir dengan kekecewaan sampai satu masa aku memilih untuk jauhkan perasaan & diri aku dengan menjadikan sahabat tu sesuatu yang terlalu istimewa. Mungkin sampai satu peringkat umur kita mula memikirkan pasangan hidup jadi focus & keutamaan kita pun kepada sesuatu yang kita nak cari & capai. Dan selepas itu.. Dunia aku cuma dengan pasangan hidup aku sahaja.
Kanak kanak, remaja & sebelum aku kahwin dunia aku memang dengan kawan kawan. Family dah jadi kurang. Tapi selepas aku dah kahwin dunia aku 360° berubah. Masa yang ada sekarang aku cuma focus untuk family. Sebab tu balik kampung aku jarang nak jumpa siapa siapa. Aku lebih suka duduk di rumah spent time dengan family aku. Aku rasa dulu masa aku dengan kawan kawan dah terlalu banyak berbanding family aku sendiri tapi mereka tak kekal ada dengan aku. Tapi keluarga.. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jauh dari hidup aku. Dalam susah dan senang sentiasa ada.
Tapi aku tetap menghargai semua yang pernah hadir dalam hidup aku. Mewarnai kisahku & melengkapkan kenangan ku. Aku melalui semua kisah yang perlu ada dalam sebuah kehidupan. Tanpa semua yang pernah hadir dalam hidup aku mustahil aku mampu melengkapkan kisah hidup aku dengan semua cerita kehidupan. Terima kasih atas semua kenangan manis, kenangan pahit & cerita yang pernah kita cipta bersama.
APA AKU BUAT SEKARANG NI? Jarang jarang aku nak update kehidupan aku sekarang di blog. Malah blog ni makin sendu dengan cerita. Tak sama macam zaman kegemilangannya dulu. Meriah dengan entri entri baru setiap hari. Orang kata blog dah tak relevan sekarang tapi jiwa seorang blogger masih ada di hati aku. Aku masih nak blog nio terus hidup dan aku masih mencari masa untuk aktif semula menulis di sini. Relevan atau tak itu cuma persepsi orang tapi bagi aku masih relevan untuk aku menulis sebab aku suka.
Mungkin dulu blog ni jadi salah satu punca pendapatan sampingan aku selepas aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa bermula dari tahun 2011 sehingga sekarang. Tapi sekarang memang dah tak ada sebarang tawaran kolabrasi dengan mana mana pihak yang melibatkan blog tapi tak bermakna rezeki aku terus terputus kat situ je. Di sebabkan aku aktif di media sosial (Facebook) jadi aku sekarang banyak buat affiliate. Setakat ni dengan shopee & lazada. Banyak kali juga dapat tawaran kolabrasi dengan lazada & shopee untuk kempen kempen tertentu selain menjana pendapatan dari perkongsian barang barang yang di jual di platform tersebut. Jadi tak perlu risau. Rezeki ni semua dari Allah. Tertutup satu pintu rezeki.. Mungkin di buka dua tiga pintu rezeki yang lain. Selagi kita berusaha, Insya Allah.. Allah tak pernah lupa memberi.
Kehidupan aku masih macam biasa.. Masih seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak (perempuan & lelaki). Sebenarnya tak ada apa menarik sangat. Aku jalani kehidupan macam biasa. Kehidupan aku masih sederhana tapi Alhamdulillah sentiasa cukup keperluan kami sekeluarga.
Sebenarnya aku masih mencari rentak baru untuk blog ni. Aku sendiri tak tahu nak aktifkan balik dengan cerita apa. Kalau dulu cerita cerita seram aku rasa macam dah tak berapa best sebab ramai yang buat review filem. Tapi aku masih die hard fans filem seram sampai sekarang. Cuma zaman kumpul dvd cerita seram dah tak ada. Sebab susah dah nak cari koleksi dvd ni. Masa aku masih kumpul pun dah tak banyak yang ada bila teknologi digital dah ambil alih. Walaupun seronok kumpul dvd ni.. Benda yang kita boleh nampak secara fizikal depan mata. Pun macam tu koleksi koleksi dvd aku masih di jaga baik sampai sekarang. Semua original aku beli. Anak anak aku pun tak boleh main. Benda tu nanti di masa akan datang jadi sesuatu yang sangat berharga tau!
Jadi sekarang aku nak tengok apa yang boleh aku jadikan tema untuk penulisan di blog aku nanti. Sayanglah kalau tak di gunakan.. domain masih di bayar setiap tahun dan harga domain pun makin naik. Nak lepaskan sayang..
Pada yang masih letak link blog aku di bloglist hangpa.. terima kasih dan pada yang masih setia follow blog lekatlekit ni pun terima kasih. Semoga blog ni kembali di hiasi dengan cerita cerita lebih bermanafaat dan menghiburkan pembaca.
DOA DARI ANAK ISTIMEWA BUAT BLOGGER LEKATLEKIT. Semua orang tahu kan saya sedang hadapi satu kes saman sivil dengan tuntutan saman sebanyak RM3juta sebab mengulas satu produk kecantikkan ni. Dah dekat 8 bulan rasanya kes ni berlangsung di mahkamah.. Saya masih meneruskan misi mencari dana bagi membayar kos guaman yang tinggi untuk membela diri.
Antara usaha saya selain mengadakan misi mencari dana dengan memohon sumbangan melalui social media.. Saya juga ada menjual
Kuih Bulan orang melayu
 |
Sekarang Tengah berlangsung promosi 4 Pcs RM50 (Include Postage. Sabah Sarawak tambah RM5) |
Kek sarang semut
Pekasam daging berempah.
Berminat nak membeli boleh whatsapp ↭ 0172429610
Hasil jualan tu semua untuk menampung kos guaman saya yang maybe akan mencecah RM50K jugak la. Kalau ikut kos quotation RM44K tapi di sebabkan ada kos lain termasuk travel lawyer yang terpaksa berulang alik ke mahkamah KB, kelantan dari shah alam.. So, kos jadi semakin banyak. Saya dah cuba buat permohonan untuk di bicarakan di Mahkamah Shah Alam tapi gagal. Dalam kemampuan yang terbatas & undang2 tidak membenarkan saya di bicarakan di negeri saya tinggal.. Maka nak tak nak terpaksa jugak la struggle untuk mencukupkan kos bagi meneruskan perjuangan saya ni.
Tapi atas keyakinan saya pada Allah yang sangat tinggi & tidak berbelah bahagi.. Saya memilih untuk terus berusaha sampai ke saat ini. Cuma saya mohon Allah terus berikan saya kekuatan untuk terus berjuang. Apapun yang berlaku di masa akan datang.. Saya redha selepas saya dah berusaha. Saya sangat yakin Allah tidak pernah menganiaya saya.. Apa yang Allah uji adalah kerana saya mampu pikul & Allah menguji saya dengan kasih sayangnya. Banyak hikmah & hidayah yang saya dapat selepas saya di saman.. Tak tergambar saya kasih sayang Allah tu. Terima Kasih Ya Allah..
Pagi tadi saya menerima Mesej di Facebook.. Kenalan dia social media. Kami sama sama mempunyai anak Autisme. dari situlah kami berkenalan antara satu sama lain. Dia menghantar satu video Doa dari Aiman.. Anak autisme. Allahu.. terharunya saya. Sungguh terharu sangat.
Aiman pernah menjadi viral selepas menghantar surat kepada Mufti Wilayah Persekutuan & Mufti telah berkongsi surat Aiman di Laman Facebook.
Mohon Aminkan doa dari Aiman
Anak istimewa ni hatinya sangat suci. Insya Allah doanya sampai terus kepada Allah. Moga doa Aiman untuk Aunty menjadi doa - doa yang termakbul. terima kasih Aiman.. Di saat ada yang memandang sepi dengan masalah saya yang masih belum selesai, Masih ramai sebenarnya mendoakan untuk saya. Doa memang sangat saya perlukan. Mungkin asbab doa doa anda Allah hantar bantuan yang maha hebat, maka kuat, maha luar biasa untuk saya. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya.
Apapun saya masih meneruskan MISI MENCARI DANA. Mohon tolong like & Share yer di facebook masing masing. Insya Allah jika cukup kos yang di perlukan Misi mencari dana ini saya akan tamatkan. Apapun terima kasih pada semua yang membantu saya dari awal sehingga kini. Semoga Allah membalas dengan rezeki yang berlipat ganda, di permudahkan segala urusan & di beri kebaikkan dunia & akhirat. Amin..
MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK. MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK KES SAMAN SIVIL RM3JUTA
Assalammualaikum
Dengan rendah hati saya ingin memohon bantuan dari semua pihak yang membaca posting ini
Saya seorang blogger yang sedang menghadapi satu kes saman sivil dengan jumlah tuntutan saman sebanyak RM3juta kerana menulis satu pendedahan berkaitan 1 produk di blog saya
lekatlekit.com.
Saya memerlukan lebih kurang RM44K untuk membayar kos guaman bagi membela diri supaya dapat mengelakkan dari di jatuhi hukuman & di mufliskan dengan nilai tuntutan saman tersebut.
Sudah 8 bulan prosiding kes saya berjalan di Mahkamah tinggi. Insya Allah awal tahun depan kes saya akan di bicarakan namun kos guaman masih belum mencukupi.
Ini adalah satu perjuangan bukan hanya untuk diri saya malah untuk ramai individu di luar sana. Kekangan saya adalah tidak boleh mendedahkan maklumat berkaitan kes saman ini untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan mahkamah.
SAYA MENGHARAPKAN BANTUAN DARI SEMUA PIHAK TERMASUK ORANG AWAM, PENGAMAL MEDIA SOSIAL, ORANG POLITIK, NGO & SESIAPA SAHAJA.
SAYA CUMA SEORANG BLOGGER SURIRUMAH YANG TIADA PENGARUH & KES SAYA TIADA LIPUTAN MEDIA MASSA. DI SEBABKAN ITU ADA YANG MEMANDANG SEPI MASALAH SAYA.
Bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan di dunia & akhirat
Blogger Yang mengharap keajaiban
Suria Lekatlekit
BILA TIADA LAGI PERTALIAN MERTUA & MENANTU TAK PAYAH OVER SANGAT. Yelah.. dah nama pun berpisah maka hilang la title mertua & menantu yang ada cuma bekas mertua & bekas menantu je. Bila dah jadi bekas ni bukan kata kena isytihar musuh terus.. Boleh jer kita ada hubungan baik dengan bekas keluarga mertua. Mungkin sebab antara anak & bekas mertua masih ada pertalian darah jadi sekaligus melibatkan bekas menantu jugak la untuk kekalkan hubungan antara nenek/datuk & cucu.
 |
Gambar sekadar hiasan.. hik hik hik.. Kalau cerita ada kena mengena sekadar kebetulan.hahaha |
Tapi berpada pada la kan.. Terus berbaik tu tak salah cuma mungkin kalau terlalu akrab menyebabkan keluarga bekas pasangan tu jadi mudarat pulak. Soal ex ni memang sensitif, hokay! Ada orang memang tak suka dah nak dengar cerita pasal ex pasangan dia apatah lagi tiap kali ada apa2 acara atau majlis atau takde apa2 keraian pun muka bekas ex pasangan tu ada je kat situ. Seolah2 macam tak reti nak bina life sendiri.. tetap nak berkepit dengan bekas keluarga mertua. Sedangkan yang menantu baru ni.. sedikit tersisih & di sisihkan.
Kadang2 penceraian antara bekas pasangan tu berlaku akibat kecurangan & orang ketiga. Jadi mertua ni mungkin permulaannya rasa tak suka la dengan menantu baru. Tapi kalau di beri peluang untuk buktikan dia mampu jadi menantu yang baik setanding bekas menantu dulu.. Insya Allah hubungan tu akan jadi baik jugak. tapi kalau dah bekas menantu tetap nak terus bertakhta di hati bekas mertua sebagai menantu terbaik walau dah jadi ex sampai tak bagi laluan pada menantu baru untuk cipta hubungan baik dengan mertua pun susah jugak. dah bekas tu buat la cara bekas.. Nak menyendeng sangat dengan mak mertua orang sampai macam takde life tu sapa suruh. Kadang2 walau sayang pun kita perlu bataskan tindakkan tu untuk tidak menyebabkan hubungan orang lain jadi bermasalah.
Moral of the story.. Islam tak galakkan kita putuskan silaturrahim tapi Islam jugak tak suruh kita berbaik dengan seseorang untuk hancurkan hubungan orang lain. Pada mereka yang sedang di landa masalah yang melibatkan ex pasangan yang melekat dengan mertua macam kembar siam tu bertabahlah.. Berdoalah semoga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan hubungan keruh tu meretakkan hubungan kekeluargaan antara keluarga mertua jugak memberi kesan pada rumahtangga.