DIA PIJAK PIJAK KOTAK MERCUN POP POP ANAK AKU
![]() |
Mak tengah belajar guna setting expert kat galaxy s4 zoom. hahaha |
Tetiba aku teringat pulak kisah petang semalam kat playground taman metropilitan yang tak jauh dari rumah in law aku. Tapi bukan kepong hehehe.. Biasa la bawak budak shahila melempiaskan nafsu bermain dia kat situ. Ada la sekumpulan budak.. tak tau la adik beradik ke. Ada 3 orang dalam 3 size & umur yang berbeza. Yang paling tua & paling besar badannya. Agak peramah tapi agak tidak sopan. Tak tau la kenapa aku tak berapa gemar budak perangai macam tu. Anak aku ni walau komunikasi tahap merangkak2 lagi. Tapi suka sangat nak berkawan dengan orang. Dia pergi la kat budak 3 orang. Yang lelaki tu agak garang & kerek asyik menghalau yang perempuan paling besar gamaknya dalam darjah 2 ke 3 macam tu.. peramah sikit tapi suka dok mengejek anak aku cakap. Anak aku pegang 1 kotak mercun pop pop tapi dah habis dia main. cuma kotak tu mungkin dia sayang nak buang so dia usung la. Budak perempuan paling besar tu rampas dari tangan dia nak tengok. lepas dia tengok kotak tu dah kosong dia buang kotak tu.. bila anak aku berlari nak pergi ambil cepat2 dia pergi pijak2 kotak tu. Meruap jugak kita yang dok tengok tapi aku diam je. Takkan la aku nak pergi bergaduh dengan budak kecik walaupun badan aku kecik kan... hehehe
![]() |
Apa punya turrr la itu budak. Pasrah je la kan shahila hahahha |
Bila tulis entri ni pun aku macam masih ternampak nampak muka budak tu. Rasa geram je nak picit2 sampai keluar kencing katanya. Nasib baik kau budak... Kalau level2 layak jadi mak budak memang aku sekolahkan jugak ehehehe. Kadang2 sebab benda2 macam ni la orang pilih berkurung dalam rumah dari keluar hadap benda2 yang menggugat kesabaran. lebih2 lagi kalau berlaku perkara macam ni >> Ini Sebab Orang Lebih Suka Duduk Kat Rumah Dari Keluar Sebab Tak Sanggup Hadap Azab Perkara Perkara Macam ni <<. Kat mana2 pun ada je manusia yang akan menguji keimanan kita yang senipis kulit bawang ni. Tak kira la budak kecik atau orang tua yang umur di pinggir kubur. Cuma yang membataskan tindakkan kita adalah kewarasan. Kalau hilang kewarasan sekejab mungkin tindakkan kita pun macam orang gila jugak.
![]() |
Akhirnya layan main sorang2 je senang. hehehe |
Moral of the story.. Apa nak pelik budak jadi kurang ajar macam dalam kisah ni.. Kalau orang dewasa dalam kes kat secret recipe tu menunjuk contoh tak baik depan anak anak. Tak pelik kalau anak dia nanti pun akan jadi perangai macam mak dia mengamuk macam orang gila baling makanan bagai.
mmg kena pantaulah budak2 sekarang..kdg2 risau gak kalau kat blkg dia wat camtu kan..xnmpk..
ReplyDeletealah tegur jer, kasi takut sikit, cuma x perlu nak marah
ReplyDeleteaku baca citer ni pun dah geram..tp biasalah, budak2. kita perhatikan dari jauh..tp kalau ada budak lain touch anak kita, mahu bergaduh gk ngn budak kan..
ReplyDelete