Showing posts with label kanak kanak. Show all posts

CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA SUNTIKAN IMUNISASI (VAKSIN) YANG TIDAK DI AMBIL SEJAK BAYI

CARA UNTUK DAPATKAN SEMULA SUNTIKAN IMUNISASI (VAKSIN) YANG TIDAK DI AMBIL SEJAK BAYI. Isu vaksin sekarang tengah hangat di perdebatkan. Yang pro vaksin terus menyampaikan kesedaran betapa pentingnya vaksin kepada bayi, kanak kanak & orang dewasa. Yang antivaksin macam biasa la..mencari hujah & fakta tanpa kajian membuktikan keburukkan vaksin. Sebab aktivis medic yang terdiri di kalangan mereka yang dari bidang kesihatan tidak putus asa menyampaikan kesedaran keperluan vaksin.. Alhamdulillah ramai dah mula buka hati & minda menerima vaksin.

Tapi tu la.. ada yang dah terlepas lama sangat. Dari baby tak pernah vaksin sampai besar dah tak tahu macam mana nak catch up balik Imunisasi suntikan vaksin yang terlepas tu. Perlu ke ambil semua imunisasi yang terlepas sejak bayi atau mengikut keperluan sahaja??

Saya ada tanyakan hal ni kat facebook.. ada beberapa beberap doktor respond so boleh la saya kongsikan bagaimana cara untuk mengambil semula imunisasi yang terlepas sejak bayi tu.

Contohnya anak anda dah terlepas suntikan imunisasi dari bayi sampai umur dah 10 - 11 tahun atau lebih. Atau anda sendiri yang mak bapak anda tidak vaksinkan sejak bayi. Manalah tau hangpa salah seorang anak anak kepada golongan antivaksin.. Masa kecik hangpa tak ada pilihan samada memilih di vaksinkan atau tidak. Semua keputusan mak bapak yang buat tapi bila dah sampai umur 18 tahun hangpa sedar vaksin sangat penting untuk mencegah penularan wabak penyakit yang boleh di cegah melalui suntikan vaksin. So.. hangpa ada niat nak vaksinkan diri sendiri tapi sebab dari lahir sampai dah akil baligh memang tak pernah vaksin jadi tak tau nak mulakan macam mana..

Jangan pening pening kepala atau kecewa sangat. Biar pun terlambat tapi masih ada cara korang nak ambil vaksin tu..

Caranya pergi ke klinik kesihatan nanti doktor bagi jadual suntikan imunisasi yang anda tertinggal & di perlukan mengikut keperluan umur anda masa tu. Tak semestinya korang akan di beri semua suntikan imunisasi yang korang terlepas sejak lahir. Nanti doktor buat check up tengok apa yang perlu di beri untuk anda.

Boleh Follow poster ni cara dapatkan semula suntikan imunisasi anak anda yang tertinggal

Saya dulu pun terlewat 3 bulan untuk suntikan imunisasi untuk anak pertama sebab saya tak tahu kena pergi laporkan kat klinik. Sebab confuse dengan appointment hospital. Ingat semua refer hospital jer.. Mujur la lewat 3 bulan.. sempat catch up yang mana tertinggal. Tak banyak yang tertinggal sangat yelah baru 3 bulan kan?

Tapi bagi anda yang terlepas sampai bertahun tahun suntikan imunisasi untuk anak anak.. Boleh je pergi ke klinik cakap nak ambil imunisasi anak anda yang terlepas. Nanti doktor susun jadual baru untuk suntikan imunisasi tu.

Penting tau ambil suntikan vaksin ni.. Untuk mengelakkan anak anak anda dari dapat penyakit yang dapat di cegah dengan vaksin contoh yang tengah viral sekarang difteria. Bagi yang tak tahu apa tu penyakit Difteria.. sedikit pengenalan tentang difteria

Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Wabak difteria berlaku di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an. Ia jarang berlaku di negara perindustrian kerana pemberian vaksin DPT telah dilaksanakan. 
Penyakit difteria meningkat semasa musim sejuk di kawasan yang beriklim sederhana dan melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun yang belum mendapat imunisasi. 
Penyakit ini dikesan di kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi.
Jangkitan adalah teruk dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.
Sumber : Portal MyHealth

Tu salah satu penyakit yang di boleh di cegah melalui suntikan vaksin. Baru baru ni dah ada kematian di kalangan kanak kanak kat malaysia akibat Difteria. Yer.. kanak kanak tu tidak mengambil suntikan vaksin. Tak tau la mak bapak dia antivaksin ke apa.. Tapi laporan kesihatan menyatakan kanak kanak tersebut memang tak ambil suntikan vaksin.

Kanak kanak yang tidak di vaksinkan kalau kena difteria & bergaul dengan anak anak kita yang dah lengkap vaksin pun benda tu merisikokan juga kanak kanak yang di vaksin. Sebab boleh berjangkit cuma yang vaksin ni kalau di jangkiti risiko maut tu kurang la sikit & boleh di rawat berbanding yang tidak di vaksinkan risiko maut adalah sangat tinggi. Yer.. ajal maut Allah yang tentukan.. Tapi Allah pun tak suruh kita hanya duduk tadah tangan & redha.. suruh kita usaha mencegah. Kalau dah usaha.. berlaku juga baru la boleh redha.

Sekarang ni kat Malaysia pun banyak pihak tampil memberi kesedaran tentang kepentingan vaksin & cuba membetulkan salah faham & fitnah terhadap vaksin yang dibuat segelintir golongan antivaksin ni. Pada anda.. Jangan percaya pada mereka yang tiada tauliah dalam sesuatu bidang & hanya merujuk dari pembacaan di internet kemudian mengambil fakta yang tiada kajian atau bukti sahih untuk menghasut orang awam. Jangan merisiko diri sendiri & zuriat anda.

Moral of the story.. Anak adalah amanah Allah untuk kita. Nak beranak pun bukan macam kentut. Perlu melalui proses mengandung 9 bulan, hadap alahan bagai.. Lepas tu nak beranak pun tak ada sambil gelak gelak anak tu meluncur laju tanpa ada rasa sakit. So, jagalah sebaik mungkin. Vaksinkan anak anda untuk mencegah penyakit merbahaya. 

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI. Tu dia.. tetiba pagi ni nak tulis kronologi kes kematian seoarang anak kecil yang minggu ni mengemparkan para bawang rangers di media sosial. Maka boleh la kita baca macam macam komen simpati, marah, geram & macam macam emosi la yang di luahkan melalui penulisan di media sosial.

Anak Syurga Nur Aisyah Aleya. Tidur lah nak.. Tiada kesakitan lagi. Bermainlah kamu di taman syurga

So far seperti bawang bawang lain.. Eden pun ikuti juga kes ni. Dari dia di laporkan hilang & gerakkan mencari sampai la mayat di temui di ikuti dengan macam macam pendedahan. Mula2 di katakan di larikan pengasuh.. lepas tu dah dapat tangkap orang yang di dakwa menjaga budak tu baru tahu bahawa kanak kanak tersebut telah meninggal dunia. Menurut pengasuh dia.. Konon budak tu di serang penyakit sawan ketika di mandikan.. lepas tu meninggal. Sebab panik dia pergi buang mayat budak tu dalam hutan di gunung raya langkawi. Selepas tu suspek melarikan diri ke lembah kelang bersama keluarganya.

Selepas tertangkap suspek.. Baru si ibu kanak kanak tersebut buka cerita. Katanya anak dia tak pernah ada penyakit sawan. Pengasuh anak dia tu sebenarnya boyfriend mak budak tu merangkap suami kepada perempuan lain. Si suami ni bawa balik skandal tinggal serumah dengan bini dia tapi dia tak bagitau la bini dia tu skandal dia.. Dia bagitau kawan. Sebab suami dia dah biasa bawa balik perempuan & bagi tumpang.. So bini ni tak syak la apa apa. Sampai la kantoi bahawa mereka sebenarnya pasangan kekasih gelap. Apa lagi si bini halau la skandal laki dia tu dari rumah.. Yang agak bodoh perempuan tu keluar rumah boyfriend dia.. tak bawa anak sekali. Allahu dah kenapa pun tak tau.

Menurut cerita si ibu kanak kanak malang tersebut.. Boyfriend dia memang panas baran & suka pukul anak dia. Mak Aii.. Dah tau laki tu suka pukul anak kau berani kau tinggalkan anak kau kat dia untuk di jaga. Laki tu juga tak bekerja. Bila dia datang semula seminggu selepas tu untuk ambil anak dia.. Pasangan suami isteri tu cakap anak dia dah di serahkan kepada orang yang tidak di kenali untuk di jaga tapi sebelum tu katanya anak kepada pasangan suami isteri tu pernah bagitau yang kanak kanak malang tersebut dah mati. Dia dah mula syak berlaku sesuatu tak baik kepada anak dia. Pasangan suami isteri tu katanya pujuk perempuan ni untuk balik tinggal dengan mereka. Tapi sebab dia rasa mereka tak jujur & tak nak bagitahu kat mana anak dia.. Dia tolak permintaan mereka.

Si ibu membuat laporan polis & gerakkan mencari anak dia & suspek (pengasuh) barulah terbongkar segalanya dan akhirnya mayat kanak kanak malang itu di temui dalam hutan gunung raya yang di sumbat dalam beg. Mayat pun dah tak sempurna di percayai di makan binatang buas. Hanya cebisan rambut & tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya. . Tapi kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak

Masih tak tahu punca kematian tapi nampak kalau betul budak tu meninggal dunia kerana sakit yang tiada unsur pembunuhan takkan mayat dia nak di campak dalam hutan dengan alasan panik kan.. Mesti ada something wrong somewhere. Kat situ dari awal netizen mula curiga dengan kenyataan awal dari suspek. Yelah.. secara logik kalau kau tak salah buat apa kau nak takut kan?

Apa yang kita boleh ambil pengajaran dalam kes ni.. Pantun melayu ada menyebut..

Anak udang udang juga,
mana sama anak tenggiri,
anak orang.. orang juga,
Mana sama anak sendiri.

Kat situ memberitahu segalanya.. Mereka boleh jaga anak mereka dengan baik tapi bila anak orang di bawah jagaan mereka berlaku kekejaman yang kita sebagai manusia tak boleh nak terima. Cuma tak faham kenapa si ibu masih percaya untuk meninggalkan anak dia di bawah jagaan orang macam tu walau dia nampak sendiri sebelum ni anak dia selalu kena pukul dengan lelaki tu. Tak tahu apa masalah sebenarnya dia.. Tapi bila dah jadi kes macam ni tak guna dah nak menangis atau menyesal.

Moral of the story.. Sudah sudah la mengecam tindakkan si ibu yang meninggalkan anak dia bawah jagaan manusia bertopengkan syaiton nirrojim. Mungkin dia ada alasan lain walau memang saya sendiri rasa geram je tapi ambil pengajaran jangan skandal dengan laki orang lebih lebih lagi laki tu panas baran. Peace!

KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK

KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK. pepagi kalau dok layan group Masak apa hari ni.. memang berbau bawang jari memasing menaip katanya. Ada je la isu pembawangan akan bangkit di group. pagi tadi ternampak 1 post yang maybe dia post tengah malam semalam kot.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Posting tu tunjuk gambar megi (mee segera) siap masak dengan captiop lebih kurang macam ni.. Terpaksa tunggu anak anak tidur dulu nak makan megi. takut anak anak dia pun nak makan megi bersama. Ada parents lain pun akui buat benda yang sama bila nak makan megi.. Tunggu anak anak tak ada atau anak anak tidur dulu. Normally yang ada anak anak masih kecil la buat macam tu. Yang anak anak dah berbulu atas bawah.. takde nya nak sorok sorok bila nak makan megi. Dah besar panjang.. berakal tak kuasa la mak bapak dia nak layan kan. pepandai sendiri la nak makan & pilih makanan macam mana dia nak makan. Ye dak..

Tapi juga la geng2 bawang holand, bawang putih, bawang merah & bawang besar ni komen.. Katanya tak sampai hati nak makan & sorokkan pada anak. Konon apa dia makan.. Anak pun makan bersama. Tak tergamak nak sedap sorang sorang anak di biarkan terliur. Tu dia.. Dia punya ajet ajet mak mak mithali, solehah & bakal ahli sorga katanya.

Allahu.. Kenapa parents sorokkan dari anak anak kecil bila nak makan megi @ mee segera ni. Semua orang tahu mee segera ni bukan makanan yang sihat & bagus untuk perkembangan kanak kanak terutama yang tengah membesar & masih belajar.

Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung jugaboleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. - Sumber Portal Rasmi Hospital Lahad Datu -

Kajian di Harvard mendedahkan mi segera boleh merosakkan organ kanak-kanak dan punca penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis! Jika kanak-kanak makan bahan kimia ini, ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.
Kandungan MSG yang merangkap penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia. - Sumber the asian parent -

Dah faham acik acik bawang & akak akak kepoh semua kenapa ada sesetengah parents nak makan megi sorokkan dari anak anak. Even mee segera ni bukan je tak bagus untuk kanak kanak malah orang dewasa juga at least yang dewasa ni tahu nak limitkan pengambilan makanan makanan macam ni. Budak2 ni kalau dia rasa sedap kalau boleh hari hari dia nak benda tu. Dia tak peduli dah sihat ke tak sihat. Bukan sebab mak bapak sorokkan mee segera sebab saja nak aniaya anak sendiri.

Moral of the story.. Nak membawang jadilah bawang yang bijak pasti anda kelihatan seperti bawang yang high class kekekeke

PERHATIAN! YANG ADA ANAK KECIL ANDA PERLU TAHU TENTANG TASNEEM NATUREL BALM NI

PERHATIAN! YANG ADA ANAK KECIL ANDA PERLU TAHU TENTANG TASNEEM NATUREL BALM NI. Bila ada anak kecik kat rumah ni.. Kadang2 sebagai seorang mak kita kena jadi nurse jugak. Bukan kadang kadang memang auto akan jadi nurse bila memerlukan.. Rumah kita pun kadang - kadang boleh jadi mini farmasi dengan macam macam jenis ubat. Yelah.. tetiba anak sakit tengah tengah malam buta nak bagi rawatan awal sebelum ke klinik atau hospital.. Sekurang kurangnya ada la juga ubat ubatan kan..


Sebab tu mana mana bakal mummy tak kira la kali pertama ke, kali kedua atau kali ke sepuluh sekalipun kena stanby 2 jenis balm ni. Kalau dah terberanak nanti tak payah anak meragam atau sakit baru terhegeh hegeh nak cari ubat katanya. So kita terhegeh hegeh dari awal takde la kelam kabut sangat. Lagipun balm bukan nak basi pun beli awal awal.. Expired date dia pun panjang.

Cough & Flu Balm

Balm ni memang saya sendiri guna untuk anak saya terutama Cough & Flu Balm... Op lupa nak habaq kat hangpa.. Ni kami tengah cerita pasal Tasneem Naturel Balm. Untuk yang Cough & Flu serius patut ada kat rumah. Yelah musim musim hujan ni anak anak senang kena batuk & selsema. Nak2 lagi yang hantar nursery, taska atau tadika. Benda ni sangat senang berjangkit. Jadi tolong la simpan stok sebekas Cough & Flu Tasneem Naturel Balm ni.


Pengalaman guna produk ni... Alhamdulillah. Tak mau la bagi testimoni overclaim sangat satgi kena kecam kat Page PW Community, Say No To MLM bagai tapi memang berkesan. Kalau baru - baru bunga2 nak selsema tu hangpa sapu terus kat dada, belakang badan & tapak kaki anak hangpa... Insya Allah dia block selsema tu tak jadi semakin teruk. Ni base dari pengalaman sendiri tau I cerita.. Bukan copy2 testimoni orang lain. Tapi Kalau dah teruk baru nak sapu tu memang ambil masa sikit tapi tetap la membantu merawat masalah batuk & selsema. Kalau yang anak susah nak makan ubat tu... Bagus juga ikhtiar dengan Cough & Flu Tasneem Naturel Balm ni.


Selain batuk & selsema.. Membantu juga anak - anak yang ada kahak. Bila tidur berdengkur sebab penafasan tak lancar. Kesian kan dengar bunyi nafas anak tersekat sekat nak nak lagi baby yang kecik kecik tak reti nak buang kahak sendiri lagi. Allahu.. kesian sangat. Jadi boleh la try sapu Cough & Flu Balm ni.. Insya Allah, dapat membantu dengan izin Allah.


Satu lagi yang penting juga korang simpan kat rumah kalau ada anak kecik.. Tummy Time Balm. Biasa la anak kecik terutamanya baby.. Mudah sangat kembung perut. nak nak lagi kalau cuaca sejuk macam sekarang ni. Jadi Untuk merawat masalah tu boleh guna Tummy Time Balm ni. Yang ni memang sangat penting mana2 ibu - ibu yang ada baby. Kalau sebelum ni hangpa guna minyak angin, boleh tukar ke Balm sebab tak berisiko tumpah & lebih jimat. Kalau guna minyak angin tau tau ja la.. dapat kat bebudak yang baru dapat akal.. di tuangnya. Memang menangis berlagu Aiman Tino je la. So, Balm ni lebih pratikal la sebab dia pepejal bukan cecair. hehehehe


walaupun dia Balm baby tetap boleh di gunakan oleh orang dewasa kalau sakit perut ke, cirit birit ke, gastrik ke.. Takde masalah.  Serius kalau perut rasa tak selesa saya sapu.. Memang boleh mengeluarkan angin angin tak selesa tu secara semulajadi ikut laluan belakang hehehehe... Tak paham la tu laluan belakang tu apa. Kentut la... Amboi nak bahasa bahasi sopan santoin sikit pun dah tak paham. hehehehe


Sembelit pun hangpa boleh try Tummy Time Balm ni. Terutama kalau anak anak hangpa yang kecik kena sembelit. Budak budak kalau kena sembelit memang kesian. Anak saya pun dulu kerap sembelit sebab dia picky eater & hanya bergantung pada susu formula. Kadang2 menangis bila nak berak. Duduk lama dalam toilet pun tak boleh berak. Terpaksa ambil ubat melawas.. Dah la susah nak bagi makan ubat. Jadi dengan Tummy Time Balm ni memudahkan kerja sikit la cuma sapu sapu je kan.


Suami saya pulak ada gastrik. Dah bertahun pantang makan apa2 yang pedas & bercili. Gastrik ni susah nak hilang kalau hilang salah makan pun boleh datang balik. Saya tak ada gastrik so tak tau sakit tu macam mana tapi tengok suami sendiri kena gastrik memang simpati jugak la.Ikhtiar juga la sapu Tummy Time balm ni.. Kurangkan sikit la derita gastrik dia tu.


Tasneem Naturel Balm ni.. Yang best takde bau yang kuat tapi ada juga bau herba natural dia tu. Bila sapu dia tak panas sangat tapi rasa selesa & memberi kelegaan juga bila guna. Size dia pun tak besar.. Boleh campak je dalam handbag atau nak sumbat dalam poket seluar pun muat. Jadi sangat pratical la untuk di bawa kemana mana..

Tummy Time Balm

Benda baik ni elok kita sebarkan untuk manafaat orang yang memerlukan.. ye dak. Sebab tu kami tulis kat blog pasal balm ni.. Jadi kalau hangpa nak try Tasneem Naturel Balm ni.. Sila contact seller kat bawah ni. Kami pun ambil stok dari dia juga.. So di jamin trusted seller, Insya Allah anda bayar dia hantar.

 Call/Whatsapp : 019 882 4804 (Kinah) 

 Facebook : Nursakinah Mohd Nor 

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK. Ramai mak mak zaman sekarang suka make over muka anak anak perempuan mereka menggunakan alat kosmetik (makeup) orang dewasa. Nampak comel je.. sekujur tubuh kecil di makeup seperti seorang dewasa kan.. Anak perempuan memang suka la kalau boleh dapat look macam mak dia.. Almaklum la, mak kan idola anak anak.


Anak saya pun sama jugak.. Naluri kegadisan tu tetap ada walau baru 6 tahun. Nak berlipstik eyeshadow bagai tapi saya memang tak dedahkan sangat dia dengan kosmetik orang dewasa sebab saya tak nak bagi kesan jangka panjang nanti. Kulit dia terlalu muda untuk di tenyeh & tonyoh dengan kosmetik ni. Even compact powder pun saya tak suka pakaikan untuk anak saya. Biarlah kulit dia cukup matang bersama usia untuk dia cuba benda benda macam tu.

Apa yang saya baca.. 

Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit kulit kerana kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif akan lebih terdedah kepada jangkitan pelbagai kuman. Disebabkan alasan ini juga, kita kena hati hati ketika memakaikan produk kosmetik kepada anak-anak. Ini kerana, produk kosmetik dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak yang boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan pada kesihatan.
Menurut Pakar Estetik, Dr. Riza Hartini Razali, komponen-komponen yang terkandung dalam produk kosmetik dewasa boleh mengakibatkan dan menimbulkan pelbagai simptom alergi dan alahan pada kanak-kanak. ini kerana terdapat pelbagai jenis campuran yang terkandung dalam produk kosmetik tersebut termasuklah pelbagai jenis bahan pewarna.
Anak-anak kecil sebenarnya tidak sesuai untuk dipakaikan produk kosmetik kerana kadar metabolisme mereka tinggi jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Disebabkan inilah sekiranya mereka dipakaikan produk kosmetik, kadar penyerapan lebih cepat, tinggi, dan akan menyerap terus ke dalam sistem badan.
Untuk pengetahuan, kulit kanak-kanak akan menyerap hampir 100 peratus bahan-bahan ini (bahan kimia) kerana sistem imunisasi mereka belum matang dan tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Jadi badan anak-anak ini akan mendapat kesan serta merta
kulit kanak-kanak sebenarnya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan kulit orang dewasa kerana kulit kanak-kanak lebih nipis. Jadi sekiranya kulit orang dewasa juga boleh mengalami pelbagai masalah apabila memakai produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut, bayangkan apa akan terjadi pada kulit kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk kosmetik juga boleh menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah alahan atau iritasi, penyakit kulit seperti ekzema, kerengsaan saluran pernafasan dan mata, keracunan dan tidak ketinggalan masalah pada sistem penghadaman.
Sesetengah kosmetik dewasa turut mengandungi hormon-hormon yang boleh mengganggu kematangan seksual kanak-kanak dan agen perosak hormon yang boleh menyebabkan kerosakan hormon di dalam badan. Kanak-kanak masih berada dalam fasa pertumbuhan, iaitu badan mereka masih lagi dalam proses tumbesaran.
Sekiranya kulit mereka didedahkan terlalu awal dengan bahan-bahan ini (bahan kimia), akan mengganggu pertumbuhan dari segi fizikal dan otak. 
Memang tidak ada kajian khusus yang membuktikan bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser atau pelbagai lagi penyakit berbahaya, tetapi jika dilihat kepada pesakit-pesakit kanser yang sedia ada, lazimnya kandungan darah mereka mengandungi bahan-bahan kimia ini.
Antara kandungan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dewasa ialah merkuri, paraben, dan hidrokuinon. Oleh demikian, langkah yang terbaik adalah jangan sesekali membenarkan anak-anak menggunakan kosmetik dewasa.
Sekiranya masih mahu menggunakannya, ibu harus lebih peka dalam memilih produk–produk yang mesra kanak-kanak, semula jadi dan selamat. Untuk lebih selamat, hari ini ibu-ibu boleh menguji produk kosmetik dengan penguji merkuri mudah alih bagi mengetahui tahap kandungan merkuri yang terdapat di dalam sesuatu produk kosmetik.

Jadi jangan simplysiti (copy ayat kak senduk hehehe) Nak calit2 muka anak hangpa dengan kosmetik bukan bukan yer.. Budak kecik ni tak payah nak tempek makeup sangat sebab depa memang original natural beauty. Wajah ahli syurga katanya.. semua comel comel belaka.

Moral of the story.. Anak anak masa kecik dia tak boleh buat keputusan pada diri dia sendiri maka kita mak bapak ni yang kena pilih yang terbaik untuk anak anak.

ANAK MERAUNG BILA MANDI MACAM KENA DERA, INI YANG IBU BAPA KENA TAHU & BUAT

ANAK MERAUNG BILA MANDI MACAM KENA DERA, INI YANG IBU BAPA KENA TAHU & BUAT. Budak shahila sejak lepas demam haritu tiap kali suruh mandi, tiap kali tu jugak melalak. Tak tau la kenapa dia jadi tak suka mandi. Tapi kalau umpan nak pergi kedai laju la sikit dia masuk bilik air. Kalau pagi2 tu nak pergi sekolah memang dengar dulu la suara menangis masa kali pertama di simbah air ke badan dia. Sebelum demam 2 minggu lepas memang tak ada masalah macam tu. Maybe masa demam tu kena mandi & rasa sejuk sangat kot dia jadi fobia so kena ambil masa sikit la untuk dia kembali seperti sediakala.


Tu budak shahila punya hal.. Anak hangpa ada tak yang jenis memang tak suka mandi. Nak2 lagi yang masih kecik.. Asal mandi dia punya meraung macam kena dera. Apa ingat semua bayi & kanak kanak suka air ke? Main air maybe depa suka tapi kalau mandi ni seolah olah macam satu tanggungjawab besar depa nak kena buat hari hari. Tu yang ada meraung macam kena dera walhal mandi je. Jiran2 yang dengar suara anak kita pun mungkin terfikir apa la mak dia buat sampai macam tu dia punya meraung.

Ada budak tiap kali mandi mesti meraung & meronta ronta sampai besar. Setiap kali air singgah kat badan dia dia punya reaction tu macam kena api.. Memang pening kepala jugak la kan dengan anak yang tak suka mandi ni. Takkan nak lap2 macam kucing jilat2 badan tu je. Mau kepam baunya. Kot mana pun tetap kena mandi sebab mandi ni banyak kebaikkan. Antara kebaikkan mandi ni adalah, dia mampu mengeluarkan racun dari badan.

Mandi dengan berendam dalam air panas sekitar 32 - 35 darjah Celsius selama 10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

Selain dari mengeluarkan toksin mandi ni pun membantu untuk masalah jangkitan kulit. bayi & kanak kanak ni memang terdedah dengan jangkitan kulit macam ruam & gatal gatal. Dengan mandi juga boleh mengurangkan masalah tersebut..

Penyakit kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Walaupun mandi ni banyak manafaat tapi tu la nak terangkan kat budak2 kecik ni bukan mudah. Kalau dia tak suka tetap la dia tak suka kan.. Jadi kalau ada anak anak hangpa yang memang tak suka mandi hangpa boleh try cuba buat benda ni >> Susah nak suruh anak anda mandi? Ikuti 4 tips mudah ini, Si Manja pasti suka! < Insya Allah akan buat anak anda lebih enjoy menikmati masa mandi. Mungkin boleh mengurangkan tantrum tiap kali nak mandi juga. Yang penting kena usaha ok! Jangan hanya duduk & berharap tapi tak buat apa apa memang mereput la kau kat situ... hehehehe

Moral of the story.. Budak - budak nak mendatangkan minat dia untuk sesuatu cuma kena perlu buat dia enjoy jer termasuk mandi. Fitrah budak budak memang suka bermain & dengan bermain buat mereka happy so, adaptasikan bermain dalam aktiviti mereka termasuk la mandi.

GAMBAR TERKINI PELAKON KANAK KANAK FARA NADIA YANG DAH REMAJA & SEMAKIN MENGANCAM

GAMBAR TERKINI PELAKON KANAK KANAK FARA NADIA YANG DAH REMAJA & SEMAKIN MENGANCAM. Mungkin sebut nama orang tak berapa kenal pelakon kanak kanak ni tapi rasanya kalau tengok gambar ramai yang kenal. Seorang budak yang berkulit hitam manis, hidung mancung & berbadan kurus. Banyak muncul dalam drama2 melayu satu ketika dulu. Antara drama yang pernah di lakonkan adalah Ku Petik dosa. Drama tu dia pegang watak sebagai kanak kanak yang menjadi mangsa seksual oleh suami kepada pengasuhnya.

Salah satu babak fara nadia dalam drama Ku Petik Dosa

Tu masa dia masih kanak kanak la.. Sekarang dia dah meningkat remaja. Umur pun dah 16 tahun.. Jadi susuk tubuh pun dah berubah cuma rupa tu rasa macam tak jauh beza sangat la dengan rupa dia masa budak budak. Tapi imej & penampilan memang tak sama. Almaklum la dah remaja, dah pandai makeup.. pandai bergaya. Nak2 lagi dia retis kan.. Semakin mengancam jugak la penampilan dia di usia remaja ni.

Cuma tu la.. Pelakon kanak kanak ni ikut nasib jer bila dah semakin meningkat remaja & dewasa. Sebab banyak persaingan jadi yang mungkin kurang rupa & kurang popular tu maybe akan sedikit kurang peluang mendapat offer berlakon walau masa kanak kanak.. Kita boleh nampak kerap muka depa keluar dalam drama atau filem. Yelah..pelakon kanak kanak ni tak ramai yang betul2 berbakat. Tapi kalau pelakon remaja & dewasa memang bersepah dah kan..

Mesti hangpa pun nak tengok gambar2 terkini budak Fara Nadia yang memang petah ni.. Jom la layan gambar2 yang aku ambil dari webstagram dia..


Ni memang betul2 berjiwa retis ni. Pandai bergaya, mesra camera & pandai beraksi depan lensa. Maybe sebab dah biasa beraksi depan camera buat dia jadi mesra camera la kot. Budak ni masa dia budak2 aku pernah terserempak kat selayang Mall dengan adik beradik dia. Masa tu macam budak2 biasa jer walau dia seorang pelakon. Imej dia pun nampak macam orang biasa. Sekali pandang mungkin orang tak perasan dia artis. Keluarga dia pun nampak macam orang biasa tapi boleh nampak kematangan dia yang tak padan dengan usia. Aku tengok je takde tegur atau ajak selfie pun. Aku jumpa mana2 retis pun sekadar tengok gitu gitu jer.. Memang dah tak excited nak tegur apatah lagi selfie.

Apapun kalau korang nak skodeng fara nadia ni boleh skodeng aktiviti dia kat webstagram dia fara Nadia. Kat situ maybe boleh follow perkembangan terkini dia.. Ucapan aku buat fara nadia... Semoga berjaya & tak lupa diri yer dik.

KALAU ANAK ANDA ASYIK MELEKAT DENGAN GADGET CUBA ESSENTIAL OIL HAPPY & PEACE BLEND

KALAU ANAK ANDA ASYIK MELEKAT DENGAN GADGET CUBA ESSENTIAL OIL HAPPY & PEACE BLEND. Dah lama rasanya tak share oil blend dari produk Young Living Essential Oil ni kan?  Sebelum ni seperti review yang lepas.. anak aku adalah pengamal produk young living essential oil tapi aku guna blend oil je la. Senang katanya. Beli yang dah siap blend.. cuma sapu2 je selain ia lebih murah berbanding yang single & pure oil tu..


Baru2 ni aku tambah lagi 1 koleksi Oil blend ni iatu Happy & peace Blend. Kebanyakkan essential oil memang aku amalkan untuk anak aku. Kalau yang biasa follow blog atau kat facebook tu sedia maklum la dengan masalah ADD + Speech Delay budak shahila. Alhamdullillah sekarang dah bercakap.. Masalah ADD dia pun nampak semakin berkurang & ada nampak improvement yang sangat baik terutama behavior & focus.

Lepas cuba Happy & Peace Blend ni..Kesan dia pada mood shahila. Budak macam shahila memang mood dia boleh bertukar dalam masa yang sama. Terutama bila di suruh belajar atau buat apa2 aktiviti yang berilmiah sikit. Macam main sambil belajar. Kalau tak berjaya buat sesuatu mula la high pitching atau naik angin katanya. So Happy & Peace Blend ni nampak membantu juga la mengurangkan masalah kurang sabar & nak naik angin. Kurang la tantrum tu. Dia lebih memberi ketengangan & buat shahila rasa happy untuk buat apa2 aktiviti.


Sebelum pergi sekolah memang aku tenyeh Happy & Peace Blend supaya kat sekolah dia sentiasa ada semangat untuk belajar & beraktiviti. Penting tau benda ni.. Kadang2 tengok budak yang macam slow.. pergi sekolah pun diam jer. Buat apa2 aktiviti macam nak tak nak. Belajar pun macam nak tak nak. Suruh menulis pun orang dah siap 1 mukasurat dia baru start tulis A. macam tak ada energy atau semangat nak buat sesuatu. Untuk yang ada anak macam ni.. Aku rasa perlu juga korang try bagi Happy & peace Blend.. Jangan risau, terapi oil ni bukan nak suruh makan. Sapu jer kat bahagian tertentu. Benda tu merangsang mood anak anda untuk belajar & beraktiviti.

Kat rumah pun aku still sapu juga Happy & Peace Blend ni.. Sebab kat rumah pun dia still belajar & bermain. So far.. kesan dia memang positif. Boleh nampak keinginan dia sentiasa ada untuk belajar & cuba sesuatu yang baru. Tak mudah putus asa macam sebelum ni. Asal tak boleh je mula nak give up atau naik angin. Bila dia rasa enjoy macam tu.. kreativiti dia pun bertambah bila tengok dari cara dia bermain. Ada saja la dia nak buat kalau kat rumah ni. Jangan ingat bermain pada kanak kanak sekadar hiburan sebenarnya permainan pada kanak kanak termasuk dalam proses belajar. Benda tu sangat berkait rapat dengan perkembangan seorang kanak kanak. Kalau refer pediatric pun, doktor pakar akan tanya jugak cara anak kita bermain untuk dignos sesuatu masalah. Kanak kanak yang ada masalah perkembangan selalu kurang imaginasi so dia tak kreatif sangat nak mengolah permainan dia agar jadi menarik. Contoh kalau main kereta dia cuba belek2 je kereta tapi dia tak reti nak pretend macam kereta tu bergerak atau sorongkan kereta tu supaya bergerak. Nampak simple tapi sebenarnya perkara tu termasuk dalam perkembangan kanak kanak juga.

2 jenis oil di gunakan untuk hasilkan Happy & Peace Blend ni. Lemon + Frankincense. Kalau korang tak nak yang blend nak guna pure oils pun boleh.

Bila anak anak semakin kreatif ni, So takde la mengadap kartun, tv, gadget jer. Dia ada idea nak buat banyak aktiviti yang merangsang perkembangan fizikal & mental dia. Boleh la sapa2 yang ada anak yang asyik melekat dengan gadget try essential oil..  Ia bukan la berfungsi untuk buat anak anda hilang minat dengan gadget yer.. Jangan salah faham. Dia cuma merangsang mood anak anda untuk buat macam macam aktiviti & tak cepat rasa bosan. yang penting selain guna essential oil korang pun kena sama2 merangsang minat tu. Sapu jer tak ada usaha dari parents tu sendiri pun tak jadi jugak ok! Dari pengalaman aku sendiri.. Tengok shahila dia still ada aktiviti dengan gadget tapi takde la tumpu sangat sampai satu hari mengadap gadget jer. Lepas dia rasa bosan mengadap benda tu.. Dia sendiri akan bangun samada ambil toys dia untuk bermain atau ambil buku & pensil menulis. Dia sentiasa ada semangat buat macam2 aktiviti setiap hari sampai dia letih & mengantuk. Sebab tu penting untuk merangsang mood baik supaya anak kita suka beraktiviti dari duduk mengadap tv atau gadget jer. Bila ada mood bermain & belajar ni, benda tu buat mereka jadi semakin kreatif mempelbagaikan cara bermain atau belajar. Tu yang aku nampak dalam perkembangan shahila lepas consistent dengan essential oil happy & peace blends ni.

Ada parents rasa benda2 macam ni tak perlu.. Tapi bagi aku semenjak jadi mak ni benda2 macam ni tetap perlu untuk memastikan perkembangan anak tu berjalan lancar nak2 lagi anak macam shahila yang perkembangan dia sedikit lewat berbanding kanak kanak yang seusia dengan dia. Sebab masalah yang di hadapi.. Lagilah perlu mencari sesuatu yang boleh meransang semua sudut dalam diri dia selain didikkan & terapi. Benda ni perlu di ransang sejak awal & semasa masih kecil, Insya Allah mungkin benda tu nanti mempengaruhi siapa dia di masa akan datang. Kadang2 anak anak kita ni ada potensi tapi kita tak bantu dia menyerlahkan potensi yang ada pun tak guna. Mungkin potensi tu akan hilang macam tu jer tanpa di manafaatkan untuk masa depan mereka.

Jadi.. Kalau hangpa rasa nak bantu anak anak hangpa lebih bersemangat & cemerlang try la essential oil ni. Ia sejenis minyak terapi berasaskan tumbuh tumbuhan & tiada bahan kimia. Bau dia pun takde langsung bau chemical.. memang bau natural. Bau tu la yang sebenarnya menjadi terapi & booster kepada bahagian2 diri kita yang lemah atau kurang berfungsi. Bila kata booster ni.. kena faham dia macam minyak pelincir sekadar melancarkan bukan macam magic ok. So, dia kena amalkan secara consistent & betul supaya mendapat hasil yang positif.


Kalau berminat nak cuba Young Living Essential Oil Happy & Peace Blend ni boleh contact

Fisya 
Tel/whatsapp : 017 549 3125
Instagram : wauhaus.oils

14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH

14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH. Sebelum kita jadi orang dewasa kita pun melalui zaman kanak kanak. Yelah.. mana ada orang keluar dari perut mak dia terus membesar bagai juara, remaja kemudian terus dewasa tanpa perlu melalui fasa kencing berak dalam lampin.. dari berbaring lepas tu meniarap, merangkak seterusnya berjalan & berlari katanya. kita semua melalui fasa yang sama. Sebab tu kadang2 kita melalui zaman kanak kanak yang lebih kurang sama macam anak anak kita walaupun zaman dah berubah & gaya hidup pun dah berbeza. Tetap masih ada persamaan dalam beberapa perkara yang pernah kita lalui dulu.. Anak kita pun melalui jugak. Mungkin benda ni di warisi turun temurun kan.


Masa kecik antara perkara paling buat kita meraung bila kena sakat dengan ahli keluarga yang lebih tua.. Tak kira la yang menyakat tu mak ayah sendiri atau abang & kakak kita.. Yang penting depa ni lebih tua dari kita la. prank yang paling menakutkan bila orang cakap kau anak angkat.. Memang tak boleh terima kenyataan. Dan dan tu jugak katanya meraung tak ingat. Jenuh pulak mak nak memujuk.

Tu salah satu perkara yang kanak kanak tak kira zaman sekarang ke zaman dulu memang akan meraung sementara dia nak faham benda tu cuma satu gurauan. Yang tu ok lagi tapi kalau berlaku benda - benda macam ni terutama yang nombor 14 tu memang hancur luluh terus hati & perasaan. Benda ni bukan kanak kanak zaman dulu jer hadapi malah sampai sekarang pun masih ada yang di permainkan perasaan sebegitu rupa. Bukan je kanak kanak.. Orang besar pun kadang2 terkena jugak nak2 lagi yang jenis jarang masuk dapur & masuk dapur semata mata nak makan jer.. Nak tau apa perkara tu meh baca kat sini >> 14 PERKARA PALING ANNOYING KANAK KANAK RASA BILA KENA PRANK DENGAN SAUDARA MEREKA YANG LEBIH TUA << Ramai yang terkena kan dengan benda ni. Hahahahaha..

Apapun.. Benda yang paling kita rasa menyampah bila adik beradik kita kenakan kita dulu bila dah besar & masing2 ada kehidupan sendiri kadang2 benda tu paling jadi perkara yang kita rindu. Kalau dulu.. macam anjing dengan kucing. Kalau boleh tak mau tengok muka depa sebab meluat suka kenakan kita tapi bila berjauhan saat berkumpul ramai ramai tu la paling di tunggu - tunggu. Tu la yang aku rasa bila dah berkahwin & duduk jauh dari family. Kalau dapat balik kampung tu.. Hanya Tuhan saja yang tau perasaan tu..

Moral of the story.. Hargailah masa bersama keluarga terutama ibu bapa yang ada anak anak tengah membesar ni. Masa mereka bersama kita kadang2 terlalu sekejab. terutama ibu bapa yang bekerja.. Masa bersama anak anak tu tak banyak lepas tu 'Me Time' bagai lagi hangpa nak. Sedar sedar.. anak anak dah besar & dah ada kehidupan sendiri mungkin banyak peluang anda dah terlepas bersama anak anak.

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN. Zaman sekarang memang boleh kira sebelah jari tangan je berapa kerat yang masih pakaikan anak dengan lampin kain tu.. Jangan terkejut kalau ada ibu ibu zaman sekarang yang tak pandai pun nak lipat lampin kain.. Tapi aku masih reti ok! Cuma sejak jadi mak mak ni memang anak sendiri pun tak pakaikan lampin kain. Semua pakai lampin pakai buang jer. Almaklum.. tak berapa rajin nak memberus lampin kain nak2 lagi kalau baby yang baru lahir tu. Najis kuning dia tu melekat ok kat kain. Susah tanggal pulak tu. Jadi memang solution dia lampin pakai buang la lebih senang & mudah katanya hehehe.


Kat pasaran memang macam2 jenama lampin pakai buang ni.. Ada yang murah, ada yang mahal.. Ada yang berkualiti anti bocor, ada yang setakat boleh menampung sekali kencing jer.. ada hampeh jugak. Sekali kencing pun banjir terus macam musim tengkujuh kat pantai timur. . Sebab tu penting untuk kita pilih lampin pakai buang yang sesuai & baik untuk anak anak kita supaya pelaburan kita tu berbaloi. Jangan tak tahu ada jenis lampin pakai buang ni jadi penyebab ruam & jangkitan kulit pada baby juga. Atau material dia yang kasar pun boleh menyebabkan jadi macam line merah kat sekitar celah kangkang tu. Aku cakap base dari pengalaman sendiri dulu. Jadi memang bab lampin pakai buang ni aku memilih jugak la...

Jadi sukacitanya aku nak rekemen pada korang 1 brand diapers ni yang bagi aku kualiti dia bagus, material dia lembut & selesa, design dia pun comel memang di sukai anak anak kecil ni.. Pernah dengan brand Goo.N? Tak pernah takpe meh sini aku nak perkenalkan..


Goo.N diapers ni produk yang berkualiti Jepun. Kita sedia maklum kalau qualiti standard jepun ni memang berkualiti. Dia mempunyai fungsi mengurangkan risiko ruam.. Baby atau kanak kanak kecil ni memang mudah terkena jangkitan ruam jadi Goo.N diapers membantu mengurangkan gejala ruam terutama di bahagian tertutup tu.


Goo.N diapers ni jugak tak panas sebab dah di intergrasikan dengan lapisan kelembapan & wap boleh keluar menebusi lapisan lampin dengan mudah. So ada ruang2 udara yang boleh menyahkan wap panas tu keluar la. Penting juga benda tu.. Kalau berkuap kat dalam tu yang menyebabkan ruam  atau jangkitan kulit bagai. Nak nak lagi anak anak kecil ni.. Paling mudah nak kena gatal2, eczema bagai kan.

Ni paling semua parents sangat cerewet bila memilih diapers untuk anak anak.. Kuasa serapan untuk elak kebocoran... Goo.N ni dia perbuatan daripada bahan yang memang mampu menyerap dengan baik & tidak basah sebab material dia menyerapkan & menyimpan cecair tu di bahagian bawah dengan sangat baik tanpa menyebabkan kebocoron. bukan apa.. beberapa tahun dulu la.. aku pernah guna satu brand diapers ni.. Pergi pulak melancong ke Thailand. Kebetulan memang baru try 1 brand ni.. Tak tau jenis bocor tak ingat.. kau bayangkan.. lencun laki aku yang dukung anak aku masa tu bila anak aku kencing. Sampai 2 3 kali bocor beb..setiap kali kencing bocor. So, better korang cari diapers yang memang boleh menyerap dengan baik supaya tidak menghadapi pengalaman macam aku ni. Try la Goo.N hehehehe


Yang jenis pants jangan risau sebab jenis elastik yang lembut tidak menyebabkan pinggang anak kita terjerut sehingga meninggalkan kesan garisan merah tapi tetap dia melekat elok tak terlondeh even menampung berat air di bawah.

Selain tu sekarang design dia sangat comel ok! Ada watak2 animasi doremon gitu. Tak terlalu tebal & tak terlalu nipis diapers dia. Bila pakai nampak ngam - ngam & comel jer. Size macam biasa dari new born sehinggalah size XXXL.


selain diapers Goo.N juga ada baby wipe. Alah tisu basah tu.. Yang best Goo.N baby wipes ni dia 99% adalah air tulen.. memang aku dah try. Betul2 air.. tak ada rasa melekit atau berbau pewangi. Sebab yang jenis ada pewangi & bila kita guna rasa kesan macam melekit tu kadang2 kulit yang ada masalah alergik boleh menyebabkan kesan tak berapa elok jugak. Tapi Goo.N baby wipes ni.. nak lap kat muka pun tak ada masalah sebab dia berasaskan air. Selain tu sangat lembut.. sesuai untuk bayi.


Selain boleh beli kat luar korang boleh jugak beli produk Goo.N ni secara online di lazada kat sini >> Goo.N <<. Lagi senang & kadang2 boleh dapat harga lebih murah kalau ada promotion atau sale. Harga dia tak la mahal mana.. Harga2 mampu milik macam diapers lain jugak.


Jadi kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa yang tengah dok prepare kelengkapan untuk sambut kelahiran baru tu boleh la try Goo.N diapers ni. Selain berkualiti, design dia pun sangat cantik. Comel je kalau pakaikan untuk anak korang. hehehehe

NAK BERJIMAT BELI BARANGAN BABY JOM KE LAZADA BIG BABY FAIR

NAK BERJIMAT BELI BARANGAN BABY JOM KE LAZADA BIG BABY FAIR. Zaman sekarang kos sara hidup semakin tinggi sampai orang nak beranak pun jadi takut. Betul la setiap manusia yang lahir ke bumi Allah tu di sertakan bersamanya rezeki cuma tu la kita sebagai manusia bila tengok ekonomi negara yang semakin merosot terpaksa juga buat perancangan kualiti melebihi kuantiti katanya. Bila memilih untuk ada anak atau menambah anak.. semua perlu perancangan agar perjalanan jadi mudah & lancar.


Bagi yang tengah menghitung hari untuk menyambut kelahiran baru atau yang baru je dapat baby.. Nak berjimat membeli keperluan bayi anda.. Jangan risau. Masih ada tempat yang korang boleh membeli belah dengan harga yang berbaloi.

Bermula 29 march sehingga 2 april 2017.. Lazada yang sangat prihatin akan mengadakan kempen Big Baby Fair dimana boleh membeli belah barangan keperluan bayi anda dengan tawaran yang hebat... Tu dia.. ada yang terbeliak biji mata dah bila baca tawaran hebat tu. Menggigil tangan katanya.. Sabaq dulu na.. Banyak lagi perkara yang den nak khabarkan pada anda yang bakal menggegarkan tulang temulang anda sebentar lagi..

Pada ibu bapa sekalian Big Baby fair menawarkan diskaun sehingga 80% termasuk lampin, fesyen kanak kanak & kelengkapan bayi. Antara jenama terkenal yang terlibat dalam big baby fair ni adalah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Prediasure, Goo.N, Wyeth,Anakku, Fisher Price & banyak lagi. Korang boleh check it out kat 'Lazada Big Baby Fair" nanti.

Bukan tu je Huggies menawarkan diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi.. Mak Aiih.. Jimat banyak tu. Rugi la korang tak ambil kesempatan membeli belah barangan keperluan anak anak korang time ni. Jangan menangis tepi buaian sudah kalau terlepas peluang ni ok!

Tak payah penat penat nak catwalk kat Mall atau supermarket.. duduk santai2 kat rumah dengan keluarga je korang boleh bershopping barang keperluan bayi anda di lazada Malaysia. Lazada juga menawarkan cara pembayaran yang pelbagai sepanjang kempen Big Baby Fair ni. Sebab kadang2 nak shopping online ni orang ada masalah dengan pembayaran.. Di lazada banyak pilihan cara pembayaran boleh di buat so jangan risau ok.

Bukan je ada diskaun yang gilang gemilang & gempak malah korang di tawarkan dengan kos penghantaran percuma sekiranya membeli produk yang terpilih. Selain tu korang berpeluang untuk menang hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia

Ni berita baik untuk blogger Malaysia...  Sebab ramai blogger yang suka join contest maka inilah masanya ada merebut peluang keemasan untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah bakal memenangi voucher membeli belah di lazada Malaysia yang bernilai RM500 setiap seorang. RM500 tu beb.. macam macam boleh beli. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest akan bermula pada 27 March & tarikh tutup penyertaan pada 2 April 2017. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Dok tunggu apa lagi wei!! Pada blogger yang nak menang voucher beli belah tu cepat - cepat la join. Pada ibu bapa yang nak merebut harga terlajak jimat ni la masanya korang membeli belah sempena Lazada Big Baby Fair. Tak payah dok fikir fikir lagi.. Offer bukan selalu.

SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI

SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI. Bagpack ni memang comel dengan budak2 galas kan. Nampak cute je sebab tu aku pun biasakan anak aku bawa bagpack dia sendiri kalau nak kemana mana. Selain aku rasa nampak cute.. senang dia boleh bawa sendiri barang - barang dia dalam bagpack tu. Biasanya memang aku akan bawa sepasang baju dia & sapu tangan. Untuk emergency case. Almaklum la budak2. Tak payah semak sangat beg mak katanya...


Kalau kat sekolah tu memang perlu la bawa even cuma kadang2 tadika ada cikgu tak suggest bawa beg macam tadika anak aku tahun lepas.. tabika kemas. Cikgu mention tak perlu bawa beg tapi ramai je bawa beg. Macam2 benda la nak isi... bekal la.. bekas minuman la.. Kadang2 cikgu bagi kerja rumah nak isi buku jugak. Tahun ni tadika anak aku memang ada beg sendiri. Beg yang tadika dah sediakan.. Tapi bukan free la. Memang kena bayar dalam yuran pendaftaran. Biasa la private kindergarten ni kan...

Dalam beg anak aku ni selain baju dia.. Mainan la. Ada je la bekalan mainan dia nak bawa setiap hari pergi sekolah. Dulu masa tabika kemas cikgu bising jugak.. Yang private ni cikgu tak cakap apapun. Kalau tak bagi bawa mula la badmood pepagi nak pergi sekolah tu. Tapi takde la sampai bawa barang2 macam ni >> Jangan Terperanjat Kalau Terjumpa 5 Benda Ni Dalam Backpack Anak Korang! << 5 Barang ni kalau tetiba jumpa dalam beg anak aku memang terkejut jugak la. Tak tau la depa dapat fakta ni dari mana & anak sapa la gamaknya suka bawa benda2 macam ni dalam bagpack depa. Anak hangpa ada bawa ke benda2 macam ni dalam bagpack. Kalau tak pernah check bag anak tu sila check sekarang. Manalah tau kan...

Clik pada banner kalau nak tahu macam mana nak tebus bagpack comel ni untuk anak anda

Cerita pasal bagpack ni kebetulan bag anak aku yang dok bawa jenjalan tali dia terputus. Bukan putus macam mana jahitan dia tertetas.. Rasa nak beli bagpack baru juga la. Apa salahnya kan.. Korang ada ke nak suggest kat mana2 jual bagpack kanak kanak yang cantik. Kalau ada sila tinggalkan di ruangan komen. hehehehehe

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN. Dah lama aku rasa benda ni pihak kerajaan & pihak hospital kerajaan kena alert. Menyewakan tapak jualan di hospital. Aku tak kisah sangat kalau booth tu jual makanan, pakaian jer.. Tapi aku rasa jual mainan kanak kanak ni sangat tak perlu ada kat situ nak nak lagi hospital kerajaan. Nak tau sebab apa aku rasa tak perlu ada? Teruskan membaca

Kita sedia maklum yang banyak menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan ni dari golongan miskin & sederhana sebab tak mampu nak bayar mahal. Jadi memang hospital swasta ni untuk golongan orang ada ada atau golongan yang ada medical card dari company bagai.. Walaupun masih ada orang kaya guna khidmat hospital kerajaan tapi tetap yang banyak golongan susah & golongan sederhana macam aku ni. Yelah jumpa pakar hospital kerajaan bayar RM5 jer.. kalau swasta siap beratus  la sekadar nak check up perkembangan anak je. Aku tak kisah sangat kena tunggu lama..  Sebab kita sedia maklum hospital kerajaan ni ramai.

Ada yang datang hospital kadang2 cukup duit tambang jer.. Mungkin anak dia perlu rawatan atau pemeriksaan. Mungkin jugak dia sendiri yang nak buat rawatan atau pemeriksaan kesihatan. Sebab tak ada orang jaga anak dia.. mungkin terpaksa bawa sekali. Anak pulak kecik lagi belum cukup akal. Bukan dia paham mak bapak dia ada duit ke tidak.. Lalu nak masuk ke tempat pendaftaran sampai 2 ke 3 booth jual mainan kanak kanak kalau kat hospital sungai buloh tu.. Anak merengek nak beli. Mak bapak tak cukup duit. Meraung la anak sepanjang dok tunggu nak jumpa doktor.

Kisah tu memang ada berlaku. Aku pernah tengok satu family ni anak ramai datang hospital pergi makan kat kafe. Depa cuma ambil pinggan jer.. Makanan bawa sendiri. Makanan pun nampak sekadar lauk goreng & sayur. Dari penampilan & cara memang nampak susah. Anak kecik kecik lagi.. Bayangkan la budak2 sekecil tu nampak orang jual mainan meraung nak beli.. Allah sedihnya. Kat situ membuktikan ada orang makanan pun tak mampu nak beli dari kafeteria hospital apatah lagi mainan untuk anak anak dia.

Aku rasa tak perlu pun pihak hospital nak sewakan tapak jualan untuk peniaga yang jual mainan ni. Aku rasa kejam sangat la booth mainan yang di letak strategik kat laluan orang nak menuju ke kaunter pendaftaran macam kat hospital sungai buloh. Nak2 pulak nak ke bahagian pediatric pun guna laluan yang sama. Pediatric ni pepaham je memang pakar kanak kanak kan. Maka yang guna laluan tu parents yang bawa anak anak la ramai. Kau lalu ikut mana pun tetap nampak booth jualan yang meriah dengan mainan kanak kanak. Anak aku pun setiap kali check up mesti nak singgah tapi aku dah ajar dia.. Tak payah setiap kali nampak nak beli. So sebab umur dah  semakin besar.. dia dah boleh terima. Tapi sebelum ni memang merengek jugak kalau tak dapat. Dia bukan tau mak dia bawa cash rm5 je nak bayar servis pakar tu.. hahahaha (ok! aku tipu. Selalu aku bawa cash RM10 sebab nak beli roti & air mineral hahaha). Jadi atas sebab tu memang tak cukup cash la kalau anak aku nak beli mainan. Kalau aku ni.. kategori memang la masih mampu nak beli setakat mainan RM5 macam tu.. Tapi belum tentu semua orang lain pun mampu. Hidup ni belajar untuk fikir tentang orang lain.. Jangan ingat kita mampu.. orang lain lantak la. Sampai satu ketika Allah nak uji kita jatuh susah.. jangankan mainan RM5.. nak bayar air kosong 30sen pun tak mampu.. waktu tu baru kita harap orang faham situasi kita.

Salah satu booth yang jual mainan kanak kanak.. Ni sebab gambar jauh aku candid.. banyak tau mainan yang boleh tahan harga dia jual. Tu satu.. jalan terus sikit berdepan dengan pintu nak masuk ke kaunter pendaftaran ada 2 lagi booth tak silap jual mainan. Matilamak kalau setiap booth anak nak singgah & beli

Jadi booth2 jual mainan kanak kanak ni aku rasa kalau pun nak ada letak la jauh sikit. Pi la letak dekat cafe ke hapa... Jangan la letak kat laluan betul2 jalan nak masuk ke tempat orang nak daftar & jumpa doktor. Menyusahkan mak bapak yang bawa anak anak.. Mana nak pujuk anak tantrum tak dapat membeli belah.. mana nak menunggu berejam nak daftar.. pastu berejam lagi nak jumpa doktor. Bab menunggu tu aku enjoy lagi tapi kalau bab anak tantrum sebab nampak booth2 jual mainan.. nak2 lagi mainan mahal mahal dia dok tayang. Rasa macam nak maki orang yang jual tu tau tak??

Yer.. orang yang jual tu pun cari rezeki.. Cuma aku rasa tak patut kat tempat tu dia berdagang benda2 macam tu. Sebab menyusahkan orang balik. Hope pihak hospital kalau terbaca entri ni sila bawa ke tengah isu ni. Tolong kesian kepada golongan miskin. Setakat nak letak orang jual kerepek ke.. kek ke.. kain pasang ke hapa.. Aku rasa ok lagi. Benda tu tak berapa attract kanak kanak kecil yang tak cukup akal. Tapi kalau mainan.. Memang kejam ok!

Moral of the story..Kalau nak hidup selesa zaman sekarang memang perlu pratikkan 5 perkara ni >> 5 Cara untuk pastikan Kewangan Anda Stabil setiap masa << Kos sara hidup dah tinggi tak kira keperluan atau kehendak. Duduk dalam rumah pun macam2 kos dah kita kena bayar.. apatah lagi keluar rumah. Bukan apa bila ada kewangan yang stabil takde la terdera sangat perasaan anak & keluarga kita.. Kita mungkin boleh mengeluh tapi keluhan kita bukan semua orang peduli... Tak caya kau pergi mengeluh kat gerai2 jualan orang jualan mainan kanak kanak tu.. Ada dia kesah?? Yang dia tau kalau anak kau meraung nak mainan sila la beli.. Takde duit pandai pandai la kau pujuk anak kau.

PENGASUH TINGGALKAN KANAK KANAK BAWAH JAGAANNYA SEORANG DIRI DI RUMAH SEMENTARA DIA BALIK KAMPUNG

PENGASUH TINGGALKAN KANAK KANAK BAWAH JAGAANNYA SEORANG DIRI DI RUMAH SEMENTARA DIA BALIK KAMPUNG. Ingat lagi tak kes seorang wanita yang mula2 di katakan ibu kepada kanak kanak yang di temui dalam sebuah bilik kotor di sebuah rumah tak berapa lama dulu. Kononnya budak tu dia kata anak luar nikah. Family dia tak tau tentang kelahiran budak tu.. Dia terpaksa tinggalkan budak tu & balik kampung untuk jaga mak dia yang tak sihat. Korang boleh baca cerita tu kat sini : BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP.



Hari ni terbaca berita yang sebenarnya budak tu bukan anak dia tapi dia di upah untuk jaga kanak kanak tu oleh seorang kenalan dengan upah sebanyak RM600 untuk sementara waktu. Menyirap darah aku baca beb! Mana taknya.. kau ambil upah jaga anak orang kemudian kau tinggal budak tu sorang2 dengan bogel dalam bilik gelap & kelaparan. Kau manusia ke hapa? Kalau kau bukan manusia sila la jelmakan diri kepada spesis asal kau tak kira la jin ke iblis & kembali la ke alam kau... Kalau kau manusia.. Aku syak hati & akal kau dah tak berapa ada fungsi. Mungkin ada saraf2 yang tak terputus atau rosak.

Berita penuh boleh baca kat sini

Tu la risiko bagi ibu bapa yang bekerja & bekerjaya ni. Nak tak nak terpaksa tinggalkan anak mereka untuk seketika kepada pengasuh. Memang ada yang jenis letak kat pengasuh sehingga bermalam di rumah pengasuh. Ada yang seminggu sekali je datang jenguk & ambil anak.. Ada yang sebulan sekali.. Tapi kebanyakkan yang hantar untuk di jaga macam tu depa bagi kat keluarga sendiri ja. Jarang ada yang bagi pada orang yang tak ada pertalian. Tapi bukan tak ada langsung.

Mak budak tu pun tak tau apa masalah.. Takkan sampai tak pernah jenguk rumah orang yang jaga anak dia. Sampai bilik kotor macam tu orang letak anak dia. Sebab tu kena buat lawatan mengejut kat rumah orang yang kita nak bagi anak kita untuk di jaga. Sekali sekala kau kena terjah juga semasa anak kau bawah jagaan depa supaya kita boleh tahu orang jaga anak kita dengan elok atau cuma depan kita je depa jaga baik baik. Masa hantar dengan masa ambil je comel.. Masa waktu kita tak ada dah macam tandas awam rupa anak kita sapa tau. Sebab aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri.. Pengasuh anak orang ni dia punya berlakon. Time mak bapak budak tu nak dekat datang ambik kemain bersih, wangi & comel anak dia. Masa sebelum tu pampers tu rasanya sampai londeh sama paras dengan lutut tak bertukar. Muka tak payah cakap.. macam kanak kanak terbiar.

Aku sendiri pun fikir panjang lepas ada anak nak keluar pergi kerja. Laki aku memang la awal2 dah tak percaya kat sesapa untuk jaga anak dia. Kebetulan masa pregnant memang aku dah tak bekerja.. apatah lagi lepas beranak terus la declare sebagai surirumah yang bekerja dari rumah je. Asalkan ada duit gaji sendiri, ye dak? Kerja kat mana2 pun takpe. Jimat duit dari kena beli baju nak ke opis. hahahaha

Aku tahu sekarang kos sara hidup semakin tinggi.. Bukan semua orang ada kebolehan & kepakaran nak kerja secara online.. So salah satu cara surirumah nak tambah pendapatan adalah dengan ambil upah jaga anak orang. Tapi bila korang ambil tanggungjawab jaga amanah orang ni.. Please tolong ada rasa Tanggungjawab sikit. jangan duit mak bapak budak tu kau nak full tapi kau hanya jaga anak dia masa mak bapak dia datang hantar & nak ambik je. Masa mak bapak dia tak ada kau biar anak orang tu macam sampah.

Serius aku sendiri pun rasa tak sanggup nak jaga anak orang.. Anak buah aku baru lahir pun ada la mak dia dok tanya aku kot2 boleh tolong jaga.. Awal2 aku minta maaf.. Aku tak mampu. Aku banyak komitmen walau anak aku sorang. Sebab anak aku masih ada macam2 appointment nak kena pergi.. Terapi la.. hospital la.. Kadang2 bapak dia tak sempat ambil & hantar ke sekolah pun aku yang kena take over tugas tu. Takkan la aku nak usung baby kecik kesana sini. Kalau jadi apa - apa.. sapa nak jawab even anak adik sendiri pun tapi dia ada laki.. Kalau laki dia saman aku sebab kecuaian ke hapa.. sapa nak tolong jamin aku nanti? Sapa nak jaga anak aku pulak.. Atas sebab2 tu juga.. memang bab jadi pengasuh budak memang aku awal2 lagi tak sanggup.

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME. Selalu cakap pasal isu semasa jer kan.. sekali sekala kita jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog lekatlekit ni macam2 niche dia boleh tulis. Kira blogger serba boleh jugak la kan.. hahahaha. Ok jangan marah. Kita kena bagitau orang kelebihan kita kalau tak macam mana orang nak tahu apa skill kita ada, ye dak? Bukan isu puji diri sendiri ke hapa.. Isunya sebagai blogger orang kena tahu apa kepakaran kau kalau orang nak guna khidmat kau menulis sesuatu, betul tak??


Ramai yang dah tahu kalau selalu follow aktiviti aku kat facebook. Aku memang agak aktif di support group Austime. Tapi korang jangan ingat group Autisme tu untuk parents yang ada anak2 Autisme jer.. Kat situ ramai je followers di kalangan guru, therapist, parents yang ada anak untuk macam2 masalah perkembangan terutam speech delay, hyperactive, low attention (kurang fokus/Fokus Pendek) & ada jugak di kalangan ibu bapa yang ada anak yang normal sekadar untuk knowledge mereka tentang autisme. Benda ni sebenarnya sangat penting nak2 lagi bagi mereka yang merancang untuk ada anak.. atau ibu bapa yang baru dapat anak yang masih kecil untuk kita pantau perkembangan anak anak kita samada normal atau ada kelaianan yang biasanya masyarakat anggap normal tapi sebaliknya tidak normal.

Almaklum la.. Masyarakat kita ni banyak sangat mitos.. lambat cakap katanya biasa la. Ada budak cepat berjalan lambat bercakap.. ada budak lambat jalan cepat bercakap & ada budak katanya lambat sikit semua perkembangan dia tapi nanti semakin besar dia improve sendiri. Bila kita selalu dengar sangat mitos2 macam ni mungkin kita terlambat untuk ambil tindakkan. Sampai umur anak dah 4 tahun baru kita mengelabah cari solution. Baru rasa perlu jumpa pakar & terapi bagai. Adalah lebih baik merawati atau membantu dari peringkat awal. 2 tahun tu bagi aku masa yang sesuai untuk kita tengok perkembangan anak kita samada normal atau tidak. Kalau nampak ada yang terlewat sikit tak salah terus refer dengan pakar Paedriatik. At least kalau ada masalah kita boleh ambil langkah awal untuk membantu. Sebab Autisme ni memang boleh di bantu dengan terapi ok.. Jangan putus asa bila doktor cakap.. Anak anda suspect autisme atau di sahkan autisme. Jangan down atau putus asa.. Autisme ni sangat lain. Ciri2 dia boleh hilang & tak mustahil dengan usaha kita membantu anak kita boleh improve sampai ke level normal, ok! Yang penting jangan berhenti berusaha & berharap. Yakin tiada penyakit tak boleh sembuh kecuali mati. Selebihnya doa & tawakal kepada Allah.

Selalu sagat baca luahan perasaan ibu bapa di support group Autisme Malaysia yang selalu anak mereka yang ada masalah autisme ni di salah anggap sebagai budak nakal, budak jahat bagai padahal ramai yang tak tahu anak2 mereka ni Autisme. Dari pandangan mata kasar mereka tak nampak ada kekurangannya..

Autisme ni korang kena tahu banyak level & berbeza beza walau di dignos sebagai autisme. Ada yang several.. mungkin dia perlu bergantung sepanjang hayat dengan orang lain sebab dia tak mampu nak uruskan diri sendiri, moderate ni Insya Allah masih boleh di ajar untuk berdikari & mild Autisme kebanyakkan boleh berdikari, belajar hingga peringkat universiti, bekerjaya, berkahwin seterusnya berkeluarga macam orang lain.

Salah satu ciri autisme yang dapat di kesan adalah bila perkembangan pertuturan dia lewat atau tiada (non verbal). Kebanyakkan parents akan tahu anak mereka autisme bila dah melepasi peringkat umur sepatutnya belum bercakap berbanding ciri2 lain. Tu salah satu.. sebenarnya untuk di dignos autisme kena ada sekurang kurangnya 3 ciri autisme. Antara ciri tu adalah tiada hubungan mata (eye contact), bila kita panggil dia tak respond. Dia buat macam tak dengar, suka menyusun barang secara barisan & tantrum yang teruk. TU antara ciri2 tipikal autisme tapi kadang2 ada jugak yang takde ciri2 tu.. Dia ada ciri ciri lain. nanti korag google la ciri2 lain autisme yer.

Tapi hari ni aku nak cakap pasal Mild Autisme. Yang kategori ni selalunya nampak normal.. Nampak je normal sebenarnya tidak tipikal sebab tu kadang2 orang salah anggap dengan anak2 Mild Autisme ni. Kebanyakkan orang akan anggap kurang ajar.. kurang didikan.. mak bapak terlampau manjakan anak.. nakal.. bla.. bla.. lagi yang negatif tanpa tahu apa sebaliknya yang budak ni hidapi. Yang kategori mild ni ada jugak yang perkembangan speech (pertuturan) dia tak ada masalah. Boleh cakap.. Lagi la mak bapak dia rasa anak dia takde masalah cuma mungkin di salah anggap kelainan yang mereka ada cuma masalah behavior biasa kanak kanak. Ni yang kebanyakkan parents salah faham. Walaupun anak dia ada ciri2 autisme yang lain di sebabkan anak dia boleh bercakap dia rasa anak dia cuma nakal tapi bukan autisme.

Kalau Mild Autisme Level High Functioning & Asperger lagi susah untuk explain pada masyarakat yang anak mereka sebenarnya special kids. Boleh belajar di aliran perdana dengan kanak kanak normal.. Boleh cakap.. boleh buat aktiviti cuma mungkin ada sedikit masalah dalam pergaulan sebab itulah kekurangan mereka. Ramai anak yang Mild Autisme ni boleh belajar & bekerjaya macam orang normal. ramai dah yang belajar hingga peringkat Universiti & pegang jawatan tinggi. Kat situ kita boleh nampak kemampuan mereka lebih kurang macam kita yang normal atau mungkin mereka lebih bijak dari kita. Ada yang genius jugak. Cuma mungkin ciri autisme tu masih ada.. Terutama pergaulan la. Selalunya anak anak autisme susah sikit nak ada kawan ramai.. Tapi rasanya orang normal pun ada masalah macam ni. So jangan anggap ia masalah besar sangat. Asalkan mereka tahu berdikari & boleh jaga diri tu pun satu perkara yang baik untuk mereka survive dalam dunia yang mencabar ni.

Mempunyai anak Mild Autisme ni.. Memang aku rasa ujian dia besar juga sebab kesedaran orang awam tentang autisme masih kurang malah masih ramai yang tak tahu tentang autisme. Kalau macam sindrom down boleh nampak dari pandangan mata kasar tapi Mild Autisme selalunya tak nampak.. sebab ciri2 autisme dia yang tak ketara cuma mungkin masalah behavior (kelakuan) je lain sikit semakin susah nak mengubah tanggapan buruk masyarakat pada anak anak macam ni. Pergi rumah orang.. orang benci sebab tak behave. Kadang2 bawa keluar tengok barang orang yang dia suka terus pergi ambil. Tu antara perangai budak2 autisme sebab mereka perlu ambil masa memahami sesuatu terutama berkaitan perkara perkara macam ni. Tapi boleh di asuh & mereka akan faham juga. Cuma perlukan sedikit masa untuk mereka faham. Tengok macam normal je kan.. tapi tidak tipikal.

Tapi kelebihan anak anak autisme ni kebanyakkan dengan ingatan. Ingatan mereka sangat tajam ok! Sebab tu ada parents yang hantar anak autisme mereka masuk tahfiz bagai & mereka mampu menghafal Al Quran berbanding kita yang normal kadang2 orang kata macam benak sikit nak menghafal. Maha suci Allah.. dia jadikan setiap manusia tak kira yang normal atau tidak tipikal dengan kelebihan & kekurangan masing masing.

Anak aku.. potensi dia yang aku nampak boleh belajar. 5 tahun tu dia dah mula tunjuk skill membaca & Sekarang pun dah boleh membaca walau kadang2 apa yang dia eja bunyi kelaut juga tapi at least dia boleh juga membaca secara spontan perkataan atau ayat yang dia nampak tapi bukan hyperlexia ok. Kebolehan dia sebab di ajar & di pupuk dari awal usia. Tapi Normal la budak2 yang baru belajar membaca ni kalau sebutan ada yang masih tak betul nak2 lagi perkataan yang lebih dari 2 suku kata ni. Masalah fokus dia memang perlu improve lagi tapi lebih baik dari sebelumnya. At least boleh ikuti aktiviti kat tadika tu kira baik sangat la... Speech dia pun dah banyak sangat sebab sekarang dia dah boleh cakap ayat2 spontan menunjukkan sesuatu atau memberitahu sesuatu. At Least apa yang dia sebut bukan hanya meniru apa yang dia dengar atau orang sebut echolalia.. Tapi dia tahu dah berkomunikasi menggunakan ayat2 yang betul secara spontan mengikut situasi. Tapi benda ni bukan semata mata guna produk ok! Semua kena seiringan.. terapi, didikkan, kena hantar ke sekolah supaya dia boleh bergaul dari situ akan improve komunikasi & social skill dia..

Kalau ikut pandangan mata kasar.. Yer shahila nampak macam budak2 normal yang lain cuma tak ramai orang yang perasan dia sebenarnya tidak tipikal. Masalah speech, masalah low attention (kurang fokus) & masalah behavior (kelakuan).. Kalau dalam istilah perubatan ia di sebut ADD (Attention Deficit Disorder Association ). Bila masalah attention (tumpuan) dia semakin baik, boleh nampak perkembangan dia yang lain lain pun turut berkembang dengan baik. Sebab tu kalau apa2 produk aku cari sebagai perangsang yang boleh improve focus dia. Sebab dari awal dia masuk terapi. Therapist pun dah mention kalau tumpuan dia ok maka yang lain2 akan ok! Yup betul apa yang therapist cakap sebab sekarang aku boleh nampak bila dia boleh duduk dengan tenang & focus.. Perkembangan yang lain secara tak langsung banyak dah improve.. Semakin la orang tak tahu masalah yang dia hadapi. Tapi sebagai ibu bapa memang kita harap anak kita berkembang baik sehingga ke level yang normal kan.. Jadi semua tu adalah pencapaian yang positif dalam perkembangan dia. Allahmdulillah.. Salah satu ikhtiar aku selain terapi adalah Essential Oil Focus Blend dari produk young living.. Selebihnya Allah yang maha menyembuhkan, Aku share sebab aku sendiri beli & cuba.. Jadi aku kongsi dengan niat berkongsi kebaikkan bersama. Sebab ramai ibu bapa di luar cari produk2 yang boleh membantu merangsang anak mereka untuk berkembang dengan lebih baik. Ada budak2 normal pun kadang2 lambat pickup.. susah sangat nak faham apa yang di ajar.. Tak boleh focus. Bagi aku semua ni berkaitan dengan focus.. Focus tak semestinya dia tumpu dengan mata je.. dia kena ada tumpuan mata & otak (fikiran) baru apa yang di ajar dia akan faham. Sangat penting ok tumpuan ni.. Tak kira budak tipikal atau tidak.

Nak cuba produk young living essential oil focus blend sangat rekemen beli dengan Puan Shareena ni sebabnya dia akan bagi guidlines cara nak guna supaya dapat kesan yang baik. Yang cedarwood tu kalau ada anak bermasalah dengan tidur.. jenis tidur lewat boleh la cuba. Insya Allah membantu juga. Berminat Boleh contact Puan Shareena di : 013 3993407


.Kat sini bukan aku nak jual produk sebab aku bukan seller apa2 produk pun cuma aku nak bagi info kepada orang di luar sana supaya jangan menilai dari apa yang kita nampak dari pandangan mata kasar kita. Nampak normal tapi sebenarnya tidak tipikal. Bertanya sebelum membuat spekulasi atau persepsi nak2 lagi berkaitan masalah kelakuan kanak kanak ni. Jangan terus nak hentam kat media sosial.. siap buat rules bagai kat orang yang bawa anak bertandang ke rumah depa. Takpe hak korang nak buat rules tapi jangan kecik hati kalau kami2 yang ada anak tidak tipikal tapi nampak normal ni tak bertandang kerumah hangpa sampai anak kami mampu control behavior depa bila berada di rumah orang. Sebab hanya mereka yang ada anak2 macam ni je faham.. Orang lain susah nak faham atau mereka tak peduli pun. Yelah.. bukan anak depa kan. Jadi sesetengah orang fikir tiada keperluan dia nak tahu atau faham tentang anak anak macam ni. Tu biasa la manusia. Even aku dulu sebelum ada anak pun tak terfikir nak cari info berkaitan perkara ni. Sebab masa tu rasa macam tak ada kepentingan lagi.

Moral of the.. kepada ibu bapa yang di kurniakan anak istimewa hanya dengan bersyukur & sentiasa positif dengan pemberian Allah sahaja boleh buat kita redha. Selagi kita tak mampu positif selagi tu kita tak mampu untuk menerima sekaligus membantu anak kita berkembang dengan lebih baik. Autisme bukan satu kegagalan tapi ia satu anugerah sangat istimewa sebab mereka masih ada banyak potensi & peluang untuk bersaing & berjaya seperti anak anak normal. Tapi ia bergantung pada kita.. bagaimana kita membantu mereka dari peringkat awal. Sama je macam mana kita nak bentuk anak anak normal kita dari kecik cuma beza autisme ni perlu lebih sikit didikan.. sebab tu mereka perlu masuk sesi terapi & di terapi setiap masa kat rumah. Jadi tak payah sedih sangat, enjoy je dengan hidup membesarkan anak anak autisme. Ignore segala tanggapan buruk.. terus didik mereka menjadi manusia yang berguna. Contohi atlik Paralympic yang baru kahwin tu. dia seorang autisme tapi tak nampak pun autisme dia. Dia boleh berjaya & boleh berkahwin. So, tak ada apa yang mustahil.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com