Showing posts with label shell. Show all posts

AKIBAT DI CABUL, POSTER GADIS SHELL AKHIRNYA DI BUANG

AKIBAT DI CABUL, POSTER GADIS SHELL AKHIRNYA DI BUANG. Tu la perangai manusia.. Kadang2 bergurau tak kena tempat. Even gambar sekalipun benda tu tetap mengaibkan si pemilik gambar tu. Masing - masing konon nak buat sesuatu yang lain dari yang lain dengan niat konon boleh viral & popular kat media sosial tanpa fikir benda tu boleh mengundangkan kemarahan orang lain.


Walaupun hanya poster tapi serius aku sendiri tengok pun rasa menjijikkan perbuatan tu. Kalau aku jadi tuan punya gambar pun aku rasa tercabul jugak. Yelah.. yang terpampar tu muka dia kan. Benda tu boleh mengaibkan memalukan tuan empunya gambar bila ia di sebarkan seluruh alam maya. Takde benda senonoh sikit ka hangpa nak buat bahan gurau. Kenapa mesti yang ada unsur gangguan seksual macam tu? Ingat lawak ka? tak lawak ok! Benda macam ni mengundang rasa ingin menerang jer kepada si pelaku yang tak bermoral macam tu. Tak payah bayang orang lain.. Bayang mak hangpa ka, kakak hangpa ka, adik perempuan hangpa ka, bini hangpa atau ahli keluarga hangpa yang kena. Sampai poster pun ghairah sangat hangpa nak meraba.. sangap sangat ke camna?


Sepatutnya kita bangga.. Gadis tempatan berbangsa melayu & beragama Islam menjadi duta atau model syarikat besar macam shell kat Malaysia even dia bukan artis atau model. Hanya gadis yang bekerja di Shell petrol pump kalau tak silap. Tiba2 rezeki dapat jadi model shell macam tu.. Ni dak.. Di sebabkan kelakuan tak senonoh hangpa tak pepasal poster tu di tarik balik kat semua petrol pump shell. Hilang la salah satu kebanggan orang melayu di sebabkan perangai orang melayu tu sendiri.

Nasib baik la gadis tu tak berniat nak ambil sebarang tindakkan undang undang even perbuatan depa memalukan & mengaibkan dia. Maybe dia fikir perkara tu masih boleh di maafkan. Dah jadi viral tu maybe jantan2 yang buat benda macam tu dapat hidayah & takkan buat lagi la kot. Bagus budak perempuan ni kan.. Takde la sikit2 c u in court ye dak?? Dia boleh rilex lagi ok la.. Yang mana pernah mencabul poster gadis shell tu dah orang tak buat laporan polis tu tak reti reti nak minta maaf ke atas ketelanjuran perbuatan hangpa. Tak tau nak minta maaf macam mana... Try buat macam ni >> Eh..Kenapa 3 Lelaki Ni Buat Video Mintak Maaf? <<

Moral of the story.. Berhati hati nak share apapun zaman media sosial ni. Selagi ada button share selagi tu anda berisiko menjadi viral. Viral yang baik ok la.. Viral yang menjahanamkan terima la padahkanya.

8 PERKARA KECEMASAN YANG ORANG SELESAIKAN DI STESEN MINYAK

8 PERKARA KECEMASAN YANG ORANG SELESAIKAN DI STESEN MINYAK. Hari ni hari kita cerita pasal stesen minyak je. Sebab hari ni mungkin hari stesen minyak kat blog lekatlekit.com. Takpe apapun yang kita cerita ni sekadar perkongsian santai. Takde la mengumpat ngumpit sapa2 kan. Mengumpat stesen minyak je pun.. hahahaha


Stesen minyak sekarang dah pelbagai fungsi. Sebab tu banyak perkara kecemasan yang kita boleh selesaikan hanya di stesen minyak tak perlu nak cari kat tempat lain. Singgah isi minyak jer boleh selesaikan banyak perkara. bagus la kan.. At least jimat minyak. Pergi satu tempat boleh buat banyak perkara. Tu salah satu kelebihan. Mungkin bukan je boleh jimat minyak malah boleh jimat tol & jimat tenaga. Al maklum la sekarang tol pun dah naik kemudian dengar gosip2 liar mengatakan BR1M pun nak di kurangkan. Barang naik, bantuan di kurangkan. Alahai.. pakcik Najib tak berperikementerian sungguh. tak kesian ke kat kami orang2 semekin lagi hina ni.

Jadi bila dah semua naik pilihan yang rakyat semekin ada adalah berjimat je la. Jadi nak jimat segala benda dari segi masa,tenaga & kos ni lah perkara kecemasan yang selalu orang selesaikan kat stesen minyak. Nak tau apa yang perkara tu meh baca kat sini >> 8 Perkara kecemasan Yang Rakyat malaysia boleh selesaikan Di Stesen Minyak <<

Ok la tu.. Stesen minyak mungkin tak lama lagi boleh jadi centre kalau dah semuanya ada. Tak mustahil tetiba stesen minyak pun boleh jadi macam mall. Bukan setakat orang isi minyak, siap bershopping lagi. Wah.. memang meriah la stesen minyak. tak cukup parking jadinya. hahahaha

Moral of the story.. Sebagai rakyat malaysia jangan ambil kesempatan atas kemudahan yang di sediakan di stesen minyak. Gunakan dengan cara yang betul. Sebab spesis yang suka ambil kesempatan ni yang menyusahkan orang2 yang benar2 terdesak nak ke stesen minyak.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com