STUNTMAN MALAYSIA DI LANGGAR BETUL BETUL DALAM FILEM
Bila tengok babak aksi yang boleh gugur jantung kita cuma kagum dengan pelakonnya tapi tak semua benda tu di lakukan oleh pelakon. Disebalik aksi bahaya & hebat tu.. Ada seseorang yang mempetaruhkan nyawa bagi menjayakan babak babak bahaya dalam sesuatu filem atau drama. Jarang kita ambil tahu kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri @ stuntman kat Malaysia ni. Mereka tak popular sebab hanya bekerja belakang tabir.. Kita nampak aksi tapi bukan wajah mereka.Bila tonton video seorang stuntman malaysia ni.. berderau jugak darah sebab ada babak langgar yang secara tak sengaja pelakon yang membawa kereta terlebih had laju semasa dia melakonkan babak di langgar kereta. Melambung stuntman tu kena langgar real punya. Korang boleh tengok video tu sendiri kat sini sebab aku tak reti nak upload kat entri >> Beraninya lelaki ni! Isteri dia tak suka pun dia buat jugak kerja bahaya ni... <<
Kalau aku jadi bini dia pun memang aku tak berapa restu dengan pekerjaan suami aku seorang stuntman ni... So tak pelik la katanya dari sebelum kawen sampai dah ada anak isteri dia memang tak pernah restu dia melakukan pekerjaan bahaya ni.
Tapi itulah demi menyara keluarga.. memenuhi nafkah isteri.. membesarkan anak anak.. walau berdepan dengan bahaya setiap hari mereka meneruskan jugak kerja berisiko ni. Jika di bandingkan dengan kaki ragut.. Even pekerjaan meragut ni pun bahaya tapi tetap depa nak buat, lebih baik la jadi stuntman. At Least mencari rezeki pada jalan yang betul.
Moral of the story.. itulah kasihnya seorang suami & seorang Ayah.. Jadi hargailah lelaki yang di jodohkan dengan kita jangan hanya reti dok menyindir laki kat FB jer...