JANGAN DENGAR CAKAP BC, BACA SENDIRI PENGALAMAN PENGGUNA MARY KAY
JANGAN DENGAR CAKAP BC, BACA SENDIRI PENGALAMAN PENGGUNA MARY KAY. Tu dia.. Habis la produk Mary Kay. tak tau berapa juta pulak depa nak letak nanti katanya. Dah keluar pendedahan kat blog lekatlekit ni. Mesti tak sabaq kan BC.. BC Mary Kay semua nak baca. Apa lah yang berlaku pada pengguna ni lepas guna produk Mary Kay tu kan. Dup dap dup dap katanya.. Berombak rindu rasa di dada. Terasa bergetar tulang rusuk kiri kanan. Tak cukup tulang rusuk.. Tulang keting pun bergegar bagai nak rak. Suspend giler hangpa kan nak baca pendedahan berani naik court mammoth dari lekatlekit ni..Biasa la BC (Istilah yang di gunakan di Mary Kay untuk Beauty Consultant mereka) Ada setengah nak jual produk je. So depa share testimoni yang best best je la nak menarik orang cuba produk depa jual kan. Tapi betul ka produk Mary Kay ni berkesan? Memuaskan hati? Dan Boleh di percayai apa yang BC BC Mary Kay dok canang canang tu.. Jom ikuti pendedahan ni..
Secara tak sengaja saya sendiri terguna produk Mary Kay ni. Mula - mula adik bagi sebatang lipstik Mary Kay kat kakak dia. Sebab dia tau kakak dia ni memang feeling macam MUA rajin sangat touch up muka walau skill MUA tu memang takde asal muka berwarna pelangi sudah. hehehehe
Dulu saya memang tak suka pakai lipstik jenis matte ni sebab bibir saya selalu mengalami masalah kering & mengelupas. Kalau nak pakai lipstik jenis matte pun samada pakai pelembab dulu atau jenis yang memang glossy. Atau malas nak pakai lipstik pakai lipgloss jer senang. Sebab bila pakai Lipstik matte ni jadi makin kering bibir & tak cantik sebab mengelupas. Bila sapu kat bibir jadi tak sekata.
Mula - mula pakai Lipstik Mary Kay ni memang la takde terus bibir jadi bak delima gitu. Memang alas dulu dengan pelembab untuk lembabkan bibir.. Bila lama lama pakai secara tak langsung masalah bibir kering tu semakin kurang & sekarang dah tak payah pakai pelembab sebelum apply lipstik Mary Kay ni. Dah ok la pulak.. Bagus juga tak merosakkan bibir malah membantu masalah bibir kering. Tapi jangan expect kau pakai sekali terus solve masalah. Dia kosmetik yang merawat tapi bukan on the spot.. Alhamdulillah sepanjang guna tak menyebabkan bibir bengkak ke, gatal ke, kering ke hapa. Bagus budaknya lipstik ni hehehehe
Warna dia pun cantik. Ni saya tak tau kod apa hahaha.. Tau tenyeh je. Sat nak tengok kat bontot dia tulis kod warna apa.ok.. dia tulis mauve moment. Tak tau betul ke tak tu nama warna lipstik ni. hahahaha
Maaf dah kulup sebab ahkak guna dulu baru review |
Dah settle lipstik.. Sebelum kes saman menyaman ni sempat la merasa beli Cleanser Malacep Mary Kay sebab tak tahan dok tengok testimoni dari seketoi BC Mary Kay ni. Dia sebelum jadi BC muka breakout teruk.. Bila dia guna Mary Kay muka makin elok maka dia jual Mary Kay la pulak. Dan di sebabkan testimoni guna muka dia sendiri, terjerumus ahkak nan puaka nak try jugak. nak beli banyak2 tak mampu.. Try dulu la cleanser. Dah 4 bulan guna cleanser tu.. Apa yang berlaku? Jeng jeng jeng..
Takde la selepas seminggu terus kulit licin bak bontot bayi tanpa ruam.. Mustahil sangat la kan produk yang berasaskan organic ni mampu memberi hasil secepat tu. Biasa la.. Cuma rasa setiap kali cuci muka, rasa deep cleansing jugak la. Sebab boleh rasa bersih & segar sangat muka. Lepas sebulan tu perasaan la.. dia mengurangkan pembiakkan jerawat kat muka nan jelita bak kawah bulan ahkak ni. Selama 4 bulan guna nak kata glowing & flawless berseri seri macam bidadari serius tak la. Setakat guna cleanser kau nak expect lebih lebih tu macam melampau sangat. Cuma nampak kulit lebih bersih & tona lebih sekata. Kesan pencerahan tu ada la jugak sikit maybe sebab ahkak ni spesis pontianak kan. Jarang keluar siang hari. So dia kurang kena sinar uv kekdahnya.. Jadi maybe faktor tu jugak dia mencerah sikit.
Ada la jugak parut2 yang pudar. Bila berbedak tu rasa lebih lawa dari sebelum ni hahahaha. Kau nak lebih lawa menabung la beli apa2 cream MK tu untuk rawatan lebih effective. Buat masa ni ahkak nak spent duit untuk kos mahkamah so tak boleh nak shopping skincare la.. Guna je la Cleanser tu. Baca review ramai kata tahan setahun jugak la nak habis. Ok.. Jimat duit ahkak setahun. hehehehe
Orang kata kalau dah rezeki.. Haritu ahkak annouce mascara ahkak dah nak habis. Kot2 la dapat mascara free kan.. Ada juga dua tiga orang tanya untuk berkolabrasi nak bagi mascara free. Syarat ahkak kena bagi free review la kat depa jugak. Tu namanya exchange yer.. Tapi kawan ahkak ni kata tak payah la ahkak dok tenyeh mascara bukan bukan. Satgi dogol pulak bulu mata tu. Dia nak bagi ahkak hadiah mascara. Ambil la mascara dia tu.. Tak terguna lagi sebab yang sedia ada pun katanya tak habis pakai. Sesampainya kat rumah.. Rupanya mascara Mary Kay... Sujud syukur ahkak. Yelah nak beli bajet shopping kena cut tetiba orang bagi hadiah pulak. Kau tak terharu biru unggu kelabu jadinya.
Mascara ni best juga sebab waterproof. Tak risau la kalau pi tengok wayang cerita sedih, menangis bagai. Sebab dia tak cair. Tak berketul ketul.. Bila kita sapu pada bulu mata tu cantik lentik jer.
Sebab dia koleksi Mary Kay paling terbaru so Mascara dapat layan special sikit la sebab ada gambar testimoni |
Rasa nak bagi nampak bulu mata tebal.. tebalkan je sapuan mascara. Kalau nak bagi nampak macam melentik tapi natural jer warna dia sapu je nipis nipis. Senang sangat nak pakainya. Setakat ni takde la effect kelopak mata bengkak ke, bulu mata gugur ke atau gatal mata lepas pakai mascara ni. Lagipun produk Mary Kay ni setakat ni takde la KKM banned ke hapa ka.. Jenama yang dah berpuluh tahun dalam pasaran tempatan ni walau dia produk luar negara pun. Mary ni produk berasaskan organic jadi tak risau sangat nak pakai pada kulit.
Rangkaian produk Mary kay ni banyak.. Bukan kosmetik je. Skincare pun ada. Skincare dia pun banyak siri.. bukan setakat muka malah seluruh badan. Hangpa pi la tanya BC Mary Kay tu kalau hangpa minta nak try produk depa. Kalau suruh kami rekemen BC Mary Kay ni sorang ja kami pernah berurusan masa nak beli cleanser dulu.. Memang boleh di percayai. Hangpa boleh hubungi dia ni no ;
Independent Beauty Consultant Mary Kay
Whatsapp : 018 2546123
BC ni yang akak nampak memang sangat berdedikasi orangnya. Kalau hangpa beli produk mary kay dengan dia memang dia guide hangpa sampai lawa macam dia jugak. Sangat consistent dengan kerja dia buat sekarang. Insya Allah dia takkan klepet duit hangpa.. Hangpa bayaq dia bagi barang & servis terbaik di muka bumi ni. hehehehe
Tu la pengalaman manis ahkak puaka lepas guna produk Mary Kay.. Kalau ada rezeki melimpah ruah bagaikan air bah di musim tengkujuh.. Boleh la cuba skincare dia yang lain. Sapa tak nak cantik ye dak? Produk Mary kay ni Jate Tino buleh paka belako deh... erkk terspeaking Klate pulok. dok tahu gapo kawe tetibo buleh kecek klate. Badi gamaknya hehehehe.
Moral of the story.. Pesanan khidmat masyarakat lekatlekit. Gunalah produk yang selamat, jenama yang tiada kontroversi & kalau boleh produk yang dah ada lama di pasaran. Bukan apa.. muka rosak maybe boleh rawat takut organ rosak dia tak tumbuh balik dah. Produk kosmetik yang mempunyai logam berat seperti merkuri untuk memberi kesan yang cepat memang boleh menyebabkan kerosakkan organ dalaman macam buah pinggang. Jadi pepandai la hangpa yer pilih produk.