Showing posts with label pembawa. Show all posts

CARA MUDAH ELAK DENGGI,ZIKA & SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT DENGAN PRODUK LERY GROUP

CARA MUDAH ELAK DENGGI,ZIKA & SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT DENGAN PRODUK LERY GROUP. Disebabkan persekitaran yang tak bersih & semakin tak sihat.. Berlaku bermacam macam jenis wabak & penyakit melanda umat akhir zaman ni. Kadang2 di sebabkan sikap tidak bertanggungjawab orang lain pun kita jadi mangsa. Contoh macam Demam Denggi & penyakit Zika ni.. Ia di sebabkan oleh nyamuk Aedes. Nak mencegah perkara ni kena jaga kebersihan di kawasan tempat tinggal kita & semua tempat la. Kalau kita je cuba untuk jaga kebersihan tapi orang lain tidak jaga pun.. Tak membantu untuk mencegah perkara ni berlaku.


Jadi sebab kita tak boleh nak ubah sikap & mentaliti sesetengah manusia ni jadi terpaksa kita ambil langkah pencegahan secara individu untuk protect diri sendiri & ahli keluarga kita. Selain menjaga kebersihan di kawasan tempat kita tinggal.

Kita sedia maklum,, racun serangga yang banyak di jual di pasaran mempunyai kimia yang tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan manusia terutama kanak kanak. Kalau terbau pun kita rasa pening.. Apatah lagi anak anak kecil kita yang antibodi pun belum kuat sepenuhnya. Jadi sangat penting memilih produk yang selamat untuk manusia terutama kanak kanak bagi memastikan tidak memberi kesan kepada kesihatan kita atau orang lain.

Kat sini aku nak perkenalkan satu produk yang selamat untuk kegunaan seisi keluarga. Bukan saja boleh di gunakan di rumah malah di mana sahaja tempat yang di perlukan. Produk LERY GROUP berasaskan minyak pati serai wangi yang tiada bahan kimia, tiada kandungungan Deet, tiada alkohol & yang penting ia selamat untuk kanak kanak. memang produk macam ni menjadi keperluan pada setiap rumah sebab serai wangi ni berfungsi untuk 

# serai wangi adalah merupakan agen pembersih yang semulajadi untuk membunuh bakteria.
# serai wangi mampu mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan.
# serai wangi adalah merupakan agen anti fungus.
# serai wangi adalah merupakan agen penghalau serangga seperti lalat, cicak, semut, lipas, tikus, pepijat, agas-agas dan sebagainya.
# serai wangi merupakan agen penghalau nyamuk terutama aedes dan zika.
# serai wangi mampu menjadikan kulit menjadi lebih lembut dan lembab.

Produk Lery Group ni terdiri daripada

1. 2 in 1 Multipurpose Cleaner – 1 Liter : RM 16.90, 500ml (Semburan): RM9.00 & 10 Liter: RM169.00. Berfungsi sebagai..

# 80% agen penghalau serangga seperti lipas, semut, cicak, lalat, lipan, tikus dan sebagainya.
# Dapat mengurangkan bau hapak pada sofa, karpet, tilam dan bantal.
# Dapat membunuh pepijat pada tilam, bantal, sofa dan karpet.
# Dapat membersihkan sebarang permukaan seperti lantai, kabinet, meja dan sebagainya.
# Dapat menghilangkan kotoran degil seperti kotoran yang bergetah dan gris.
# Dapat menghilangakan kotoran degil pada pakaian.



Cara Penggunaan:

1. Hanya perlu campurkan 2 penutup sukatan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dengan setengah air baldi (bagi 1 botol 1 liter atau 10 liter) dan mop.
2. Untuk masalah serangga serius, para pelanggan perlu mengemop sebanyak 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
3. Untuk tujuan mencuci lantai, tandas dan sebagainya, hanya semburkan sedikit mengikut anggaran masing-masing, kemudian sental dan bilas.
4. Untuk tujuan mengelap sebarang permukaan seperti meja, cermin, tingkap dan sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan lap. Tidak perlu bilas sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan biarkan. Semburan perlu dilakukan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.

2. Insect Repellent – 55 ml : RM 7.90, 1 liter: RM 30.00, 500ml: RM 15.00 & 10 Liter : RM300.00. Berfungsi sebagai..

# 100% bertindak sebagai agen penghalau serangga dan tikus (terutama masalah serangga yang serius)
# Bertindak sebagai pengganti kepada AEROSOL yang TIDAK merbahaya kepada kanak-kanak.
# Bertindak sebagai 100% agen untuk mencegah dan menghilangkan bau bilik yang hapak.
Bertindak sebagai aromaterapi yang berfungsi melegakan tekanan emosi dan membunuh bakteria di dalam udara.
# Bertindak sebagai penghalau semut dan serangga yang lain pada tumbuh-tumbuhan .
100% dapat membunuh anai-anai.



Cara Penggunaan:
Hanya semburkan Insect Repellent pada bahagian yang diinginkan. TIDAK PERLU dilap.
Untuk masalah serangga yang serius semburkan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.
Untuk masalah bilik yang berbau hapak, campurkan Insect Repellent dengan sedikit air (mengikut anggaran masing-masing dan keluasan bilik) ke dalam mesin aromaterapi dan pasangkan untuk setiap 1/2 jam (mengikut tahap masalah bau hapak tersebut).
Untuk mengelakkan dari serangga pada tumbuh-tumbuhan, hanya semburkan Insect Repellent pada tumbuh-tumbuhan dan biarkan.

3. Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 500ml : RM 16.90. Ia berfungsi untuk..
# Bertindak sebagai gel mandian yang mencegah dari terkena gigitan nyamuk Aedes dan Zika.
# Melembutkan kulit.
# Menyegarkan badan.
# Air bilasan mandian yang mengalir ke saluran paip dapat menghalau serangga-serangga yang berada di dalamnya seperti lipan, cacing halus dan semut.
# Mengharumkan bilik mandi.
# Dapat membunuh bakteria pada kulit.
# Dapat dijadikan sebagai losyen bagi mencegah gigitan nyamuk terutama apabila menyertai aktiviti perkhemahan dan merentas desa.


Cara Penggunaan:
Letakkan sedikit Citronella Shower Gel Anti Aedes dan Zika pada tapak tangan dan campurkan sedikit air dan lumurkan pada badan serta bilas.
Bagi penggunaan losyen, hanya lumurkan sedikit pada lengan dan kaki atau leher sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan merentas desa.

4. Moisturizing Hand Wash : RM 15.90. Berfungsi untuk..

# Dapat membunuh bakteria pada tangan.
# Dapat melembutkan tangan.
# Air bilasan tangan yang mengalir ke dalam saluran paip dapat membunuh serangga di dalamnya.


Cara Penggunaan:
Letakkan sedikit cecair pencuci tangan pada tapak tangan, gosok dan bilas.

Jugak terdapat set Combo.. 

Kombo Kembara (Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 100ml, Moisturizing Hand Wash 100 ml dan Insect Repellent 55ml): RM 29.00

Senang untuk di bawa travel ke mana mana dengan set kombo kembara ni.

Sebelum ada yang bertanya meh sini nak bagitau kat mana korang boleh beli produk Lerry Group ni. Produk ni Boleh di dapati di 

* Lazada Malaysia
* GJ Mart AU2 Keramat
* Pasaraya As Syakirin Melawati
* Suri Halal Mart, Ukay Perdana

Jangan risau pada awal tahun 2017 nanti Produk Lerry group akan di perluaskan lagi pasarannya di pasaran runcit, rangkaian hypermarket di malaysia untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk produk ni.

Jadi pada mereka yang tinggal di kawasan di isytihar sebagai 'Zon Aedes' atau zika Memang patut guna produk dari Lerry Group Sdn Bhd ni. Bagi yang rasa masih berada di zon selamat pun jangan rasa selamat sangat OK.. Kalaupun bebas Aedes & Zika.. Kalau rumah banyak cicak, lipas, semut bagai pun nampak kotor jugak. Jadi cegah sebelum serangga tu berumahtangga dalam rumah korang tanpa rasa bersalah. Jangan sampai dah sakit baru nak cari penyelesaian.. Sebaiknya cegah sebelum parah.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi..

LAMAN WEB LERY GROUP
LAMAN FACEBOOK LERY GROUP
LAMAN INSTAGRAM LERY GROUP

LERY GROUP SDN. BHD.
SC-SG-24, JALAN UP1/1D
SPRING VILLA , UKAY PERDANA
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA.

HOTLINE:
+6016 644 9105

CUSTOMER CARE HOTLINE:
+6019 296 9756

AWAS! VIRUS ZIKA WUJUD SEJAK TAHUN 1947 KINI DAH SAMPAI DI MALAYSIA

AWAS! VIRUS ZIKA WUJUD SEJAK TAHUN 1947 KINI DAH SAMPAI DI MALAYSIA. Allahuakbar.. Tadi tengok berita katanya seorang wanita warga emas di kesan telah di jangkiti virus Zika selepas melawat anak dia yang bekerja di singapore yang jugak dah di jangkiti virus zika. Nampaknya virus zika dah mula melebarkan empayar virusnya kat Malaysia. Jadi kita mula kena titik beratkan langkah keselamatan awal supaya tak menjadi mangsa keganasan Zika katanya.


Asal usul Zika ni sebenarnya bukan muncul zaman sekarang tapi wujud sejak tahun 1947 dan berasal dari Monyet Rhesus di Hutan Zika, Uganda, Afrika. Virus ini diberi nama Zika dimana kata zika diambil dari nama hutan zika yang merupakan hutan dimana monyet yang di jangkiti virus zika ini untuk pertama kalinya ditemukan. Virus zika di kesan menjangkiti tubuh manusia di tahun 1950 terutama di daerah Afrika serta Asia yang merupakan kawasan khatulistiwa, sedangkan infeksi virus ini banyak terjadi pada tahun 1968 di daerah Nigeria. Virus zika sendiri merupakan salah satu jenis virus yang berasal dari genus flavivirus dengan family flaviviridae. Zika kemudian di kesan mula tersebar di daerah timur pada tahun 2014 melintasi samudera pasifik menuju polinesia Perancis. Tahun 2015, zika mulai menyebar hingga pulau paskah hingga amerika tengah, Karibia, hingga Amerika selatan. Seiring dengan perkembangannya, virus zika merebak dan menjangkiti ke dalam tubuh manusia hingga lebih dari 20 negara yang berada di benua Amerika khususnya pada daerah-daerah tropis.Tu sejarah virus zika yang mula2 di kesan. Cuma mungkin sebelum ni dia menyepikan diri buat seketika waktu & kembali mengganas di tahun 2000an ni.

Penyebaran Virus Zika berlaku dari gigitan nyamuk yang mengigit pengidap virus Zika, kemudian dia pergi gigit pulak orang lain maka dengan cara tu boleh berlaku jangkitan Zika kepada orang lain. Virus Zika ni amat bahaya kalau terkena kepada ibu yang sedang hamil sebab boleh menyebabkan bayi yang lahir mengalami kecacatan microcephaly di mana bayi yang lahir dengan size otak yang tak berkembang seperti yang sepatut. Kepala & Otak akan jadi lebih kecil.

Tanda tanda awal yang boleh di kesan jika anda di jangkiti Zika.. adalah demam panas, ruam, sakit pada sendi, dan mata merah. Simtom2 dia ala2 macam denggi jugak la. Kalau korang anda tanda2 & gejala macam tu jangan nak minum air 100 plus jer berbotol botol. Bawak2 diri dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.

Cara nak mencegah dia sama jugak macam kita nak membenteras denggi. Sebab pembawa Virus Zika ni pun adalah dari nyamuk yang sama iatu Aedes. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk, jaga kebersihan kawasan rumah & sekitar. Benda ni perlukan kerjasama semua pihak. Kalau kita je jaga kebersihan kawasan rumah kita tapi orang lain tak.. Pun tak guna. Sebab nyamuk ni dia tak berlegar sekitar tempat dia membiak je tapi dia boleh berterbangan riang ria bagaikan pesta kesana sini menggigit orang sesuka hati katanya. hehehe. Atau boleh ikuti 9 tips mudah ni untuk mengelakkan dari terkena virus zika >> 9 Perkara yang Anda Boleh Buat Untuk Memastikan Diri Anda Selamat Dari Virus Zika <<

Moral of the story.. Apa berlaku sebenarnya di sebabkan oleh manusia juga. Nyamuk tu sebenarnya perantaraan jer. Tapi kerosakkan & malapetaka yang berlaku dalam dunia ni semua berpunca dari kerakusan manusia itu sendiri.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com