PENGARUH FILEM.. BUAT TALI DENGAN SELENDANG, AKHIRNYA JATUH TERLENTANG

Amboi gigih sungguh si makwe nak jumpa si pakwe walau di halang mak bapak dia. Sanggup ni sambung selendang buat tali nak turun dari tingkat 7 rumahnya. Memang cinta sampai mati la budak ni. INILAH apartmen di Desa Pandan lokasi remaja tersebut ditemui mati selepas terjatuh Tapi malangnya pengorbanan dia tu tak dapat ending yang baik. Dia terjatuh dari tingkat 7 selepas selendang yang di hubung buat tali panjat turun tu terkoyak sebaik dia bergayut. Lebih malang lagi cinta si juliet ni berakhir dengan kematian. Maka si romeo yang mendapat tahu si juliet yang terkorban dalam misi untuk pergi menemuinya pun turut merasai kesedihan kehilangan orang tercinta. Update twitter marah si mak & adik arwah makwe dia. Demi cinta sejati.. sanggup si romeo ambil teksi walau dia takde duit nak bayar tambang teksi tu kerumah arwah juliet tu semata mata nak bagi penghormatan terakhir & untuk sama2 membaca surah yassin untuk si awek tercinta. Nasib baik family si arwah tolong bayarkan. K...