Showing posts with label Sharnaaz Ahmad. Show all posts

PADAH TERLAMPAU MENUNJUK BILA BERCINTA DENGAN ARTIS

PADAH TERLAMPAU MENUNJUK BILA BERCINTA DENGAN ARTIS. Dah nama pun retis.. Bukan je kisah kerjaya dia dalam dunia seni ni orang nak ambil tahu, malah kisah peribadi, keluarga apatah lagi kekasih memang jadi buruan media la. Bukan je yang popular tu artis je orang yang rapat dengan dia juga jadi perhatian terutama pasangan dia la. Yelah.. dunia hiburan sekarang memang lebih suka highlight retis ni couple dengan sapa, nak kawen dengan sapa, bercerai kenapa,sapa kekasih gelap dia.. Memang cerita2 macam tu ada value. Post jer berpusu2 orang clik katanya.


Bila baca satu gosip ni.. kisah makwe pelakon sharnaaz ahmad yang di tuduh syok sendiri sebab dia je rajin upload gambar dengan sharnaaz tapi bagi pihak sharnaaz takde sangat. Biasa la lelaki kan.. Mungkin sebab sharnaaz ni dah banyak kali bercinta tapi tak jadi dia malas nak show off sangat la makwe baru dia yang katanya kakak kepada Neelofa. Tu la kan bercinta dengan orang popular ni. Bila dia tunjuk siapa kekasih dia orang tuduh dia yang lebih2 padahal si retis takde pun nak bagitau orang yang dia tu kekasih si retis padahal depa tahu la apa hubungan yang terjalin antara mereka. Kalau tak nafikan tu maknanya ada la tu.. Kalau takde pun maybe saja nak create gosip untuk naikkan nama dalam industri hiburan.


Jadi perempuan ni macam tu la.. Sebab perempuan dia punya excited pada sesuatu perkara tu lain macam sikit. Apa je dia dapat kalau boleh semua dia nak bagitau orang. Apatah lagi kalau dapat pakwe retis ni, kan? Sebab tu jadi perempuan ni kadang2 kena tunjuk jual mahal sikit.. Tak payah excited sangat. Sebab nanti yang buruk semua perempuan yang kena tanggung. Sebab perempuan ni kita sedia maklum lebih terdedah kepada fitnah. Dah lumrah kehidupan yang kita tak boleh nak ubah. Apa yang boleh kita buat adalah kita je berubah, Insya Allah dengan berubah mampu mengubah persepsi orang terhadap kita.

Sumber Erafm

Moral of the story.. Zaman media sosial ni bukan macam zaman TV hitam putih. Jangankan nak tengok rancangan gosip.. Nak tengok rancangan TV pun kena bersusah payah macam ni >> Kesusahan Orang Dulu Nak tengok TV << Jadi, Sebab teknologi dah memudahkan orang menyebarkan gosip maka kita kena slow down dalam beberapa perkara agar tak menimbulkan fitnah & salah sangka.

SHARNAAZ AHMAD ADA MASALAH MENTAL KE BARAN TAK MENENTU NI?

Terbaca kat Oh!Bulan tadi pasal kes sharnaaz Ahmad yang tetiba mengamuk dengan lisdawati sehingga menyebabkan pelakon tu mengalami mengalami tekanan darah tinggi dan terdapat gangguan pada kandungannya.


Apa yang aku baca kat Oh!bulan tadi.. katanya Lisdawati pun tak sure pasai pa mamat tu serang dia. Bila suami lisdawati jugak pelakon Fauzi nawawi masuk campur sekali dengan dia kena ugut tapi tak didedahkan pula apa yang sharnaaz ni ugut. Katanya kes polis dia taknak la bagitau.


 Untuk artikel penuh sila baca kat Oh!Bulan

kalau takde sebab orang gila pun tak mengamuk tapi kalau sebab2 tak masuk akal nak mengamuk tu namanya gila ye dak?? Sharnaaz ni tak tau mana satu kategori dia mengamuk bersebab atau sebab yang tak masuk akal dia mengamuk.. hahahahaha Maybe ni la salah satu sebab pakcik ND Lala dulu tak berkenan sangat dengan sharnaaz kot. Baran tak menentu. Yelah.. risau jugak dia kalau di bagi kawen esok anak dia yang comel lote tu tetiba ber cop mohor sana sini pulak.

Hope sharnaaz ni cuba kawal emosi.. kalau tak boleh control macam Fauzi Nawawi suggest la cuba dapatkan rawatan. takut nanti tindakkan dia di luar batasan kewarasan pulak. Yelah.. orang baran tak menentu ni bukan boleh jangka apa dia nak buat & boleh buat & tahap mana perbuatan ganas dia boleh berlaku. Sampai serang lisdawati yang perempuan lagi tengah pregnant tu kalau lelaki normal & waras dia takkan bertindak sampai macam tu ye dak??

P/S : kadang2 aku kesian jugak dengan sharnaaz ni tapi kalau baran tak tentu pasal aku pun takut jugak.


SHILA AMZAH ANGGAP FAMILY OVER PROTECTED & BAWA DIRI JAUH DARI FAMILY

Sang Lekit memang ikuti kes shila amzah, sharnaaz & ND Lala.. walaupun blog melekit ni bukan kategori blog cerita retis lebih kepada cerita rojak yang semua cerita ada ikut mood & minat sang pentulis blog nak tulis apa dari hasil pemerhatian, pembacaan & pendengaran. Sang Lekit tak letakkan tema blog ni sebab sang lekit jenis apa je aku rasa minat nak kopek.. akan di kupas kupis sampai ke urat saraf paling halus tak kisah isu semasa, isu peribadi, isu retis, isu jiran sebelah umah.. ada ku kesah kau siapa & cerita apa. hahahaha

Berbalik pada isu yang nak di kopek.. kita sedia maklum pasal kes tiga retis ni. Kes bapak shila amzah iatu ND Lala yang tak berapa berkenan dengan pakwe anak dia iatu pelakon sharnaaz. Sang lekit memang dah perasan yang pak ND Lala memang macam tak berapa berkenan dengan si sharnaaz sejak tengok dia bagi statement dalam rancangan galaksi ke melodi ntah.. lupa pulak. Dari apa dia yang dia cakap.. tak tahu pasal hubungan cinta anak dia.. tak amik tahu & tak nak tau, sapapun perasaan dia tak suka hubungan tu terjalin. Tapi sang lekit setuju dengan ND lala bila dia kata sharnaaz ni bukanlah bodoh tapi kurang cerdik. Terbukti dengan kenyataan2 sharnaaz bila di landa kontroversi.

Terbaru shila Amzah tampil bagi statement pasal pergaduhan ayah & kekasih dia tu.. maka shila keluarkanlah statement ni
 Shila memahami situasi ibu bapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.
Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
 >> SILA CLIK DISINI UNTUK BACA ARTIKEL PENUH <<
Pak ND Lala cakap sharnaaz biadap bila keluarkan kenyataan nak merisik shila walau di halang pihak ND Lala yang si sharnaaz pula balas balik dengan kenyataan dia nak kawen dengan shila bukan bapak dia..  Bila shila keluarkan statement, Si Sharnaaz pulak tak puas hati cakap shila takde pendirian, rela kena kongkong.
sedutan statement sharnaaz
Sharnaaz turut melahirkan rasa kesalnya kerana tindakan Shila yang seakan-akan tidak mampu membuat keputusan sendiri.
“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya.”
Artikel penuh baca kat SINI
Ni Sang lekit cakap nak cakap sikit yer sharnaaz.. selagi kau tak jadi laki dia selagi tu dia hak mak bapak dia. Restu mak bapak tu penting. Takkan sebab kau yang macam saiko dia nak buang mak bapak dia pulak. Kalaupun dia rela kena kongkong dengan mak bapak dia.. hang takde hak nak campur sebab hang bukan sapa2 lagi dengan shila. Setakat kapel kalau putus tak kena naik turun mahkamah la sharnaaz. Yang hang macam nak suruh dia lawan cakap mak bapak dia tu dah kenapa?? Rasanya sebab tu la kot bapak shila amzah tak berkenan dengan si sharnaaz ni. Belum apa2 lagi dah macam mencabar bapak shila. Belum kawen dah tunjuk perangai macam ni.. elok la reject awal2 yer shila. Bukan apa takut esok2 dah jadi bini dia.. macam macam masalah pulak timbul. Moga si sharnaaz fikir sebelum keluarkan apa2 statement.. ingat sharnaaz ko dok bergaduh dengan bapak shila.. kalau ko nak kawen tetap ko kena minta bapak shila wali kan dia. Tapi nampak gayanya.. kau macam takde harapan kot.


Aduhai.. ni bukan sebab depa semua artis tapi untuk jadi pengajaran buat kita semua. Kalau laki jenis awai2 lagi suruh bantah (lawan) cakap mak bapak.. dari situ nampak sangat ketidakmatangan & ketidakbaikkan budi pekerti dia. Jadi jangan amik risiko yer anak anak.. Dalam kes ni sang lekit nampak sharnaaz ni jenis baran & taknak mengalah jugak. Shila kena fikir jugak tentang tu.. selama ni mak bapak dia besarkan dia dengan penuh kasih sayang & belai manja jangan dah kawen esok silap sikit kena maki hamun pulak. Bukan sang lekit kata sharnaaz macam tu yer tapi takut jugak la jadi macam tu.

P/S : tetiba hari terbaca statement shila kat sinar harian yang berbunyi something sangat seperti ni 

 “Ya keluarga perlu diutamakan... tetapi pada masa yang sama, Sha nak peluang untuk membuat keputusan sendiri juga.“Saya tak mahu ‘over-protected’ lagi. Biar saya menjadi diri saya,” tulisnya
Adakah shila maksudkan family (especially ayah dia) over procted dia??. Dik bapak mana tak risau kalau anak dara dia terlebih sayang kat laki yang macam saiko jer. Shila amik masa panjang yer untuk fikir yang habis baik untuk masa depan shila
 Sumber Tweet kat SINI

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com