AKIBAT MAKAN NASI DICAMPUR NAJIS & DARAH HAID
Ni resepi baru ke hapa? Nasi campur taik @ Najis & darah haid? Bukan resepi baru dik Ooi.. ni resepi dari zaman tok nenek kita lagi tapi bukan semua orang amalkan resepi ni. Orang2 tertentu dengan tujuan tertentu je buat. Tapi amaran keras korang jangan pulak nak try resepi ni kat rumah yer... Na'uzubillah...
Sumber google sekadar hiasan
Semalam.. sempat tengok DVD filem Nasi Tangas @ Nasi Kangkang yang aku beli hari raya haritu. Baru berkesempatan nak tengok sebab sebelum ni dok layan drama kat TV. Almaklum raya drama2 best jugak kat tv. So, baru semalam sempat mentelaah Nasi Kangkang tu.
Filem ni.. Bagi aku Takde la bosan sangat cuma pemilihan pelakon utama tu yang tak sesuai. Maybe sebab pelakon baru.. lakonan tu sekadar boleh berdialog je la. Kurang power buat watak yang depa mainkan tu jadi kurang berkesan even jalan cerita bagi aku agak best. Cuma cerita ni simple sangat la... Dari start sampai ending. Takde suspend sangat. Mendatar jer jalan cerita dia. Tapi bagi yang tak tahan loya tu.. Aku tak tau la boleh tengok ke tak. Sebab dalam filem tunjuk agak real cara2 nak buat nasi tangas @ nasi kangkang dengan benda2 kotor macam darah haid & najis yang di campur dalam nasi kemudian di bacakan jampi serapah. Lepas di makan oleh orang yang di seru untuk di tundukkan, terus jadi bodoh orang tu tak reti membantah dah. Aku terus terang tang babak darah haid & taik tu memang surrender la even aku boleh tengok rupa hantu paling seram sekalipun.
Kisahnya.. Si Mak bagi si ayah makan nasi kangkang sebab si ayah ni jenis baran & jahat. Suka pukul si mak.. Yang si anak mak dia ajar bagi laki dia makan nasi kangkang sebab si anak ni cemburu buta. Jeles dengan kawan baik merangkap bisnes partner laki dia sebab depa agak rapat. Ending dia akhirnya si ayah tahu dia di sihirkan.pergi berubat kemudian jadi normal macam biasa. Lepas si ayah tahu,Mengamuk la kat si mak. Masa tengah bergaduh datang saka si mak ni bunuh si ayah. Yang si anak ni, akhirnya laki dia pun tahu jugak sebab di bantu kawan yang tahu apa berlaku, pergi berubat tapi sebab sayangkan bini dia anggap apa yang berlaku salah dia sebab mengabaikan perasaan bini dia sehingga menyebabkan si bini ni melakukan benda2 khurafat macam tu. Ending dia si bini jadi gila. Dua pengajaran dalam cerita ni kepada lelaki.. Satu jangan menganiaya kaum wanita.. silap haribulan kena nasi kangkang tak guna sesen. Pengajaran kedua.. bila dah kahwin tu pergaulan dengan kawan perempuan tu even baik macam mana pun tak boleh la rapat sangat bila dah ada bini. Cemburu seorang perempuan ni kadang2 tak dapat nak ramal walau kau takde apa2 perasaan kat kawan kau pun tapi bagi pihak bini tu dia tengok lain perasaannya kalau rapat sangat.
Cerita ni kalau korang tahan dengan benda2 geli geleman tu boleh la layan.. Nak kata seram tak seram mana. Nak kata banyak suspend pun tak berapa suspen. Cuma yelah.. kita boleh tengok & tahu macam mana nasi kangkang @ nasi tangas tu di buat. Betapa kotornya ramuan yang di gunakan. Jadi peringatan pada kita.. kalau mencurigakan sila amalkan ayat2 pendinding yang ada dalam Al Quran Insya Allah kita di lindungi dari orang yang berniat tak baik.
P/S : Jangan ada yang tiru pulak resepi buat nasi kangkang dari filem ni. Apapun MiG untuk filem ni aku tak kritik sangat cuma tu la kalau nak buat filem bagi la yang talented sikit. jangan asal boleh jual muka jer..