Showing posts with label kedai kain. Show all posts

MELISSA MALEK PEMINAT YANG KENA MAKI DENGAN AZWAN ALI

Aku ni bukan la peminat Azwan Ali tapi memang terhibur jugak kadang2 dengan telatah dia bukan makian dia yer... Nak2 lagi tengok rancangan lari. Memang bebelan dia tu menghiburkan. Aku syak depa pilih dia sebagai peserta dalam rancangan lari pun sebab nak bagi ada tarikkan jer.. Kalau ikut cara dia main, semput jer. Tapi keletah dia memang mencuit hati la.

Azwan Ali.. semua orang kenal mulut puaka Niyang rapik. Bab maki orang dia lulus dengan cemerlang,gemilang & terbilang. Setakat cerita dia gaduh dengan artis dah bukan cerita biasa. Ni kecoh orang dok viral pasal budak melissa katanya peminat Azwan ali yang kena maki dekat IG.


Bukan la aku sokong Azwan Ali.. Tapi kau dah tahu dia camtu yang kau gigih tanya soalan cepukmas yang boleh jadi maksud yang macam2 dah kenapa? Apa pelik sangat bangla kerja kedai kain.. Kat Malaysia bersepah bangla kerja kat memana pun. Bangla ni kebanyakkan jenis rajin kerja so memang orang suka ambil bangla kerja. Benda tu pun kau nak tanya seolah2 mempertikaikan. Padan la kau kena maki dengan Azwan Ali. Macam baru keluar dari hutan Amazon tak pernah nampak bangla kerja kat kedai kain pulak. Bangla sekarang bukan takat kerja.. ada yang ada kedai sendiri dah beb!

Moral of the story.. Kalau rasa tak nak kena maki tak payah layan post dia. Dah tau dia ada suiz sentap & kalau terpetik je terus keluar maki hamun buat bodo jer dengan apapun post dia. Jangan kena maki melalak satu alam maya. Tak tahan kena maki,duduk tepi tepi. hahahaha

P/S : Sebelum jadi salah faham yang maha besar baik aku explain.. aku tak kata perbuatan azwan ali ni betul, masalahnya kita tak mampu nak betulkan dia yang perangai suka memaki hamun orang tu jadi kita jangan layan sebab kalau makin layan makin menjadi jadi.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com