TAHNIAH, DAYANA ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG. Dengar je Dr Dayana mengandung kita terlebih excited... Macam kita pulak
yang di sahkan mengandung. Almaklum.. orang pompuan memang macam tu..
Suka terlebih tacing katanya. Yalah.. tumpang gembira dengan kebahagian
orang lain tak salah pun.. Jangan dok tumpang dengki dengan bahagia
orang sudah.
Berkat kesabaran & ujian yang melanda akhirnya Dr Dayana, isteri pertama kepada pelakon & pengamal perubatan Islam Ashraf Muslim di kurniakan rezeki zuriat. Rezeki melimpah ruah Ashraf.. yang kedua tengah sarat mengandung 8 bulan, anak kedua, yang pertama dah mengandung 4 bulan anak pertama. Meriah karipap pusing family dorang nanti kan?
Sumber Beautifulnara
Bagi yang dah kahwin lama belum di kurniakan rezeki anak.. Jangan putus asa. Terus berusaha kerana Allah lebih tahu apa & bila masa yang terbaik untuk memberi sesuatu yang kita nak. Kalau takde rezeki tu kat dunia... Terus bersangka baik dengan Allah.. Sebab hanya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Apapun tahniah pada Dr Dayana, Ashraf & Sakinah... Moga kehidupan mereka bertambah bahagia & semoga kandungan Dr Dayana di lindungi dari sebarang perkara buruk & di permudahkan segala urusan.
Moral Of The story... Tak kira fans @ haters.. doa yang baik baik sudah.