TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG
TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG. Rasa macam trend pulak perangai budak budak sekarang yang suka baling batu pada kenderaan atau kereta orang yang lalu lalang kat kawasan dia bermain. Sebelum ni pernah jadi viral pasal seorang lelaki dewasa yang marah2 kepada seorang budak & mak budak tu sekali sebab anak dia yang rasanya umur 4 tahun ke berapa baling batu kena cermin kereta pakcik tu. Marah sungguh pakcik tu sampai ada paparazi tersembunyi record kejadian tu kemudian viralkan.Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google |
Masa benda tu viral memang aku sendiri tak salahkan orang yang marahkan budak tu walau cara dia marah tu macam marah budak yang dah cukup akal fikiran. cara dia membebel tu je aku rasa tak sesuai untuk budak umur macam tu tapi aku tak salahkan dia 100% bila dia naik angin tentang perkara tu sebab siapa2 pun akan naik angin.. Walau anak kita sendiri buat macam tu pada kereta kita pun kita akan marah jadi tak ada beza anak siapa yang buat. Sapa2 buat pun benda tu akan mengundang perasaan marah orang lain.
2 hari lepas (ahad) masa nak pergi rumah In law.. Kira dah dekat la dengan rumah in law aku tu ada seorang budak umur maybe 2 - 3 tahun atau 2- 4 tahun aku pun tak sure sangat. Main dengan kakak dia maybe umur dalam 6 - 7 tahun tepi jalan. Bila kereta husband aku lalu dia baling batu terkena cermin tingkap. Memang tak pecah tapi jadi berserpih jugak la bekas kena batu tu. Nasib baik tak pecah kalau pecah.. time tu pulak anak aku duduk kat seat belakang. Kalau kena anak aku dah jadi 2 hal.. cermin pecah satu hal.. anak aku mungkin tercedera pun satu hal. Jangan ingat balingan budak kecik tak mampu pecahkan cermin kereta kalau batu yang di baling tu agak besar. Sampai berserpih jugak la cermin kereta laki aku tu.
Budak memang la budak.. Memang la dia tak fikir benda yang dia buat tu boleh mengundang kemudaratan pada orang lain tapi kalau di beritahu rasanya budak normal dalam usia macam tu dah cukup faham benda tu salah & orang akan marah. Betul la benda tu dia buat di luar pengetahuan mak bapak dia..malah mak bapak dia pun tak nampak dia buat sebab mak bapak dia biar je dia pergi main jauh dari rumah dengan kakak dia. Tu kalau kena culik tu baru nak meraung minta tolong kat semua orang. Bila tak jadi apa - apa dok rasa selesa & dok rasa semua tempat masih selamat dia lupa kot kat Malaysia sekarang ni kat kampung pun dah tak ada jaminan selamat nak lepas bebas anak2 sekecil tu main tanpa pengawasan orang dewasa inikan bandar.
Lepas batu terkena cermin kereta tu suami aku just sergah je budak tu dari dalam kereta kemudian cepat2 kakak dia ajak balik. Habis kat situ je la cerita dia. Cuma aku terfikir kalau cermin pecah kita pergi jumpa & tegur mak bapak dia confirm la depa akan guna alasan dia masih budak tapi kalau pergi nak tukar cermin yang pecah kita cakap yang buat cuma seorang budak tak dapat free pun. Kalau mak bapak budak2 tu berduit mungkin merasa dapat ganti rugi.Tu pun kalau mak bapak budak tu jenis boleh berbincang kalau yang jenis tetap tak rasa anak dia salah.. boleh bawa bertumbuk jugak. Tu kalau berduit.. Kalau depa pun setakat cukup2 makan.. Kita pun terpaksa berdiet nak tukar cermin kereta. Budak memang la budak tapi kos kalau rosak dia tak caj ikut harga sapa yang rosakkan. dia tak peduli pun macam mana & siapa yang buat yang dia tau kau nak tukar sila bayar je.
Bila aku post cerita ni kat FB.. memang ada dua tiga orang jugak friends kat FB mengaku berlaku jugak perkara macam ni kat tempat depa. gamaknya sekarang trend budak2 buat perangai dok baling batu kat kenderaan atau kereta orang kot. Budak2 ni fikir seronok jer.. Mak bapak la kena pantau nak2 yang kecik2 umur antara 2 - 6 tahun tu. Jangan bila orang bising sibuk nak viralkan padahal anak kau tak jaga. Tak tengok dia main apa.. buat apa.. Dah la kau salah tak jaga anak. Bila orang marah kau sibuk nak malukan orang pulak.
Moral of the story.. Pantau la anak anak anda terutama yang akal masih cetek akal tu bila bermain di luar rumah. Bukan pasal suka baling batu kat kenderaan orang yang lalu lalang jer.. Tapi untuk keselamatan anak anda jugak. Ada yang komen kat post aku semalam cakap siap budak2 kat area rumah dia suka kejar kereta yang lalu lalang sambil hambat dengan ranting kayu. Tu kalau terlanggar ke hapa.. Nak2 lagi orang yang baru dapat lesen & baru belajar memandu ni. Depa cepat gelabah sikit. Sebab bukan semua orang lepas belajar memandu terus jadi expert macam pelumba kereta. Nak jadi pelumba kereta pro pun bukan sehari dua belajar. Susah ok tak caya tengok kat sini >> Jika Anda Fikir Menjadi Pelumba Kereta Hanya Perlu Tahu Memandu Dengan Baik.. Tengok Artikel ni & Anda Akan Berfikir Semula << Jadi tolong awasi anak anak anda ok! Takut jadi perkara yang tak di ingini anda bukan sahaja kehilangan anak malah akan menyusahkan orang lain dari kelalaian anda.