PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS
PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS. Media sosial ni tak semuanya bawa keburukkan.. Banyak juga kebaikkannya. Salah satu satu medium menyampaikan informasi paling pantas. Berita terkini TV3 pun tak boleh lawan kepantasan media sosial dalam menyebarkan berita & cerita cuma tu la.. keburukkan dia banyak sangat berita tak sahih, cerita dogeng, cerita dari mulut ke mulut yang tak tau hujung pangkal di share seolah - olah yang dok pakat share tu nampak perkara atau kejadian tu berlaku depan mata depa.. Tapi tu la.. Tetap ada kebaikkan & kepentingan juga media sosial ni.Bukan sahaja menjadi medium penyebar maklumat paling pantas malah Media sosial ni menjadikan manusia semakin kuat, tabah, bermotivasi, berinspirasi, penuh cita cita & sentiasa ada niat untuk berubah kearah lebih baik katanya. Tak caya kau tengok la kengkawan kau kat media sosial.. Kata2 motivasi penuh semangat.. Hari2 share resepi dari group masak masak, hari2 share cerita orang berjaya.. hari2 share petikan ayat2 al Quran & terjemahan untuk di jadikan panduan. Dari situ boleh nampak betapa positifnya mereka.. Kita pun membayangkan betapa berwawasannya hidup mereka & betapa terdidiknya mereka dengan Al Quran & Hadis di media sosial. Sebab orang kita ni memang rajin share.. hahahaha. Mempratikkan belum tentu. Tak payah ambil benda2 berat la.. Contoh share resepi, dapur dia belum tentu berasap katanya. hahahahaha. Jangan marah gurau je ok! Tak salah share benda baik.. ye dak! maybe kita tukang share je tapi orang lain yang baca mengambil sebagai satu ilmu yang baik untuk di amalkan. hehehehe
Tapi yang tu semua tak boleh lawan golongan yang satu ni. Golongan yang satu ni bagi aku patut kita kagumi. Sebab depa lebih tabah, kuat & seorang pejuang sejati.. Leftenan Adnan pun tak boleh lawan jiwa perwira dalam diri depa ni.. Gila kau! Depa ni golongan yang boleh di kira golongan berjuang hingga ke sedutan udara yang terakhir... Nak tau golongan apa?.. Baca caption kat bawah ni....
Kadang2 aku pelik & cuba bayangkan
Orang yang tengah sakit umpama nyawa hujung rambut dia punya cerita
Nak bernafas pun katanya dah tak lepas
Tapi masih terfikir & ada mood nak up status kat Facebook
Selalu aku bayangkan.. depa ni dalam keadaan kritikan. Kalau kat wad tu maybe zon merah la.. Tapi sempat capai hp & taip status sambil tercungap cungap dalam nyawa nyawa ikan. Terus aku rasa kagum.. Kuat betul semangat depa untuk teruskan hidup di media sosial hingga nafas terakhir hahahahaha -Facebook-
Jadi siapa kata pejuang papan kunci adalah mereka2 yang outspoken di media sosial. Yang outspoken ni tak berapa kuat,tabah & pejuang sangat berbanding golongan yang dari ceritanya macam dah di ambang maut tapi masih mampu update status kat media sosial. hehehehe
Macam macam kita boleh tengok & baca kat media sosial.. Ada yang buat kita marah, ada yang buat kita sedih, ada yang buat kita meluat, ada yang buat kita tergelak. memang dunia maya betul2 memberi warna juga dalam kehidupan kita. hehehehe
Moral of the story.. Bagus bagi mereka yang kuat macam ni walau di uji dengan kesakitan. Terus berjuang selagi mampu cuma tu la perjuangan yang sebenar adalah dari dalam diri kita sendiri bukan atas papan kunci. Adakah dalam diri kita kuat? Tepuk dada tanya selera. Peace Yo!